facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .



# E-day Checklist #

Bismillahhirrohmanirrohim..........

Date : 29 Disember 2013.
Time : Selepas Zohor.
Venue : Rumah parents iolss la.
Guest : Mak bajet dalam 150 orang.
Theme Color : Mint Green.

1) Baju tunang : DONE!

2) Mini pelamin : DIY sendiri sajooooo. Save budget, hikhik.

3) Photographer : Along & Eyfa. 

4) Doorgift : DONE! (Just for rombongan Misr. Yang lain, belanja makan je. Hehe)

5) Hantaran : Kitorang decide bagi barang terus. So, budget agak lari part nie. Huihui.
    Him for her : DONE!
    Her for him : DONE!

6) Cincin tunang : DONE! 

7) Makanan : DONE!

8) Khemah : DONE!

9) Prop : Still dalam pertimbangan samada nak buat atau tak. Softcopy dah ada.

10) MUA : DONE!



*UPDATED : 14 DECEMBER 2013*


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Ehem ehem... As I told before, company trip ofis aku tahun nie di Korea. Alhamdulillah, dah selamat pergi selamat balik pun. Hehe. Trip tu dari 8 - 12 November lepas. Disebabkan banyak sangat cerita nak share, aku buat part by part la okay. Lagipun tengah pening nak pilih gambar. Ada 1000++ gambar, tu belum campur gambar dalam kamera member aku. Perghhh, pengsannnnnnnn.


Apa-apa pun, cerita nie berdasarkan pengalaman aku. Segala perubahan cuaca, matawang, lokasi, orang dan sebagainya aku taknak bertanggungjawab okay! Hikhik. (^_^)


Nami Island

Perjalanan dari Incheon Airport ke Pulau Nami ambik masa lebih 2 jam. Tu baru naik bas. Sampai je kat situ, kita kena ambik feri pulak untuk ke Pulau Nami. Masa group aku sampai, punya la ramai orang. Kata Miss Jade (tour guide bas aku), time weekend memang ramai. Biasa la, diorang (local people) pun nak makan angin. Bukan kita je. Hehe.




Kalau korang taknak naik feri, boleh je naik satu benda alah nie. Agaknya tak sampai seminit dah sampai Pulau Nami, hihi. Aku tak tau nak panggil benda tu apa. Tak silap aku, harga nak naik benda alah tu dalam 35,000 - 45,000 Won. Tak berapa sure, dalam around harga tu la. Mahal kan? Tambang feri, jangan tanya. Sebab aku naik freeeeeee!!! Hikhik.

 *Nie la 'benda alah' tu. Naik dua orang je.*

*Kalau naik feri, berpuluh-puluh orang. Hehehehe.*




Aku melancong kat Korea time musim luruh, pemandangan kat Pulau Nami cantik. Penuh je daun-daun gugur kat tanah. Daun pun macam-macam kaler ada. Cantik sangat. Tapi sebenarnya kan, aku lagi prefer nak pergi masa musim sejuk sebab nak feeling-feeling macam cerita Winter Sonata tu, hehehe. Tapi bersyukur jela kan. Nama pun pergi free of charge, jangan nak banyak songeh sangat Fatin! Hekhek.


Dah, jom layan gambar aku masa kat Pulau Nami. No caption.

 



 

 



Amacam... Macam cantik jewww. Macam cantik jewwww. Kan? Hehehe. Memang cantik pun. Miss Jade bagi masa sejam je kat sini, memang tak cukup. Aku tak habis explore pun Pulau Nami nie. Takpe la, ada rezeki nanti, pergi lagi. Kali tu nak pergi time musim sejuk. Nak jadi Choi Ji Woo versi Malaysia. Huuuuuu ~ (^_*)


Trick Eye Museum

Trick Eye Museum nie sebenarnya muzium 3D. Alaaaa, macam kat I-City Shah Alam tu haaa. Kalau kita pandai setting kamera masa ambik gambar, nampak real la. Macam kitorang semua, sebab bukan professional photographer, so gambar takde la nampak real sangat. Tapi bolehhhhhh laaaaaa ~ Hehe.


Sebelum nak share gambar, aku nak cerita satu insiden. Masa nak pergi muzium nie, kitorang (aku, Atikah, Iera, Zu) sesat jalan. Bukan kitorang je. Ada 3 orang lagi agent pun sesat. Diorang tak ikut kitorang sebab diorang tak larat jalan. Veteran, kesian diorang. So, diorang tunggu jelah kat tepi jalan. Okay, meh sini nak cerita macam mana kitorang boleh sesat......


Kitorang pergi muzium dalam pukul 6 ke 7 malam. By the way, kat Korea, pukul 4.30 ke 5 petang dah start gelap. So, nak dijadikan cerita, time tu hujan renyai-renyai. Bas berhenti tepi jalan je sebab nak ke muzium, kena jalan kaki dalam 100 meter. Miss Jade dok push-push kitorang suruh turun dulu. Bila kitorang dah turun, dia suruh jalan dulu ikut si Mickey (assistant Miss Jade). Yang si Mickey bukan main laju lagi dia jalan. Dah la ramai orang kat street tu. Dah terlepas jejak dia.


Jenuh jugak kitorang nak cari muzium tu. Tanya kat local people, semua tak tahu. Nampak benor nipunye tuuu. Takkan la tak tau kan? Teori aku mengatakan, diorang tak reti nak explain kat kitorang sebab tu diorang dok angkat-angkat bahu. Kitorang siap pergi balai polis lagi tapi polis takde. Sabar jelah...... Nasib kitorang baik sebab ada sorang laki Korea nie pandai cakap omputih then dia guide kitorang sampai la kat muzium. (^_^)


Masuk je dalam muzium, Miss Jade tanya pergi mana. Kitorang cakap la sesat jalan. Then dia kat kitorang ada masa lagi 15 minit je nak tawaf muzium. Huhu. Dah macam lipas kudung kitorang tangkap gambar time tu. Hekhek...











Best kan? Korang wajib datang sini tau kalau melancong kat Korea. Harga tiket masuk? Once again, tak sure sebab iolss masuk free. Kikikiki. :p


Okay lah. Next part, Everland & Nanta Theater. Stay tuned guys! (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku dah selamat dirisik pagi tadi. Dirisik oleh parents Misr, bukan FBI okay! Hikhik. Majlis merisik aku simple je. Gambar masa perbincangan pun takde untuk aku simpan buat kenangan. Takpe lah, walaupun takde gambar, Insyallah otak aku kuat untuk ingat semua benda yang jadi tadi. (^_^)


Parents Misr datang pukul 11 lebih. Masa aku tengah salam mama (mak kepada Misr), ada ke dia tanya aku, "nak gi mana nie pakai baju kurung?" sambil senyum-senyum. Mama bergurau la pulak. I is so malu-malu okayyyyy. Hehe.


Pastu, masa diorang tengah sembang-sembang, aku angkat makanan, minuman, macam-macam la. Kebetulan, time aku bawak air basuh tangan, mangkuk tu macam bergegar-gegar bunyi dia. Dah tak pasal diorang semua gelakkan aku sebab diorang ingat aku nervous. Hello!!!! Memang aku nervous pun. Mengigil tangan aku, macam Sudin dalam cerita Seniman Bujang Lapok tu. Hahaha. Muka berpeluh je. Macam apa entah aku tadi. Baru merisik je kot Fatin......Over! Hehe.


Ada satu lagi insiden yang lawak bagi aku. Masa abah (bapak kepada Misr) dah habis makan, mak aku suruh aku tuang air kat abah. Lepas tu boleh mak cakap, "bagi kat abah tu. Abah akak jugak nanti". Alahaiiiii, semua orang senyum-senyum. I is sooooo malu tau! Hekhek. Tapi layankan jela. Dah nama pun watak penting untuk majlis tu, kena redha jela. Hihihi.


Alhamdulillah. Nampaknya hubungan aku dengan Misr dah maju selangkah ke depan. Insyallah, dengan izin Allah, 29 Disember 2013 nanti tarikh pertunangan aku & Misr. Abah dia yang pilih tarikh tu. Lama lagi. Boleh la buat persediaan pelan-pelan kan? Hihi. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Aminnnnnnnnn..........


3 November 2013 tetap istimewa di hati aku walaupun baru majlis merisik. Alhamdulillah. :)



p/s : Jari aku tengah dalam proses membiasakan diri dengan si cincin. Maklum la, aku dah lama tinggal 'kegiatan' pakai cincin nie, hehehe.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Dear Misr,

Alhamdulillah, masih dipanjangkan umur kita. Terima kasih sebab sampai ke saat nie, ehem ehem masih ada disisi ihim ihim. Terima kasih sebab jadi seorang lelaki yang terlalu sabar dengan perangai ihim ihim. 


Dalam tempoh lima tahun nie, banyak sangat suka duka pahit manis kita dah tempuh. Dari sekecil-kecil masalah sampai ke sebesar-besar masalah, kita masih tetap kuat. Kuat untuk tetap kekal bersama. Terima kasih.

 
Ihim ihim harap hubungan kita akan berkekalan hingga akhir hayat. Terima kasih sebab mengindahkan tahun nie dengan rancangan kita tu. Terima kasih.


Walaupun ihim ihim suka sangat cari pasal dengan ehem ehem, tapi ihim ihim sayang ehem ehem. Lima tahun, giler tak sayang. Kan? Hehe. Ihim ihim harap ehem ehem pun sama. :p


Ehem ehem, maybe entry nie nampak too childish or whatsoever, tapi ihim ihim tak kisah. Ihim ihim nak abadikan saat nie. Tarikh dan saat nie takkan dapat kita ulang balik. So, entry nie jela yang boleh jadi kenangan kita. Jadi memori kita. Ihim ihim mintak maaf kalau entry nie sebenarnya tak payah dipublish pun.


Dear Misr,

Terima kasih untuk semuanya. Sama-sama kita belajar dari kesilapan dulu. Sama-sama kita usaha untuk perbaiki kelemahan kita. Sama-sama kita saling sayang satu sama lain. Sama-sama kita kuat.


Akhir sekali, terima kasih ehem ehem untuk berita yang menggembirakan pada hari yang gembira nie. Terima kasih. Terima kasih. Terima kasih. Ihim ihim terharu sangat.


Terima kasih kerana sudi dengan ihim ihim.


SELAMAT ULANGTAHUN KE-LIMA MUHAMMAD IDZAT SYAZWAN.


ihim ihim - sayang, ehem ehem - b. Sendiri translate la ye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Weekend lepas, company aku buat team building lagi. Tapi seriously, kali nie punya team building 100% different dengan tahun lepas punya. Tahun nie punya memang gempak, best, terbaekkkk dan ada kenangan pahit. Nanti aku story, hehe.

*Dalam bas, on the way ke team building. Sempat bercamwhore, hihi.*


Team building kali nie buat kat Hulu Langat je. Takde la jauh mana. 2 hari 1 malam. Sampai-sampai sana je, kena masuk kelas dulu. Nasib baik la tak lama. Kelas tu pun seronok sangat. Tak bosan. Kalau bosan, mau tersenguk-senguk aku dalam dewan tu. Hehehehehe. :p


Kitorang semua dibahagikan kepada 16 kumpulan. Aku kumpulan 14. Team aku best sangat. Semua friendly, supportive and sporting. Aktiviti petang Sabtu, kena pergi jungle trekking. Dah lama kau tak pergi jungle trekking. Seingat aku, last aku join masa camping kem marin kat kolej dulu. Tahun 2008. Hikhik... Pengalaman pergi trekking kali nie, okay. Penat semput tu biasa lah. Nama pun jarang exercise, huhu. Trekking kali nie dalam hujan lebat. Actually, masa nak start trekking, tak hujan pun. Dah separuh jalan, baru hujan turun. So, tawakal jela. Paling best, badan aku bebas dari cik pacat. Happpyyyyy :)


Malamnya pulak, ada BBQ lepas tu ada la kelas apa entah. Okay lah. Settle je semua, naik bilik pastu tidur sampai subuh. Tak sedar apa. Penat punya pasal. Hehe.


Pagi Ahad, kitorang ada Explorace. Memang best! Merasa jugak la aku pegang senapang paintball walaupun team aku tak tinggal peluru kat aku. Sob sob... Mentang-mentang la aku orang last nak main tembak-tembak tu, diorang tinggalkan asap je kat aku. Kurang asam! Hehe. Tapi aku takde la salahkan diorang sebab diorang pun tak tau berapa banyak lagi peluru yang tinggal. Satu team dibekalkan 30 bijik peluru je. Well Fatin, dah depan kau semua jantan-jantan, apa kau harap bila kau tengok diorang macam naik gila main benda alah tu. Kan? Redhaaaaaaa jela jawabnya. Hihi. 

 *Cik Fatin makan asap.*

Settle Explorace, budak-budak perempuan semua tak sabar nak terjun sungai. Haaaaa, time nie la ada kenangan pahit tu. Aku & 5 lagi kawan aku hanyut kena bawak arus. Giler kau! Aku rasa nak mati je time tu. Dah la aku terlepas sekali dengan kawan aku yang big size. Bila dah panik, cuba bayang reaksi dia? Kawan aku yang jadi saksi kata, dia tak nampak dah kepala aku time tu. Nampak kaki je ke atas. Huhuhu. Memang takut giler la. Habis luka + lebam kaki dengan tangan aku. Sabar jelah. Apapun, nasib baik la aku selamat. Alhamdulillah....... (^_^)

 *Sebelum tragedi. Spot me!*

Petang sebelum balik, kitorang belajar karate. Hehehe. Even tangan aku sakit sebab luka, aku semangat jugak nak karate board tu. Mula-mula nak buat, terfikir jugak boleh patah ke tak benda alah tu. Tapi berjaya!!! Rasa puas hati sangat dapat patahkan board. Rasa ganas je tetiba. Kihkih.

So, tu jelah dulu. Aku takde idea nak menaip tapi aku taip jugak sebab aku rasa dah lama aku abaikan bloggie. Cerita memang banyak nak mampus aku nak share, tapi tu la. Kadang-kadang tu takde mood. Time ada mood, line internet pulak slow. Macam-macam dugaan. Hehe. 


Sebelum tu, layan jela gambar-gambar nie okay. :)









Lastly, aku memang enjoy giler dengan team building kali nie. Rasa macam nak pergi je lagi. Nak tenangkan kepala otak dan rasa lagi semangat setiakawan masa ada kat sana. 


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum. Berlintas langsung dari atas katil, sambil ditemani cerita Binar Bening Berlian dan perut yang agak bulat sebab melantak sup daging kat surau tadi. Hehe. Kali nie nak cerita sikit pasal birthday aku semalam. Ye, semalam. Memang nak update semalam tapi rasa malas pulak. Hikhik.


Birthday aku tahun nie simple je. No celebration and no present. Just ucapan yang tak putus-putus dari family dan kawan-kawan. Thanks semua. :)


Orang pertama yang wish birthday aku tahun nie, of course Misr. Tapi dia kira mengelat la sebab wish masa 13 Oktober, pukul 8 lebih. Hehehe. Nampak gayanya dia rampas balik kedudukan dia. Tahun lepas dia nombor dua. Kalah dengan mama dia sendiri. Hewhew.


Mak ayah pulak wish aku pagi-pagi semalam. Ucapan macam biasa la, semoga panjang umur bla bla bla.... Ucapan common semua orang time birthday. Satu je yang special sikit. Ayah siap wish, "jangan muncung-muncung lagi..." dan bla bla bla. Alaaaa, nak buat macam mana. Dah memang mulut nie muncung. Kihkih. :p


Okay lah. Dah takde idea sangat nak menaip nie. Lately, entry aku semua membosankan! Tak tahu la kalau korang perasan ke tak. Tapi aku sendiri rasa takde feel bila baca balik entry-entry aku. Haha. Wahai idea, silalah kembali sebagai hadiah hari jadi aku. Tangan rajin nak menaip, otak pulak taknak bagi kerjasama. Cuba cakap, sapa salah? Huhu.


Ucapan untuk diri sendiri, semoga selamat segala-galanya Fatin. Semoga apa yang dihajati dimakbulkan Allah S.W.T. Semoga menjadi hamba-Nya yang solehah. Semoga menjadi anak, adik, kakak, awek, kawan, masyarakat, musuh yang baik untuk semua orang dalam dunia. Dan tak lupa jugak, semoga bertambah matang! (^_^)


HAPPY BIRTHDAY NOR FATIN NADHIRAH.
SELAMAT MENJALANI USIA 24 TAHUN DENGAN PENUH KEGEMBIRAAN......



p/s : Wajib jauhkan diri dari nasi lemak, roti canai, fast-food, dan semua makanan yang menggemukkan. Sebab badan aku dah gemuk!!!!!! Huhuhu.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Holla holli cikebum cikebum. Lama dah aku tak dating dengan si bloggie nie. Hmmm, bukan sengaja tapi bawak diri untuk mencari secebis idea untuk berkarya. Wahhh, curlass kau Fatin. Hahahaha. Okay, taknak merepek panjang, nie entry yang tertunggak dari hari tu. It's all about work okay! No cintan-cintun story bagai.


1 SEPTEMBER (Ahad)
Masa nie aku terlibat dengan taklimat akhir haji 1434H yang dianjurkan oleh ofis aku. Pukul 7 lebih aku dah terpacak kat situ. Sampai-sampai je, tak sempat nak letak hangbag pun lagi, aku dah kena kawal pergerakan keluar masuk kereta jemaah & pandu arah diorang. Dalam kata ringkas, penyambut tetamu + tukang jaga parking uolss, hikhik.

*Masjid Al-Imam As-Syafie, Taman Maluri.*

*Penceramah yang dijemput khas, hahaha.*

 *Jemaah yang datang.*


So far, semua okay. Ramai jugak jemaah yang datang. Ada jugak a fews masalah masa tu. Contoh, makanan tak berapa cukup. Order dah cukup tapi diorang bagi tak cukup. Faham tak maksud aku? Katering nie memang hampeh! Boleh diorang biarkan gelas berminyak. Belum guna lagi pun tapi berminyak. Heyy, korang tak basuh ke lepas guna dulu? Main rembat je. Sudahnya, kitorang la yang basuh semua gelas tu. Makanan pun kitorang tolong serve, takut tak cukup. Memang katering hampeh! Sapa yang order?? Haaaaaa, tutt tutt tutt.. Terpaksa ditutt tutt kan, hehehe.


Overall, taklimat berjalan lancar. Disaster tang makanan je, yang lain okay. Aku pun berjalan lancar dengan hujan masa nak balik. Very the memori daun pisang sebab parking kereta jauh. Huahua.Nasib. (^_^)


4 SEPTEMBER (Rabu)
Ada potluck kat ofis. Last minutes punya plan. Sehari sebelum potluck, baru diorang nak bagitahu. Aku? Takde la nak bawak apa. Kebetulan time tu memang takde duit kat tangan (wallet). So, aku datang bawak perut jela. Hahaha.

*Banyaknyaaaaa makanan.*

*Muka lesu + tudung sememeh + badan naik. Sob sob.*

Tu je gambar yang aku snap. Makan banyak tak pasal. Terus buncit perut bak mengandung 4 bulan. Tangan jadi malas nak pegang handphone & ambik gambar suasana potluck. Hikhik.


6 SEPTEMBER (Jumaat)
Aku terlibat dengan Matta Fair time nie. Shift aku pukul 3 petang - 10 malam. Macam-macam dugaan kau! Mula-mula, kereta pejabat takde. Jenuh kitorang tunggu tapi takde sampai ke sudah. Takde cara lain, kitorang pergi je PWTC naik kereta aku. Dah tu, boleh pulak tersesat nak ke PWTC. Dah sorang-sorang tak familiar dengan jalan nak ke sana. Gunalah GPS. GPS pun macam hampeh! Buat kitorang sesat. Dugaan dugaan.....


Bila dah sampai sana, parking takde. Terpaksa la aku pergi parking kat Seri Pacific Hotel. And guess what, masa tu first time aku guna khidmat jockey. Okay, kereta kau tak hebat mana Fatin! Rasa segan je bila ada jockey bagai. Sob sob... Service charge jockey RM 15, then every hour kena bayar RM 5 (sepatutnya) tapi orang kat lobi hotel tu TERSALAH cop kat tiket parking aku. So, jadi lah RM 6 for a whole day! Kah kah kah, bertuahnya I. Hihihi.


Bukan tu je dugaan kitorang. Nak masuk dalam Hall tu, kitorang kena tahan dengan security pulak. Sudah! Punca sebab kitorang takde exhibitor pass. Hello, mana la kitorang tahu. Dah lah muka berlagak nak mampos. Nak je aku penyek-penyekkan muka si bangla tu. Dasar penyamun! Hehe. Dah settle dengan security tu, bermulalah sesi menghabiskan suara.


*Me with Syazana.*



Balik malam tu pun boleh sesat. Sesat sikit jelah. Sampai rumah nak pukul 11 malam. Terus krohhhhhhh tak sedar diri.


Finally, settle pun entry tertunggak aku nie. Haha. Memang la tak berapa penting. Tapi nak jugak aku update. Sebab apa? Sebab aku nak cucu cicit aku baca dan rasa terharu dengan perjuangan nenek moyang diorang masa zaman muda. Boleh gitu? Hikhik, gurau je. Saja aku update untuk kenangan. Kenangan takkan pernah mati. Waahhhhh, dramatis sangat. Hewhewhew.


Nak tunggu next entry? Tunggu la sampai aku ada mood nak menaip nanti ye. Hehe. See you again guys. Take care. Bye!


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates