Yara prolonged jaundice sama macam kakak dia. Sebulan lebih baru betul-betul baik. Ulang alik hospital & KK time pantang tak kelakar okay. Paling tak best, hari-hari nurse datang rumah. Timbang berat & cek suhu baby, cek luka jahitan ibu. Selagi anak tak baik kuning selagi tu diorang datang. Prosedur baru kata nurse. Tak sure nurse tempat aku je atau semua KK pun sama.
Dipendekkan cerita, nie result jaundis adik.
Day 6 : 13.4 / 227
Day 7 : 11.2 / 190
Day 8 : 17.2 / 292
Day 9 : 11.2 / 190
Day 10 : 11.1 / 188
Day 12 : 7.7 / 130
Day 14 : 11.5 / 195
Day 21 : 9.4 / 159
Nota : Bacaan normal 5 / 85 ke bawah.
Hari ke-8 kena tahan wad, bacaan tinggi. Adik memula okay je tidur bawah lampu, 5-6 jam pastu dia buat perangai. Nangis-nangis bila letak bawah benda alah tu. Last-last baringkan dia sebelah aku then dengan aku pun tidur bawah lampu. Panas. Patut la adik nangis, tak selesa. Mengelupas kulit dia. On lampu 24 jam. Yang kelakarnya tali pusat luruh kat hospital. Gelabah kejap ibu cari mana tali pusat jatuh, nasib jumpa! Hihi. Next day bacaan turun, so boleh balik. Bil hospital RM 5.50, warded kat Hospital Tapah.
| Kesian sangat masa nie. Semalaman tak pakai baju, mata bertutup. |
Hari ke-14, kena ambik sample darah kat tangan. Result darah takde masalah. Hari ke-21 ambik sample darah lagi sekali + sample urine. Alhamdulillah result okay. Adik dikategorikan breastmilk jaundice. Nanti baik sendiri kata doktor. So hari ke-21 tu last cek kuning. Lega hati ibu tak payah ulang alik KK dah & nurse pun tak payah datang rumah tiap-tiap hari. Fuhhhhh.
Aku tanya doktor, sebab aku darah O ke penyebab anak-anak prolonged jaundice? Dia kata tak jugak. Ada je ibu darah O tapi anak takde jaundis. So aku assume maybe cara pemakanan masa pregnant yang mainkan peranan. Makan main belasah je. Konon pregnant kali nie nak jaga makan tapi hampeh!!! Sorry dik. Ibu tewas dengan nikmat dunia. :p
Cerita bab petua, cuba jugak macam Zara dulu. Bagi 5-6 titik anggur hitam tapi tak berkesan. Pastu makcik urut bagi petua sapu bedak sejuk + air cap badak kat seluruh badan. Nanti cepat turun. Memula cuba memang jadi. Dari 11.1 turun 7.7. So aku continue petua tu tapi next check naik balik. Haha. Last-last malas nak buat pape.
Doktor kata jaundis perkara biasa. Baby bawah 14 hari memang kena pantau lebih sebab taknak kuning rosakkan otak. Sebab tu kalau tinggi je bacaan kuningnya, memang wajib duduk bawah lampu. Bila umur baby dah lebih 14 hari, otak dah ada selaput untuk halang kuning sampai otak. Sebab tu diorang test pulak sample darah untuk tengok samada baby ada masalah kesihatan lain. Nie dari apa yang doktor terangkan kat aku.
Baru sempat nak share kos bersalin Yara di PPUM September lepas. Sapa yang follow blog nie mesti tahu anak sulung aku pun bersalin PPUM (boleh baca sini - KOS BERSALIN DI PPUM (2016). Macam korang tahu, PPUM nie hospital semi-gov. So rate servis dia takdelah mahal macam swasta. Nak bayar macam swasta pun boleh, choose Private Wing. Kat situ boleh pilih doktor & whatsoever. Google sendiri sebab aku tak tahu.
Total kos bersalin adik ialah RM 961.50. RM 500 dah bayar awal as a deposit (aku booking Jun 2019, masa tu deposit masih RM 500), sebelum discharged suami cuma bayar RM 361.50. Harga dah include 2 hari 1 malam di wad, perawatan baby (cucuk vaksin), ubat-ubatan dan lain-lain. Yang best dapat banyak free gift. Kalau terlupa bawak diapers pun takde hal. Aku bersalin normal tanpa ambik apa-apa injection. Pada aku harganya masih berpatutan (walaupun dah naik harga) sebab servis bagus dan persekitaran wad/labor room/hospital memang selesa, cantik dan bersih.
Aku sangat MEMENTINGKAN keselesaan semasa dan selepas bersalin. Sebab tu nak jugak bersalin di PPUM walaupun dah pindah Perak. Maybe ada akan kata, "alaaaa bersalin tempat mahal ke murah sama je sakitnya". Ye betul tapi aku rasa selesa walaupun sakit dengan environment sekeliling dan nurses & doktor yang sangat supportive. Ada bilik bersalin sendiri, toilet sendiri. Tak dengar jiran sebelah jerit sakit yang boleh buat kita jadi seram berjemaah. Tu pada aku la, lain orang lain pendapat. So it's up to you. Just my 2 cents. (^_^)
Paling best nurse kat wad postnatal. Banyak membantu lagi-lagi bab menyusukan anak. Mommies yang tengah survey nak bersalin di PPUM, diharap entry nie boleh beri sedikit rujukan. Boleh la buat anggaran berapa nak simpan bajet. Nasihat aku bajet dalam RM 1500 ke atas untuk kos bayaran, tu untuk bersalin normal la. Kalau c-zer tak sure tapi InsyaAllah masih murah dari hospital swasta.
Sedikit info, ada pernah tanya waktu melawat kanak-kanak boleh masuk wad ke? Jawapannya TAK BOLEH. Kanak-kanak boleh naik tapi sampai kaunter nurse di lobi wad je. Macam haritu sebab nak jumpa Zara, ibu & adik yang kena ke lobi wad. Deposit tempahan bersalin dah naik RM 1000 starting Ogos 2019. Yang dah booking tapi tak jadi bersalin PPUM, duit deposit boleh refund dengan syarat tunjuk bil hospital tempat korang bersalin. Berapa lama tempoh nak dapat balik refund, tak sure. Tanya hospital sendiri ye. Okay la, tu je dulu perkongsian kali nie. Thanks for reading guys. Bye!
Sekarang ada hashtag baru, #ZaraYara. Sebelum terlupa meh nak share pengalaman mengandungkan dua puteri kesayangan nie. Dua pengalaman berbeza. Simpan sini sebagai rujukan. Mana tahu boleh baca dan compare kan pulak untuk anak ketiga nanti. Kalau dapat biarlah baby boy. Suami nak pewaris keturunan. Aminnnn, semoga dimakbulkan tapi lagi 3 tahun la. :p
1. BERAT BADAN
ZARA : Memula mengandung berat 50 kg. Last timbang sebelum bersalin 68 kg. Total weight gain : 18 kg. Habis pantang berat 53 kg, turun 15 kg.
YARA : Memula mengandung berat 51 kg. Last timbang sebelum bersalin 68 kg. Total weight gain : 17 kg. Habis pantang berat 56 kg, turun 13 kg.
2. ALAHAN
ZARA : Muntah 3 kali je sepanjang mengandung. Sebulan sekali masa 1st trimester. Yang kelakarnya tiap bulan warna muntah berbeza. 1st warna putih, 2nd warna kuning, 3rd warna purple. Hahaha. Dok curious next month nak muntah warna apa pulak. Tengok-tengok tak muntah dah. Gosok gigi mesti loya. Tak suka makan ayam (1st trimester). Lain-lain alahan takde.
YARA : Alahan agak teruk. Mual sepanjang masa. Melepekkkk. Hobi cium limau kasturi. Muntah pun kerap, tak terkira. Demam masa mengandung 2 bulan. Masa tu dok fikir mesti baby boy tapi yang keluar tetap "burger". Hahaha. Gosok gigi pun loya. Tak suka makan seafood (1st trimester).
3. EMOSI
ZARA : Kuat sentap, kuat nangis. Suami tak usap perut pun nangis!! Sapa cari pasal, siap la kena sembur balik. Cukup menyampah tengok muka suami. Tengok dia tidur pun jadi marah. Hehe. Tapi masa nie memang sangat dimanjakan. Nak pergi ofis pun suami hantar. Start tahu pregnant, takde bawak kereta ke mana-mana.
YARA : Emosi stabil. Tak menyampah tengok suami. Happy je. Cuma sebulan sebelum deliver (masa duduk rumah mertua) malam-malam selalu nangis rindukan suami. Hehehe. More berdikari. Dah sarat pun relaks je bawak kereta. :p
4. SAIZ PERUT & PERGERAKAN BABY
ZARA : 5 bulan baru nampak baby bump. Tapi lepas dah start nampak, bagai dipam-pam tumbesarannya. Haha.. Perut besar. First rasa baby tendang masa 19-20 weeks. Zara jenis tendang manja-manja. Jarang rasa senak bila dia kick. Lembut je.
YARA : 3 bulan dah nampak baby bump. First rasa baby tendang pun awal, 17 weeks. Yara agresif dalam perut. Sangat responsive. Bila kita tekan perut, dia balas balik. Bukan biasa-biasa dia bagi. Padu! Ligat semacam. Pastu suka giler senget-sengetkan perut ibu.
5. PEMAKANAN
ZARA : Cukup berhati-hati bab makan. Yelah trauma sebab pernah ada history keguguran & 1st baby katakan. Apa artikel/orang cakap jangan makan, memang aku tak makan langsung. Takut! Paranoid. Suka minum ais sampai kena keputihan teruk.
YARA : Semua benda aku makan. Yang dulu konon tak boleh makan semua bedal. Cukup suka makan durian (kebetulan masa tu musim durian). Alhamdulillah nothing happened. Tiap hari wajib minum air milo. Huhu.
Itu jelah serba sedikit yang aku ingat. Rindu nak tengok perut berombak, baby siku sana sini, baby sedu. Hihi. Ibu sayang anak-anak ibu dunia akhirat. Semoga Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea membesar dengan sihat dan sempurna. Sentiasa disayangi dan menyayangi orang sekeliling dan berbakti kepada semua. Aminnn.....
Love,
Nor Fatin Nadhirah
Kitorang laki bini decide nak “matchy-matchy” kan nama adik dengan kakak dia. Actually tak plan nak wajibkan pangkal E & A kat nama anak. Tapi bila dah dua beradik nie pangkal EA, maknanya next baby kena #BabyEA jugak la (kalau baby girl). Baby boy bukan #BabyEA sebab ibu dah ada simpan nama. Rahsiaaaaa.... Hihi.
Nama (Yara) pilihan aku. Unik. Jarang dengar orang nama Yara. Dapat nama tu lepas study habis buku nama-nama islam. Jenuh cari nama seakan-akan Zara. Okay, jumpa dan terus locked! Suami tanya banyak kali betul ke nak letak Yara nie? Aku rasa dia pelik dengan nama tu. Haha. Yessss!!! Muktamad!!! Jangan ditanya-tanya lagi!!! Maksud Yara (arabic name) : kupu-kupu kecil.
Tugas suami pilih nama kedua. Dia kerja keras sikit cari nama yang sesuai dipadankan dengan nama Yara. Lama jugak tunggu kata putus dia, sampai nak dekat due baru dapat. Haha. Dia jumpa nama Adalia kat mana entah, dia ada cakap tapi lupa. Okayyy, not bad. Tak sangka nama seakan-akan Azzalea. Kitorang ubah ejaan Adalia jadi Addalea. Maksud nama Addalea (english name) : mulia.
So, it’s Yara Addalea. Okay. Tapi kannnn...
Dah alang-alang sebijik sangat nama dua beradik tu, kitorang pun decide nak letak pangkal E kat adik. Ingat nak pusing-pusing abjad je EID (nama Zara) jadi EDI (untuk adik) tapi aku reject. Cari punya cari, dapat nama Eli. Maksud Eli (english name) : ditinggikan (ascent).
Maka terhasillahhhhh nama ELIYARA ADDALEA.
Maksud nama adik ialah DITINGGIKAN KUPU-KUPU KECIL MULIA. InsyaAllah, semoga akhlak dan perwatakan adik selari dengan maksud nama dia. Aminnnnn.. Sebaik-baiknya cari nama yang ada maksud. Tak kisah la nama arabic, english, malay, hindi ke apa asalkan maksudnya elok, takde masalah pun.
FUN FACT 1 : Due date adik jatuh pada Hari Malaysia (16 September). Aku pernah la pasang angan-angan nak relate kan nama adik dengan peristiwa bersejarah tu. Nak letak MALA AYESHA (inovasi ejaan MALAYSIA) tapi suami reject. Haha.
FUN FACT 2 : Masa adik warded jaundis, suami terperasan satu nama budak nie dan dia berkenan. Tak silap EZZAELYANA (lupa ejaan sebab nama budak tu memang susah nak eja). Dia nak tukar jadi EZZAELYARA. Dok provoke hari-hari suruh tukar. Sampai saat dia nak daftar nama kat JPN, aku berdebar-debar tunggu dia balik. Nak tengok register nama mana satu. Tengok surat beranak, fuhhhhhh nasib baik daftar nama ELIYARA. Hihihi.
Love,
Nor Fatin Nadhirah
Last year sambut anniversary kat Langkawi, tahun nie stay rumah berpantang uolss. Pejam celik pejam celik dah 5 tahun usia perkahwinan aku & suami. Alhamdulillah, syukur. Tahun kelima bersama dua orang puteri kesayangan, Zara dan Yara. Hadiah terindah untuk ibu & ayah. Alhamdulillah. Akan kami jaga dan besarkan dengan sebaik mungkin.
Biarlah perkahwinan kita berkekalan hingga ke akhirnya. Kuat bersama membesarkan anak-anak dan setia antara satu sama lain. Semoga perkahwinan nie memberi 1001 kenangan terindah & membawa kita ke jalan yang diredhai Allah S.W.T. Happy anniversary ayah kepada anak-anakku. You’re the best husband & father to us. Sayang, Zara & Yara love you so much! ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah
Alhamdulillah selamat melahirkan anak kedua pada 10 September 2019. Instict aku kuat kata adik lahir 9 September (walaupun due date 16 September) tapi terdelay sehari pulak. Mak cakap selalunya anak lahir kapit-kapit je harinya. Zara lahir hari Isnin. So antara hari Ahad, Isnin & Selasa memang aku standby kot-kot bersalin. Betul ke tak teori tu, Wallahualam. Tapi macam betul sebab Yara lahir hari Selasa. :p
10 SEPTEMBER 2019 / 10 MUHARRAM 1441H
SELASA
12.30 AM
Adik mengeras 10 minit non-stop. Hari-hari lain mengeras jugak tapi malam tu rasa pelik. Mengeras sampai sengal pinggang macam senggugut. Selalu area perut je. Takde turun tanda e.g air ketuban or darah. Aku dalam dilema. Dah nak bersalin ke apa nie? Patut ke kejut mertua ajak gi hospital? Haihhhh. Tak payah dulu la. Lagipun baru rasa sekali. Simpan dulu hasrat nak kejut diorang. Dalam pukul 1 pagi, dah tak rasa apa. Sambung tidur balik.
2.30 AM
Perut mengeras balik. Gi toilet tengok keluar brownish spotting. Hmmmm... Still dilema nak kejut mertua ke tak. Aku whatsapp suami tapi dia tak reply. Selalu tak tidur lagi waktu camtu. 15 minit tunggu. Hmmm... Dah tidur la tu. Terus aku call. Suami cakap pergi la hospital sebab dah ada tanda. Okayyyy. Aku pun kejut mak mertua. Kecoh kejap rumah, aku boleh bantai nangis masa kejutkan dia sebab sedih. Hahaha. Entah pape ntah. :p
3 AM
Sampai PPUM. Keluar rumah tak peluk cium Zara pun. Taknak dia terjaga. Sampai emergency, doktor pelatih yang tengah lepak kat kaunter nurse teruja tengok aku. Ehhhh korang nie. Seronok kot ada patient nak admit. Tukar baju then bermulalah sesi soal menyoal & pasang CTG. Aku syak malam tu takde orang nak bersalin. Ramai nau doktor pelatih & nurse dalam bilik aku. Masa Zara dulu tunggu dekat 2 jam baru cek laluan. Kalini cepat pulak diorang cek.
Bukaan 3 cm tapi contraction dah start rasa. 3 in 10 minutes - strong contraction kata doktor. Lepas sorang-sorang dok pegang perut aku. Semua excited nak rasa contraction tu. Sakit tapi boleh tahan. Bukaan baru 3 cm, kena naik wad prenatal dulu. Call suami bagitahu kena masuk wad so boleh la dia standby datang KL.
8.30 AM
Doktor datang tapi tak cek laluan. Dia kata baru cek so tak payah cek dulu. Hmmmm... Aku okay jelah memandangkan rasa sakit sama je macam memula sampai tadi. Suami kata dia dah on the way. Darah + lendir dah start keluar. Aku tanya nurse bila lagi doktor datang cek? Dia kata petang tapi kalau dah kerap rasa memulas kena inform. Nanti diorang panggilkan doktor. Okayyy nurse!
12 PM
Aku mintak nurse panggil doktor. Nak request doktor cek laluan. Sakit boleh tahan cuma contraction makin kerap. Doktor cek dah buka 4 cm. Aikkk, dari pukul 3 pagi ke 12 tengahari baru bukak 1 cm je? Lama betul. Siap-siap nak turun ke labor room. Call nak inform suami, dia kata dah ada kat lobi hospital. Sampai labor room, pasang branula & CTG. Kalini takde nurse teman aku all the time. Ada sorang doktor pelatih keluar masuk tengok keadaan aku. Aku tanya dia berapa cm suami boleh masuk? Dia kata 5 cm.
1 PM
Doktor stop CTG sebab bacaan cantik. Pukul 3 pm pasang balik. Doktor suruh jalan-jalan biar laluan cepat buka. Puas jalan dari hujung sana ke hujung sini. Dengar doktor nurse bagi semangat kat patient lain, dengar suara baby. Alahaiii bila turn anak aku nak keluar? Saja tanya nurse, boleh tak nak jumpa anak suami kat lobi labor room nie? Nurse kata boleh pastu dia tolong callkan. Dapat habiskan masa dalam 20 minit jumpa suami & Zara. Zara taknak dekat bila tengok tangan aku bercucuk bagai. Haha. Muka sedih je.
2.30 PM
Contraction makin kuat. Dah bukak besar kot. Request doktor cek laluan. 5 cm. Actually suami dah boleh masuk teman tapi boleh lupa pulak nak suruh nurse panggil dia. Sambung pakai alat CTG. Nurse suruh sedut gas kalau tak tahan. Aku taknak konon nak try la layan contraction tanpa sedut gas. Bajet kuat! Hihi.
3 PM
Terpaksa sedut gas sebab makin sakit. Masalahnya lagi aku sedut lagi bertambah sakit. Apeni, kata boleh kurangkan sakit? Nurse cakap salah sedut. Patutnya masa contraction baru nak datang terus sedut, bukan time contraction. Hahahadoiii... Aku request lagi doktor cek laluan. Itu jelah kerja aku dalam labor room. Doktor cek dah 7 cm. Woww, cepat. Terus aku mintak nurse panggilkan suami.
Suami masuk. Berdua la kami dalam labor room. Sembang macam-macam, sempat lagi konon next year no 3 la apa la. Yang dalam perut pun belum keluar. Time contraction stop sembang. Suami cakap Zara taknak jumpa ibu, nak jumpa adik je. Dia sedih sebenarnya tu. Dia taknak jumpa ibu sebab ibu tengah sakit. Masa nie contraction makin sakit tapi aku cuba lawan. Merasa kalini contraction genggam tangan suami. Dulu genggam tangan nurse. Doktor cakap pukul 5 pm baru cek laluan lagi. Tak boleh cek selalu, takut infection.
4 PM
Adoiiiii... dah tak boleh tahan. Dah start rasa nak meneran. Aku paksa doktor cek laluan. Dah 8 cm. Jangan teran dulu kata doktor. Tapi aku peduli apa. Time rasa nak meneran, aku teran je tapi cuba kawal supaya tak terlalu teran. Nurse prepare alatan untuk sambut kelahiran. Masa nie takde dah sembang-sembang. Gas pun tak membantu. Suami letak benda alah tu kat hidung, laju aku tepis. Layan contraction sambil berzikir dalam hati. Sabar Fatin. Tak lama dah nie.
4.30 PM
Aku tanya doktor bila nak pecahkan ketuban? FYI, aku tak pecah ketuban lagi. Doktor kata pukul 5. Haihhhh apa lambat sangat. Aku tak tahan sangat dah nie. Request lagi doktor cek laluan tapi dia buat tak tahu je. Malas nak layan kot. Hahaha. Sudahnya time sakit nak meneran, pecah air ketuban aku. Banjirrrrr... Tak sempat diorang nak pecahkan.
5 PM
Aku merayu kat doktor tolong la cek laluan, saya tak tahan sangat dah nie. Doktor cek 10 cm. Okayyy, perjuangan bermula. Time to meneran. Memandangkan dah pernah lalui dan tahu bila masa patut teran atau tak, aku boleh dikata agak bersedia untuk proses bersalin kalini. Alhamdulillah tak lama pun meneran. 15 minit meneran baby dah keluar.
5.15 PM
Lahirlah adik ke dunia. Suara dia bukan main nyaring lagi. Doktor tunjuk baby pastu terus bawak keluar. Leganya Ya Allah semuanya dah selamat. Sempat aku cakap kat suami, taknak dah no 3. Kahkahkah.... Janji labor room camtu lah. :p
Lepas baby keluar, kena cucuk kat paha untuk kecutkan rahim. Dan proses keluarkan uri. Berat uri adik 550 gram.
5.30 PM
Proses menjahit bermula. Setengah jam kena jahit. Time Zara dulu nurse pelatih yang jahit, kalini doktor pakar. Sambil kena jahit, dengar la dia marah doktor in-charge (tak sure doktor pelatih or doktor baru). Sebabnya lepas aku bersalin, dia boleh blah camtu je tinggalkan nurse pelatih yang join masa deliver tadi. Misunderstanding. Hadoiii. Terpaksa dengar bebelan dia. Suami tak disuruh keluar. So dia teman jelah masa proses menjahit. Dah nama pun pakar, kejap je dia jahit. Siap pakai 2 benang & jarum kata suami. Patut lerrr sakit lagi-lagi part kulit luar. Laju je dia main tarik benang. Huhuhuhu. Serammmm. T__T
6 PM
Settle dijahit. Adik still belum skin to skin. Aku rehat kejap sementara tunggu nurse serah adik. Siap dapat makan lagi. Suami tolong suapkan. Sweet sangatttt. Hahahahaha. Maklum la, baru lepas bertarung nyawa lahirkan anak dia. Kikiki. :p
6.20 PM
Nurse datang serah adik. Sebelum skin to skin, suami azankan dulu. Lepas sejam nurse amik adik untuk mandikan & suami pun kena keluar. Tinggal la aku sorang-sorang sementara tunggu nurse setelkan kemasukan ke wad postnatal. Jadiiii kita tidur dulu. Penatttttt ~
8 PM
Baru dapat naik wad. Waktu melawat dah habis. Kesian mertua & Zara tak dapat tengok adik. Send gambar je dalam whatsapp group.
Esoknya baru diorang datang melawat. Zara boleh naik tapi tak boleh masuk sampai wad. Kena tunggu di kaunter nurse kat lobi wad je. Ibu & adik kena ke depan kalau nak jumpa dia.
Esoknya baru diorang datang melawat. Zara boleh naik tapi tak boleh masuk sampai wad. Kena tunggu di kaunter nurse kat lobi wad je. Ibu & adik kena ke depan kalau nak jumpa dia.
Pengalaman yang berbeza. Sakitnya lama tapi meneran kejap je. Cuma bersalin kalini rasa sakit sikit time dijahit. Terasa-rasa lagi jarum tu kat kulit nie. Adoiiii.... Taubat rasanya. Apapun, alhamdulillah semuanya dah selamat. Pengorbanan seorang ibu, tak boleh dinafikan lagi. Dah lalui moment nie baru tahu macam mana susahnya mak-mak kita bersalinkan kita. So jangan la derhaka.
Selamat datang puteri kedua ibu ayah. Semoga kehadiran adik menambah kebahagiaan kita sekeluarga dan membawa 1001 rezeki. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik Yara. (^_^)
*My sweet girl.*
Love,
Nor Fatin Nadhirah
Alhamdulillah. Aku selamat melahirkan anak kedua 10 September lepas di PPUM. Bersalin normal. Berat baby 3.370 kg. Seperti yang discan masa pregnant, yessss it’s a girl. A very sweet girl. Syukur semuanya dah selesai. Misi menjaga dan besarkan adik pulak.
Pengalaman bersalin yang berbeza. Kronologi kelahiran adik nanti la aku share. Masih dalam proses menyesuaikan diri. Dah lama takde anak kecik. Campur dengan anak besar sorang tu, ibu takde masa pun untuk diri sendiri. Hahaha.
Assalamualaikum anakku Eliyara Addalea. Ibu, Ayah, Kakak Zara happy sangat dengan kehadiran adik dalam hidup kami. (^_^)
Love,
Nor Fatin Nadhirah
Sebelum mak buyung kena pantang 44 hari, kemain eh buat semua makanan yang dia teringin. Haritu aku buat tauhu bergedil. Nak beli macam tak berbaloi. Sampai RM 1/pcs. Isi pulak kentang je lebih. Tak puas makan. So apa kata kita buat sendiri. Bukan susah pun. Konsep dia isi bergedil sumbat dalam tauhu. Rajin tak rajin je nak buat.
BAHAN-BAHAN
Tauhu Pok
Kentang
Daging Kisar
Bawang Goreng
Lada Sulah
Telur
Daun Sup*
Bawang Merah*
Cili Merah*
Garam
Nota : Bahan bertanda * cincang halus.
CARA MEMASAK :
1) Rebus kentang sampai empuk dan lenyek.
2) Masak daging kisar.
3) Belah “X” tauhu pok dan keluarkan isi tauhu.
4) Masukkan semua bahan kecuali telur dan tauhu dalam satu bekas. Gaul sebati. Pastu gumpalkan isi bergedil tadi dan sumbat dalam tauhu.
5) Panaskan minyak dan celup tauhu ke dalam telur (dikacau macam buat telur dadar) dan goreng hingga keperangan. Toskan minyak dan siap.
1) Rebus kentang sampai empuk dan lenyek.
2) Masak daging kisar.
3) Belah “X” tauhu pok dan keluarkan isi tauhu.
4) Masukkan semua bahan kecuali telur dan tauhu dalam satu bekas. Gaul sebati. Pastu gumpalkan isi bergedil tadi dan sumbat dalam tauhu.
5) Panaskan minyak dan celup tauhu ke dalam telur (dikacau macam buat telur dadar) dan goreng hingga keperangan. Toskan minyak dan siap.
BAHAN-BAHAN SAMBAL KICAP
2 Ulas Bawang Putih
10-12 Biji Cili Api (nak pedas lebihkan lagi)
Kicap
Air
Garam
Gula
Minyak
CARA MEMASAK :
1) Blend halus semua bahan kecuali minyak.
2) Masak bahan yang diblend tadi sampai mendidih supaya tiada insiden sakit perut.
1) Blend halus semua bahan kecuali minyak.
2) Masak bahan yang diblend tadi sampai mendidih supaya tiada insiden sakit perut.
Dah nama pun buat sendiri, terlebih muatan aku isi. Kejap je habis. Cuba jangan tak cuba tau. Masak sendiri lebih terjamin kebersihannya. Disamping tu dapat pikat hati suami, anak, keluarga dengan masakan kita. Baru la bertambah sayang. Tak gituuuuu?? :p
Love,
Nor Fatin Nadhirah
Hello September! Duppp dapppp duppp dapppp. 38 weeks and counting days. Check-up harini macam biasa je. Semuanya okay. Tinggi rahim maintain 37 cm, degupan jantung adik (140), tekanan darah, urine, berat 68 kg. Fuhhhh, nak jugak sama berat macam pregnantkan Zara dulu. Berat aku dah naik 17 kg okayyy. Perghhhhhh, bukan biasa-biasa.
Next week tak payah check-up KK sebab ada appointment PPUM. 17/09 baru check-up balik kat KK, tu pun dah lewat 1 hari dari due date. Due date aku 16/09/2019. Harap sangat masa tu dah bersalin. Tak minggu nie, minggu depan keluar eh dikkk. Ibu tak habis menghitung hari tunggu adik keluar tau. Sementara tu membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. See you very soon my little princess. Semoga urusan kita berdua di labor room nanti dipermudahkan. Aminnnn. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah



















