PREGNANCY JOURNEY : APPOINTMENT PPUM (24 WEEKS)

by - April 13, 2016

Assalamualaikum ♥

Semalam (12 April) ada appointment dengan PPUM. Since suami decide nak aku bersalin sana, kena la check-up situ. Appointment nie aku dah set dari bulan Februari lagi. Prosedur nak booking date for appointment, nanti aku share kat entry lain okay.


Appointment pukul 8 pagi, pukul 7.45 kitorang dah sampai. Pergi kaunter pendaftaran (tekan button A), serah borang & IC aku dan suami. Tunggu kejap untuk diorang bukak fail. Lepas tu pergi bahagian lobi untuk buat bayaran deposit tempahan bersalin & ujian saringan bayi (bila baby dah lahir nanti).


Bawak resit ke kaunter pendaftaran balik then bayar pulak untuk bayaran pendaftaran dan scan. Settle situ, dah boleh ke tempat check-up. Nurse suruh test urine, timbang berat & tekanan darah. Berat aku dah naik, 58.3 kg. Huahuahua. Pastu nurse interview sikit untuk dia isi maklumat dalam fail. Kemudian turun tingkat 1 untuk scan. Saat yang ditunggu-tunggu. Yeayyyyy..... (^_^)


Tak lama pun tunggu, sonographer panggil nama aku. Suami pun boleh teman. Siap duduk sebelah lagi. First time nie suami tengok anak dia secara live. Dulu tengok gambar je masa baby 11 minggu. Ibu baby confirm la excited, dia kan over. Hehe. Sono buat details scan dari hujung kepala sampai hujung kaki. Ada part tu aku tak reti nak tengok, dok angguk-angguk je bila sono bagi penerangan. Semua organ dah lengkap. Alhamdulillah... Semuanya normal. Anak ibu besar dah. Berat dah 662 gram, selari dengan usia dia.


Masa scan nak tengok anggota badan, bukan main lagi. Setapak tapak kaki dia tunjuk kat skrin. Comel sungguh! Geram ibu. Cari bahagian tangan, sekali dia tunjuk tanda 'good'. Si ayahnya dah gelak-gelak. Ibu tak pandang ayah pun, mata taknak lepas dari tengok skrin. Obses dengan anak sendiri, hihi. Sampai part muka, alahaiiiii....... baby macam pandang tepat muka ibu ayah walaupun baby mana nampak pun sebenarnya kan. Mata nampak macam galak, ikut mata ibu kot. Hehehehehe.... Perasan. Kali kedua sono nak capture muka dia, terus dia tutup guna tangan. Malu. Mengekek suami & sono gelakkan baby. Ibu request nak tahu jantina (walaupun ibu tahu ayah nak suprise. peduli apa kan, hehe). Alhamdulillah, dah tahu pun. 80% confirm kata sono. Masa sono nak confirmkan balik gender, lagi sekali baby buat perangai sama, tutup dia punya tuttttt pulak. Hehe. Takpelah, tunggu reconfirm masa 30 minggu nanti. Ibu scan 3D/4D okay. Ayah pun dah setuju. (^_^)


Dapat result scan, naik balik ke tempat check-up. Nurse mintak pergi dengar ceramah. Suami pun kena attend sekali. Sejam ada kot ceramah tu. Banyak info kitorang dapat, pasal penyusuan dan prosedur bersalin kat PPUM. Oh ya, sekarang nie suami dah boleh masuk labour room tau tapi tengok situasi. Kalau bersalin normal, boleh. Baru lagi rasanya benda nie. Kawan aku kata dulu tak boleh. Masa nurse tanya para suami siapa nak teman isteri, semangat laki aku angkat tangan. Nurse pesan kalau nak masuk kena prepare fizikal dan mental. Jangan suami pulak yang pengsan tengok banyak darah. Hihihi.....


Selesai ceramah, jumpa doktor. Doktor tanya sikit je, dia banyak refer pada buku pink KK. Pastu dia cek perut. Bukan main lagi dia tonyoh perut aku. Senak woii.... Masa doktor keluar kejap gi jumpa Prof (untuk tanya bila next check-up), aku tanya kat makcik nurse tu, doktor buat apa tadi? Nurse kata doktor cek saiz baby. Tak payah pakai alat, guna tangan pun boleh kau. Hebat doktor nie, hehe. Kalau kat KK, nurse cek tinggi rahim guna tali tape, sebab tu aku pelik bila doktor buat camtu. Lain tempat lain caranya kot...


Next check-up lagi sebulan tapi seminggu sebelum check-up, kena datang minum air gula. Kebetulan KK pun suruh aku repeat air gula bila kandungan dah 28 minggu. Maknanya kena bagitahu KK la yang aku repeat minum air gula kat PPUM. Sebelum balik, kena ambik darah untuk ujian Hepatitis. Pergi balik kaunter pendaftaran memula pagi tadi tu untuk diorang bagi specific date untuk next check-up then kena bayar untuk ujian Hepatitis tadi. Pastu boleh balik.. Overall, ambik masa tiga jam baru settle. Tapi tak terasa sangat sebab servis okay bagi aku.


Balik tu singgah SOGO beli barang baby. Next time aku cerita. Panjang sangat dah entry nie. Mengah aku menaip. Hehe. Bye..... ♥


HARGA SERVIS PPUM (setakat 12 April 2016)
Deposit tempahan bersalin : RM 500
Ujian saringan bayi (optional) : RM 84.80
Pendaftaran : RM 32.86
Details Scan : RM 21.20
Ujian Hepatitis : RM 8.50



Boleh baca prosedur booking appointment kat sini ---> Prosedur Tempahan Bersalin.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

9 comments

  1. Hi Sis,
    saya pun bakal check up di PPUM lepas raya ni. betul ke sekarang suami boleh teman bersalin? seronoknya dengar. huhu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, itu yg sy dgr dr staff sana masa ceramah penyusuan susu ibu. nanti sis double check la balik masa check-up sana ye. :)

      Delete
  2. Hi sis.. bila due tu.?? Sy pun plan nk bersalin di PPUM.. tp bila dgr suami xbole masuk rasa down plak.. bila baca ni jd semngat balik..

    ReplyDelete
  3. Hi sis.. bila due tu.?? Sy pun plan nk bersalin di PPUM.. tp bila dgr suami xbole masuk rasa down plak.. bila baca ni jd semngat balik..

    ReplyDelete
  4. Slm. ada bayaran tambahan utk 2 jns ujian drh + Hepatitis = rm50.90 (Skali bnyak WOOO drh kna amk 2 tabung tiub skaligus!!!
    br wat tempahan & check up 2017 - daftar 34wks/8mth lbh br dtg. mujur blh menyelit lg.xdala kna mnunggu lama appoinmt datenya. (selang 2mnggu jer)
    jumlah byran checkup X1= RM668.55 W/O detail scan. 2nd checkup dh nk dkat tarikh due. brp plk kna cas xtaularrr...huk3...seram br 1st time nk menjengah gov nih! dgr kata kna dok wad sengsorg ngn baby sndr2.....xdpekla eden nk berehat selelap 2 dulu kjap lps brsalin nnt... **,

    ReplyDelete
  5. Hello, thank you for sharing all the details! I made my booking on 21st June and my first doc appointment is on the 14th Aug.. and my last check up on 20th May at Klinik Kesihatan. Do you know if this will affect my checking? And also, I'm at 28 weeks now, will doctor do the sugar water testing on the first appointment itself? Thank you!

    ReplyDelete
  6. Hai. 1st check up ni kena puasa ke x ye

    ReplyDelete
  7. kalau isteri sy due 17 dec '18..bila sepatutnya saya kena tempah..sebulan sebelum due date ke..sebab sy buka buku pink kat kk je..

    ReplyDelete