facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Sebenarnya, malam berinai langsung takde dalam plan. Serius. Semua tetiba jadi sebulan sebelum kahwin. Puncanya masa pergi fitting baju, Kak Liza (owner butik pengantin) baik hati pulak offer suruh pilih mana-mana baju. Free pulak tu, tak payah bayar sewa. Aku pun apa lagi. Dah orang offer, takkan nak tolak. So, itulah mulanya cerita macam mana terwujudnya Malam Berinai nie. Huhuhu.... T_T


Mak bagi cadangan suruh sewa satu lagi baju lain dari Kak Liza. Nak kasi ada variety baju. Dia sponsor.  Aku okay jelah kan.... Rezeki. Hehe. Tanya Kak Liza, nak sewa baju lain RM 500. Sekali baju lelaki dan aksesori. Boleh tahan jugak. Bincang balik dengan Mak, tak jadi sewa sebab lari budget. Sudahnya, aku ajak suami merayap kat Jalan TAR cari baju. Dapat la beli baju liplapliplap harga RM 130. Boleh la daripada takde....


Suami pulak aku mintak dia pakai kemeja hitam. All suit kaler hitam. Tapi maybe sebab last minute preparation, dia tak sempat nak prepare apa-apa. Last-last rembat je baju kerja. Tak kisah sangat pun, benda memang dah tak planning kan?


Hari kejadian, kitorang start bergambar dalam pukul 9 malam. Aku dan suami siap sendiri je. Siap sendiri tu maksudnya dari pakai baju sampai ke tudung veil bagai pakai sendiri. Malas nak guna khidmat Kak Liza sebab taknak bayar. Hikhik. Nasib baik ada Cik Ila (makcik aku). Dia la banyak tolong aku dan suami part yang susah nak pakai macam crown dan sampin. Thank you Cik Ila. Lepas tu, dua laki bini tonggang terbalik atas stage posing macam nak giler, hehe.


Takde sapa pun datang malam berinai aku. Keluarga terdekat je yang datang. Actually malam berinai aku bukan macam orang lain punya. Nie konsep main redah tak tahu hala tuju namanya. Takde adat Melayu yang serba adat tu. Malas. Malas nak planning sebenarnya. Hehehe. :p


Taknak cerita panjang lagi, jom layan gambar sekitar malam berinai 11 Oktober lepas...



















Alhamdulillah.... Walaupun simple, aku tetap happy. Suami bagi kerjasama yang bagus. Abang photographer pun banyak bagi tunjuk ajar.  Love it! :)


Last but not least, meh tengok gambar paling cantik malam tu...

*Muncung satu kali. Mimpi ngeri okay semua.*

Hahahaha, Bye. Jumpa lagi.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

10 Oktober adalah tarikh paling bersejarah bagi aku. Enam tahun bercinta bagai nak rak dengan suami, akhirnya kitorang disatukan dengan ikatan sah. Alhamdulillah. Betul kata pepatah, kalau jodoh tak kemana. Cakap je dugaan apa yang kitorang tak pernah tempuh, semua ada. Tapi dek kerana jodoh kuat, semuanya dipermudahkan. Semoga jodoh nie kekal kuat hingga ke akhir hayat. Aminnnn..... :')


Family belah suami datang awal, dalam pukul 12 lebih camtu. Nak gerak sekali sebab tak tahu lokasi masjid. Pukul 2.15 petang baru kitorang semua gerak ke masjid. Ikut perancangan, aku akan bernikah dalam pukul 3 petang. Aku nikah di Masjid Al-Azim, Pandan Indah lepas solat Jumaat. Aku dinikahkan sendiri oleh Ayah. Tok kadi duduk diam-diam sebelah Ayah.


Perasaan masa nak keluar rumah boleh kawal lagi. Cuma sedih sebab adik aku tak dapat join sekali. Dia masih terlantar. Aku tahan je air mata masa cium dia. Takpe Ami, akak ada ambik gambar kenangan dengan Ami. Dah sihat nanti akak tunjuk ye. :')


Sampai masjid, baru aku start berdebar. Ternampak pulak bakal suami, terus berpeluh. Gedik, hihi. Tok kadi yang incharge majlis nikah kitorang ialah Ustaz Zakaria. Nasib ustaz nie okay. Sebelum bacakan khutbah nikah, sempat lagi dia interview aku pasal kerja. Suami aku la best sebab ustaz tak tanya soalan langsung. Nasib badannnn.





