facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥


Korang mesti tengah pening kepala pasal prosedur berkahwin kat negeri Selangor nie kan? Aku faham sebab aku pun alami benda yang sama. Masa baca carta yang pejabat agama bagi, Nauzubillah rasa susah sangat. Terpusing-pusing otak aku nak hadam carta tu. Tapi bila dah alami sendiri, takdelah susah mana. Kacang goreng je. Kikikiki.. (^_^)


Disebabkan aku rasa nak tolong korang yang memerlukan, aku share sikit prosedurnya. Prosedur nie khas untuk orang yang berkahwin dalam Selangor je tau. Kalau lain daripada kes nie, mintak tanya sendiri kat pejabat agama la yeee.


Aku & tunang sama-sama dari Selangor. Mula-mula sekali korang kena pastikan korang dah ambik kursus kahwin. Lifetime beb, jangan risau. Takde expired date. Boleh baca cerita kursus kahwin aku kat sini. Lepas tu, make sure jugak korang dah test HIV. Yang nie ada expired date, tak silap aku 6 bulan sebelum bernikah baru boleh buat. Boleh baca sini.


Dah settle dua benda tu, pihak lelaki kena mulakan prosedur nie. Maybe sebab diorang nak kita belajar yang lelaki tu ketua keluarga kot, sebab tu diorang suruh lelaki start dulu. Eh, macam takde kena mengena. Hihihi. Okay. Untuk negeri Selangor, semua kena isi online. Boleh bukak website nie untuk belajar lebih lanjut....


Website JAIS : ncr.jais.gov.my


Macam tunang aku, dia just isi borang 2A (borang permohonan nikah) sebab alamat tempat tinggal dia sama dengan alamat dalam IC. Siapa yang alamat tak sama, check balik dengan pejabat agama. Aku tak sure bab tu. Then, bila dah siap isi, dia bawak 2 orang saksi pergi jumpa PPN untuk sign borang 2A. Surat akuan bujang tak diperlukan sebab 2 orang saksi nie la yang jadi ganti kepada surat tu. Kalau kata saksi menipu pasal status bakal pengantin, diorang boleh didakwa. Aku call sendiri pejabat agama untuk pengesahan tentang perlu ke tidak surat akuan bujang.


Lepas dah settle, dia pergi ke PAID untuk dapatkan borang 3A iaitu borang kebenaran berkahwin. Serah borang, bayar RM 10, tunggu kejap lepas tu dah boleh dapat borang 3A. PAID tu ikut pada tempat korang bermastautin. Contoh kalau duduk kat Ampang, PAID yang bertanggungjawab ialah PAID Hulu Langat. Boleh call pejabat agama untuk maklumat lanjut.


Bila tunang aku dah selesai dapatkan borang 3A, time tu la tugas aku bermula. Macam pihak lelaki jugak, aku kena isi borang online. Untuk perempuan ada dua borang yang kena diisi iaitu borang 2C (borang permohonan nikah) dan 2D (wakalah wali). Pastikan dah ada semua details baru boleh isi borang 2C. Kalau tak, sia-sia je korang menaip sebab website tu takkan allow untuk save kalau maklumat tak lengkap. Dan untuk borang 2D, perlu pastikan samada wali korang nak akadkan sendiri atau nak wakilkan pada PPN. Borang 2D tak isi details penuh pun takpe. Boleh tulis tangan nanti.


Selesai isi borang, aku bawak wali dan 2 orang saksi jumpa PPN untuk sign borang. Settle isi borang, aku pun pergi PAID untuk dapatkan kelulusan. Kena submit sekali borang 3A yang bakal suami kita tungkus lumus siapkan tu tau. Hari tu aku pergi dengan ayah, saja menggedik. Padahal boleh je pergi sorang, kikiki... Bayar RM 10, tunggu dalam setengah jam, dah dapat borang 3C. Bila dah settle, hantar borang lelaki dan perempuan ke PPN tempat korang akan bernikah. Lepas tu dah boleh tarik nafas lega sebab semua dah selesai. Aku tak hantar lagi sebab PPN aku mintak bawak bakal suami sekali masa hantar borang tu kat dia. Entah apa dia nak pun tak tau la, hehehe.


Lupa nak cakap, ada dokumen lain jugak yang kena korang submit sekali dengan borang 2C dan 2D tu. Boleh rujuk checklist yang pejabat agama sediakan. So, amacam? Takdelah susah mana kan. Simple. Enjoy je moment korang buat prosedur berkahwin nie. Enjoy-enjoy aku pun, jenuh jugak la bertekak dengan encik tunang. Biasa la, dugaaaan sebelum berkahwin. Hikhik... Alhamdulillah, semua urusan dipermudahkan. Bersyukur sangat rasanya. Rasa macam tak percaya pun ada. Tak sangka dah nak kahwin. Hehe.

Bride to be sekalian, selamat berseronok buat preparation okay!!! (^_^)

PPN : Penolong Pendaftar Nikah a.k.a Tok Kadi kat masjid.
PAID : Pejabat Agama Islam Daerah a.k.a pejabat agama.

*Biar gambar menceritakan kegatalannya. Hihi.*


UPDATE : DAH SETTLE SERAHKAN BORANG KAT TOK KADI. RUPANYA DIA NAK JUMPA SEBAB NAK ENCIK TUNANG PRAKTIS BACA LAFAZ NIKAH DAN SEMPAT JUGAK LA TOK KADI TAZKIRAH PASAL TANGGUNGJAWAB SUAMI ISTERI KAT KITORANG, HEHEHE.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum. ♥

Amboi, memanjang cerita pasal kahwin nie. Gataiiii, hehe. Kali nie nak cerita pasal warna tema resepsi aku nanti. (^_^)V


Sekarang nie trend pengantin pilih kaler pastel untuk wedding diorang. Kaler pastel yang paling hot aku rasa mint green, dusty pink, dusty purple, dusty blue dan segala macam dusty lagi laaa, hihi. Aku suka jugak kaler pastel nie. Nampak lembut tapi elegant. Tapi tak semudah tu aku terpedaya...... Cukup la dah pakai kaler pastel masa bertunang hari tu.


Dari kecik (nampak nau gatainyee tu) aku dah berangan nak pakai baju kaler kuning diraja untuk wedding. Suap la mata dan perasaan aku pasal kaler lain, aku tetap dengan pendirian aku nak pakai kaler kuning. Tak tau sebab apa aku minat sesangat dengan kaler nie.


Walaupun kebarangkalian nak nampak macam maskot Digi tu ada, peduli apa aku kan??? Bukan aku cat muka aku kaler kuning pun. Hehehe. Nak kata kaler tak up-to-date pun, ada aku kisah? Why bother, why bother, why bother. Kikikiki. Janji iolsss happy. :p


Apa pun, nasib aku baik sebab encik tunang ikutkan je kehendak aku. Yelah, dah kitorang buat sekali kenduri je. So, nak taknak salah sorang kena beralah. Thank you b.


Sekarang nie, baju sanding kitorang still on progress. Baju perempuan dah nak siap katanya, baju lelaki belum siap lagi. Tak sabar nak fitting baju sanding. Nak merasa perasaan jadi permaisuri raja. Hakhakhak...

 *Cantiknyeeee. Copy dari blog sapa entah. Mohon pinjam gambar yee.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum.


Okay, let's straight to the point. Aku ambik HIV test kat Klinik Kesihatan Kampung Pandan. Betul-betul depan ofis aku. Jalan kaki tak sampai 5 minit. Mintak pelepasan keluar kejap, jimat cuti tahunan aku. Boleh simpan buat cuti kahwin nanti. Hikhik.


Setiap KK lain prosedurnya. Kat KK Kampung Pandan, hari yang available untuk HIV test ialah hari Isnin sampai Khamis. Macam KK area Selayang (hari tu call kan untuk encik tunang) pulak, diorang just available dari hari Selasa sampai Khamis je. So, better call sebelum terjah mana-mana KK okay.


Kat KKKP, pendaftaran pukul 12.50 tengahari and limited untuk 10 orang terawal. Kalau kau lambat, kau tunggu jelah esok lusa. Hehe. Pukul 2 petang baru start check segala bagai. Jawab soalan ketua nurse, pastu isi nama dalam buku besar (rupa buku tu dah macam guestbook versi gergasi) hehehe then baru la dia check darah. Sekejap sangatttt ambik darah sampai aku tak sempat nak feel macam mana rasa sakit kena cucuk kat jari tu. Hihihi. :p


Selesai check darah, belum habis lagi okayyyyy. Kena tunggu pulak untuk ukur tinggi, timbang berat dan check tekanan darah. Pastu kena tunggu pulak doktor yang bertugas cop & sign borang hasil keputusan then dah siapppppp. Nanti pihak klinik kasi satu salinan keputusan untuk simpanan kita dan satu sampul yang dah siap lekat. Sampul tu la nanti yang kita kena submit kat pejabat agama. Jangan gatal nak bukak pulak, karang tak pasal permohonan nikah kena reject.


Masa aku pergi test tu, aku sorang je independent. Yang lain semua berteman, kikiki. Tapi tak kisah la, janji benda dah settle. Alhamdulillah, keputusan HIV test aku negative. Dah boleh kahwin dengan suka hatinyaaaaa. Yeayyyy!! (^_^)

*Caption gambar nie, "semasa aku bosan menunggu" hehe.*


p/s : Dua bulan dua hari lagi. Permudahkan segala-galanya Ya Allah.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Semalam (3 Ogos) birthday Along yang ke-29 tahun. Aktiviti wajib setiap tahun, celebrate birthday dia dengan cara, makan kat luar. Hehe. Encik tunang pun join sekali. Actually, tak sangka pun dia join sebab dia datang secara mengejut. Nasib baik dia sampai cepat. Kalau tak, ketuk la pintu rumah tu sampai lebam. Well, apa-apa pun aku happy sebab dia macam tau-tau je aku rindu kat dia, dah lama tak jumpa la katakannnnnn. :p

*I have one happy family at home, hehehe.*






Along, happy birthday. Semoga menjadi suami dan papa yang baik untuk Izz & Zandra. Love you. (^_*)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Alhamdulillah, dah selamat pun kita semua beraya. Raya tahun nie sama je macam tahun-tahun lepas. Bezanya, mungkin ini raya terakhir sebagai orang bujang. Insyaallah........ Doakan. (^_^)


Tak tahu nak cerita apa. Penat perjalanan pun tak habis lagi nie. Perut pulak menjadi-jadi naiknya. Hehe. Ok lah, layan jelah gambar raya tahun nie.



SELAMAT HARI RAYA.
MAAF ZAHIR BATIN.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Ingat tak kat entry Kad Kahwin nie, aku ada mention pasal rubber stamp untuk cop kat envelope? Haaaa, rezeki nampaknya menyebelahi cik rubber stamp kitewww. Hehe.


Kisahnya macam nie... Hari tu tengah aku dok godek-godek Facebook, tetiba terjumpa satu page nie. Comeylicious.net. Nama pun comel sangatt kan, hihi. Ushar punya ushar, rupanya diorang ada buat services tempah rubber stamp. Aku pun apa lagi, ambik no fon owner tu then terus whatsapp.

*Macam-macam lagi services yang diorang provide. Baca sendiri, hihi.*

Harga boleh tahan, RM 20 untuk satu cop. Kalau beli tiga cop, cuma RM 50 je. Design dia bagi free, macam-macam design ada tau. Semua comel-comel. Rambang mata nak pilih. Tapi aku pilih yang simple je. Simple but sweet. Aku tau kalau tempah kat luar lagi murah tapi masalahnya, nak cari tempat tu entah kat mana pulak. So, kita guna cara moden jelah. Beli online, hehehe. (^_^)

 
Diorang ambik masa lebih kurang 3 hari untuk siapkan dan pos parcel kita. Macam aku hari tu, transfer duit hari Khamis, hari Jumaat diorang send draft, hari Selasa dah dapat rubber stamp kat tangan. Happy sangatttt. Hehe.


Okaylah, nak sambung cop lagi. Cop sampai lebammmmm. Jangan lupa singgah page Comeylicious tu okay b2b semua. Bye.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum,

Sekali lagi Malaysia dikejutkan dengan berita sedih. Dalam tempoh kurang 6 bulan, dua kapal terbang Malaysia terlibat dengan kemalangan. MH370 pun masih takde khabar berita, kali nie MH17. Bezanya, MH17 dah jelas nampak depan mata. Dah tahu keadaannya. Terhempas di Ukraine. Allahuakbar!


Al-Fatihah untuk mangsa-mangsa yang beragama Islam dan takziah untuk yang selebihnya. Bersabarlah Malaysia. Dugaan yang kita semua tak pinta. Hanya pada ALLAH S.W.T kita serahkan segalanya. Bersatu hatilah Malaysia.




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Alhamdulillah, kad kahwin dah siap!! Hehe. Kad kahwin kita biasa-biasa je. Harga pun biasa-biasa je. Tak mampu nak buat kad kahwin macam Che Ta, hikhik.


Kad kahwin aku order by online je. Vendor kad kahwin tu 100% beroperasi melalui facebook. Takde kedai tapi diorang ada SSM. So, takde la risau sangat. Aku ambik pakej RM 450, agak berbaloi bagi aku sebab tak mahal sangattt. Hehe. Pakej tu termasuk :

- Kad kahwin 2 lipat 4"x8" (1000 pcs)
- TQ tag (1000 pcs)
- Bunting (2 pcs)
- Banner (2 pcs)
- Penunjuk arah (3 pcs)
- Prop (10 pcs)
- Envelope kosong (1000 pcs)


Haaa, amacam? Kira okay la kan. Tak payah membazir nak tempah kad mahal-mahal. Nanti ke tong sampah jugak tempatnya. Lagipun banyak benda lagi nak pakai duit. Tempoh dari booking, bayar deposit, pilih design, hantar details, check draft, buat pembetulan, printing ambik masa dalam sebulan. Cepat la jugakkkk....


Niat hati nak tempah rubber stamp untuk cop kat envelope. Tapi tengok la macam mana nanti. Kalau rasa susah sangat nak cari, lantakkan aje envelope tu kosong. Janji kahwin, kikikiki. :p


Actually, aku & tunang cuma perlu 700 pcs kad je. 400 pcs untuk pihak aku, 300 pcs untuk pihak dia. Tapi sebab takde pilihan (sebab ambik pakej), terpaksa la order 1000 pcs. Balance kad nanti simpan jela buat kenangan, hihi.


Dah cerita panjang lebar, tak bagitahu lagi sapa nama vendor tu kan. Hehe. Sapa yang sudi, boleh login facebook & search nama nie. 


KAD KAHWIN CREATIVE HAND


Apa-apa, boleh whatsapp atau call je owner dia. Dari pemerhatian aku, owner nie rajin balas whatsapp tapi susah nak angkat call. Boleh pilih samada nak poskan parcel atau boleh ambik by hand. Macam aku, ambik by hand sebab tempat pick-up point tu dekat sangat dah dengan rumah. Hehe.

 
Takde apa nak cerita dah pasal kad. Actually, banyak lagi benda tak settle nie. Bab permohonan kebenaran kahwin pun baru nak start buat. Tiga bulan lagi sebelum bergelar isteri orang... Hopefully semuanya berjalan lancar dan dipermudahkan Allah S.W.T. (^_^)


p/s : tengah kumpul mood nak DIY Guestbook. Kalau jadi, aku story okay.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Hari nie birthday mak yang ke 52 tahun. Birthday mak selang seminggu je dengan birthday tunang aku. Lepas nie, berderet-deret birthday family aku. Jenuh la korang nak membaca entry birthday nanti. Hehe.


Mak, memang takde pengganti. Sapa pun tak boleh ganti tempat mak dalam hati aku. Mak la yang paling best, paling baik, paling sporting, paling penyayang. Dan memandangkan tahun nie last aku sambut birthday mak sebagai orang bujang, aku nekad nak bagi hadiah yang agak special untuk mak. Sengaja bagi, takut lepas nie tak dapat nak bagi sebab dah ada family sendiri.

*Hadiah nie mungkin tak seberapa kalau dibandingkan dengan pengorbanan mak.*

Selamat hari lahir mak. Semoga mak dikurniakan kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur. Semoga hidup mak diberkati ALLAH S.W.T dan semoga semuanya yang baik-baik je untuk mak. Kasih sayang akak pada mak tak terungkap dengan kata-kata. Yang pasti, akak sayanggg mak selama-lamanya.


Selamat hari lahir ibu dunia akhirat ku, Azizah. :')


Ikhlas dari anakmu,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Hari nie hari lahir tunang tersayang yang ke 26 tahun. Gigih nie tunggu pukul 12 tengah malam semata-mata nak update. Hehe. Kitorang tak celebrate pun sebab birthday dia jatuh hari kerja. :p


Ucapan macam biasa. Ucapan klise. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, bahagia dunia akhirat. Tapi aku kasi tambah sikit tahun nie. Semoga dipermudahkan segala urusan kita dan semoga b akan menjadi suami yang mithali & terbaik untuk sayang.


Untuk b, i love you so much. Happy birthday bakal suami. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates