IZADATEN WEDDING REVIEW : VIDEOGRAPHER
Assalamualaikum ♥
Bagi aku, video kahwin penting sangat. Video tu la nanti kita akan ulang tengok sampai tua. Kenangan la katakannn. Beberapa bulan sebelum kahwin, aku ada suarakan rasa hati pada suami nak bervideography tapi dia tak setuju. Sedih kot padahal aku dah shortlist kan dah videographer mana aku nak hired. Tapi nak buat macam mana kan, redha jelah. Tup tup dua minggu sebelum kahwin, suami kata nak buat video pulak. Terus aku contact videographer yang aku shortlist dulu tu tapi dah ada orang book. Hahhhh, mengagau aku cari videographer lain yang free slot. Nasib baik ada. '-_-
Akhirnya rezeki berpihak pada Eternity Production. Bagus budak-budaknya. Ramah. Still study final semester kat mana entah tapi dah start buat bisnes. Komunikasi dengan clients macam kenal lama je. Kerja professional. Hasil kerja pun okay, cantik....
Pakej yang aku ambik Nikah + Sanding + Outdoor. Harga baru RM 1500 je tau. Kira murah la kalau nak compare dengan production lain. Nanti diorang providekan satu highlight pendek dan highlight panjang. Highlight pendek arounds 3 minutes above dan yang panjang lama, dalam setengah jam. Jenuh tengok muka sendiri dalam video tu, lagi-lagi part kena bercakap. Terus tutup muka sebab malu. Kikiki, teruk perangai. :p
Pengalaman bervideography nie best. Merasa jadi pelakon. Bayangkan, ada scene ambik masa sampai 15 minit kat belakang tabir tapi dalam video, scene tu jadi tak sampai 10 saat pun. Ada pulak sampai berapa kali entah kena ambik scene. Dok ulang la benda sama pastu bebudak nie ambik shoot dari pelbagai angle. Agak mencabar tapi best. Baru aku faham perasaan seorang pelakon. Yang kita tau complaint lakonan dia macam kayu padahal dia nak menghabiskan shoot tu mau makan masa berjam. Hehehe.
Nahhh, bukak link bawah nie kalau nak tengok. Highlight panjang aku tak upload sebab Youtube tak kasi. Benci tauuuuu!
UPDATED [10 APRIL 2015]: FULL VIDEO DAH BOLEH UPLOAD. NAK TENGOK? TEKAN LINK BAWAH.
Pembayaran ada tiga kali. 20% masa booking, 60% masa hari majlis dan lagi 20% bila dah dapat hasil kerja kat tangan. Oh ya, diorang ambik masa dalam dua ke tiga bulan untuk siapkan. Lama? Relaks la. Kau ingat senang nak edit? Tunggu lama tapi hasil kerja bagus takpe. Alhamdulillah, aku puas hati dengan service Eternity Production. Sesiapa nak ushar video pasangan lain atau nak buat pertanyaan ke atau nak tahu harga terkini dari diorang ke, boleh contact di :
Thank you Syuk, Hez dan Hafiz. Good job guys! Highly recommended for bride-to-be area KL dan Selangor. Kalau gaduh dengan suami, ulang tengok sampai lebam. Terus kurang rasa marah sebab semua dalam video manis macam gula-gula. Baru kahwin kan so perangai pun gedik-gedik la. Hikhik. Bye. :)
Love,
Nor Fatin Nadhirah
0 comments