Selesai khutbah nikah, ustaz tanya nak teruskan akad atau rehearsal dulu. Ayah nak terus, suami nak rehearsal. Ustaz kasi chance kat suami. Ya Allah, aku nampak suami nervous sangat masa tu. Banyak kali jugak dia cuba tak lepas. Hati aku dah risau tapi buat-buat cool. Hehe.


Bila dah okay, ayah terus akadkan kitorang. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja aku sah bergelar isteri kepada insan yang aku sayangi, Muhammad Idzat Syazwan. Aku dan suami pakat berjemaah nangis sesama lepas dah sah jadi suami isteri. Syukurrrrrr, dipermudahkan segala urusan... T_T









Selesai suami solat sunat 2 rakaat, masa untuk upacara pembatalan air sembahyang. Aku terima seutas rantai emas. Aku balas balik dengan cincin. Banyak sangat kamera time nie, feeling artis gitu. Tak tau nak pandang mana satu. Aku lebih fokus kat official photographer dan videographer je. Sorry ye semua. Terima kasih sebab buat aku rasa divaaaaaa sangat. Mihmihmih... :p









Lepas sesi bergambar bersama family, ada makan-makan kat dewan makan masjid. Aku dan suami tak join makan sebab abang photographer ajak pergi outdoor. Ikutkan jela kan sebab dah bayar mahal. Nanti aku buat entry khas untuk outdoor tu okay. Balik outdoor, suami balik rumah dia dulu. Rindu giler kot padahal selama nie boleh je kalau tak jumpa. Bila dah kahwin, gedik lebih pulak. Hehe.










So, itu jelah kisah majlis pernikahan aku. Simple je kan. Cepat, senang dan bahagiaaaaaaaa. Hahaha. Alhamdulillah, sampai sekarang kadang-kadang tu rasa tak percaya je dah kahwin. Tengok suami yang dulunya pakwe/tunang depan mata hari-hari rasa awkward jugak memula. Yelah, kitorang kan jenis couple yang jarang jumpa. Sekarang dah okay. Best rupanya kahwin nie kan. Bertambah tambah rasa sayang kat suami. ♥ ♥


Okay la, ada masa nanti aku update apa-apa review. Mood nak menaip ada tapi kena limitkan. Maklum la dah ada suami. Tak boleh bagi perhatian sangat kat laptop, nanti ada orang cemburu..... Kikiki. Bye. :)



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Permulaan entry untuk tahun 2015. Resepi nie dikira try and error sebenarnya. Bahan-bahan aku dapat dari instinct sendiri. Hari tu ada orang belanja makanan nie kat ofis. Sedap. Sorang dapat satu je. Mana cukup, hehe. Aku kaji resepi benda alah nie dari deria rasa dan penglihatan. Hebat takk??? Wakaka... :p


Bahan-bahan tak rumit pun. Cuma sediakan ubi kentang, daging kisar, bawang merah, bawang putih (takde dalam gambar), lada hitam, apa-apa jenis cheese (aku guna chesdale), mayonis (takde dalam gambar) dan garam.



Mula-mula sekali basuh ubi kentang sampai bersih. Kemudian potong kentang jadi dua bahagian pastu rebus hingga empuk. Toskan kentang dan biarkan sejuk.


Dalam masa yang sama, tumbuk bawang merah dan bawang putih sampai lumat. Pakai lesung batu la beb!! Baru nampak macam orang memasak sebab bunyi tungtangtungtang kat dapur. Kikiki... Then perap bawang dengan daging kisar dan lada hitam. Make sure basuh dulu tau daging kisar tu.


Masak daging kisar sampai betul-betul masak. Perasakan dengan garam. Dah masak, angkat dan ketepikan dulu. Biar sejuk sikit dan lepas tu boleh la gaul daging kisar dengan mayonis.


Susun ubi kentang atas pinggan. Letak daging kisar atas kentang. Nak letak banyak ke sikit ke, sukati korang la. Hehe. Dan akhir sekali letakkan cheese atas daging kisar tu. Panaskan dalam microwave selama seminit. Siap!!! Boleh makan dah. Makam panas-panas lagi sedapppppppp. Yummyyyyy. (^_~)



Masa nak makan, kopek kulit kentang dulu baru makan. Sengaja aku tak buang kulit dari awal sebab taknak kentang lembik sampai menjejaskan rupa kentang. Atleast kulit kentang boleh jaga struktur kentang tu. Haaaa, faham la kot kan? Hehe. Nak lagi sedap, boleh serve dengan sos cili jugak. Ikut selera tekak masing-masing.... So, apa tunggu lagi? Selamat mencuba. Byeeeee :)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates