facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

assalamualaikum, hai everyone..
hari nie aku excited giler nak update sebab tak sabar nak cerita pasal company trip..
every year, ofis aku wajib buat trip..
tahun lepas diorang pergi Gold Coast, Australia..
tahun nie ke kota singa.. yeahhh, it's Singapore guys!!
tahun depan, i don't know.. hihihi..

walaupun Singapore dekat je dengan Malaysia, tapi aku still excited..
sebab free.. yeahhhhh!!

sehari sebelum trip, bos ada buat briefing..
dia suruh kitorang berkumpul sebelum pukul 7 pagi..
tepat pukul 7, dia nak bas dah jalan..

sebab excited melampau, aku bangun awal pagi jumaat tu..
rupanya, bukan aku sorang je yang excited..
ayah lagi excited dari aku sampai dia dah start motor time aku baru nak pakai tudung..
sabar jela, hehehehe..

aku sampai ofis around 6.40 pagi..
tak ramai lagi yang sampai time tu.. and for sure, target bos nak bas gerak pukul 7 failed..!!
sebab dia yang paling lambat sekali sampai..
pukul 7.50 pagi baru 16 bijik tayar bas tu bergolek..
bergolek ke mana..??
of course Singapore!!! :)

sebelum sampai SG (shortform for Singapore), kitorang singgah andalusia johor bahru dulu..
nak pick-up staff JB plus berhenti makan & solat..
bas aku paling lambat sampai sebab kitorang sesat, hehehe..

 *kat depan andalusia JB..*

*baba pun nak posing kat JB, hehe..*

*ini la sempadan antara Malaysia & Singapore..*

kitorang selamat masuk SG pukul 4 petang..
pick-up our tour guide kat pintu masuk SG then aku pun jadi batak tengok negara orang..
maklum la, dah lama tak keluar dari Malaysia..
tu yang jakun tahap gaban tu, kihkih.. :P

 *tour guide bas, En. Joe..*

 *rumah rakyat Singapore.. tinggi menggunung..*

*view from my bus..*

 *bas jalan kat celah-celah bangunan.. so nice, hihi..*

on the way ke resort,En. Joe korean (nickname dia sebab pandai speaking korea) cerita macam-macam pasal SG..
tak dinafikan, SG was a clean city.. takde sampah pun kat tepi-tepi jalan..
jalanraya pun smooth je, tak jem..
nak jem macam mana, kata En. Joe, purata orang yang pakai kereta just 30%..
70% lagi selesa naik public transport..

 *gambar kilang pun aku ambik.. maklum la, orang jakun, hehe..*

lagipun kalau nak beli kereta kat SG, banyak prosedur dia..
kena beli surat izin dulu.. surat izin tu kena bida dalam internet.. paling murah pun around 40,000 SGD..
cuba darabkan dengan duit Malaysia.. 1 SGD = RM 2.50..
40,000 SGD = RM 100,000 uolss.. perghhh!!!
terberak terkencing nak beli surat izin tu..
itu belum harga kereta lagi..
kereta standard macam Wira (1.5cc) pun dah cecah 80,000 SGD..
taubat aku nak beli kalau aku kat tempat diorang..
agaknya, sebab tu la rakyat SG lebih suka naik kenderaan awam kan..?? huhu..

nak beli rumah pun sama, ketat giler syarat-syarat dia..
nak kena kahwin dulu la apa la, macam-macam..
aku tak berapa nak dengar sebab mata sibuk tengok kiri kanan, kihkih..

macam yang kita semua tau, SG one of smallest country in the world..
sebab tu rumah-rumah kat sana diorang bina stail apartment & condominium..
jangan terperanjat kalau harga sebuah rumah boleh cecah 350,000 SGD.. what the heck!!!

bila dengar cerita tu semua, aku rasa bertuahnya sebab aku lahir kat Malaysia..
nak beli kereta senang, nak beli rumah tak leceh..
walaupun tak sebersih SG, tapi Malaysia lagi best kot..
so pesanan aku, sayang la Malaysia sepenuh hati & seketat-ketatnya..
jangan cemarkan negara kita dengan rusuhan or apa-apa yang boleh merosakkan Malaysia..
pesanan ikhlas dari ADUN Pandan, Datin Seri Fatin Nadhirah, hihihihi..
apapun, i'm proud to be malaysian.. :)

ok, back to story..
pukul 5 petang, kitorang sampai kat Goldkist Beach Resort..
tempat tinggal kitorang selama 3 hari 2 malam kat SG..
bilik yang aku dapat betul-betul berdepan dengan laut.. cantik!!
aku sebilik dengan kak hajar & kak malini..

 *Goldkist best, hikhik..*

*chalet yang comel untuk orang yang comel jugak, hahahaha..*

*bilik aku mengadap laut, jangan jeles.. hahahahaha..*

lepas dah rehat sekejap kat bilik, kitorang gerak ke East Coast Seafood Centre..
untuk dinner + celebrate birthday aiman, anak bos..
untung la jadi anak orang kaya..
celebrate birthday pun dekat luar Malaysia, hehe..
sebelum makan, aku sempat bergambar kat tepi pantai..

 *me & lin berlatarbelakangkan laut.. best..!!*

*pemandangan pelangi senja.. eh, silap.. pemandangan time senja..*

 *masa untuk serbu restoran..*

 *birthday party aiman yang ke-7..*

*apa yang aku gelakkan dengan marini time nie pun aku tak ingat, hehe..*

*tengah beratur nak ambik makanan pun sempat posing, hehe..*

 *lampu-lampu belakang tu semua lampu kapal..*
 
*aku la duta baru east coast seafood centre nie.. hahahaha..*

bila dah selesai, kitorang ke Night Safari Singapore..
biasa je tempat dia, sama je macam Zoo Negara..
yang bezanya, Night Safari tu bukak malam.. (nama pun night kan..?? hahahaha)
kat Malaysia pun ada apa zoo yang bukak malam-malam.. kat Zoo Taiping.. :)

aku tak teruja sangat kat situ..
masuk-masuk je, kena pergi tengok show dulu..
lepas tu, naik trem pusing keliling zoo..
kesian tengok haiwan kat situ, kurus-kurus je macam tak cukup makan..

*turun bas je, nampak signboard nie..*

 *main entrance night safari.. gambar gelap, huhu..*

*tengah tunggu turn nak tengok animal show..*

*haiwan tak muncul lagi time nie.. manusia je yang dah muncul, hahaha..*

next day, hari yang paling memenatkan masa aku ada kat SG..
tempat pertama kitorang singgah, merlion park..
bergambar dengan singa hidup kat sana.. berani kan aku..?? hehe, aku propa je..
patung singa jela.. :)

 * i was here..!! jangan jeles, hehe..*

*merlion yang asyik muntah air all the time, huahua..* 

*pelancong jepun nie admire kat aku.. 
sampai mintak tangkap gambar sama-sama, hihi..*

*akma satu, marini, akma dua, aten..*

*belakang tu bangunan kulit durian.. tetiba teringat durian crepe misr bagi hari tu..
sedapppp... nak lagi..?? tapi nak free.. boleh..?? hehe..*

*kak era & me..*

kat situ memang tempat wajib tourist singgah kalau datang SG..
of course nak bergambar dengan patung singa yang comel tu..
baru boleh tunjuk bukti yang diorang dah jejak kaki ke kota singa, hehe..

next destination, USS (Universal Studios Singapore)..
aku jerit sekali lagi.. UUUUUUUUUUUU SSSSSSSSSSSSSSSSS SSSSSSSSSSSSS..!!!
haaa, kat sini aku teruja tahap nampak duit sejuta depan mata sebab aku dah lama teringin nak datang USS..
one of the best placed in SG..
sangat cantik, sangat best, sangat gempak..
paling penting, sangat penat..
penat yang sangat menyeronokkan.. (berapa banyak sangat daaaa...)

tapi aku kena skip dulu cerita kat USS sebab kalau aku cerita sekarang,
confirm korang kena ambik masa tigaratusempatpuluhlimajamduapuluhsaat untuk habis baca entry nie..
so, nanti aku buat satu entry special mecial untuk USS ok, hehehe.. :D

 *nak tau cerita details, tungguuuuuuuu..*

balik dari USS, singgah pulak tengok show "Song of the Sea"..
hebat giler show tu..
diorang boleh reka macam-macam bentuk dari air & lampu je..
ada kuda laut, ada ikan, ada perempuan cantik..
memang best la, sumpah tak tipu..

 *semua teruja nak tunggu show start..*

*rumah kayu dalam air.. tengah get ready nak start show..*

*play video nie.. tengok macam mana diorang create objek dari air + lampu..*
 
habis show, kitorang pergi shopping pulak kat Mustafa Centre..
Mustafa nie sama taraf dengan Mydin kalau kat Malaysia..
suasana pun sana sebab penuh dengan orang bangla, india & seangkatan dengannya..
bau tak payah cakap.. boleh muntah hijau kalau duduk lama-lama..

ada 1 insiden tak best jadi kat aku masa kat Mustafa nie..
masa aku & kawan-kawan pusing-pusing dalam Mustafa,
pastu tengok macam takde apa yang best untuk shopping, kitorang pun keluar la..
kena time aku lalu kat sensor pintu keluar, tiba-tiba sensor berbunyi.. huh???
dah tak pasal aku kena tahan dengan security Mustafa..
orang-orang kat situ dah pandang aku sebelah mata..
macam aku nie penjenayah wanted pulak..
malu jugak time tu sebab mesti orang ingat bukan-bukan pasal aku..

malu, cuak, semua ada time tu..
yela, first time kot aku kena benda macam nie..
nak-nak lagi kat negara orang.. ulang lagi sekali, kena dekat negara orang..!!!
tapi aku relaks je..
sebab aku bukan mencuri.. apa je ada dalam Mustafa tu sampai aku nak mencuri..

security suruh aku bukak beg sandang aku..
aku terus bagi je security tu bukak sendiri beg aku,
sebab aku nak biar dia sendiri tengok isi dalam beg aku..
dah dia pulak serba salah nak bukak..
siap tanya, "boleh ke i check beg u..??"
aku pun jawab, "bukak jela.."
nasib baik security tu tak buat muka kerek..
kalau tak, aku smash dia dengan kaki comel aku yang rasa nak tercabut pasal berjalan sakan dalam USS..

rupanya, sensor tu bunyi sebab barcode yang ada kat bedak compact aku..
what the fish..!!
beli kat Watson Malaysia, kat Mustafa Singapore pun boleh bunyi..
ohhh bedak kesayanganku, kau memang bagi aku satu pengalaman yang cukup hebat..
boleh cerita kat anak cucu aku nanti.. boleh ingat sampai mati, huhu..

 *bedak yang sangatttttttt aku sayang.. phuii..*

entah nak cover malu punya pasal, security tu buat-buat tanya aku datang dari mana..
hello..??? tak nampak ke passport dalam beg yang kau selongkar tu..?? huhu..
bila dah settle, dia say sorry.. aku pun ok kan jela..
kalau aku jahat, lama dah aku mintak voucher shopping 1000 SGD kat dia..
baru puas aku shopping, hehehehe..

and nasib baik dila ada temankan aku masa insiden tu..
thanks dila.. sayangggg dila, hehe.. :)

aktiviti cari sourvenir diteruskan..
tapi kali nie kitorang cari kat kedai-kedai luar Mustafa..
kawan-kawan aku nak masuk balik dalam Mustafa, aku terus cakap..
'kalau korang nak masuk, masuk la.. aten tunggu kat luar je.."
takde hati aku nak masuk lagi, taknak jadi lagi sekali scene checking-checking beg..

balik je resort, aku mandi kerbau then terus membuta tak ingat dunia..
lena tidur aku malam tu sebab happy berjalan seharian & happy sebab didapati tak bersalah..
(ewahh, poyo lebih kau nie fatin, hehe..)

last day kat SG, aku sempat pergi jalan-jalan kejap kat tepi pantai..
tangkap gambar sekeping dua, lepas tu terus kena pergi lobby untuk check-out..

*bye-bye Goldkist..*

*orang Singapore tengah sibuk marathon time nie.. bagus!! hewhew..*

aktiviti terakhir masa kat SG,
kitorang pergi melawat Garden by the Bay & Underwater World..
beria-ria la tour guide cakap yang GbtB tu best tahap dewa..
"you all pernah pergi morocco..?? dalam flower dome tu feels like there.."
itu yang dia dok sogok sebelum kitorang masuk..

 *main entrance..*

 *sebelum masuk GbtB..*

*belakang tu marina bay sand.. kata tour guide, harga sebiji burger kat atas tu, 160 SGD..
gulppp..!! telan air liur dengar..*

*happy walaupun penat..*

bila masuk, memang morocco sangat.. (tangan kat dada, mata pandang atas)
apa yang morocco pun aku tak tau, dah sama je macam kat floria..
bezanya, bunga-bunga nie semua dalam bangunan kaca yang unik..
that's all.. nothing suprized me..!!

satu tempat je buat aku wowww sekejap..
nak tau kat mana..??
tengok gambar bawah nie..

 *YE, SEBAB ADA KAKTUS.. kaktus yang besar gedabak nie,
sekali aku baling kat muka security tu, koma seminggu, hehe..*

*suka gambar nie sebab aku nampak penyayang dengan tumbuhan, kihkih..*

*muka tak sempat nak lompat, kuikuikui..*

*tembam nyaaaaa muka aku, huhuhu..*

*i'm the queen of flowers, hahahaha..*

*lovely friends..* 

*love this picture..*

settle jalan-jalan kat flower dome, kitorang masuk cloud forest pulak..
kat sini baru ok.. best tengok diorang bina hutan dalam bangunan kaca..
siap ada air terjun bagai..
bijak orang yang bagi idea untuk bina tempat nie..

 *rasa macam nak mandi je, kihkih..*

*anak cik zainol dalam hutan buatan manusia.. 
nampak kecik sangat disitu kan..?? haha..*

*empat budak comel..*

*empat budak comel + sorang isteri orang + sorang mak orang.. kuikui..*

 *budak HQ dan akak-akak cawangan..*

*gayat tapi berlagak berani..*

destinasi terakhir kat kota singa, melawat Underwater World..
kata En. Joe, tempat tu baru bukak seminggu..
tempat nie ada muzium mini jugak..

aku rasa lebih kurang je dengan Aquaria KLCC..
yang special, ada satu akuarium yang besar sangat..
besar lagi dari screen dalam panggung wayang..
mesti boleh imagine kan..?? hehe..

*cuba teka siapa yang bukan patung dalam gambar nie..?? hahahaha..*

 *kerja part-time kat SG..*

*aku dah sampai muscat oman uolsss..!! kikiki..*

 *ramai nya orang..*

*akuarium nie comel sebab semua ikan dalam tu comel-comel lote..*

 *anak ikan pari bawah tapak kasut aku.. kuang3..*

*aku lah ratu segala ikan.. iaitu ikan patin, hahahahaha..*

 *si madihah nie panggil aku "akak cantik".. 
kembang semangkuk betul aku dengar dia cakap camtu, hehehe..*

over all, trip nie memang best walaupun jadual pack giler..
masa terhad, banyak tempat nak pergi, tu yang rasa penat tu..
tapi penat-penat pun, memang berbaloi..
berbaloi sebab free..!! hahahahahaha..

thank you bos sebab bawak kitorang jalan-jalan..
tahun depan buat la lagi..
pergi mana-mana pun tak kisah, janji percuma..!! yeayyyyyyyyy.. :P

tunggu entry khas pasal USS k..
kalau ikut hati, nak je aku update malam nie..
tapi duduk lama-lama kat CC, siapa nak bayar..?? hehe..

*Malaysia VS Singapore.. aku pilih MALAYSIA..*

till then, take care..
byebye.. ♥


p/s : next week family holiday pulak.. selesanya hidup, kihkih.. :P





lots of love,
fatin
hello everyone!!
dah lama aku tak update..
biasa la, kebusyan melanda..
tambah-tambah lagi sekarang nie ada staff baru untuk bahagian kaunter..
so, aku kena la ajar apa yang aku tau..
lepas tu, aku sekarang tengah merempat sebab takde tempat duduk..
mana ada tempat kosong, situ la aku duduk.. sadis nyaaaaa!!!
bila la visa umrah nak bukak.. tak sabar nak naik atas balik, huhu.. T____T

entry kali nie, aku nak cerita pasal event yang ofis aku anjurkan baru-baru nie..
3 november hari tu, ofis aku ada anjurkan konvesyen tahunan..
untuk ejen-ejen & pengurus cawangan seluruh negara..
lokasi dia kat seri pacific hotel, betul-betul kat belakang PWTC..
aku pergi sana sebab aku kena jadi AJK..
AJK tangkap muat je uolss..

ok la, malas nak taip banyak-banyak..
kita layan gambar jela ye..
aku pun tak tau kenapa aku dah takde idea nak berkarya sekarang nie..
maybe nak kena pergi bercuti dulu kot baru idea datang.. (amboi, hahahaha..)

 *AJK yang paling comel, hikhik..*

*kak eyna, bambang & budak comel, hahahaha..*

*budak comel kuasa dua, huahua..*

*peserta yang datang konvesyen hari tu..*

*kakak2 cawangan kecuali kak da, hehehe..*

*cream puff durian.. yummy!!!*

*me & irex.. aku suka lighting gambar nie, cantik!! hehe..*

*pak haji hamid pun nak glamer, hehehehehe..*

*AJK yang bertungkus lumus untuk konvensyen tu.. congrats uolsss..*

ok la, sampai sini dulu la ye..
ada masa, aku update lagi..
byebye.. ♥



lots of love,
fatin
HAPPY BIRTHDAY TO ME..
HAPPY BIRTHDAY TO ME..
HAPPY BIRTHDAY TO MYSELF..
HAPPY BIRTHDAY TO ME.. ♥ ♥ ♥

ASSALAMUALAIKUM..
walaupun birthday aku 2 hari lepas, tapi aku tetap nak nyanyi lagu nie banyak-banyak kali..
selamat hari lahir fatin.. moga panjang umur, murah rezeki & dipermudahkan urusan..
selamat berumur 23 tahun.. selamat maintain cute.. selamat semua nya.. (ucapan untuk diri sendiri.. taknak kalah, hahahaha..)

birthday aku tahun nie happening sangat..
sebab aku dapat celebrate dengan family & misr dalam masa 1 hari, hehe..
mula-mula aku pergi celebrate birthday dengan family dekat I-City..
actually, tak rancang pun.. tetiba je idea tu datang then aku terus bagitahu mak..
mak kasi green light.. aku tanya pulak kat ayah, ayah pun ok je..
so, great..!!!! :)

kitorang pergi I-City tak lama mana pun sebab ayah tak larat nak jalan..
(ayah boring sebenarnya sebab dia kata takde apa pun kat I-City tu, hehe..)
tapi tak kisah la.. janji diorang sudi nak keluar untuk celebrate birthday aku..
sakan kitorang bergambar time tu, kejap lagi aku upload gambar tu k.. :)

sampai rumah dah pukul 12 tengah malam..
heyy..!! it's my day.. my birthday..!!!!
mak & ayah pun wish happy birthday kat aku..
mak siap nangis-nangis lagi.. biasa la mak, dia memang emosional..
aku sempat usik mak, aku kata dia boleh masuk rancangan macam-macam aznil, segmen tangkap leleh..
confirm mak menang punya, kihkih.. :P

lepas dah settle sesi ucapan tu, aku teringat kat misr..
jam dah pukul 12.06 tapi aku tak dapat apa-apa mesej pun dari dia..
dengan kuasa "call free" yang ada kat aku hari tu, aku terus call misr..
aku ingat dia dah tidur.. sebab tu tak mesej..
rupanya dia ada kat kedai burger member dia.. macam mana aku tau..??
sebab aku dengar bunyi "ketuk ketang" sudip burger si joe tu..
(entah apa nama benda tu, aku hentam je panggil sudip burger, huahua..)
lepas dah cakap telefon tu, baru dia mesej happy birthday kat aku..
tahun nie misr dapat no 4.. last year, dia no 1.. merudum giler statistik misr, hehe..
nak tau siapa no 1 tahun nie..?? nanti nak last-last baru aku bagitahu ye..
TUNGGUUUUU.. :p

*waktu lahir aku 23 tahun yang lepas..*

tengah hari 14 oktober, turn aku pergi celebrate birthday dengan misr pulak..
aku dah pesan kat dia, sebelum datang, mesej aku dulu sebab aku nak siap..
tup tup aku tengok, dia dah ada depan rumah aku..
nasib baik la aku nie bukan jenis siap berjam-jam..
kalau tak, berjanggut kambing misr nak kena tunggu, kihkih..

aku ajak misr pergi banting, tempat kenangan kitorang..
tempat kitorang kenal-kenal ke suka-suka ke sayang-sayang ke cinta-cinta..
lagipun time tu kitorang nak celebrate 2 event..
my birthday and our anniversary.. ♥
nasib aku baik sebab misr nak bawak aku pergi sana..
maybe aku birthday girl kot..?? kuikuikui.. :)

on the way ke banting, macam-macam aku borak dengan misr..
sampai misr kata aku nie novel.. hahahahahaha..
tak kisah la, janji aku happy.. :)
misr bawak aku pusing-pusing dekat tempat kenangan sebelum pergi lepak kat pantai kelanang..

overall.. even no birthday cake, no birthday party, no birthday present, aku tetap bersyukur + happy..
sebab semua orang yang aku sayang dapat sambut birthday aku..
thanks to my family because sudi keluar malam-malam untuk celebrate birthday..
thanks to my beloved boyfriend for 2 in 1 celebration.. (thank you also for big apple & mcdonalds.. memang kenyang sangat-sangat hari tu, hehe..)
thanks to my future mother-in-law sebab jadi orang pertama wish birthday untuk tahun nie..
(mama wish 12 okt tau tak, awal 2 hari, advance!! hewhew..)
thanks untuk kawan-kawan yang wish dalam facebook & handphone..
paling penting, aku bersyukur sangat-sangat ke hadrat Ilahi sebab masih diberi peluang untuk hidup..
ALHAMDULILLAH.. ♥ ♥ ♥

ok, jom layan gambar pulak..
penat dah nak menaip, hehehehehehe.. :)















lastly, thank you semua.. :)


p/s : gaduh, huhu..


lots of love,
fatin
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates