facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Zara salah sorang baby yang prolonged jaundice. Sebulan jugak baru nak baik. Ibu ayah ulang alik KK (klinik kesihatan) macam orang tak pantang. Mencabarnya ya rabbi. Tapak kaki & tangan Zara banyak kali kena ambik darah. Nasib la takde bekas. Kesiannyaaaaa kat dia.


Nurse datang melawat rumah masa Zara dah 6 hari. Lambat sebab ada salah faham sikit. Nasib baik la aku call balik KK. Kalau tak, sampai ke sudah diorang tak datang. Nurse kata Zara ada kuning & kena pergi check haritu jugak. KK tak bukak weekend, kitorang pergi Hospital Ampang. Cek bacaan kuning Zara 262. Tinggi tapi belum sampai tahap tahan wad. Bacaan yang kena tahan bila dah cecah 310. First time anak kena ambik darah, ibu tak tahan. Nangis..... T_T

*Eyebag sebakul masa pantang.*

Esoknya kena repeat lagi. Hmmm.... Dah la lama kena tunggu. Tak kisah tunggu lama kalau sihat. Nie jahitan dok nyut nyut je rasa. Dua jam baru dapat keputusan. Suami cakap, esok kita try check kat KK (isnin). Tengok lama ke kejap. Alhamdulillah, kejap sangat check kat KK. Tak sampai sejam dah settle. Dipendekkan cerita, nie bacaan kuning Zara sepanjang sebulan.

30 Julai (day 6) : 262 / 15.4
31 Julai (day 7) : 265 / 15.5
1 Ogos (day 8) : 215 / 12.7
3 Ogos (day 10) : 222 / 13.1
5 Ogos (day 12) : 190 / 11.2
10 Ogos (day 17) : 188 / 11.1
15 Ogos (day 22) : 147 / 8.7

Nota : Ada dua bacaan. Macam mana nak kira? Yang ratus bahagi 17 @ yang belas darab 17. Nanti dapat la jumlah yang berlainan tu. Masa kat Hospital Ampang, diorang guna ratus. Kat KK guna belas. Bacaan normal ialah 85 / 5 dan ke bawah. Just for your information......


Doktor KK kata tak payah repeat sebab bacaan dah bawah 10. Nanti kuning akan makin turun. Lega sikit. Tapi tak boleh nak lega sangat. Zara dah kena refer ke hospital sebab kuning lebih 15 hari. Normal baby akan baik kuning kurang dari 2 minggu. Kitorang sepakat gi PPUM since rekod aku & Zara dah ada kat sana. Buat pemeriksaan susulan, takut ada masalah lain. Kali nie lagi banyak darah diorang ambik. 3 botol. Setiap botol 1 ml. Memang la nampak sikit tapi tengok doktor tekan tangan anak kita nak kasi darah keluar, sedihnya hati ibu. Result pulak sangkut kat bacaan tiroid. Pasal bacaan tiroid nie, nanti aku cerita lain entry.


Sepanjang sebulan, macam-macam petua aku buat. Asyik tanya member yang ada anak, macam mana diorang turunkan kuning anak masing-masing. Ada kata mandikan guna daun kucai, minum susu kambing, makan anggur hitam, letak aloe vera kat dahi anak. Semua aku buat. Last sekali kitorang laki bini just pegang satu petua je. Makan anggur hitam. Aku & anak makan. Untuk Zara suami titik dalam 4-5 titik setiap kali lepas menyusu. Terpaksa bagi walaupun aku tahu tak elok baby minum @ makan apa-apa selain susu ibu. Alhamdulillah, menjadi bagi aku tapi belum tentu untuk orang lain. Ingat!


Nak kejut Zara masa dalam pantang dulu cukup susah. Budak kuning, memang tidur jelah. Jadi pasif. Puas kitorang buat nak bagi dia bangun menyusu. Last sekali suami jentik tapak kaki dia sejam @ dua jam sekali. Dia terjaga sebab sakit pastu aku bagi la susu. Kesian memang kesian tapi takde cara lain dah. Menyusu pun kejap-kejap. Pastu berak tak banyak. Pastu kuning lambat turun. Pastu ibu stress. Pastu ibu asyik nangis. Nasib la tak meroyan. Huhuhu...


Aku ada baca katanya anak kuning boleh terjadi jugak sebab pemakanan ibu semasa hamil. Hmmm, betul la kot. Aku suka sangat makan fast food masa mengandung. Dah la darah jenis O. Lagi la peratus anak nak dapat kuning tinggi. Masa pregnant pun kurang ambik tahu. Mana nak tahu jadi complicated macam nie. Takpelah, benda dah jadi. Next pregnancy boleh alert. Jaga pemakanan..... Kalau tak, kesian kat anak. Huhu.


Apa yang aku tulis nie berdasarkan pengalaman sendiri. Isu aku bagi anak makan anggur hitam tak payah la kecam. Semua ada cara masing-masing. Yang boleh aku cakap, lagi-lagi untuk ibu @ ayah yang berdarah O, get ready. Dah memang darah jenis O anak senang kena kuning & akan kuning lama. Jangan risau, InsyaAllah akan baik. Tengok Zara sekarang, tak payah kejut dah. Sendiri pandai nak bangun minum susu. Alhamdulillah. Semoga semua ibu & anak dalam dunia nie diberi kesihatan yang baik. Aminnnn....


Main point, kerapkan bagi anak susu badan masa dia kuning. Biar dia banyak kencing & berak. Bab petua, sendiri try & error la ye. Bye bye... ♥

*Gambar petang tadi. Budak baru lepas poo poo. Nak mintak ibu cuci kan, hehe.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, dah 2 tahun bersama sebagai suami isteri. Dan Alhamdulillah tahun nie dapat sambut sama-sama dengan anak. Cinta hati kitorang. Buchuk masyam ibu ayah. Ya Allah, terima kasih atas segala kurniaan-Mu. Tahun nie tak pergi holiday sebab Zara kecik lagi. Suami kata Zara dah 6 bulan baru boleh pergi jalan jauh-jauh. Sementara dia kecik lagi nie, jalan dekat-dekat je. Contoh Tesco Ampang. Makan Pizza Hut. Hahahahaha....


Tapi kenangan anniversary tahun nie rare sangat. Laki bini dapat sweet moment angkut air sama-sama dari lori air ke rumah. Rumah takde air kauuuu. Hahahaha.... Seronok jugak. Kenangan yang boleh buat ketawa masa tua nanti. Apa yang kelakar tu biar la kitorang laki bini je yang tahu. Hehe.


Semoga perkahwinan kita kekal, bahagia dan diberkati selama-lamanya encik suami. Walaupun kerap gaduh baik gaduh baik, tak pudar pun perasaan sayang nie. Ditambah dengan kehadiran Eidzara Azzalea, lengkap rasanya hidup nie. InsyaAllah, more babies coming soon...... ♥


Happy anniversary to us! Much love. Muaaahhhh banyakkkkkkkk.




Your one and only wife,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Seperti yang dijanji hari tu, meh nak story kisah macam mana boleh terbagi nama kat anak. Eidzara Azzalea. Agak-agak tengok nama dia pun dah tahu dia lahir masa raya kan? Hehe. Dia lahir masa 20 Syawal. Nama Eidzara inovasi dari Izara. Nak nampak "rare", eja lain sikit. Eidzara tu gabungan antara Eid + Idzat + Nadhirah. Dapat la nama tu. Idea suami aku. Bijak kan kepala hotak dia, hihi. Maksud nama ada pada Zara je. Zara : puteri.


Nama Azzalea pulak pilihan aku. Entah kenapa suka sangatttt dengan nama Azzalea. Sedap. Satu lagi, saja nak nama dia banyak huruf Z. Pembawakan dari keturunan, nama banyak huruf Z. Ibu je sesat takde langsung huruf Z dalam family. Hehe. Maksud Azzalea : kekal abadi. Dan lepas dah daftar nama dia baru aku tahu rupanya ada ek bunga azalea. Tu pun sebab tengok citer korea. Nak tahu rupa bunga tu sila Google. Haha.


So, maksud nama Eidzara Azzalea ialah PUTERI KEKAL ABADI. Kitorang panggil Zara je. Family belah suami panggil Zalea. Mana-mana la, dua-dua pun nama dia. Zara la puteri hati ibu ayah. Semoga Zara sentiasa menyenangkan hati ibu ayah, jadi anak yang solehah, berguna untuk masyarakat dan agama. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki selalu, dan dikelilingi orang-orang yang tersayang. Ibu ayah sayang Zara dunia akhirat. Berbaktilah wahai anakku.


Zara dah pandai baca nanti, bacalah semua yang ibu tulis. Kasih sayang ibu ayah sedalam-dalamnya untuk Zara. Ingat tu sayang. ♥


p/s : ibu emosi. :'(


Love,
Nor Fatin Nadhirah 
Assalamualaikum ♥

7 September lepas, si princess cucuk sebulan. Nasib la okay je semua. Tak demam. Kuat anak ibu! Hehe. Ibu yang nervous masa dia kena cucuk. Tak berani nak tengok. Nangis kejap je, good girl sangat. Muaaahhhh....


Berat Zara masa cucuk haritu 4.9 kg. Wowwww!!! Membesar bak juara. Alhamdulillah. Tinggi 52 cm. Semoga membesar dengan sihat & sempurna anak ibu. Ibu pun kena check jugak. Check tekanan darah, urine & timbang berat je. Takde pulak nurse check jahitan. Oh ya, berat ibu turun 15 kg uolsss!! Last timbang masa pregnant 68 kg, sekarang 53 kg. 5 kg lagi nak dapat berat badan macam dulu. Tapi ibu taknak diet sebab Zara fully bf. Semoga ibu berjaya dalam perjalanan breastfeeding nie. InsyaAllah, aminnnn.......


Perkembangan terbaru Zara, dah pandai nak kita main dengan dia kalau berjaga. Tak boleh tinggal sorang, nanti mesti merengek. Nak ada orang je depan mata dia. Cuma tak pandai nak sembang lagi. Senyum pun kadang-kadang. Takpelah, take ur time my baby! Asalkan sihat, dah cukup senang hati ibu. Okay la, nanti ibu update lagi. Byebye.... 



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Lamanya ambik masa nak cerita pengalaman bersalinkan puteri sorang nie. Memang tak boleh curi masa langsung nak menaip. Huhu. Nie pun menaip sambil sebelah tangan dok buaikan dia. Betul la kata orang, bila ada anak kecik kadang tu satu kerja pun tak jalan. Asal nak bukak blog, buntang je mata si kecik nie. Tak kasi can kat ibu. Hehe.. Ibu is redha. (^_^)


ISNIN
25 JULAI 2016 / 20 SYAWAL 1438H

2.00 a.m
Bangun nak terkucil. Tetiba keluar air. Tak banyak. Warna keruh, tak berbau. Tak sangka tu air ketuban sebab orang kata air ketuban jernih. Buat tak tahu jelah. Selang 5 minit, keluar lagi. Kali nie banyak. Basah kain batik aku. Tak boleh nak tahan air tu daripada keluar. Terus kejut suami & mak. Mak suruh pergi hospital cepat. Okay...... Nervous. Perut tak sakit pun, so rela tak rela je pergi hospital.


2.30 a.m
Sampai hospital, pergi bahagian emergency. Prosedur sama macam kena warded haritu. Pasang alat CTG, monitor jantung baby & contraction. Contraction dah ada tapi tak kerap. Perut dah start sakit sikit-sikit. Kali nie kena pasang drip. Untuk preparation bersalin nanti.


5.00 a.m
Doktor baru datang cek laluan. Dah bukak 3 cm. Since ketuban dah leaking, doktor offer ubat untuk cepatkan bukaan. In case dalam masa 24 jam pun still tak bersalin, diorang tetap akan masukkan ubat. Aku taknak, biar dulu. 24 jam tu lama kau. Kang kalau baby taknak keluar jugak, baru la masuk ubat. Kan? Masa nie perut dah start memulas. Lendir + darah pun dah start keluar. Doktor kata kena naik wad dulu. Bila 4 cm baru boleh masuk labor room.


5.30 a.m
Kena naik wad tapi sumpah aku tak larat giler nak jalan. Takde pulak wheelchair. Kena jalan sendiri. Terkebil-kebil aku pegang dinding & suami bila sakit. Huhu. Nurse tak setuju cadangan doktor suruh naik wad sebab laluan dah bukak 3 cm. Bukan lama pun nak tunggu 4 cm. Nanti aku kena turun jugak. Buang masa je kata dia. Huhu. Sabar jelah.


8.00 a.m
Sorang-sorang tahan sakit kat wad. Contraction makin teruk. Duduk salah, baring salah. Semua tak kena. Darah dah banyak. Doktor bertugas datang, 4 orang kot tak silap aku. Lupa, hehe. Doktor cek laluan dah bukak 6 cm. Terus kena hantar LR. Doktor suruh call suami bagitahu dah boleh masuk LR.


9.00 a.m
Bukaan 7 cm. Contraction makin menggila. Dah la suami takde kat sisi, bukaan 9 cm baru dia boleh masuk. Nasib baik ada 2 orang nurse nie sentiasa temankan aku. Yang lain semua dok keluar masuk. Stephanie & sapa entah nama lagi sorang. Aku ingat Stephanie je sebab badan dia chubby macam suami aku. Bila sakit aku peluk tangan dia kuat-kuat. Bayangkan tu tangan suami aku. Sedih kau!! Kesian Stephanie. Ada masa tak tahan sangat sakit, aku cakar-cakar tangan dia. Hehe. :p


10.00 a.m
Bukaan still 7 cm! Aku dah stress. Request nak suami masuk tapi nurse tak bagi. Tunggu dulu. Masa nie kuat sangat aku sedut gas Entonox. Asal sakit sedut gas. Sakit sedut, sakit sedut. Last-last lalok. Nurse cakap aku dengar tapi tak tahu apa benda yang aku jawab. Lalok habis. Tahu-tahu tertidur. Hilang kejap rasa contraction sebab tidur. Hihi. Kuat betul kesan gas tu. Macam hisap dadah aku dibuatnya.


11.00 a.m
Alhamdulillah bukaan dah 8 cm. Nurse tak bagi sedut gas lagi. Takut lalok masa nak meneran. Mak aiiii, sakitnya contraction bila tak sedut gas. Aku jeling alat CTG, contraction paling tinggi 120++. Nurse tak habis-habis cakap contraction aku kuat. Sibuk je, huhu. Berapa kali diorang tukar alas sebab aku terberak. Banyak kali jugak aku say sorry, tak sengaja nurse. Hahaha. Kelakar je. Padahal normal la orang nak bersalin terberak atas katil. :p


12.00 p.m
Bukaan 9 cm. Terus nurse call suami. Nampak je muka suami, terus aku nangis. Dia pun nangis sama. Huhu. Contraction tak payah cakap. Sakit nak mampus. Betul la cakap mak sakit contraction 10 kali lagi sakit dari senggugut. Basah lenjun aku padahal dalam aircond. Suami tak habis-habis bagi kata semangat tapi aku tak boleh fokus sebab sakit sangat. Sampai patah la drip tu aku kerjakannnn. Punya la sakit. Suami kata aku macam beluncas. Terkiuk-kiuk.. Ehhh, sakit tahu tak. T__T


01.30 p.m
Bukaan 10 cm. Dah boleh teran. Alamakkkkk. Bila nurse suruh teran, aku teran ikut sepatutnya. Teran macam nak berak. Tapi bila kena curi ambik nafas, terus aku teran muka. Banyak kali dah nak berjaya tapi failed tang nak curi nafas tu. Masing-masing menjerit bagi semangat. Nak dijadikan cerita, ada sorang nurse mulut puaka. Diperlinya suami aku sebab tak jerit sama bagi semangat. Terus suami aku sound balik, "Saya ada cara saya sendiri. Bukan semua cara orang sama". Terdiam nurse puaka tu. :p


02.00 p.m
Dekat setengah jam teran baby tak keluar lagi. Tenaga dah makin kurang. Yelah, aku tak makan apa langsung dari petang 24 Julai. Mana tahu nak bersalin esoknya. Hahaha. Kalau tahu, macam-macam aku makan petang tu. Aku rasa teran dah cukup kuat dah, tapi tak lepas jugak. Suami pesan dengar arahan sorang nurse je, abaikan yang lain. Aku dengar arahan Stephanie. Bila dia suruh teran, aku teran. Nak teran pun bukan boleh main sukahati je. Bila contraction datang baru boleh teran. Ya ALLAH.... Masa nie rasa cepatlah semuanya berakhir. Tak sanggup nak layan contraction. Contraction 3 kali seminit. Tak giler kau?

Dalam LR masa tu ada je 2-3 orang doktor datang pantau. Diorang ambik keputusan gunting sikit since aku tak lepas nak keluarkan kepala baby. Rambut dah nampak tapi sebab tak berapa pandai meneran, baby tak boleh nak keluar. Nasib jantung baby still stabil, tak stress. Ibu dia yang stress. Hehe.


02.20 p.m
Akhirnya lahirlah Eidzara Azzalea. Sekuat hati aku teran sampai hampir jatuh katil. Alhamdulillah, yang sambut dia doktor perempuan. Masa baby keluar, rasa objek panas keluar laju dari tuttt kita. Baby keluar terus nurse bagi injection kecutkan rahim kat paha kiri aku. Leganyaaaaa Ya ALLAH. Anak aku nangis slow je. Bukan main gopoh nurse bersihkan dia pakai penyedut apa ntah pastu terus bawak keluar. Tak sempat aku nak tengok muka dia. Kemudian uri dikeluarkan. Berat uri 700 gram.

10 minit lepas tu baru nurse lain datang bawak dia kat aku. Aku boleh tanya boy ke girl? Teruk tau! Padahal dah tahu girl. Hehe. Nurse tanya,"diorang tak tunjuk dulu ke baby sebelum bawak keluar?". Aku geleng. Nurse tunjuk anak aku. Letak dia atas dada sejam. Aku & suami pakat nangis berjemaah tengok muka anak. Suami azankan dia. Alhamdulillah.....


03.30 p.m
Nurse bawak anak naik wad dulu sebab aku dalam proses jahitan. Suami pun kena keluar. Tinggal la aku sorang. Tak sakit mana pun kalau compare dengan contraction. Sakit jugak tapi sikit. Aku buat muka tak malu mintak air kat nurse. Request air milo pulak tu sebab lapar sangat. Hehe. Nasib nurse layan. Pastu ada la sorang doktor nie datang tengok, dia tanya nak air lagi tak? Dia nak ambikkan. Aku cakap nak air milo lagi boleh? Over tau! Tercengang dia kena bancuh air milo kat patient. Hehe. Nurse terus mencelah, air suam je ok? Hahaha. Yelah, yelah.. Mesti doktor tu menyesal tanya. :p


04.00 p.m
Proses jahitan selesai. Sejam setengah kena jahit. Lama sebab doktor salah gunting katanya. Jadi bentuk Y, pecah dua. Huhu. Rindu anak padahal baru setengah jam berpisah. Sebelum naik wad, kena tunggu doktor datang cek rahim dulu. Masa cek, dah rahim aku tak menepati kepuasan hati doktor pulak. Tinggi lagi macam pregnant 20 minggu katanya. Dia masukkan tiub buang air kencing. Sakit oii, huhu. Pastu baru okay. Duduk diam-diam dulu kat LR sementara diorang setelkan kemasukan ke wad. Tidur kejap, penat!


05.00 p.m
Boleh naik wad. Nurse datang bawak anak. Suami, mak & bapa mertua pun ada sekali masa tu. Dukung anak, terus nangis! Tak sangka dah jadi ibu. Alhamdulillah, terima kasih Ya ALLAH beri aku peluang terindah nie. Malam tu duduk berdua dengan anak kat wad. Terkial-kial jugak sebab tak biasa. Dok menatap la muka dia sampai lebam. Obses! Haha. Duduk hospital 1 malam je. Bila ibu dah kencing & anak dah berak kencing, boleh balik dah.


Pengalaman yang takkan aku lupa sampai mati. Kalau tanya aku apa yang sakit sepanjang proses bersalin, contraction la yang paling sakit. Nak-nak bila bukaan makin besar. Nauzubillah! Tak boleh nak cerita macam mana sakitnya contraction tu. Apapun percayalah.... Saat kita tengok muka anak yang 9 bulan kita kandungkan, berbaloi dengan apa yang dialami. 


*fresh from womb.*

Aku bersalin kat Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM). Nanti aku story kos bersalin kat sana. Nak stop dulu, jaga anak! Nie pun bercinta nak siapkan entry tahu tak. Sampai lenguh la satu badan. Hihi. Byeeeee!!!


*Mesti korang pelik kan macam mana aku boleh tahu waktu semua kejadian kat atas? Sebabnya jam dinding betul-betul ada depan katil LR aku. Tu yang tahu tu. Hahahahaha....



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Harini princess ibu genap sebulan. Cepatnya masa berlalu. So far Zara anak yang senang dijaga. Nangis bila nak susu & nak tidur. Cuma dia suka didukung. Dalam pelukan kita elok je tidur. Bila letak atas katil, mula la buat kuak lentang dia.


Sekarang berat dah 4.3 kg. Patut la lenguh tangan ibu dukung lama-lama. Hehe. Tak kisah la anak oi tangan ibu lenguh pun, yang penting ibu sayanggggggg awak! Lagi 12 hari ibu nak habis pantang. Tak sabarnyaaaaaa. Tiap hari ibu countdown tahu tak. Over sangat! Hehe.


Semoga anak ibu Eidzara Azzalea membesar dengan sihat sempurna. Ibu terlalu sayangkan Zara. Muahhhh ciked. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah 
Assalamualaikum ♥

Lama menyepi kan? Alhamdulillah, aku dah selamat melahirkan baby girl pada 25 Julai 2016. Due date patutnya 2 Ogos. Baby keluar awal sebab ibu dia asyik seru-seru suruh keluar. Hambikkk kau! 38 minggu 6 hari dah keluar. Hehe. Alhamdulillah dapat bersalin secara normal. Berat baby masa lahir 3.375 kg. Lahir pukul 2.20 petang di PPUM. Total sakit contraction + sakit bersalin + sakit kena jahit semua tu adalah lebih 12 jam rasanya. Huhuhu, pengalaman yang tak boleh dilupakan sampai mati.


Cerita pengalaman bersalin ke apa ke, nantilah aku cerita bila ada masa. Sekarang bukan masa sesuai. Masa untuk diri sendiri pun takde. Nie pun curi-curi taip sebab anak tidur. Bye! (^_^)


p/s : now u can call me ibu si panda. :'D


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Since nak dekat bersalin nie, rajin pulak laki aku ajak pergi berjalan. Bagi banyak jalan, biar cepat sikit beranak katanya. Tapi tak beranak pun lagi sampai hari nie. Baby syok duduk dalam perut. Ibu makan semua sedap sangat agaknya, tu yang lambat je nak keluar tu. Hehe. Takpe, sampai masa kena keluar jugak kan baby? Masa tu minum susu je tau. Jangan demand. :p


Ahad hari tu (17 Julai) kitorang laki bini berjalan kat Ikea. Tengah syok jalan tetiba perut sakit macam senggugut. Rehat kejap tapi tak elok-elok jugak.. Aikkk, nak bersalin ke apa nie? Huhu. Tunggu suami queue nak bayar dekat setengah jam, aku dah terkulat-kulat duduk tepi tembok konon nak tenangkan diri. Baby taknak bagi kerjasama. Mengeras je. Sakit..... Terus cakap dengan suami, jom la gi check kat hospital. Kot-kot dah sampai masa.


On the way tu, punya la aku tahan sakit. Takdelah sakit macam nak hentak kepala atas jalan tapi sakit jugak la. Dari perut membawak ke pinggang, diramas-ramas tanpa belas kasihan rasanya. On off, kejap datang kejap hilang. Sepanjang perjalanan, ada kot 20 kali laki aku tanya soalan sama, "sakit tak?", "sakit tak?", "sakit tak?". Karang aku smash baru tahu, dah lah tengah sakit. Huhu.


Sampai PPUM, terus pergi bahagian emergency. Nurse suruh tukar baju apa semua. Ingat datang nak check je. Kot la dah boleh bersalin ke apa tapi tak pasal kena tahan wad semalam. Prosedur sana katanya. Diorang takkan bagi patient balik sebab nak monitor keadaan ibu & baby. Kalau takde apa-apa, baru diorang bagi balik esoknya. Doktor check bukaan rahim baru 1 cm. Takde bleeding, takde turun air. Contraction tu dah ada cuma belum masa lagi. Serviks pun dah lembut. Dua kali jugak la doktor seluk. Seram ke tak? First time tu seram, kali kedua dah ready sikit. Hehe. Tak sakit pun, dengan syarat jangan keraskan kaki. Relaks je. Hehe. Serius, yang penting relaks. Ingat tu.


Sambil tu, nurse pasang alat CTG untuk monitor contraction. First time pakai. Ada la sejam kot pakai benda alah tu. Jakun kejap. Hehe. Selesai prosedur tu semua, kena naik wad. Tidur la kat hospital tanpa sebarang persediaan fizikal mental. Hehehe. Baby pulak elok je behave kat hospital. Hilang terus sakit bila sampai hospital. Kalau ibu tahu, ibu balik je berehat kat rumah tau baby. :'(


Esoknya seawal pukul 6.30 pagi dah kena pakai balik alat CTG. Tunggu doktor datang, dia kata boleh balik sebab takde masalah. Cuma sebelum balik kena scan dulu. Result scan pun okay. Estimated berat baby dah 3.1 kg. Wowwww!!! Membesar bak juara. Patut la berat je ibu bawak perut. Naik wad balik, tunggu la doktor datang sampai lebam. Ingatkan tengahari dah boleh balik tapi petang baru doktor datang. Kesian suami kena tunggu lama kat bawah. Huhu.


Next time dah tahu. Kalau sakit senggugut tapi tak keluar tanda macam darah @ air, tak payah la pergi hospital dulu. Buat penat je. Tapi kalau difikirkan balik, takpelah atleast ada pengalaman kan. Kalau tak, mana nak tahu. Dah alami baru tahu. Minggu depan datang balik untuk appointment. Minggu nie dah 38 minggu. Bila nak keluar nie anak cantik ibu??? Ibu tak sabar dah nak peluk cium awak sayang. ♥


Total bil RM 169. Okay la sebab banyak benda diorang buat. Servis puas hati sangat. Wad cantik. Nurse & doktor baik-baik. Takde nak marah-marah @ tinggi suara. Makanan je kurenggg sikit. Biasa la, makanan orang sakit. Yang lain semua terbaikkkkk.....




p/s : mak kata sakit bersalin 10 kali lagi sakit dari senggugut. Huhuhu.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Menghitung hari untuk jumpa baby. Tak sabarnyaaaaa... Harini check-up lagi. Alhamdulillah, semuanya okay. Berat je problem. Hahaha. Masalah biasa. Penangan raya la nie. Naik 2 kg dalam masa seminggu. Dari 66.5 kg ke 68.5 kg. Nurse suruh buat check tekanan darah lagi untuk kali kedua. Hahahahadoiiii... Sabar jelah. Kali nie buat kat farmasi area rumah je sebab aku dah start bercuti. Saja amik cuti awal. Nak prepare mental fizikal. Gituuuuuuu, haha.


Takde apa nak update. Cuma harapkan semuanya dipermudahkan. Nervous, excited, semuanya bercampur aduk. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Tak lama je lagiiiiii kita nak jumpa. (^_^)


p/s : sempat buat sekali je check tekanan darah kat farmasi pastu dah bersalin. hehehe.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Lambat pulak update pasal raya. Busy la sejak-sejak dah cuti panjang nie. Busy tidur, hehehehe. Raya tahun nie giliran aku pulak. So kitorang laki bini balik Bidor untuk beraya dengan family aku. Tahun nie tema warna purple. Raya biasa-biasa je sebab dah sarat, 36 minggu. Pergi rumah saudara pun kejap-kejap je. Nasib la baby tak buat hal nak keluar masa raya hari tu. Kalau tak, tak memasal dia jadi anak Perak. Hihi....


Takde apa nak cerita pun sebenarnya. Layan jelah gambar mak buyung yang extra gebu nie with family. Hehe. Sekarang mood raya dah turned off. Mood tunggu baby pulak turned on. Tak sabarnyaaaaa nak jumpa anak. Semoga dipermudahkan segalanya. 2 weeks to goooooo baby...... Bismillah. Wish us good luck. :)








Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates