First destination, Ephesus (Location : Kusadasi). Bandar purba terbesar di Turki. Ephesus nie wujud sebelum tahun Masihi lagi. Semasa empayar Roman. Kat sini korang boleh tengok hasil peninggalan zaman tu. Unik jugak. Tengok tulisan yang entah tak faham, pastu tengok hasil ukiran diorang. Menarik la.... Kat Kusadasi nie ada satu lagi tempat menarik, House of Virgin Mary. Aku tak pergi sebab takde dalam itinerary.
Mr. Ahmet bagitahu, nie baru 20% daripada keseluruhan Ephesus. Maknanya ada lagi 80% masih tertanam dalam tanah or musnah akibat peredaran masa. Kat sini jugak banyak aku tengok lukisan dewa-dewa yang diolah semula oleh orang sekarang untuk jadikan jenama antarabangsa. Faham ke tak eh ayat aku tu eh? Hehe. For example, Nike dan Hermes.
Kemudian aku ke Rossini Leather Shop (Location : Izmir). Jaket kulit dia memang cantik! Masalahnya, harga pun sama cantik. Starting from 100 USD. Nangis nak? T_T Mostly jaket kat sini diperbuat daripada kulit kambing. Kata owner tempat tu, kulit
kambing bagus dijadikan jaket sebab lembut, kurang kedut dan tahan
lama. Sebelum jenjalan dalam kedai, kena tengok fesyen show dulu. Ada 4 orang dari group aku dipaksarela jadi model. Hehehe. Kelakar je.
Masuk dalam kedai, promoter dah tunggu. Dok ikut la kitorang pusing-pusing. Rimas betul. Pastu sibuk suruh try. Hmmmm.. Kitewww try jelah ye? Nak beli tak mampu. Hehe. Cukup dua kali try jaket mahal tu, terus aku lari keluar. Bukan apa..... Buatnya kali ketiga try, tak pasal dia suruh aku beli. Mana cukup duit. Huhuhu..... Tempat nie not recommended untuk orang kurang berduit macam aku. :p
*Tak sempat nak belek harga jaket. Mamat sebelah nie asyik ikut memanjang.*
Next, melawat Seljuk Mosque (Location : Izmir). Masjid tertua di bandar Izmir. Masjid nie dibina atas dua sebab. Satu sebab memang nak dijadikan masjid. Kedua, dijadikan caravanserai untuk pedagang zaman dulu. Caravanserai means hotel. Pedagang dulu pergi mana-mana kan naik unta. Limit unta dapat berjalan sehari atleast 40 km je. So, setiap 40 km atau kurang dari tu, akan ada caravanserai untuk diorang berehat. Haaaa, ilmu yang Mr. Ahmet bagi. (^_^)
Masjid nie lama terbiar dan pada tahun 1975, ianya dibuka semula. Semua hasil usaha Mufti kat sana supaya masjid nie boleh diguna semula oleh orang ramai.
Perjalanan diteruskan ke Pamukkale selama 5 jam. Ya Allah, penat badan kat Turki nie sebab naik bas je tau tak. Dari satu tempat ke satu tempat tu paling kejap 3 jam. Ada cecah sampai 12 jam. Dalam bas tak payah cerita la. Tidur memanjangggggg.....
Sampai sana, aku melawat Hierapolis (Location : Pamukkale). Hierapolis nie lebih kurang je macam Ephesus cuma kat sini kesan peninggalan kurang sikit. Ada satu bangunan nampak macam colosseum tapi jauh sangat nak gi tengok. Dah la kesuntukan masa. Mampu tengok dari jauh jelah. T_T
Pastu terus gi Cotton Castle (Location : Pamukkale). Hierapolis dan Cotton Castle sebelah menyebelah. Bayangkan kat atas bukit, ada satu tempat warna putih. Kiri kanan elok je macam bukit biasa. Kebesaran Allah S.W.T... Memang cantik + unik. Kat sini ada kolam air bertingkat-tingkat. Hati-hati kalau jalan sebab licin. Masa aku pergi tu, ramai yang tergolek. Nak mandi memang tak la sebab tak bawak baju. Omputih selamba je berbikini. Hehehehe...
*Pemandangan dari dalam bas.*
Dari info yang aku dapat, katanya Cotton Castle nie terhasil daripada sulfur apa entah. Ada nama sulfur tu tapi biasa la, penyakit lupa datang. Hehe. Apa pun, memang unik. Entah berapa ratus tahun la semua nie nak jadi macam sekarang kan? Allahuakbar!
Selesai melawat, berehat kat hotel. Rehat pun tak kira rehat sebenarnya. Malam check-in, esok pagi dah kena check-out. Hari-hari angkut beg besar.... Nasib baik tak sado. (-.-')
Oh ya... Kalau nak tahu, Mr. Ahmet kata perempuan Turki paling cantik adalah di Izmir. Haaaaa, sapa nak cari jodoh cantik, sila datang Izmir sekarang jugak okay! Hihi. Bye, see you next entry! (^_^)
Oh ya... Kalau nak tahu, Mr. Ahmet kata perempuan Turki paling cantik adalah di Izmir. Haaaaa, sapa nak cari jodoh cantik, sila datang Izmir sekarang jugak okay! Hihi. Bye, see you next entry! (^_^)
To be continued.......
Love,
Nor Fatin Nadhirah

