BREASTFEED JOURNEY : COMPLETE 2 YEARS

by - July 29, 2018

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah. Berjaya susukan Zara sampai 2 tahun and still counting. Tahniah pada diri sendiri sebab kuat mental & fizikal. Bukan senang. Makin anak besar, makin besar cabaran. Memang bawak bergaduh jelah kerjanya. Hahaha.


Setahun pertama memang aku jaga makan betul. No ice, no junk-food, no caffeine, no laksa. Sehari wajib 1.5 liter lebih air masak aku minum. Mula-mula memang rasa susahnya tapi lama-lama dah terbiasa. Gi lunch tengah panas rembang, aku sorang je order air milo suam kat kedai. Kau rasa?? Aku cukup berhati-hati bab makan sebab taknak efek kat Zara. Lepas setahun, selamat tinggal!!! Habis semua aku langgar. Hahaha. :p


Aku pernah bagi Zara susu formula masa dia 1 tahun 2 bulan. Masa tu masih kerja dan pengeluaran susu mula berkurangan. Cerita dulu kat suami, tanya setuju ke tak. Dia okay je. Sekali dia pergi apply semua sample susu yang ada kat Malaysia nie. Pos ke ofis aku. Tiap hari ada je parcel sampai. Naik segan dengan budak kaunter bawah. Dapat interkom, "susu sampaiiiii..." Adoiiii.. Buat hal betul! Patut la ada satu malam tu dia punya khusyuk main fon. Rupanya nie kerja dia. Dah terbongkar rahsia, baru dia story kat aku.


Okay, balik pada cerita Zara. Aku sempat bagi dia susu formula 3 bulan je. Tu pun masa hantar ke rumah pengasuh. Balik rumah, kirim salam la. Bila resign, Zara totally tolak susu formula. Susu badan letak dalam botol pun taknak. Aku selalu fikir, macam mana la anak aku kat rumah pengasuh dulu? Minum ke tak minum ke? Pengasuh kata dia minum je. Hmmm. Maybe dengan ibu, dia gedik lebih kot.


Start resign, officially jadi fully breastfeed mom again! Redah jelah. Zara dah besar. Susu nie pun kira back-up je sebab dia dah makan macam-macam. Alhamdulillah, setakat nie cukup untuk dia. Aktiviti pam susu dah closed la sebab 24 jam mengadap muka dia. Kikiki... Breastpump simpan elok-elok guna untuk adik dia nanti. Berjasa betul breastpump tu! My favourite, Autumnz Bliss (kalau rajin aku review pasal breastpump nie okay).


Dan sekarang makin menjadi-jadi. Zara macam dah ketagih pun ada. Bukan nak menyusu sangat tapi saja mengempeng. Dia peduli apa aku tengah buat apa, janji hasrat dia tercapai. Selagi tak dapat selagi tu dia menghantui hidup aku. Suami kata Zara nie takde nampak gaya nak wean off umur 2 tahun. Silap-silap 5-6 tahun pun mengempeng lagi. Omaigoddddd!! Ibu hampir pengsan dengar statement ayah Zara, hahahaha. Apapun, itulah kenangan manis antara ibu & Zara. Our bonding time together. Kenangan yang takkan dilupakan sampai bila-bila. Congratulation sayang! We made it! Muahhhh. ♥


Untuk mommies yang sama-sama dalam perjuangan nie, semoga baik-baik semuanya. Always think positive, jaga makan, minum air masak banyak-banyak, cukup rehat, jangan stress, betulkan niat. InsyaAllahhhh.... Satu nak pesan, tak kisah breastfeed atau susu formula, jangan bezakan. Rezeki kita tak sama. Ada orang dikurniakan susu banyak, ada sebaliknya. Jangan bangga diri. Stop judge orang lain. Respect each other. Of course semua ibu kat dunia nak bagi yang terbaik kat anak. Mak mana tak sayang anak. ♥

*My first princess ever.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments