facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

Entry pendek je. Just nak share benda best. Haritu pergi pekan nak cuci gambar saiz 5R. Sekali sampai RM 6/sekeping diorang tekan harga! Huhu. Oii, kat KL pun tak mahal camni tau. Dulu aku cuci RM 3 je kat KL. Cekik darah betul. Frust! Baru ingat nak sambung deco album milestone Zara yang dah lama tertangguh. Hmmmm, tak boleh jadi. Search kat FB. Terjumpa page CUCI Gambar.


Apa lagi, aku terus whatsapp tanya harga. Alhamdulillah, harga baru RM 2/sekeping. Murah teruk dari kedai gambar tadi tu. Huhu. So proceed jelah. Gambar hantar by Google Drive. Pagi hantar email, tengahari sis tu whatsapp bagitahu dah siap & boleh pos. Cepatttt giler! Kualiti gambar pun cantik. I love it! ♥ Lain kali confirm repeat order.


Rasanya harga lebih kurang je kat kedai gambar luar sana (kecuali kedai gambar kat Bidor ni, huhu). Dah terdesak nak cuci gambar, online pun online lah. Janji puas hati. Hihi. So sapa nak guna khidmat CUCI Gambar, boleh tekan link kat bawah. Thank you.


Facebook : CUCI Gambar


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Haritu berpeluang makan durian kat dusun kawan mak. First time. Jakun jap padahal rasa durian sama je. Feel tu yang mahal. Kasi chance la kat orang tak pernah ada experience nie nak share dalam blog. Hahaha.


Minggu tu abang aku satu family kebetulan memang nak balik kampung. So jadi extra best sebab semua ada. Suami pun sanggup datang dari Teluk Intan, tinggal kedai semata-mata nak makan durian. Hihi. Dia memang hantu durian. Seronok sangat makan sambil berpicnic kat dusun walaupun nyamuk punya la banyak ya rabbi... Satu pengalaman baru. Umur dah 29 tahun baru dapat merasa. Feeling kampung sangat. :p


Paling best bila dengar bunyi durian luruh. Memasing laju je pergi cari kat mana durian tu. Ooooo, baru ku tahu macam tu rupanya bunyi durian luruh. Jangan kecam sis. 28 tahun sis duduk KL okay, nie baru nak belajar hidup kat kampung. Hehehe.


Settle parti durian, abang aku bawak anak-anak dia mandi sungai yang ada kat dusun. Aku & Zara perati dari tebing sungai je, malas nak mandi. Kocak-kocak kaki dalam air. Lepaskan gian mek kecik tu. Suami tak payah tanya, masih makan durian sementara kitorang have fun kat sungai. Dasar hantu durian betul. Hihi.


Thank you Cik Akak belanja kitorang semua makan durian. Okay la, layan gambar pulak ek....









*Durian baru jatuh tak sampai 5 minit. Freshhhh gitu.*



*Seronok nampakkkkkk.*

*Kakya, Zara, Abang Izz.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Akhirnya dapat jugak ke Refarm. Terletak di Kampar. Actually, lokasi sebenar tengah-tengah antara Temoh & Kampar (ikut jalan lama). Dari tepi jalan boleh nampak pintu masuk ke Refarm nie. Tiket masuk RM 10/adult dan RM 5/child. Nak jimat bawak makanan dari rumah. Add on RM 10. Kat entrance ada port untuk bergambar. Comel sangatttt!!




Ada banyak tempat menarik. Meh aku citer satu-satu. Memula kitorang jenjalan kat Mini Zoo. Takdelah banyak mana haiwannya. Nama pun MINI kannnn. Yang menarik perhatian ostrich dan 2 jenis ayam rare. Kalau nak rasa telur ostrich, korang boleh la beli. Diorang jual RM 100/satu telur. Ostrich nie friendly weyy. Kita ambik gambar, dia pun sibuk menyelit. Dah kita yang naik takut... Hahaha. Haiwan lain biasa-biasa je. Dah biasa tengok.... :p






*Ayam rare 1.*

*Ayam rare 2.*


*Zara with cik bing....*


Pastu boleh bagi ikan makan kat fish pond. Makanan ikan beli kat kaunter tiket. RM 2/sebungkus. Zara bukan main syok lagi tengok ikan banyak giler. Dia je yang nak bagi ikan makan. Hihi. Kawasan sini pun cantik, lagi-lagi colorful wheel tu.



Ada dua tempat mandi (pool). Satu pool biasa, satu lagi pool kat tepi bukit. Best lagi kat tepi bukit tu sebab air bukit mengalir masuk ke pool. Sejuk je airnya. Fasiliti macam toilet, bilik persalinan, tempat lepak, tempat makan semua ada. Paling best tempat makan. Setiap satu meja diorang sediakan satu sinki. So tak payah sibuk tumpang tempat orang. Kebersihan memang tiptop. Tak nampak sampah langsung (or maybe sebab gi weekdays so takde orang nak buat sepah, hehe).




*Tempat makan yang selesa.*

Sebelum mandi, celebrate birthday Zara dulu. Memang tu pun tujuan sebenar ke sini. Tahun nie beli kek Elsa since Zara obses betul dengan Elsa lately nie. Baju beg kalau boleh semua nak Elsa. Huhu. Tiap hari mesti nak tengok citer Frozen. Sampai berebut remote dengan Acu dia, hahaha. Happy birthday anje uchuk ibu. ♥






Kitorang sampai haritu dah lewat, pukul 4 petang. Tengah dok leka mandi, tup-tup tengok jam dah pukul 5 lebih. Cepat-cepat gi Time Tunnel. Sekali dah tutup. Hahahahampa! Kat sini boleh jugak sewa basikal (tak sure kena berapa), paddle boat (yang nie RM 20 for 40 minutes tapi bukak only weekends or public holiday), jungle trekking.






Nak bermalam kat sini pun boleh. Ada chalet disediakan. Of course la kena bayar! Hihi. Restoran ada tapi weekdays tutup. Kalau nak beli air or makanan, pegi kaunter tiket jugak. Senang citer kalau korang gi sana time weekdays, segala urusan semua kat kaunter tiket ye. Walaupun banyak yang tak bukak, tetap best sebab tak ramai orang. Masa kitorang pegi, ada 3 family je. Memang aku buat pool tu macam bapakkk aku yang punya! Hahahaha.


Refarm buka dari pukul 9 pagi - 6 petang. Hari Selasa tutup. Akhir kata, Refarm memang best! Environment tenang dan menyegarkan sebab kiri kanan hijau. Cewahh! Tempat cantik dan bersih (tu yang penting). Oh ya, lupa pulak. Tempat nie sesuai untuk bawa OKU (wheelchair). Jalannya landai, tak berbukit. Haritu pergi bawak family aku sekali. Semua happy. Iolss pun happy tengok family happy. Next time boleh repeat lagi. (^_^)


*Sebelum balik ambik gambar lagi.*




Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, tahun nie mak & bapa mertua aku berpeluang menunaikan haji. 1 Ogos haritu kitorang pergi menghantar Mama & Abah di Sepang. Tahun nie kali pertama para jemaah haji berkumpul kat sana. Tempat memang selesa dan besar kalau nak dibandingkan kat Kelana Jaya. Teringat zaman bekerja dulu, tiap tahun mesti ke Kelana Jaya uruskan passport jemaah. Memang sesak dengan manusia. Kelam kabut. Sekarang more teratur. Good job!

*Sedara mara belah suami ingat aku pregnant masa tengok gambar nie. Tu namanya salah angle tahu tak. Hahaha.*

Mama dan Abah akan berada di Tanah Suci selama 50 hari. Perjalanan diorang masuk ke Makkah dulu. Sebelum lapor diri, sempat la kami semua bermaaf-maafan. Sedihnyaaaa. Semua nangis kecuali Zara sebab dia tak faham apa-apa. Huhu. Bila lambai diorang sebelum masuk, tambah sedih. Semoga Mama dan Abah dapat menunaikan haji dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan di sana.




Aku bawak Mak sekali sebab dia teringin nak menghantar orang haji. Mak dah 8 tahun hantar surat rayuan tapi masih belum ada rezeki. Semoga giliran Mak nak mengerjakan haji akan tercapai juga. Malam tu kitorang tidur kat Movenpick Hotel. Mama booking kan. Merasa la duduk hotel harga RM 500 semalam. Huhu, mahal. Maybe musim haji kot, tu yang mahal. Tapi hotel memang first class la. Semuanya touch screen. Kita yang jakun dalam tu. Hahahaha.




*Zara sabotaj gambar ibu.*

Kat bawah nie gambar yang Abah sempat share dalam whatsapp group family. Seronoknya tengok. Semoga ada kesempatan untuk aku dan semua yang belum pernah ke sana satu hari nanti. Aminnnn.....






Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates