DIY : E-DAY STICKER

by - December 07, 2013

Okay, just make it simple. Entry nie pendek je. So, please la baca sampai habis. Hehehe. Ehem ehem, tak tahu apa perasaan aku time menaip benda alah nie. Nak kata tak patut cerita pun ada tapi hati rasa nak cerita. Yang penting, takmo expose terlebih sebab benda belum jadi. Haaaaaaaa...... (^_^)


Sticker nie aku DIY sendiri untuk goodies masa bertunang nanti. Takde la cantik mana tapi manis tu ada, hahaha. Aku guna template hitam putih sebab malas nak pergi print kaler. Guna duit lagi. Kekdahnya, print kat ofis jelah. Hehehehe. Maaf ye bos, saya pakai tak sampai 10 helai pun. Tak membazir kan? Kihkih.


Untuk border, aku pakcik google je. Taip "border" then view image, belambak-lambak jenis border keluar. Kau pilih la nak bulat ke lonjong ke empat segi ke semua ada. Aku pilih yang simple je sebab taknak nampak serabut.


Selesai pilih border, save la image tu. Better cari yang pixel besar sikit, so takde lah gambar border nampak pecah masa korang nak edit text. Pastu, korang boleh bukak website nie untuk edit text. Bukan setakat edit text, macam-macam korang boleh edit tau.



or



Aku lagi suka PicMonkey sebab font dia cantik-cantik. Pastu, pandai-pandai la korang add text. Tulis la apa patut macam happy anniversary ke happy birthday ke fatin cantik ke, hehehe. Settle add text, dah boleh save gambar. Boleh belajar sendiri masa edit tu, tak susah pun. Aku malas nak buat tutorial.


Lepas dah save, aku copy gambar tu kat Microsoft Word then aku adjust la saiz sticker tu ikut suka aku. Print, tampal pakai gam then siapppppp!!! Kerja DIY yang senang lagi menggembirakan dah siap.

*Hehehe. Simple tapi aku suka.*


So, sampai sini jelah dulu ye. Jumpa next time. Doakan semuanya berjalan lancar. Oh ya, nak tahu apa goodies yang aku bagi? Tungguuuuuuuu. Byebye semua. (^_^)


p/s : 22 days more to goooooooo....


With Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments