MAJLIS CUKUR JAMBUL EIDZARA AZZALEA

by - December 28, 2016

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, dah selesai majlis cukur jambul anak ibu pada 24 Disember hari tu. Lokasi majlis kat Kompleks Komuniti Muhibbah, Puchong. Buat sekaligus dengan kenduri kahwin Ayah Long Zara. Tu pasal orang nampak majlis anak ibu macam gah. Oiii, majlis cukur jambul pun buat kat dewan ke? Hakikatnya Zara tumpang dewan Ayah Long dia je okay. Sebelum apa-apa wajib bagi susu dulu. Gigih ibu bangun awal pagi pam susu tahu tak. :p




7.30 pagi si princess dah mandi pastu taknak tidur. Last-last masa majlis, moody. Taknak senyum macam selalu. Acah-acah sampai lebam baru nak senyum. Tu pun jual mahal. Mana tak nya, malam tu dia tidur pukul 1 pagi. Berjaga tunggu orang pasang pelamin dia. Hehehe. Majlis mula pukul 9 pagi. Target nak habiskan sebelum majlis kahwin start. Ngam-ngam habis majlis Zara, tetamu kenduri Ayah Long dia datang. Fuhhhh..... Lega!


Makcik marhaban berzanji, bernyanyi segala bagai tu ada la dalam sejam setengah. Lama jugak. Part yang tak boleh tahan, diorang nyanyi lagu selamat pengantin baru. Adoi. Ibu dah tersipu-sipu gedik malu kat pelamin. Haha. Actually lagu tu ditujukan pada pasangan pengantin tapi masa tu diorang takde. Tengah mekap. So, ibu & Zara layankan jelah. Anak ibu pun pengantin apa. Tapi bukan pengantin baru, dia pengantin kecik. (^_^)




Sepanjang majlis, dua kali Zara tidur. Tidur-tidur ayam. Walaupun mengantuk, dia tak nangis cuma muka jela masam mencuka. Bagi susu tidur. Pastu bila suara makcik marhaban kuat sikit, dia terjaga. Pastu dia protes dalam buai. Pusing sana, pusing sini. Pastu ibu risau takut dia terjatuh. Pastu misi ibu nak nampak vogue kat pelamin dia musnah. Sebab pengantin kecik tak kasi can. Sabar jela bebanyak. :p



Masa upacara gunting rambut, suami dukung Zara. Aku pegang dulang. Aku dah pesan awal-awal mesti dia yang dukung anak sebab aku nak gambar dia ada dalam kamera photographer. Kalau tak, entah ke mana la laki aku bawak diri. Dia suka belakang tabir je. Huhu. Aku siap Google barang apa nak kena letak dalam dulang. Macam-macam versi ada. Aku punya letak bunga rampai, air zamzam, air untuk letak rambut Zara dan gunting kecik je. Bunga rampai of course ibu pengantin kecik yang buat.... Hihi.






Bab makanan mak mertua aku uruskan. Makan simple-simple je sebab tetamu boleh makan makanan kenduri kahwin. Kitorang just sediakan pulut kuning, serunding kelapa, cheese tart & apam polkadot. Oh ya, kumpulan marhaban yang kitorang ambik ialah kumpulan marhaban An-Nur PPR Kg Muhibbah. Dekat nauuu dengan dewan. Makcik-makcik tu jalan kaki je ke dewan. Harga pun murah, baru RM 150 tapi aku bayar RM 200. Kesiannn... Sebab standard harga RM 300.


Cabaran nak handle majlis dengan budak kecik especially baby mencabar jugak. Semua kena ikut mood diorang. Kita nak expect everything smooth macam yang diangan-angankan memang tak dapat. So pelajaran baru yang aku dapat, nak buat majlis untuk budak kecik kena tengok masa. Jangan la gatal nak buat time waktu tidur diorang ke hape ke. Sebabnya susah kalau diorang taknak bagi kerjasama. Nasib baik Zara nie bukan jenis meragam. Kalau tak, haru biru jugak ibu ayah dibuatnya. Next event (your first birthday party) ibu plan betul-betul ye sayang. InsyaAllah.....



Walau macam mana pun, aku puas hati & seronok sangat dengan majlis cukur jambul Zara. Angan-angan aku nak jadikan dia princess haritu berjaya jugak. Semuanya terbaik. Semoga anak ibu ayah membesar dengan sihat, bijak & sempurna. Patuh pada ibu ayah, agama, masyarakat, dan negara. Jadi anak yang solehah. Angan-angan ibu nak Zara jadi pilot tu kalau boleh jangan la buat-buat lupa ye. Hehe. Tapi kalau taknak jadi pilot, jadi la orang yang berguna pada semua orang. Ibu ayah sayangggg Eidzara Azzalea selamanya. Zara tetap puteri lilin dalam hati ibu sampai bila-bila. ♥


Nanti aku share banyak lagi gambar kat entry review photographer okay. Till then, byebye. ♥

Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments