Assalamualaikum ♥
Macam yang aku pernah mention sebelum nie, aku suka emas kuning compare to emas putih. Maybe sebab aku suka warna kuning kot? Hehe. Macam takde kena mengena. Tapi itu lah hakikatnya. Alhamdulillah, dah selamat dah beli barang kemas untuk upacara pembatalan air sembahyang nanti. (^_^)
Kitorang beli kat Poh Kong je. Actually, malas sebenarnya nak pergi survey jauh-jauh. Aku baca jugak blog bride to be lain. Konon beli kat situ murah, beli kat sini ada special promotion, macam-macam. Tapi dek kerana memang takde mood nak berjalan jauh & malas nak redah jem ke apa, sepakat jelah pergi kat Poh Kong area rumah aku tu......
Planning asal sekali nak beli rantai. Entah macam mana, encik tunang kata kalau tukar beli gelang boleh? Aku on je, tak kisah. Asalkan dapat emas, kikikiki.... Dah sampai kat Poh Kong, tak berkenan pulak aku dengan design gelang diorang. Sudahnya beli jugak la rantai macam yang dirancang mula-mula dulu. Hehe, yeayyyy!! :p
Harga pun okay la, tak mahal sangat. Taknak la susahkan encik tunang. Banyak lagi benda yang kitorang kena bayar. Yang paling penting, dia bagi aku peluang 100% untuk pilih sendiri dan of course aku suka sangat dengan rantai aku tu. Rasa tak sabar nak tunggu encik tunang pakaikan masa nikah nanti. Gatal sangattttt okay! Hehe.
Dan yang paling paling paling penting, kitewwww tak secerewet encik tunang kitewww. Hikhikhik. Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak kata dia. Dah kata tu wedding ring dia, mesti la kena cari yang betul-betul berkenan. Sekali seumur hidup, mesti nak yang terbaik. Kan? (^_~)
p/s : 9 hari lagi sebelum bergelar seorang isteri. Semoga dipermudahkan-Nya. Rasa nervous dah nak start panas enjin nie. Huhu.
Love,
Nor Fatin Nadhirah


