facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, rezeki anak ibu dapat free scan. Thank you Sonoworld. Seronok ibu dibuatnya sampai sanggup la ambik cuti semata-mata nak tengok baby, hehe. Free scan dibuat untuk sesi pembelajaran orang yang nak belajar pasal scan-scan nie. Kita layankan jelah, yang penting dapat tengok anak. Free pulak kan.... (^_^)


Nasib baik la orang yang nak belajar & sonographer tu perempuan. Takdelah malu sangat nak tayang perut boyot kita nie. Memula sono buat tutorial and then turn orang tu pulak scan perut kita. So far semuanya okay. Kepala baby dah ke bawah. Sono kata baby besar. Berat 2.5 kg. So susah sikit nak tengok muka dia sebab ruang makin sempit. Air ketuban pun makin kurang. Yelah, dah 35 minggu kan. Dapat la 2-3 keping je gambar 3D dia. Tu pun memula muka terlindung dengan uri. Last tu baru nampak. Agaknya baby kesian kat ibu kot? Dia bagi can jugak ibu tengok. Alahai, sayang anak ibu. ♥


Tiga kali scan check gender, semua jawapan sama. Girl. Confirm sangat dah la tu kan... Hehe. Seronoknya ibu ada geng. Nanti baby mesti jadi anak manja ayah kan? Tak sabarnya ibu ayah nak tunggu awak keluar sayang. Sekarang nie pun ibu dah rasa sakit nyilu kat ari-ari. Perut kerap mengeras. Pengalaman ibu mengandungkan baby takkan ibu lupa. Semoga perjuangan kita berdua kat labour room nanti dipermudahkan ye baby.


Settle scan, bayar RM 10 sebab ibu request print 1 gambar baby. Ramai jugak yang tengah tunggu turn lepas aku keluar dari bilik scan. Mana-mana mommies yang nak free scan, rajin-rajin la bukak page Sonoworld kat Facebook. Mana tahu rezeki baby korang pulak kannn. Cukup dulu scan untuk baby kali nie. Penutup dah. Next baby kita datang lagi okay. Eh?? Hehehehe. :p


Oh ya, make sure baca dulu term & condition sebelum register free scan. Kalau rasa boleh ikut syarat diorang, baru daftar okay. By the way, thank you again Sonoworld. Muahhh ciked.

 *Anak tembam ibu.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Selasa hari tu (21 June) check-up kat PPUM. Berat naik 0.1 kg je dari previous check-up. 64.1 kg to 64.2 kg. Tanya nurse, takde masalah ke berat tak naik? Nurse kata takpe asalkan berat dah lebih 10 kg sepanjang mengandung. 10 kg? Terlebih dari cukup tu nurse. Hehe. 


Check dengan doktor pun okay. Nasib dapat doktor lain kali nie. Seronok sikit nak tanya soalan. Ada dua doktor pelatih join sekali. Lepas doktor check perut, diorang nak try check jugak. Doktor suruh mintak izin aku dulu. Aku okay je. Sopan betul doktor pelatih tu sentuh perut aku. Nampak macam takut pun ada. Hehe. Sorang lagi tengok je. Malu agaknya nak pegang. So far, semua okay. Datang lagi sebulan untuk next check-up.


Lusanya (23 June) check-up kat KK. Berat jadi 65.5 kg. Biasa la, lain penimbang kan. Check degupan jantung baby, tekanan darah, tinggi rahim semua okay. Alhamdulillah.... Nurse tanya kenapa tak tanda carta pergerakan baby selama 2 hari? Hahahaha. Aku lupa nak tick. Tak pasal kena ceramah. Masa nurse check perut, baby kick sekali kat dia. Marah kena kacau la tu. Hehe. Nakal anak ibu nie.... Ada lebih kurang 5 minggu lagi sebelum due date. Tak sabarnya nak jumpa peluk cium baby. Mood raya memang ke laut. Hati nie lebih nak tunggu baby keluar je.


Apapun, bagi can ibu makan ketupat rendang dulu ye baby. Pastu nak keluar, keluar la. Ibu ayah sayang baby sangat. Membesar dengan sihat & sempurna anakku.



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Dah lama mengidam nak buat maternity shoot. Dapat jugak akhirnya. Suami memang tak pernah kecewakan kehendak aku walaupun mulut dia pot pet pot pet jugak sebelum nak setuju. Thank you. Love you. Muahhh.....


Kitorang tak upah photographer pun. Mintak tolong adik sepupu aku. Motif bergambar, nak buat kenangan. Masa nie kandungan aku baru 32 minggu. Tapi perut nampak besar kan? Takpelah, anak nak membesar. Kitorang bergambar kejap je, dalam dua jam. Tu pun baby dah menendang tahap dewa. Lapar + panas agaknya. Sorry sayang. :p


Sekarang tengah dalam proses nak design layout photobook. Lamanya tak main DIY nie. Malam je tak boleh nak bukak mata, ngantuk ya rabbi. Terbantut hajat nak buat. Nasib voucher photobook expired bulan 12. Doakan ibu rajin ye nak! Hehe. Okay la, takde idea nak menaip. Layan gambar jelah. (^_^)



























Ibu ayah tak sabar nak tunggu kelahiran baby. Semoga dipermudahkan segala urusan kita. Sampai masa nanti, kita jumpa ye sayang. Sementara tu, baik-baik dan sihat sempurna selalu dalam perut ibu ye. We really love you sayang..... ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Selamat berpuasa semua!!! Check-up minggu nie berat naik dari 63 kg ke 64.5 kg. HB, tekanan darah okay. Tinggi rahim lari 1 cm dari sepatutnya. Patutnya kandungan 32 minggu, tinggi rahim pun kena sama. Tinggi rahim aku sekarang 31 minggu. Nurse kata kalau lari setakat 1-2 cm takpe lagi. Kalau 4 cm ke atas, kena refer doktor.


Check degupan jantung baby tinggi, 176. Normal 120-160. Kecut perut aku. Nurse suruh mengiring ke kiri kejap, relaks. Lepas 5 minit check balik jantung baby. Alhamdulillah, 142. Normal. Terus tanya nurse, sebab saya puasa ke jantung baby laju? Nurse kata banyak faktor, boleh jadi baby berdebar atau lapar atau oksigen lambat sampai. Hmmmmm... Takut aku. Sudahnya ibu terpaksa buka puasa sebab risaukan baby. Huhu...


Result keputihan pun dah dapat tahu. Alhamdulillah, takde masalah. Semua normal. Maybe keputihan jadi banyak sebab hormon ibu mengandung. Takpelah, semoga baik-baik jelah ye. Okay la, tu je nak share entry kali nie. Semoga membesar dengan sihat & sempurna anakku. Ibu ayah love you...


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Semalam aku & suami gi scan 3D/4D kat Sonoworld. Booking online. On the way nak ke sana, jalan jem pulak. Ibu is cuak, biasa la. Over. Hihi. Appointment pukul 3.30 petang, pukul 3.25 baru sampai. Nasib sempat. Lap peluh. :)


Tunggu 10 minit, boleh masuk untuk scan. Sonographer masa tu Ms Tan Chee Tian. Memula start dengan scan 2D. Growth scan. Ukur lilit kepala baby, air ketuban, tulang peha, kedudukan uri, denyutan jantung, perut baby. So far semua normal. Alhamdulillah.


Then start scan 3D/4D. Siap ada HD live version lagi kau. Ya Allah, perasaan tengok muka anak sendiri buat pertama kali tak tahu nak cakap. Selalu scan 2D tak nampak muka. Nie clear je muka baby. Ayah baby pun naik syok tengok anak dia. Tapi baby tidur pulak masa scan. Tangan kat muka. Tak nampak muka penuh. Nyenyak betul dia tidur, mentang-mentang la ibu baru lepas melantak mcD. Kenyang la tu. Ms Tan kejut dia buat tak tahu je. Ibu kejut pun taknak layan. Sedap sangat tidur. Muncung-muncung mulut dia masa kita nak kejutkan. Hehehe.. Comel je.


Pastu Ms Tan skip kejap tengok muka, dia cari gender. Baby kepit kaki. Aishhh anak ibu nie, bertuah betul. Setiap kali scan mesti dia tutup. Pemalu sangat. Cari sampai dapat, akhirnya nampak jugak. Seperti yang dijangka. Yessss, princess is on her way. Aten JR. InsyaAllah... (^_^)


Kacau balik baby suruh dia tunjuk muka. Last-last tangan dia turun sikit je tapi dapat jugak la tengok. Alahaiiii, melting nya ibu. Tembam pipi dia. Aku tengok macam muka suami, suami tengok macam muka aku. Entah, tak kisah la muka sapa pun, janji anak ibu sihat dan sempurna. Ada satu yang baby copy paste ibu, tang kerut kening. Ibu rampas kebahagiaan tidur baby ke? Muka nak nangis je. Hihi. Kesian dia.. :p


Settle scan, terus beli headband yang Sonoworld jual. Ibu tahan je tangan nie nak beli dari 24 minggu hari tu. Sebab nak reconfirmkan balik gender, ibu sabar dulu. Nie dah confirm, ibu terus beli 3 headband. Balas dendam. Hehehehe..


Thank you Ms Tan Chee Tian for your service. 5 star for Sonoworld. Recommended sangat untuk mommy-to-be yang nak scan baby. Best dan selesa. Harga pun berpatutan. Aku ambik pakej 2 : RM 100 for 2D growth scan + 3D/4D scan + Free HD Live. Dapat simple report, 1 gambar baby & CD gambar n video baby. Berat baby dah 1.7 kg. Cepatnyaaa anak ibu membesar. Alhamdulillah...


Ibu ayah tak boleh move on lepas balik dari Sonoworld. Mulut asyik cerita pasal baby je. Pasal muka dia la, cara tidur dia la, macam-macam. Dok ulang tengok gambar & video baby. Lagi-lagi video dia sebek nak nangis sebab kena kacau. Hehe. Ibu ayah love you baby. ♥


Nah, belanja satu gambar baby & ibu baby yang makin menjadi-jadi badannya. Kita sama-sama naik kan baby. Sama-sama tembam. Eh, ayah pun sama-sama naik jugak baby. Baru keluarga bahagia. Kikiki.... :p



Boleh bukak website nie untuk appointment. Jangan risau, confirm puas hati. :)

SONOWORLD CENTRE


p/s : korang rasa muka baby muka sapa?


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Check-up hari nie biasa-biasa je. Berat dari 61 kg naik 63 kg. Terlebih 1 kg. Memang dah agak mesti sangkut sebab selera makan sekarang nie menjadi-jadi pulak. Takpelah, bukan selalu dapat cecah angka 60++. Pantang nanti turun la tu kan..... :p


Cek tekanan darah dan tinggi rahim okay. HB tak cek sebab nurse kata result 2 minggu lepas okay. Kalau okay, diorang just cek sebulan sekali je. Hari nie jugak kena cucuk kancing gigi kali kedua. Nasib la cucuk kali nie pun tak lenguh. Nurse yang cucuk tadi ada tanya, lenguh tak masa cucuk kali pertama hari tu? Pelik dia bila aku kata tak. Hehe. Ikut badan masing-masing kot. Alhamdulillah...... Result keputihan still pending. Hmmm.... Lepas bersalin kot baru nak dapat keputusan. Huhuhuhu. Sabar jelah.


Baby? Bukan main aktif lagi sekarang nie. Sangat aktif. Alhamdulillah. Suka kacau ibu dia time tengah buat kerja. Kadang tu, baik punya dia bagi siku @ lutut sampai terkejut ibu. Hehe. Dah pandai dengar cakap. Contoh masa aku nak tidur. Kalau dia aktif, aku gosok perut suruh dia tidur sebab ibu nak tidur, mesti dia stop. Ibu siap pesan suruh sambung main esok okay baby. Hehehehe. Semoga dengar cakap ibu ayah sampai bila-bila ye sayang. :)


Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Dua bulan lagi kita jumpa, kita peluk, kita cium. Ibu ayah love you so much baby...... ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Minggu nie dua kali aku check-up. Selasa PPUM, rabu KK. Selasa tu apply cuti sebab lepas check-up nak shopping barang baby. Rabu ambik time slip je dari KK.


Check-up kat PPUM kejap je. Memula test urine, timbang berat, tekanan darah pastu jumpa doktor. Berat 59.7 kg, turun pulak. Dapat tahu result ujian Hepatitis masa 24 minggu tu & MGTT minggu lepas. Alhamdulillah, dua-dua normal. Byebye air gula. Jumpa lagi next pregnancy. Hihihi.... :p


Jumpa doktor macam takde function je. Tanya sikit soalan, check perut pastu dah boleh balik. Kasar jugak doktor nie check, senak perut aku. Masa nak cari degupan jantung baby, 2x baby tendang kat dia pastu asyik tukar posisi sampai doktor susah nak cari degupan jantung. Protes la tu. Pandai anak ibu. Hehehehe. 3 minggu lagi next check-up PPUM. Kena bayar RM 16.95 untuk urusan hari tu.


Hari nie check-up KK pulak. Berat naik jadi 61 kg. Cepat nauuu naik 2 kg dalam sehari. Huhu. Penimbang berbeza, so berat pun beza la kan. Nurse tak marah sebab naik 1 kg je dari last check-up. Selamat. HB 12.5. Bagus. Tekanan darah, tinggi rahim & degupan jantung baby pun okay. Sebab nurse lembut, baby bagi kerjasama. Kejap je dah jumpa degupan jantung dia. Hehe. Start esok dah kena kira pergerakan baby. :)


Repeat scan dengan doktor. Dapat la tengok baby comel ibu nie haaaa. So far semuanya okay. Anggaran berat baby dah 1.2 kg. Cepatnyaaa anak ibu membesar. Alhamdulillah.... Saja je cuba nasib kot-kot doktor nak layan permintaan aku untuk check jantina. Nasib doktor okay tapi baby kepit kaki la pulak, taknak tunjuk. Hehe. Hari tu dah tahu masa scan 24 minggu tapi saja gatal. Takpe, nanti cuba lagi. Baby bagi kerjasama tau..... (^_^)


Dah start check-up 2 minggu sekali kat KK. Result keputihan tak tahu lagi. Maybe next check-up kot, tu pun kalau makmal kat Hospital Ampang tu cepat buat kerja. Mintak-mintak la okay. Takutttt. Huhu.


Tu je nak cerita. Barang baby dah settle beli. Suami pun dah suruh stop shopping. Kikiki... :p Tak sabar nak tunggu lagi dua minggu, scan 3d/4d. Semoga membesar dengan sihat & sempurna anakku. Ibu ayah love you.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Pagi tadi ada appointment minum air gula. Untuk kali kedua. Kali pertama dulu minum kat KK. Boleh baca sini --> minum air gula (11 minggu). Pukul 10 malam semalam dah start puasa. Melantak air kosong je sepanjang hari semalam, konon nak neutralkan gula dalam badan. Hehe. Poyo lebih...


Sampai PPUM tadi awal. Dapat nombor satu kau! Hehe. Pergi kaunter, bayar untuk ujian MGTT then gi klinik antenatal. Ambik darah pastu terus minum. Air gula kat PPUM nie manis sangatttt oiiiii walaupun baru bancuh. Hari tu kat KK dua kali teguk dah settle, hari nie empat kali teguk baru habis. Huhuhu.... Tapi sedap jugak la sebab perisa limau. Kat KK dulu kosong je.


Pastu tunggu la dua jam untuk ambik darah lagi sekali. Nasib suami teman. Ada jugak kawan berborak. Settle ambik darah, dah boleh balik. Result boleh dapat tahu petang tapi sebab malas nak tunggu, masa check-up nanti jelah tanya doktor. Nurse kata tadi kalau bacaan tinggi, diorang akan call. Nie takde call, aku assume result okay la kot. Entah..... Tunggu minggu depan tengok macam mana.


Lepas minum air gula, baby bukan main aktif lagi. Gerak tak berhenti. Hyper la tu terlebih gula. Hehehe. Seronok rasanya bila dia gerak. Alhamdulillah.....

*PPUM kasi hadiah.*

UPDATED 11 MAY 2016
Result ujian MGTT
Sebelum minum : 3.5 mmol/L
Selepas minum : 5.8 mmol/L


Harga ujian MGTT @ PPUM (setakat 3 May 2016) : RM 14.30

Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Check-up hari nie mendebarkan betul. Cek urine, tekanan darah, tinggi rahim semua okay. HB pun okay, 13.1. Cemerlang betul result HB kali nie ye, hehe. Timbang berat, macam selalu la mesti sangkut. Tadi timbang berat 60 kg, terlebih 1 kg. Nurse kata banyaknyaaa naik sejak mengandung, setakat nie dah 10 kg. Dah berat nak naik, nak buat macam mana. Bukan boleh tahan pun. Sabar jelah..... Huhu. Malas nak fikir, janji aku & baby sihat. 


Since keputihan aku makin teruk, aku cerita kat nurse. Dia refer aku ke doktor. Doktor ada bagi ubat insert untuk kegunaan 3 hari. Macam mana nak sumbat sendiri ubat tu pun tak tahu. Kena minta bantuan suami la jawabnya. Huhu. Pastu doktor nak ambik sample keputihan untuk cek samada kena jangkitan atau tak. Masa baring atas katil, ternampak muncung itik atau bahasa doktor speculum. Berdebar-debar dah aku tengok benda alah tu.  Tunggu doktor pun satu hal. Bukan main lama lagi, bertambah-tambah nervous aku. T_T


Doktor datang, dia suruh buat posisi nak bersalin. Malunyaaaaa rasa tapi sebabkan nak tahu jugak masalah keputihan nie, redha jelah. Pedih jugak la. Bleeding sikit lepas masuk muncung itik tu. Hmm... Nurse pesan banyakkan makan yogurt & minum air suam. Jangan minum banyak air batu. Dah la aku sekarang nie hantu air batu, cuaca panas kan. Salah satu punca la tu kot keputihan makin teruk. Huhu. Harap-harap keputusan keluar nanti okay je. Hmmm....


Hari nie jugak kena cucuk suntikan kancing gigi. Since dah rasa pergerakan baby, nurse akan start bagi suntikan tetanus. For first pregnancy, diwajibkan suntik 2 kali sepanjang kehamilan. Next month kena suntik lagi sekali. Pedih jugak masa suntik tadi. Sampai sekarang rasa pedih kat area cucuk jarum tu cuma aku tak rasa kebas atau lenguh tangan. Tengok esok lusa macam mana. Tak kebas pun takpe kot, senang sikit nak buat kerja. Hehe.


Next check-up lagi 2 minggu. Entah kenapa awal pulak. Maybe sebab kandungan dah nak masuk 7 bulan kot. Baby pun bukan main aktif lagi menendang sekarang nie. Alhamdulillah..... Membesar dengan sihat ye anakku. Ibu & ayah love you. (^_^)


*Nie rupa muncung itik. Scary kan?*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sabtu lepas (16 April) birthday budak tembam nie. Kejap je dah 2 tahun. Ramai kata muka dia ada iras aku. Sama tang susah nak senyum tu kot? Hehe. Alhamdulillah, semoga Dikya dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, jadi anak yang baik. Nanti cousin keluar, main dengan dia okay. Ibu love you Dikya a.k.a Zandra. ♥




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates