facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Harini hantar Zara ke rumah pengasuh baru. Trial dulu separuh hari. Official hantar bulan 10. Pengasuh Zara yang sekarang tengah sarat mengandung, due next month. 3 bulan je hantar kat pengasuh baru nie. Naik tahun baru nanti, hantar balik kat pengasuh asal. Dulu masa memula hantar Zara, dia kecik lagi. So dia okay la sebab membesar pun nampak muka pengasuh hari-hari.


Pagi tadi hantar ke pengasuh baru, of course la nangis. Dah besar. Dah kenal orang. Lagi pulak dia bukan jenis nak kat orang. Cebik-cebik muka tu kena tinggal. Sedih pulak rasanya. Hopefully Zara okay la. Sedih bila kenangkan anak kecik-kecik lagi dah kena duduk dengan stranger. Ibu dulu kecik-kecik, arwah opah (moyang Zara) yang jaga. Tak pernah duduk dengan stranger. Beza dengan Zara. Huhuhu. Ya Allah, selamatkanlah anakku dari segala malapetaka.


InsyaAllah, satu hari nanti ibu berhenti kerja. Ibu sendiri jaga Zara okay. Bila tu tak tahu lagi tapi perancangannya ada. Doakan semuanya berjalan lancar. Aminnnnnn......



p/s : ibu emosi kat ofis pagi-pagi nie. T___T


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Puas betul berjalan bulan nie. Cuti hari Malaysia haritu kitorang ke Pontian, Johor. Attend wedding dua pupu aku. Kejap je pergi sana. Lepas kenduri terus gerak balik. Tak sempat nak jenjalan Johor. So takdelah episod Zara jenjalan Johor. Hihi. Next time. Tunggu Zara besar, ibu ayah bawak gi Legoland okay.





Alang-alang dah jalan jauh, kitorang singgah Melaka. Tidur semalam kat Pengkalan Balak. Duduk Seraya Chalet, harga depends on jenis bilik. Kitorang ambik bilik Superking, harga RM 120 (for weekend/public holiday). Petang tu sempat la gi main pasir tepi pantai. Malas nak mandi laut lepas scene Zara nangis kat Teluk Batik haritu. Point kedua sebab aku lupa bawak seluar mandi suami. Hahaha. Mendapat la kena bahan (perli) 2-3 hari konon jeles taknak bagi dia mandi laut. Kikiki. Serius lupa! Bukan sengaja. Sorry.




Ohhh, citer pasal Zara. Aduhhh boleh tahan anak aku nie. Tengok laut dah nangis. Trauma ke apeni? Nak peluk je. Aku duduk mengadap laut sambil peluk Zara yang nak ngadap view jalan. Punya la dia taknak tengok laut. Hehe. Suami kata Zara anak darat bukan anak laut. Motif? Last sekali lepak tepi jalan (jalan tar) baru Zara nak senyum-senyum. Duduk la situ pekena jagung cup. Layannnnn sunset.

*muka masam je. taknak kawan ibu.*

*please la ibu. i'm not in mood okayyy.*

Malam tu kitorang gi makan kat medan selera. Hadoiiii, terkena lagi. Kali nie lagi teruk. Aku order ikan siakap 3 rasa, sotong goreng butter, kerang bakar, telur dadar, dan air tembikai 1 jug. Service slow satu hal. Makanan sumpah tak sedap! Tak reti masak tak payah bukak kedai. Aku masak lagi sedap!! Geramnyaaaaa. Suami siap kata, "dia tak tahu ke bini aku nie blogger?" Hahaha... tergelak aku weyy. Suamiku sayangggg, bini kamu nie bukan blogger famous, blogger krik krikk je. Terhibur sikit hati nie. Kikiki :p Masa bayar suami aku tegur kat orang tu suruh ubah sikit cara masak. Apapun aku banned kedai No. 1 Medan Selera Pengkalan Balak. Tak tau la kot kena kat aku je ke tapi aku kisah apa. Nak banned jugak!! Huhhhh. Spoil mood sis malam tu ~


*cer tengok ikan 3 rasa tu, ada nanas kiub semata-mata. kuah cair + tawar. sotong pulak liat nak mampos, terlebih masak la tu padahal aku pilih sotong gemuk-gemuk okay. sampai kat aku besar jari kelinking je. kerang bakar sampai bila kitorang dah habis makan. harga RM 73. grrrrr!!! marah nie.* 

Esoknya jenjalan bandar Melaka. Sempat naik River Cruise je. Harga RM 15.90/pax, Zara free. Pusing dalam 45 minit menikmati pemandangan Melaka. Zara takut uolss. Aku syak anak aku nie takut air dalam kuantiti yang banyak contoh sungai, laut. Mandi dalam bilik air elok je. Ber'anak koala' kami dua beranak dalam tu sampai tertidur si Zara. Tak dapat jalan mana dah sebab dia tidur. Ibu baru nak gi ambik gambar kat area Stadthuys tahu tak. Sabar jelah. Start kereta nak gerak balik, dia bangun. Grrrrrr!!!! Ibu is geram. T___T



*amik gambar dari dalam kereta je.*






*dalam proses menenangkan Zara.*







Tak tahu suami nak amik hati ke apa sebab tak habis pusing bandar Melaka, dia bawak gi kedai kuih keria viral. Tapi aku yang kena beratur. Cisss!! Memula nak beli kat Hj Jalil viral tu tapi panjang giler queue so aku gi beli kat Hjh Rahmah. 30 minit ada kot beratur. Limit 20 kuih sekali beli. Maybe weekend ramai costumer, so diorang limitkan. Harga sebiji kuih RM 0.60. Makan panas-panas biasa je, sekali makan bila dah sejuk sedappp bak hangggg. Cenggini (simbol thumbs up). ♥





Sebelum gi kedai kuih keria, singgah kedai asam pedas puaka. Tapau asam pedas daging. Suami kata nie port wajib bos dia datang makan kalau sampai Melaka. Haritu masa out-station, bos angkut dia ke sini. Boleh tahan ramai orang. Lupa nak amik gambar sebab handphone tertinggal dalam kereta. Nama kedai nie Restoran 35. Google la kalau nak tengok gambar. Suami panggil kedai asam pedas puaka sebab mulut makcik kedai tu macam puaka. Hahaha. Alaaa, orang Melaka kan cakap kasar. Tu la maksud dia.


Pastu niat di hati nak singgah Coconut Shake Klebang tapi tak sanggup nak beratur. Ramai. Kalau beratur sesama laki bini tu gagah jugak la boleh sweet-sweet. Haha. Malas nak singgah, terus gerak balik KL. Dah macam food hunting pulak trip kali nie. Banyak gi tempat makan. Best jugak. Oh ya, family aku pun join sekali (kecuali family Along). Terpaksa limit masa sebab kesiankan adik aku. Si puteri lilin pulak syok la explore segala ceruk. Ramai yang melayan. Bak kata ayah aku, besar dalam kereta je budak kecik nie. Hahahaha. Rezeki Zara dapat jenjalan. Alhamdulillah.....



Setakat nie dulu la eh. Panjang pulak kisah trip Melaka aku nie. Fuhhh. Next month wedding anniversary yang ke-3. Mana la suami aku nak bawak? Hahaha. Ajak gi Langkawi dia taknak sebab kitorang dah start busy. Kalau ada gi memana, aku update. Kalau krik krikk tu faham-faham jelah. Hihi. Tak kisah la janji dia sayang aku & anak-anak sampai akhir hayat. Aminnnnnn.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Sambungan previous entry. Since takde tempat menarik dah nak gi kat Lumut, mak aku ajak pergi Gunung Lang kat Ipoh. Member dia la whatsapp bagitahu tempat tu. Kalau nak ikut jauh jugak Lumut ke Ipoh. Baik pergi time nak balik je tapi layankan jela. Dah orang sponsor kan. Hihi.


Cut it short, Gunung Lang nie best jugak. Ada air terjun buatan kat entrance. Aku nak bergambar time tu tapi suami kata balik nanti la. Hmmmm, okay. Nak ke seberang sana kena naik bot. Harga RM 3/pax untuk dewasa. RM 1.50/pax untuk kanak-kanak & warga emas. Murah kan? Tapi naik bot pun kejap sangat. Tak sempat panas punggung. Kurang dari 5 minit dah sampai seberang sana. Hihi.






Kat seberang sana nun ada taman permainan, rumah rehat (cantik rumah dia macam rumah iklan Adabi), menara tinjau pastu ada la 5-6 jenis haiwan dalam kandang. Kat sini pun boleh berbasikal. Kitorang haritu tak pusing habis pun. Jalan-jalan sekitar jeti je. Cantik la kawasan dia. Hijauuuu. Tenang je. Anak buah aku syok sangat bagi ikan makan. Gemuk-gemuk weyy ikan tu semua.






*Izz saja sabotaj gambar. hahaha.*

Zara agak moody sepanjang kat sini sebab panas. Dia kan puteri lilin. Merah-merah pipi tu kena panas. Gedik tau! Cuma dia nampak teruja masa naik bot. First time katakannnn. Ayah dia bawak main gelongsor, dia boleh bantai nangis. Haihhh anak aku nie, takut semedang. Pastu suami aku perli, "Zara nie sama macam ibu, semua benda takut." Eh eh ehhhhhhh, no komen! :p



Tak lama pun kat sini. Kesian ayah & adik aku kat kaunter tiket. Adik aku tak boleh naik bot sebab OKU. So diorang dua tunggu jelah kat belah sana. Masa nak balik, teringat nak bergambar kat air terjun tapi air terjun dah tutup. Hahahaha. Sabar jelah.


Patutnya lepas balik Gunung Lang, kitorang nak singgah bergambar kat Street Art tapi hajat tak kesampaian sebab ayah aku dah lapar. Hehehe. Takpelah, next time ye encik suamiku? Kita bawak Zara pusing 1 Malaysia. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Cuti merdeka + raya haji haritu, bawak mek Zara jalan. Actually dah planning satu family nak gi short vacation since semua ada masa raya. Kitorang pergi 3D/2N. Sewa homestay (rumah teres 2 tingkat) kat Seri Manjung. Tengok la kalau rajin aku review homestay tu. Gambar setiap ceruk rumah ada je dalam fon aku nie haaa. Tengok tahap kerajinan ye.


Kat Lumut kitorang pergi Teluk Batik je. First time Zara mencemar duli turun ke laut. Ibu yang excited. Siap beli pelampung bagai. Dok terbayang wajah anak tersenyum riang berenang-renang di lautan. First reaction Zara masa letak kat pasir, GELI. Habis dia tarik tudung aku taknak lepas. Huhu. Bila okay sikit, dia try kuis-kuis pasir. Pastu dia upgrade buat eksperimen nak rasa pasir tu sedap ke tak. Nasib baik perasan. Huhu. Kalau tak, free-free je makan snek pasir cap Teluk Batik.


*pegang dulu.*

*nak rasa la sedap ke tak.*

*ibu marah.*

Pastu suami bawak Zara gi mandi laut. Apa yang aku angankan tak jadi realiti rupanya. Sob sob. Zara takut mandi laut. Tak pernah melambung-lambung kena ombak. Hehe. Nangis-nangis dia nak keluar. Tak sampai 5 minit ayah dia hantar naik atas. Surrender. Hmmm. Takpelah, first time kan? #thinkpositive hahaha. Last-last Zara lepak tepi pantai je dengan ibu. Tengok ayah dia & yang lain mandi. Ewaahhh, bukan main syok lagi ek ayah tu. Mandi tak ingat orang.










Malam tu gi makan kat restoran TomYam area traffic light pekan Manjung. Apa nama ntah, tak ingat tapi kedai tu lampu kaler biru banyak. Amik pakej 5 orang makan tapi hampeh. Sikit giler portion dia kasi. Mana cukup weyyy. Tak tau ke kami nie kebulur? Huhu. Konon jimat masa dan duit la amik set pakej. BLACKLIST kedai tu dari kamus jalan-jalan cari makan kitorang. Padan muka! Wekkkk. :p


Esoknya kitorang jalan-jalan Ipoh. Nantilah next entry sambung okay......


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates