DUGAAN-MU YA ALLAH

by - September 10, 2014

Assalamualaikum.


Dalam tengah sibuk uruskan hal perkahwinan aku, keluarga kami diuji. Satu-satunya adik aku accident malam Jumaat lepas. Sampai sekarang, dia masih ada di wad ICU. Tak sedar sepenuhnya. Hanya separuh sedar.


Hari-hari aku bagi semangat pada dia. Aku selalu cakap, akak nak Ami ada masa akak kahwin nanti. Ami kena cepat sihat. Dia dengar walaupun dia tak bukak mata. Hanya air mata dia yang keluar. Sedih tak terkata tapi aku tahan. Aku usaha untuk kuatkan hati.


Aku tahu Ami kuat. Dia dah buktikan tadi. Aku nampak dia berusaha untuk bagi respond. Aku nampak. Semoga Ami tetap kuat semangat. Akak dan keluarga kita sentiasa tunggu Ami. Akak dan keluarga kita sentiasa doakan yang terbaik untuk Ami.


Sesiapa yang terbaca atau terbukak blog nie, mohon doakan Ami. Hanya ALLAH SWT saja mampu balas jasa kamu semua. Terima kasih.


Akak sayang adik akak selamanya.


Hari nie jugak hari lahir ayah. Akak sayang ayah. Akak sayang keluarga kita. Selamat hari lahir ayah.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments