facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Pagi tadi gi check-up lagi. Tak lama pun hari nie. Sejam lebih dah settle. Result HB okay, 11.8. Cek jantung baby okay, tinggi rahim okay, tekanan darah okay. Semua okay. Seronok sangat. Hehe. Alhamdulillah....


Berat badan tak naik. Statik je 57 kg dari check-up blood pressure hari tu. Lepas insiden berat naik mendadak tu, aku control makan sikit. Makan malam pun sebelum pukul 8. Nurse kata bila kandungan dah 5 bulan ke atas, kena naik 2 kg sebulan. So jangan diet sangat. Baiklah nurse. :p


Nurse tanya dah rasa ke baby gerak? Alhamdulillah, kerap sangat dah rasa sekarang. Lagi-lagi time baring cuma belum nampak lagi la berombak perut nie. Coming soon, InsyaAllah. Bila baby menendang, seronok ibu dibuatnya. Kadang tu leka layan dia sampai tertidur. Kesiannnn suami tengok tv sorang-sorang. Hihi.


Dah alang-alang tu, tanya sekali pasal keputihan. Lately nie kerap keluar keputihan kaler kekuningan. Risau jugak kan, kot-kot ada masalah. Nurse kata selagi tak gatal, normal je. Tapi kalau dah terlalu banyak, kena bagitahu jugak untuk diorang pantau.


Pastu tadi dengar lagi sekali ceramah pentingnya penyusuan ibu. Banyak jugak dapat ilmu. Cara sebenar nak perah susu, cara penyimpanan susu ibu & macam-macam lagi la. Sekarang nie pun dah mula keluar cecair jernih. Panik jugak time tu, maklum la tak tahu. Hehe. Nurse kata kilang susu dah nak start proses tu. Ya Allah, memang aku nak sangat menyusukan anak aku nie. Permudahkan la niat ku Ya Allah......


Sebelum balik nurse pesan, "make sure next check-up naik 2 kg tau". Hehehe. Hai anak ibu, jom kita makan banyak-banyak. Bisik je baby nak makan apa, nanti ibu request kat ayah. Hehehehehe..... :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Sapa baca entry lepas --> Check-up 18 minggu mesti tahu kenapa aku kena buat benda alah nie. Pagi tadi pergi klinik untuk check-up BP (blood pressure). Sampai sana macam biasa la kena test urine pastu tunggu nama kena panggil. Sejam tunggu, panggil jugak nama aku akhirnya. Masuk bilik nurse terus kena timbang berat. Oh nooooo! Rasa fobia nak pijak penimbang tu. Puas nie tahan perut taknak makan dulu, takut berat naik banyak. Hehe. Sampai baby dush 2 kali la kat perut ibu dia, lapar agaknya. Sorry baby. Nasib baik naik 1 kg je, 57 kg. Legaaaaaa. :p


Jumpa nurse, dia cek tekanan darah. So far tekanan darah okay. Result cek selang sehari kat farmasi pun okay. Pastu nurse suruh bawak buku pergi jumpa doktor. Jumpa doktor, dia takdelah tanya banyak. Dia tulis apa patut kat buku pastu suruh baring sebab nak cek tinggi rahim. Tinggi rahim selari dengan usia kandungan. Alhamdulillah....


Settle jumpa doktor, boleh balik dah. Lagi dua minggu pergi klinik balik. Harap-harap okay la next check-up nanti. Oh ya, aku dah mula rasa pergerakan baby. Sikit-sikit jelah baru. Tak sabar nak rasa baby kick ibu dia kuat-kuat. Sebelum tutup entry, meh nak belanja satu gambar mak buyung. Gemuk dahhhhh tapi tak kisah pun. Gemuk bahagia. Hehe. Bye..... ♥

*19 weeks*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sejak dua menjak nie, badan aku cepat sangat rasa panas. Hormon ibu mengandung. Macam tak cukup je satu kipas untuk aku sorang, hmmm. Kena pulak suami memang jenis suka kipas, selalu berebut sapa dapat angin kipas paling banyak sekarang nie. Huhu. Tapi selalunya suami akan utamakan aku dulu, maklum la bawak anak dia dalam perut. Hehehe... Kesian jugak kadang tengok berpeluh-peluh dia tahan panas. Sudahnya nanti menyempit nak kipas sama, dah aku yang emosi lebih malam-malam buta. Hehe... :p


So dipendekkan cerita, decide la beli air cooler. Nak beli air-cond, takpelah dulu kot. Banyak lagi nak kena simpan duit. Untuk kegunaan masa akan datang, untuk baby. Nie pun dah kira okay apa. Dua-dua dah rasa sejuk sekarang. Baru la aku boleh tidur dengan aman. Hihihihi....



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Tengah blogwalking pasal pregnancy tadi, terjumpa pulak satu entry nie. Macam menarik, kiteww pun try la. Saja suka-suka. Bukan nak percaya pun.



http://www.thebump.com/chinese-gender-chart/


Tak kisah boy ke girl, janji sihat dan sempurna. I love you baby... (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Check-up kali nie scaryyyy. Berat badan naik mendadak kau! 4 kg dalam masa sebulan. Dari 52 kg ke 56 kg. Tak pasal kena bising dengan nurse. Extra 3.5 kg, mana tak bising kan? Huhu. Hampir-hampir kena minum air gula lagi sekali tapi sebab dalam buku dah tulis repeat ujian MGTT masa 28 minggu, selamat la. Hehehe. Tapi kena pantau tekanan darah selang sehari. Katanya takut sawan. So selang sehari la kena pergi farmasi check tekanan darah. 16 March nie kena review blood pressure dengan nurse balik. T_T


Walaupun berat naik, Alhamdulillah HB dah okay, 12.3. Paras selamat. Ada berita buruk, ada berita baik. Terima jelah. Hmmmm.... Oh ya, check degupan jantung baby kali nie seronok sangat. Bukan main kuat lagi bunyi jantung dia. Pandai nurse kali nie cari degupan baby. Rasa nak pergi scan je tengok baby dalam nie haa... Tapi sabarrrrrrr. :p


Minta-minta la next check-up semuanya okay. Aminn......... See you, bye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Prosedur setiap kali check-up sama je. Memula test urine pastu tunggu la sampai nurse panggil untuk cek tekanan darah, timbang berat, cek degupan jantung baby, cek HB, cek tinggi rahim & sesi nasihat menasihati bersama nurse. Hihihi... :p


Second check-up haritu 3 Februari. Berat badan naik dari 50.8 kg ke 52 kg. Extra 0.7 kg. Nurse kata kandungan 5 bulan ke bawah sepatutnya naik 0.5 kg je sebulan. Nasib tak kena marah. Pastu HB pulak sangkut, 10.9. Normal HB ialah 11 ke atas. Tapi nurse tak bising sangat sebab rendah sikit je dari normal.


Dapat tahu jugak result ujian MGTT (boleh baca sini). Alhamdulillah, semua under control. Cek degupan jantung baby pun okay. Cek guna Doppler, tak berapa dengar sangat degupan dia. Kecik lagi kot. Takpe, ibu dengar je walaupun sayup-sayup bunyi jantung baby.


Tu je nak story untuk kali nie. Bye :)


HB - hemoglobin. HB rendah boleh efek pada ibu dan kandungan. Google  la kalau nak tahu lebih lagi.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Susulan cerita Buka Buku Pink haritu, aku kena minum air gula (MGTT) pada usia kandungan aku baru 11 minggu. Ramai kawan aku kata, "awalnya kena minum", "eh, kenapa kena minum awal sangat?", bla bla bla. Aku takde jawapan uolss. Yang aku tahu kena minum sebab faktor umur dah lebih 25 tahun dan faktor utama mungkin sebab family belah ayah aku ada penyakit keturunan - kencing manis.


So masa first check-up lagi nurse dah set date untuk minum air gula (15 Januari). Nurse pesan malam sebelum nak datang klinik kena puasa, start pukul 10 malam. Setitik air pun jangan minum. Esoknya sampai klinik, omaigodddd ramainyaaaaa orang. Padahal awal dah nie aku sampai, pukul 7.20 pagi. Redha jela dapat nombor 17. T_T


Sebelum minum, nurse ambik darah dulu pastu terus kena minum air gula. Tempat nak minum betul-betul belakang meja nurse. Takde sinki. Ada aku baca tu kata sesetengah klinik bagi ibu-ibu nie minum kat bilik khas. Siap tipu buang air dalam sinki la apa la. Tak baik tau camtu! Biasalah, iolss kan suka buat research sebelum apa-apa. Hihi. Kebetulan masa nak minum, nurse baru siap bancuh air gula. Ya Allah, bahagianya rasa minum masa tengah suam + panas. Manis tapi biasa-biasa je rasanya. Dua kali teguk dah settle. Lucky me! (^_*)


Settle minum, tunggu dalam 2 jam. Aku lepak kat klinik je, malas nak balik rumah. Bosan betul menunggu tapi nak buat macam mana kan. Lepas 2 jam, nurse panggil semula untuk ambik darah lagi sekali. Selesai ambik darah, dah boleh balik. Result dapat tahu masa next check-up. Masa tu risau je kalau-kalau sangkut. 2 weeks later, ada check-up. Nurse bagitahu result normal. Alhamdulillah......


Result sebelum minum : 3.8 mmol/L
Result selepas minum : 5.1 mmol/L


Result selepas minum tak boleh lebih dari 7.8 mmol/L. Nurse cakap next appointment untuk minum air gula lagi masa kandungan 7 bulan. Mintak-mintak la semuanya pun okay nanti. InsyaAllah. ♥

*Yang sorang-sorang kat luar tu la aku punya. Snap masa dah habis minum. Hihi.*


MGTT = Modified Glucose Tolerance Test


Love,
Nor Fatin Nadhirah


Assalamualaikum ♥

Kali nie nak story sikit prosedur buka buku pink. Actually buku merah nama dia tapi kenapa kaler pink? Kan dah confius. Hehe.


Sebelum buka buku, make sure korang tahu klinik yang berhampiran dengan kawasan tempat tinggal. Macam aku kena gi KKIA Cheras Baru. Masa nak daftar, nurse akan tanya korang duduk area mana. Kalau tak kena tempat, diorang takkan terima pendaftaran. Maybe ramai sangat ibu mengandung kot. Sebab tu kena ikut kawasan.


Nurse bagi dua buku untuk kita isi maklumat diri. Satu buku untuk simpanan klinik, satu lagi untuk simpanan ibu. Then nurse akan mintak kita shishi untuk test urine. Tak pasti apa benda entah, bukan pregnancy test tapi lebih kurang tu la rupanya. Dapat result, aku punya NB. Normal katanya.... By the way, untuk apa eh test tu? Sapa tahu, meh la share. Nak tanya nurse tapi lupa. Hihi. :p


Memula nurse akan timbang berat dan ambik darah. Pastu dia interview sikit pasal kehamilan dan sejarah penyakit keturunan. Macam aku, ayah ada kencing manis. Dah tak pasal kena minum air gula masa kandungan baru 11 minggu. Yang tu nanti kita cerita lain okay.


Settle interview, duduk pulak tunggu nama kena panggil lagi sekali. Sementara tu, nurse panggil ibu-ibu yang baru nak buka buku nie masuk dalam satu bilik dan terangkan tentang pentingnya susu ibu. Azam aku, memang nak breastfeed baby. Semoga niat aku dipermudahkan. InsyaAllah, aminnnnn.....


Dalam sejam camtu, nurse panggil untuk cek tekanan darah pulak. Dapat penerangan serba sikit pasal pemakanan, kena minum air putih banyak la itu la ini la. Nurse bekalkan ubat iron tablet, b complex dan asid folik untuk sebulan makan. Pastu kena baring sebab dia nak cek breast, kot-kot ada breast cancer. Malu kitewww tau nurse pegang-pegang, hehe. Nanti nurse akan set siap-siap appointment for next check-up.


Dah settle, tunggu pulak nak jumpa doktor. Time to scan baby!! Seronoknya. Masa doktor scan, baby tidur agaknya. Elok je terbaring. Dah nampak kepala, badan dia cuma kecik lagi. Masa tu panjang baru 2.81 cm je. Comellll..


Pastu dah boleh balik. Nampak macam complicated je kan tapi tak pun sebenarnya. Cuma kena sabar sebab menunggu lama. Biasa la, nama pun free. Bukan kau bayar satu sen pun. So jangan banyak complaint. Seronok gi klinik tengok perut mommy-to-be yang lain dah boyot belaka. Tak sabar nak tengok perut sendiri pulak boyot. Hehe. InsyaAllah, semoga semuanya dipermudahkan dan berjalan lancar hendaknya. Aminn....


p/s : panjangnya menaip. harap tak penat la korang baca, hihi. :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah 
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah. Syukur Ya ALLAH. Aku disahkan pregnant lagi. Alhamdulillah, kandungan sekarang dah 14 minggu. Tak rasa gerak lagi. Tapi masa scan hari tu bukan main aktif dia. Berpusing-pusing dalam rahim ibu ye. Hehe, Alhamdulillah. :)


Throwback masa dapat tahu pregnant, speechless! Menggeletar tangan bila tengok result UPT positif. Dekat 8 bulan tunggu result macam nie tapi hampa. Bila tak berharap sangat, ALLAH beri rezeki tu. Alhamdulillah. Perasaan happy tapi takut. Yelah, sebab pernah ada kes kan. Nak excited lebih sangat pun takut. Kalau dulu, dapat tahu je terus gi jumpa doktor untuk sahkan dan scan tapi kali nie, taknak gelojoh. Relaks sampai nak dekat 8 weeks baru gi jumpa doktor. Alhamdulillah, scan kali nie dah nampak pun baby & heartbeat. Terharu rasanyaaaa.. :')


Pengalaman dulu banyak mengajar aku untuk bersederhana. Kalau dulu, macam-macam UPT aku beli untuk confirmkan. ClearBlue la itu la ini la. Excited + tak percaya punya pasal. Kali nie check pakai UPT harga RM 1 je, beli kat De Aifa Marketing. Hehehe....


Tiap hari usaha buat yang terbaik untuk baby & diri sendiri. Walaupun ubat tak sedap, ku gagahkan jugak untuk kesihatan kitorang berdua. Semoga kandungan nie sihat dan berjalan lancar hendaknya. InsyaAllah, aminnn...... Betul percaturan Allah SWT itu indah. Sabar dan usaha, InsyaAllah rezeki tu ada. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

8 bulan lepas, bila dapat tahu diri nie pregnant..... Subhanallah. Bahagianya rasa. Aku la perempuan paling bahagia dalam dunia. Tapi dah tertulis takdir, kebahagiaan tu tak lama.


Aku dapat tahu pregnant masa 4 weeks. Macam tak percaya je tengah mengandung masa tu. Semangat nie google segala bagai bab kehamilan. Siap beli lagi buku Diari Hamil. Buku yang tak sempat aku nak tulis apa-apa. Akhirnya, aku disahkan keguguran masa 8 weeks. Sebulan je aku sempat merasa indahnya mengandung.


Ikut EDD doktor.... Kalau baby ada, hari nie sepatutnya aku lahirkan dia. Subhanallah. Tak tahu nak ekpresikan perasaan nie macam mana. Kalau dia ada, hari nie aku dapat tengok muka dia. Sentuh jari dia. Peluk tubuh dia. Cium pipi dia. Subhanallah. Kuatkan hati aku Ya ALLAH. T_T


Memang dah move on. Cuma rasanya tak salah aku kenang sekali sekala. Kenangan indah yang pahit. Sampai saat entry nie ditulis, belum ada pengganti dalam rahim ibu. Ibu always love you sayang.... Sorry, emosi lebih pulak entry nie. Bye.


Ibu,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates