facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥


Resepi nie sama je dengan resepi kat blog lain. Aku pun ambik resepi diorang, bukan idea sendiri. So, nothing special in this recipe. Yang bezanya, aku buat jeruk nie dengan penuh rasa cinta kat suami, tu yang terkeluar nama resepi romantik tu. Kikikiki... Dah, jom jelah layan toturial resepi nie walaupun aku tahu dah beribu page share resepi yang sama. :p


Bahan-bahan nak buat jeruk nie senang dan mudah je nak cari. Mangga muda, cili padi, asam boi, gula dan garam. Semua bahan tu pulak memang dah ada stok kat rumah so lagi la senang. Tak keluar satu sen. Jimatttt, hikhik.


Mula-mula aku potong mangga ikut suka hati aku then basuh. Buah mangga nie free, ayah aku tanam depan rumah. Hehe. Sebab nak buat trial, aku guna satu biji je. Sederhana besar. Cukup la untuk aku satu family merasa.


Lepas tu, aku letak empat sudu besar gula dan setengah sudu kecil garam. Gaul sebati. Aku gaul pakai tangan, senang. Baru betul rasa air tangan Fatin kannnnn... Hehe.


Potong cili padi kecil-kecil. Aku guna dua tangkai. Tu pun dah pedas tau. Lain kali nak letak setangkai je, hehe. Siapa suka pedas tu boleh la letak dua puluh tangkai. Siapa lidah cina macam aku, dua tangkai tu okay lah. Pedas masih terkawal, hikhik... :p


Next step, campakkan (jangan campak betul-betul pulak) asam boi. Aku guna enam biji asam boi. Okay lah, sedang-sedang je rasa masam masin dia. Tak terlalu masam atau masin. Agak-agak la nak letak, ikut sukatan mangga korang okay.


Dah siap tu, sejukkan dalam peti ais. Aku sejukkan ada la dalam sejam. Rasa? Sedap bagi aku sendiri. Rasa masam, manis, pedas, masin sikit-sikit semua lengkap. Sedapppppp. Lain kali kalau teringin nak makan, boleh buat lagi. Hehehe.


Selamat mencuba pada yang lambat mencuba macam aku. Viral jeruk mangga asam boi nie pun dah lama basi, baru hari nie terhegeh-hegeh nak buat. Hahaha. Bye. (^_~)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Karikatur nie aku tempah masa pergi honeymoon hari tu. Kebetulan je pun buat benda alah nie. Sementara menunggu nak beratur, aku terjebak pulak kat booth karikatur. Sudahnya, aku terkenan dan tergoda lalu terbayar. Hehehe. Takpelah, kenangannnnn katanya. (^_^)


Harga untuk seorang RM 30 (berwarna) dan RM 20 (hitam putih). Dah aku nak dia lukis gambar aku & suami, maknanya kena la bayar RM 60. Saiz A4. Kalau nak saiz A3 harga jadi RM 50 seorang. Alang-alang dah bayar agak mahal, aku ambik terus yang berwarna. Senang. Cantik pun cantik....


Tak lama pun pelukis tu nak siapkan. Ada la dalam 30 minit rasanya. Aku perati je masa dia melukis, perghhhh!! Tak payah nak lakar ke apa, main bantai je. Terror giler. Oh yaaa, pelukis tu Syem Raja Lawak. Bercontact lens biru laut uolssss. Kau hado??? Hikhik.

*In the making.*

*Syem the blue eyes man, kikikiki.*

*Muka happy duit melayang secara tak sengaja, hehe.*

Amacam, cantik kan walaupun muka aku dan suami nampak pelik sikit. Aku beli frame, lepas tu gantung la gambar nie sampai tua okay Fatin..... Hehehe. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Walaupun dah sah jadi suami isteri, aku tak pernah lupa tarikh hari nie. 24 Oktober. Tarikh keramat. Tarikh bermulanya kisah percintaan aku dan suami. Tak sangka tahun nie dapat celebrate tarikh 24 Oktober sebagai seorang isteri. Bersyukurnyaaaaa Ya Allah. (^_^)


Aku mesej ala-ala romantik kat suami petang tadi. Sudahnya takde jawapan. Biasalah, suami iolsss bukan hero drama filem. So, tak payah la nak mengharap. Hehehe. Tak romantik takpe janji dia sentiasa sayang aku selama-lamanya. Hahahahaha. 


Okaylah, update nie pun sebab tu je. Nak jadikan kenangan untuk tatapan hari tua, cewahhh. Untuk suami tersayang, selamat ulangtahun percintaan kita yang ke 6 tahun. Sayang akan sentiasa ada untuk B. I love you to the moon and back sweetheart (ayat klise couple-couple dalam Instagram, hikhik). InsyaAllah, semoga segala yang kita rancang dipermudahkan-Nya. Aminnn......


I love you husband. I really mean it.



Your One and Only Wife,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Rasanya dah boleh start review sikit-sikit dah kisah perkahwinan aku dan suami. Ya Allah. Serius, banyak sangatttt cerita yang tak sempat nak update, dah cerita kahwin pulak beratur mintak diupdate. Takpelah, aku cuba update setakat mana aku mampu okay. But I need so much much much time, hikhik. (^_^)


Entry pertama nie baik aku cerita pasal berinai la ye. Sebab apa-apa pun kena berinai dulu. Memang tak wajib tapi dah jadi kemestian untuk semua bakal pengantin berinai sebelum kahwin. Aku pakai inai simple je. Takde ukir-ukir bentuk flora ke fauna ke spider web ke apa ke benda ke, semua takde. Aku pakai inai macam orang dulu-dulu. Tradisional uolsss. Iolsss kan jiwa tradisional, so inai pun kena la tradisional. Kaki je ada ukir sikit, tu pun simple. Mihmihmih... :p


Actually, aku teringin jugak sebenarnya nak inai ukir-ukir tu. Perasaan remaja mana boleh dibendung, hehe. Search la dalam Facebook pe bagai, harga mahal giler kau! Ada yang aku tanya tu charge sampai RM 180 untuk inaikan dua tapak tangan dan dua tapak kaki SAHAJA. Cekik darah betul. Tahannya bukan lama, paling koman pun dalam dua minggu. So, lupakan jelah hasrat mengarut tu. Banyak lagi nak pakai duit.... Ambik langkah mudah, aku mintak tolong makcik aku. Free of charge! Jimat duit. Inai pun dia sponsor. Jimat lagi duit aku.... Hahaha.


Bermulalah sesi berinai sehari sebelum nikah. Makcik aku beli inai tiub kat Mydin. Harga baru RM 2.50, tak payah nak membazir bagai. Beli yang mahal pun sama je, bukan orang tahu inai kau tu harga berapa. Inai tetap inai. Tapi dah aku bagitahu nie, so maknanya korang dah tahu la harga inai aku. Hahahaha. Lantakkannnnn, janji dah selamat bernikah. Kuikui. :p






Dah nama inai tiub, mana boleh pakai lama sangat. Macam aku hari tu, beria nak merah kononnya, aku hentam pakai sampai setengah jam. Sekali cuci, hambekkk kau! Hitam jari aku. Masa tu memang down giler. Apa ke buruk sangat inai aku nie, nak nangis betul rasanya. Dah terbayang-bayang muka encik tunang (masa tu la) pandang slack kat tangan aku masa nikah nanti. Huwaaaaa... Sabar jelah. T_T


Fikir alternatif lain, aku try cuci tangan dengan sabun pencuci tangan. Nahhhh, hambek kau. Merah nau nau kau, comel pulak. Hehe. Lega terus hati aku. Tetiba rasa dah boleh bernikah dengan jayanya, hahaha.


Lepas dah settle berinai, aku tak main air sangat. Jaga betul inai tu daripada terkena air sampai sanggup sapu minyak zaitun kat tangan dan kaki. Obses giler nak inai maintain merah, hikhik. Dah dua minggu kahwin nie, inai dah jadi pudar. Biasalah, nak kekal lama kena la pakai inai pokok. Nie dah inai tiub, harapannnn la nak dia kekal lama. Dengan aku bantai mandi laut (story untuk entry honeymoon nanti k), basuh pinggan segala bagai, mana la tak cepat pudar kan.... Apa-apa pun, aku puas hati dengan inai aku walaupun simple. Mak mertua kitewww pun suka yang simple-simple camni je. Nampak tak macam mana nak pikat hati mak mertua? Hihihi, gurau je. (^_^)


Suami kitewww pun berinai jugak, tiga jari kanan dan kiri dia. Siapa yang pakaikan, Allahualam... Tak tanya pulak kat dia. Hehehe.

*Selesai berinai malam 9 Oktober.* 
 
 *Gambar latest, 23 Oktober.*

Next entry aku cerita lagi okay. Nak review takde gambar macam tak best pulak. Gambar kahwin ada je tapi aku nak tunggu gambar dari official photographer jugak. Gediksssss, hihi. Okay lah, suami dah menjeling, kena stop dulu. Byebye. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Hari nie dah hari ke-lima jadi isteri orang. Alhamdulillah. Rasa bersyukur sangat. Semuanya berjalan dengan lancar. Masa nikah, masa resepsi, semua okay. Cacat cela sikit-sikit tu biasa lah. Adat. Tapi memang puas hati sangat dengan kelancaran majlis.


Terima kasih tak terhingga pada Mak, Ayah, Mama, Abah, adik beradik, keluarga, saudara-mara, jiran tetangga dan semua yang terlibat secara langsung atau tak langsung. Tanpa diorang, tak jadi la semua nie. Terima kasih pada tetamu yang hadir memeriahkan majlis. Alhamdulillah, terima kasih jugak atas segala bentuk sumbangan yang diberi. (^_^)


Okaylah, banyak sangat nak story tapi nanti dulu la. Kitewww tengah menyesuaikan diri dengan status seorang isteri nie. Hehehe. Lagi-lagi pulak suami tengah demam. Mama pun demam jugak. Penat kenduri la tu. Kesian diorang. Hmmm....


Byebye :)

 *Teaser sikit. Tungguuuuuuu.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Macam yang aku pernah mention sebelum nie, aku suka emas kuning compare to emas putih. Maybe sebab aku suka warna kuning kot? Hehe. Macam takde kena mengena. Tapi itu lah hakikatnya. Alhamdulillah, dah selamat dah beli barang kemas untuk upacara pembatalan air sembahyang nanti. (^_^)


Kitorang beli kat Poh Kong je. Actually, malas sebenarnya nak pergi survey jauh-jauh. Aku baca jugak blog bride to be lain. Konon beli kat situ murah, beli kat sini ada special promotion, macam-macam. Tapi dek kerana memang takde mood nak berjalan jauh & malas nak redah jem ke apa, sepakat jelah pergi kat Poh Kong area rumah aku tu......


Planning asal sekali nak beli rantai. Entah macam mana, encik tunang kata kalau tukar beli gelang boleh? Aku on je, tak kisah. Asalkan dapat emas, kikikiki.... Dah sampai kat Poh Kong, tak berkenan pulak aku dengan design gelang diorang. Sudahnya beli jugak la rantai macam yang dirancang mula-mula dulu. Hehe, yeayyyy!! :p


Harga pun okay la, tak mahal sangat. Taknak la susahkan encik tunang. Banyak lagi benda yang kitorang kena bayar. Yang paling penting, dia bagi aku peluang 100% untuk pilih sendiri dan of course aku suka sangat dengan rantai aku tu. Rasa tak sabar nak tunggu encik tunang pakaikan masa nikah nanti. Gatal sangattttt okay! Hehe.


Dan yang paling paling paling penting, kitewwww tak secerewet encik tunang kitewww. Hikhikhik. Tapi bila fikir-fikir balik, betul jugak kata dia. Dah kata tu wedding ring dia, mesti la kena cari yang betul-betul berkenan. Sekali seumur hidup, mesti nak yang terbaik. Kan? (^_~)


p/s : 9 hari lagi sebelum bergelar seorang isteri. Semoga dipermudahkan-Nya. Rasa nervous dah nak start panas enjin nie. Huhu.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Dah berzaman aku pergi trip nie, baru sekarang la terhegeh-hegeh nak update. Better late than never. Right peopleeeeeeeeee?? Heh. Jom la aku kongsi sikit pengalaman dan sejarah tempat kat sana. Kalau ingat lagi laaa, kikiki. Tak ingat tu maafkan jelah. Nama pun otak manusia, bukan hard disc. :p


Perjalanan dari Kuala Lumpur terus ke Abu Dhabi. Perjalanan ambil masa 8 jam. Masa pergi, aku naik Jet Airways. Selesa jugak seat dia, siap ada stand untuk kepala lagi. So, takde istilah la nak terlentok-lentok manja kat bahu member/pakwe/suami. No romantic scene okay!!!! (^_^) Sampai Abu Dhabi International Airport, aku terus gerak ke Dubai. Perjalanan ambik masa dua jam. Cerita pasal Dubai, nanti aku story k.


*Kenangan di Abu Dhabi International Airport.*

Tempat pertama aku pergi kat Abu Dhabi, Masjid Sheikh Zayed. Seriussssss, masjid nie sangat-sangat cantik!! Binaan dia unik. Masa dari dalam bas lagi aku perati je masjid nie. Sebabkan aku p****d time tu, tak boleh la nak masuk sampai ke dalam. Kawan aku kata kat dalam lagi la cantik. Ralat betul rasanya tak dapat solat dan tengok dalam masjid. Tapi takpelah, mana tau ada rezeki pergi lagi. Kan b? Hikhik.



Untuk makluman korang, kalau nak bergambar kat sekitar masjid, tolong jaga perangai. Jangan pose gedik nak mampos. Sebab ramai guard (atau polis bantuan, aku tak sure pulak) yang jaga kawasan masjid. Dorang tak kasi bergambar dengan aksi bukan-bukan sebab nak jaga kehormatan masjid. Contoh macam hari tu, aku tolong tangkap gambar member aku. Dia buat peace je pun, terus orang tu datang kat kitorang pastu suruh aku delete gambar tu depan mata dia. So beware okay!

 *Nampak tak kitewww behave je kat sini. Heh.*


*Nie kat pintu masuk masjid. Cantik kan?*

Next, aku ke Ferrari World Theme Park. Bagi aku tempat nie takdelah best mana. Sapa minat kereta Ferrari, maybe diorang excited la kot. Kereta Ferrari yang diorang pamer macam-macam jenis. Aku tak reti sangat bab-bab kereta nie. Games dia pun biasa-biasa je. Aku sempat main satu games je. Games 4D yang menarik. Speed of magic. Terjerit jugak la dalam tu sebab gedik terkejut. Hahahaha. Budak-budak ofis semua excited nak main outdoor roller coaster tapi hampa sebab ribut pasir. Iolsss tak terasa pun sebab sedar diri nie bakal pengantin, taknak bahayakan diri. Hikhik.

 



So far, Abu Dhabi nie okay la. Tak best sangat, tak bosan sangat. Lite-lite je perasaan dia, hehe. Tapi satu je kena tahan kat sini. Suhu memang sangat panas. Air nak mandi pun panas tau tak! Pakai water heater, adjust air paling sejuk pun tetap rasa panas. Huhu. Masa aku pergi hari tu, suhu cecah sampai 41'C. Panas ya amat walaupun berangin. For your information, Abu Dhabi dikelilingi pantai sebab tu panas terik. :'(


Next entry aku story pasal Dubai pulak okay. It's more fun than Abu Dhabi babe. Tungguuuuuuuuu tau. (^_^)


p/s : Semoga adik akak cepat pulih dan sihat. Akak rindu Ami.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Serius, nak cari cincin lelaki memang payah. Kena pulak encik tunang aku jenis teliti dalam memilih, lagi la payah. Huhu. Sebelum pergi beli, puas aku google pasal cincin lelaki. Macam-macam jenis ada. Suasa, platinum, perak, palladium, stainless steel. Pening kepala otak aku. Hmmm....


Aku start survey kat Diamoney. Tak banyak pilihan. Cincin kat situ perak bersadur platinum (kata promoter tu la). Range harga RM 200++ ke atas. Encik tunang macam tak berkenan langsung dengan pilihan kat situ. So, kitorang pun blah. Hikhik...


Next, kitorang ke Emas Sri Pinang. Kat sini memang banyak sangat pilihan. Cincin dia jenis palladium. Nak bertatah berlian ada, nak zircon pun ada. Ada koleksi teruna, harga fixed RM 899. Memang cantik tapi overbudget. Hehe. Pilih punya pilih, encik tunang jumpa jugak cincin dia. Dan kena dengan budget aku. Lega. Hikhik. :p


Ada jugak aku google hari tu, kebanyakan B2B beli cincin kat Bausch K. Tak silap aku cincin kat situ jenis stainless steel. Kan? Aku tak minat sangat cincin jenis stainless steel. Tak nampak ekslusif. Waaaahhh gitu. Jangan terasa pulak ye. Semua depends on diri sendiri kan. Hehe.


So, dengan itu pencarian cincin untuk bakal suami aku dah selesai. Yeay!! Alhamdulillah. (^_^)



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥


Majlis dah lama, 31 Ogos lepas. Hari nie baru dapat update. Macam tahun-tahun sebelumnya, family aku mesti celebrate birthday Izz. Dan ini kali pertama kami adakan majlis untuk Zandra a.k.a Dikya Mokmok.


Majlis start daripada pagi. Pagi tu buat dulu majlis cukur jambul Dikya. Kesian Dikya, asyik kena picit je pipi dia dengan makcik-makcik marhaban. Hehe. Tapi Dikya behave sangat. Langsung tak nangis masa majlis. Masa makcik marhaban gunting rambut & kasi minum air pun, relaks jeeee dia. Beza dengan Izz dulu. Hikhik...


Lepas Zohor, baru kitorang sambung buat birthday party Izz. Mummy dia semangat setup meja kek jadi candy-booth. Tema birthday Izz kali nie Spiderman. Macam-macam. Dah minat Spiderman pulak sekarang. Hehehehe. Ibu rasa macam kejap jee budak kecik nie dah 3 tahun. How time flies so fast.....


Dah takde apa nak cerita. Layan gambar je okay.















Ibu sayang Izz & Zandra 200%, hewhew. :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum.


Dalam tengah sibuk uruskan hal perkahwinan aku, keluarga kami diuji. Satu-satunya adik aku accident malam Jumaat lepas. Sampai sekarang, dia masih ada di wad ICU. Tak sedar sepenuhnya. Hanya separuh sedar.


Hari-hari aku bagi semangat pada dia. Aku selalu cakap, akak nak Ami ada masa akak kahwin nanti. Ami kena cepat sihat. Dia dengar walaupun dia tak bukak mata. Hanya air mata dia yang keluar. Sedih tak terkata tapi aku tahan. Aku usaha untuk kuatkan hati.


Aku tahu Ami kuat. Dia dah buktikan tadi. Aku nampak dia berusaha untuk bagi respond. Aku nampak. Semoga Ami tetap kuat semangat. Akak dan keluarga kita sentiasa tunggu Ami. Akak dan keluarga kita sentiasa doakan yang terbaik untuk Ami.


Sesiapa yang terbaca atau terbukak blog nie, mohon doakan Ami. Hanya ALLAH SWT saja mampu balas jasa kamu semua. Terima kasih.


Akak sayang adik akak selamanya.


Hari nie jugak hari lahir ayah. Akak sayang ayah. Akak sayang keluarga kita. Selamat hari lahir ayah.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates