PREGNANCY JOURNEY : BUKA BUKU PINK (10 WEEKS)

by - February 11, 2016



Assalamualaikum ♥

Kali nie nak story sikit prosedur buka buku pink. Actually buku merah nama dia tapi kenapa kaler pink? Kan dah confius. Hehe.


Sebelum buka buku, make sure korang tahu klinik yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal. Macam aku kena gi KKIA Cheras Baru. Masa nak daftar, nurse akan tanya korang duduk area mana. Kalau tak kena tempat, diorang takkan terima pendaftaran. Maybe ramai sangat ibu mengandung kot. Sebab tu kena ikut kawasan.


Nurse bagi dua buku untuk kita isi maklumat diri. Satu buku untuk simpanan klinik, satu lagi untuk simpanan ibu. Then nurse akan mintak kita shishi untuk test urine. Tak pasti apa benda entah, bukan pregnancy test tapi lebih kurang tu la rupanya. Dapat result, aku punya NB. Normal katanya.... By the way, untuk apa eh test tu? Sapa tahu, meh la share. Nak tanya nurse tapi lupa. Hihi. :p


Memula nurse akan timbang berat dan ambik darah. Pastu dia interview sikit pasal kehamilan dan sejarah penyakit keturunan. Macam aku, ayah ada kencing manis. Dah tak pasal kena minum air gula masa kandungan baru 11 minggu. Yang tu nanti kita cerita lain okay.


Settle interview, duduk pulak tunggu nama kena panggil lagi sekali. Sementara tu, nurse panggil ibu-ibu yang baru nak buka buku nie masuk dalam satu bilik dan terangkan tentang pentingnya susu ibu. Azam aku, memang nak breastfeed baby. Semoga niat aku dipermudahkan. InsyaAllah, aminnnnn.....


Dalam sejam camtu, nurse panggil untuk cek tekanan darah pulak. Dapat penerangan serba sikit pasal pemakanan, kena minum air putih banyak la itu la ini la. Nurse bekalkan ubat iron tablet, b complex dan asid folik untuk sebulan makan. Pastu kena baring sebab dia nak cek breast, kot-kot ada breast cancer. Malu kitewww tau nurse pegang-pegang, hehe. Nanti nurse akan set siap-siap appointment for next check-up.


Dah settle, tunggu pulak nak jumpa doktor. Time to scan baby!! Seronoknya. Masa doktor scan, baby tidur agaknya. Elok je terbaring. Dah nampak kepala, badan dia cuma kecik lagi. Masa tu panjang baru 2.81 cm je. Comellll..


Pastu dah boleh balik. Nampak macam complicated je kan tapi tak pun sebenarnya. Cuma kena sabar sebab menunggu lama. Biasa la, nama pun free. Bukan kau bayar satu sen pun. So jangan banyak complaint. Seronok gi klinik tengok perut mommy-to-be yang lain dah boyot belaka. Tak sabar nak tengok perut sendiri pulak boyot. Hehe. InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya. Aminn....


p/s : panjangnya menaip. harap tak penat la korang baca, hihi. :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah 

You May Also Like

0 comments