JAPAN TRIP : TOKYO (DAY 3)

by - August 05, 2017

Sambungan ----> part 1 & part 2.

Last day di Tokyo. Aktiviti hari ketiga shopping dari pagi sampai ke malam. Aku dah ready fizikal mental, maklum la dah amik aura sikit kat Gotemba haritu kan, hehehe. Perasaan nak shopping of course happy. Aku memang kaki shopping! Aduuiiii. :p


First destination, Asakusa. Kat sini ada temple. Jenjalan je pun, bukan nak sembah. Relaks sudah. Besar jugak temple dia. Aku tak masuk, dok luar je. Kat sini ada tempat shopping. Harga boleh tahan mahal. Seriously, kadang nak beli fikir dua tiga kali dulu. Mahal oiii lagi-lagi kalau aku gatai convert dengan ringgit. Nasib baik suami aku jenis positive, "beli jelah sayang, bukan selalu datang". Haaaaa.... Tenang rasa jiwa. Hehe. Aku beli apa ek kat sini? Ohhh, beli kimono untuk Zara, 2600 Yen. Pastu sling bag Anpanman untuk Zara lagi, harga 1300 Yen. Mahal. T_T





Kat sini banyak jugak makanan Jepun macam mochi, aiskrim tapi tak terbeli pulak. Bukan apa, kitorang laki bini was-was nak makan. Bila dah was-was, hukumnya jatuh haram kan. Entah la, walaupun orang kata boleh makan tapi kitorang tak yakin. Huhu. So tak boleh nak komen sedap ke tak. Kitorang just makan makanan yang agent provide je, lain tu memang takde beli kecuali air kat vending machine. Hahahaha...






Next ke Akihabara. Best giler weyy. Kitorang gi sana hari Ahad. Jalan tutup untuk kenderaan start pukul 10 pagi - 6 petang. Every weekend. Senang untuk orang jalan shopping, nak selfie tengah jalan, nak buat time-lapse. Hihi. Akihabara known as Electric City. Segala mak nenek gadjet ada. Kamera, aksesori kamera, laptop, handphone, jam, game, souvenir, semua ada. Aku beli jam G-Shock & Baby-G kat sini la. Nanti aku share kat entry lain, details sikit bab jam. Sapa datang Jepun, wajib singgah Akihabara tau. Mostly kedai kat sini tax-free.


So far, Zara still behave. Takde tunjuk perasaan. Elok je dok dalam stroller. Dia ngantok, dia tidur. Dia lapar, dia merengek. Sumbat roti senyap balik. Susu je kurang minum sebab takde tempat sesuai aku nak bagi. Memang ada nursing cover tapi entah la. Tak selesa. Bagi susu time dalam bas je. Nasib baik la dia okay. Alhamdulillah.. Baik betul anak ibu. Nie mesti ikut perangai ibu dia nie. :p











Last sekali kitorang ke Ameyoko Ueno. Sebijik macam Petaling Street. Ada jual kasut, baju, barangan harian, buah-buahan, seafood. Kedai makan pun banyak. Ada Hard Rock Cafe tau kat sini. Seberang jalan, area train station kata member aku. Kitorang tak pergi pun. Member aku la citer diorang shopping situ sebab Ameyoko Ueno boring. Hehe. Memang betul, barang biasa je. Harga taknak kalah pulak. Ada tu lagi mahal kot dari tempat yang "elok" sikit. Eh, senang citer barang kat Jepun nie memang pricey la. Nak beli souvenir untuk orang pun terketar-ketar tangan nak bayar. Hehe.


Masa nie si kecik Zara dah start moody. So kitorang takdelah round habis kat situ. Lagipun masing-masing dah penat campur bau belacan. Hahaha. Last sekali lepak je makan kebab tepi jalan. Bukan kitorang laki bini je, majoriti member aku semua pun lepak sama. Masing-masing dah tak larat nak shopping. Hihi.









Selesai kat Ameyoko Ueno, kitorang gerak ke Kyoto. Perjalanan dari Tokyo ke Kyoto naik bas ambik masa 11 jam. Sila mereput sambil pangku anak, hahaha. Pengsannnn ~


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments