DIY : GELUNG BUNGA
Assalamualaikum ♥
Sebulan dua nie ligat betul kepala otak jari jemari nak men-DIY. Mentang-mentang kedai RM 2 betul-betul sebelah kedai dobi. Ligat je kaki nak pusing tengok apa ada. Kaki dan duit sama-sama ligat. Hahahaha. Sabar sabarrrrr.... Projek DIY kali nie, tengok tajuk atas. :p
Bahan yang diperlukan :
• Hulla hoop
• Tali
• Glue gun & glue stick
• Cable tight
• Bunga dan daun plastik
Mula sekali, lilitkan tali disekeliling hulla hoop. Sambil lilit sambil gamkan sekali tali tu supaya tak mudah tercabut. Kena tarik kemas-kemas supaya elok hasilnya nanti. Kerja melilit nie leceh sikit. Boleh sakit belakang dibuatnya. Tapi dah nama pun menggatal nak buat kannn, teruskan jelah. Go Fatin! You can do it! Haha.
*Rupa kejadian hulla hoop sebelum & selepas dililit.*
Settle melilit, susun daun & bunga plastik ikut kreativiti masing-masing. Kemudian ikat daun & bunga dengan cable tight. Lebihan cable tight jangan lupa potong. Pastu dah siapppp!! Nak lagi cantik, boleh deco keliling hulla hoop. Yang aku punya nie simple je.
Dan inilah hasilnyaaaaaaa.....
*Salah satu design menggunakan gelung bunga buatan sendiri. Happy me!*
Love,
Nor Fatin Nadhirah





0 comments