KOS BERSALIN ANAK KEDUA DI PUSAT PERUBATAN UNIVERSITI MALAYA (PPUM)
Baru sempat nak share kos bersalin Yara di PPUM September lepas. Sapa yang follow blog nie mesti tahu anak sulung aku pun bersalin PPUM (boleh baca sini - KOS BERSALIN DI PPUM (2016). Macam korang tahu, PPUM nie hospital semi-gov. So rate servis dia takdelah mahal macam swasta. Nak bayar macam swasta pun boleh, choose Private Wing. Kat situ boleh pilih doktor & whatsoever. Google sendiri sebab aku tak tahu.
Total kos bersalin adik ialah RM 961.50. RM 500 dah bayar awal as a deposit (aku booking Jun 2019, masa tu deposit masih RM 500), sebelum discharged suami cuma bayar RM 361.50. Harga dah include 2 hari 1 malam di wad, perawatan baby (cucuk vaksin), ubat-ubatan dan lain-lain. Yang best dapat banyak free gift. Kalau terlupa bawak diapers pun takde hal. Aku bersalin normal tanpa ambik apa-apa injection. Pada aku harganya masih berpatutan (walaupun dah naik harga) sebab servis bagus dan persekitaran wad/labor room/hospital memang selesa, cantik dan bersih.
Aku sangat MEMENTINGKAN keselesaan semasa dan selepas bersalin. Sebab tu nak jugak bersalin di PPUM walaupun dah pindah Perak. Maybe ada akan kata, "alaaaa bersalin tempat mahal ke murah sama je sakitnya". Ye betul tapi aku rasa selesa walaupun sakit dengan environment sekeliling dan nurses & doktor yang sangat supportive. Ada bilik bersalin sendiri, toilet sendiri. Tak dengar jiran sebelah jerit sakit yang boleh buat kita jadi seram berjemaah. Tu pada aku la, lain orang lain pendapat. So it's up to you. Just my 2 cents. (^_^)
Paling best nurse kat wad postnatal. Banyak membantu lagi-lagi bab menyusukan anak. Mommies yang tengah survey nak bersalin di PPUM, diharap entry nie boleh beri sedikit rujukan. Boleh la buat anggaran berapa nak simpan bajet. Nasihat aku bajet dalam RM 1500 ke atas untuk kos bayaran, tu untuk bersalin normal la. Kalau c-zer tak sure tapi InsyaAllah masih murah dari hospital swasta.
Sedikit info, ada pernah tanya waktu melawat kanak-kanak boleh masuk wad ke? Jawapannya TAK BOLEH. Kanak-kanak boleh naik tapi sampai kaunter nurse di lobi wad je. Macam haritu sebab nak jumpa Zara, ibu & adik yang kena ke lobi wad. Deposit tempahan bersalin dah naik RM 1000 starting Ogos 2019. Yang dah booking tapi tak jadi bersalin PPUM, duit deposit boleh refund dengan syarat tunjuk bil hospital tempat korang bersalin. Berapa lama tempoh nak dapat balik refund, tak sure. Tanya hospital sendiri ye. Okay la, tu je dulu perkongsian kali nie. Thanks for reading guys. Bye!





0 comments