BERCUTI KE MEDAN, INDONESIA (PART 1)

by - November 09, 2018

Assalamualaikum.


Horas! Alhamdulillah diberi peluang menjejakkan kaki ke Medan, Indonesia selama 4H3M. First time sampai Indonesia. Agak teruja, hihi. Percutian kali nie tanpa suami. Pergi dengan Zara, Mak dan Wawa by group 40 orang. Dari KLIA2 ke Kualanamu Airport sejam je, tak sempat panas punggung kata orang. Haha. Perbezaan waktu, Indonesia lewat sejam dari Malaysia. Contoh Malaysia pukul 9 pagi, Indonesia baru pukul 8 pagi.

*KLIA2*

*Hello Medan.*

*Kualanamu International Airport.*

Sampai Kualanamu Airport, kitorang terus dibawa makan ke Ayam Penyet Cindelaras. Famous restoran nie. Ayam penyet dia terbaik! Sambal power, pedas giler. Sedappp. Aku yang tak makan pedas nie pun tak berhenti makan walaupun dah berpeluh-peluh. Haha. Try jugak Jus Alpukat (Avocado). Hmmm, tak kena tekak. Rasa nak muntah. Settle lunch, teruskan perjalanan ke Parapat. Dari Medan ke Parapat ambil masa 3-4 jam perjalanan.

*Nampak simple tapi sedap weyy. Jus Alpukat tu i cannot goooo. Sorry.*

Dalam perjalanan ke Parapat, singgah di Pematang Siantar. Beli ole-ole tempatan. Kedai Paten nie boleh kata tempat wajib singgah untuk tourist. Kata Benny (tour guide) owner kedai nie cina tapi makanan disini halal. Don’t worry. Macam-macam jenis makanan ada. More to kekacang. Yang uniknya nama-nama dia la. Teng-teng, Ting-ting, Tong-tong, Tang-tang. Eh banyak lagi laaa.... Harga sekotak 30,000 IDR. Singgah kejap je. Kalau boleh nak sampai secepat mungkin kat Parapat. Masing-masing dah penat.

*Jemput datang kedai saya. haha.*


*Macam kacang tumbuk je.*

*Somewhere at Pematang Siantar street.*

Oh ya, dalam perjalanan banyak je nampak orang tempatan jual babi tepi jalan. Sekor-sekor dia letak. Ayoooo, loya tekak aku. Majoriti orang disana beragama Kristian. So itulah makanan diorang. Kan? Huhu. Dan mana-mana restoran atau kedai makan yang pamer perkataan B1 atau B2, jangan singgah ye (untuk muslim) sebab tak halal. B1 (anjing), B2 (babi). Diorang guna singkatan camtu je. So careful okay. Perjalanan kesana jugak berliku-liku. Sapa mabuk jalan kena standby minyak angin dan plastik kot-kot nak muntah. Nasib badan iolss kental. :p


Sampai Parapat, check-in di Ansari Hotel. Cantik tau. Konsep hutan gitteww. Wifi pun laju, hahaha. Petang tu aktiviti bebas. So aku decide jalan-jalan sekitar hotel je memandangkan lokasi hotel nie agak jauh nak ke tempat shopping souvenir or whatsoever. Enjoy pemandangan Lake Toba pastu balik rehat. Esok baru full activity.

*Kemain dua beranak nie.*

*Luar hotel. Macam hutan rimba.*


*Acah mak enon.*

Sedikit info mengenai kaum Batak. Kaum Batak ada 5. Batak Toba (99% Kristian), Batak Karo (65% Kristian), Batak Simalungun (65% Kristian), Batak Mandailing (99% Muslim), dan Batak Pakpak (80% Kristian). Peratus nie si Benny bagitahu. Aku share je, hihi. Orang Batak perwatakannya keras. Cakap macam nak gaduh padahal takde apapun. Diorang nie sesuai jadi peguam kata Benny. Kalau nak tahu rupanya Judika penyanyi popular tu orang Batak. Tapi tak sure dia batak kategori mana satu. Hehehe.


Sambung next entry okay. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments