facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Assalamualaikum ♥

Aku dah stay KL sampai bersalin. Isnin haritu terjah KK Batu 14 Puchong. Asal nak tanya je macam mana prosedur nak transfer check-up. Tup tup dapat check-up terus hari sama. Tapi menunggu lama oiii. 8 pagi datang, 1 tengahari baru settle. Punyaaaaa laaaaa ramai orang. Tunggu nama kena panggil saja sejam setengah. Tu baru kat kaunter pendaftaran, bukan check apa-apa lagi. Perghhhh, kena hadap jugak la. Nak buat macam mana. Suami ikut sekali so Zara memang aku serah kat dia je. Tak larat nak handle.


Settle nama dipanggil, ambik sample darah. Tunggu ambik darah nie pun azab. Haha. Sabar jelah. Settle ambik darah, hantar ke makmal sekali dengan sample urine. Then tunggu turn pulak jumpa nurse. Lama jugak duduk dengan nurse, dia nak salin balik rekod dalam buku pink aku. Takde check tinggi rahim or denyutan jantung adik. Just check urine, HB (12), tekanan darah dan berat (67 kg). Nurse kata kena jumpa doktor untuk scan. Okayyyy....


Ada cerita kelakar dalam bilik doktor. Adik taknak bagi doktor ukur tulang peha dia. Haha. Buat perangai ek? Sampai 3 doktor scan perut aku. Senakkkk diorang dok tonyoh sana sini. Doktor suruh tahan nafas la apa la. Last sekali dapat jugak, tu pun adik bagi tak bagi je. Kihkihkih. Alhamdulillah, result scan okay. Anggaran berat adik 3 kg. Whatttt???? Oh ya, dah start kena check-up seminggu sekali.


Esoknya (Selasa, 20.08.2019) check-up kat PPUM. Kali nie Zara tinggal, malas nak bawak. Bagi can la ibu ayah dating, hihi. Berat tetiba jadi 67.8 kg. Hmmmm, salah penimbang nie. Kat PPUM pun scan jugak. 2 kali dapat scan adik minggu nie. Result scan katanya anggaran berat adik 2.5 kg. Entah mana betul. Tak payah besar sangat pun takpe. Jenuh ibu nak meneran nanti. Huhu. Kepala dah ke bawah, kat laluan. Uri pun dah naik atas. InsyaAllah boleh bersalin normal. Doakan ye. Sono bagitahu lagi sekali, nie baby girl tau. Okay, dah confirm la tu.


Result Hepatitis B yang diorang test masa first check-up haritu pun normal. Alhamdulillah. Doktor bagi appointment lagi 3 minggu which is masa 39 weeks sebab everything was okay. Alhamdulillah, anak-anak ibu memang memudahkan ibu masa pregnancy. Hopefully masa 39 weeks tu dah deliver. Tak sabar nak adik keluar. Hari-hari ibu pujuk suruh keluar awal. Moga-moga keluar awal ye adik. Ibu dah tak fikir apa dah. Nak tunggu turun tanda & bersalinkan adik je nie. Suami dah balik Bidor. Tinggal aku & Zara kat sini. Nak bersalin nanti baru dia datang. Rindu pulak bila berjauhan. Hmmmm... Emosi lebih memalam tengok suami takde kat sebelah.


Sementara tu, membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. Ingat tau pesan ibu, KELUAR AWAL! Hahahaha. I love you sayang. Tak lama dah kita nak jumpa. Ibu is nervous tapi excited nak hadap lagi sekali pengalaman bersalin tu. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Salam Aidiladha semua. Iolss beraya kat Bidor je. Tak larat jalan jauh. Turun KL nanti terus stay sana je sampai bersalin. Haritu masa 33 weeks dah kena sakit pinggang seminggu sebab pergi KL balik hari. Seksa betul tak boleh tidur baring. Seminggu aku tidur duduk. Tak pernah-pernah rasa camtu. Huhu...


Menu raya haji of course la sama macam menu raya puasa. Lemang, rendang, nasi impit. Hmmm, makan saja kerja aku. Sangkut berat next check-up nanti baru tahu. Tak tahu nak taip apa. Layan gambar jelah eh. Alhamdulillah, raya kali nie complete! Semua ada.






*35 weeks pregnant.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Harini last check-up kat KK Bidor. Pasni sambung kat KL. Tak tahu lagi check-up kat mana sebab call KK sana asyik tak berjawab. Susah betul. Kena terjah jelah jawabnya nanti. Huhu.


Alhamdulillah check-up harini semuanya okay. Urine, tekanan darah, tinggi rahim (35 cm), degupan jantung adik (133). Berat dah 66.2 kg uolss. Extra 0.5 kg. It's okay, nanti pantang elok-elok berat turun la. Nurse pesan update jugak kat dia walaupun dah pindah tempat check-up. Siap wish "selamat bersalin" lagi, haha. Baik betul Nurse Arifah tu. Sepanjang check-up dengan dia, tak pernah dia cakap kasar or tinggi suara.


Kondisi badan dah start sakit-sakit. Tidur malam tak selesa. Ada masa sampai terpaksa tidur duduk. Adik punya mengeras boleh tahan sekarang. Sampai senget perut ibu dibuatnya. Adik memang aktif berbanding kakak. Sekali dia kick, padu weyy. Kakak dulu lembut je. Takpelah sayang, gerak la puas-puas. Nanti ibu rindu moment nie. (^_^)


Akhirnya ibu ayah dah capai kata sepakat untuk nama adik. Masih lagi #BabyEA. Tunggu adik keluar baru share nama dia. Hehe. Okay la, tu je dulu untuk update kali nie. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik sangat. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Hajat nak ber-maternity photoshoot untuk anak kedua akhirnya tercapai. Simpan sini sebagai salah satu kenangan terindah. Kali nie guna khidmat professional. Nak mintak tolong adik sepupu (boleh baca sini - MATERNITY PHOTOSHOOT ZARA) tak sedap pulak sebab dia pun dah ada anak. Taknak la susahkan dia. So aku pilih Lilgrafie. Second time guna servis diorang. First masa photoshoot Zara setahun (boleh baca sini - WHITE STUDIO PHOTOSHOOT).


Aku buat masa usia kandungan 30 minggu tapi tengok la perut tu, besar macam nak meletup dah! Haha. Suami layankan je. Dia tak kisah. Cuma sebelum booking, kena buat pembentangan details kat dia dulu. Bila, berapa harga, berapa lama shoot, macam-macam la. Dia puas hati baru boleh book.


Okay la, layan dulu gambar yang ada. Rasa cantik pulak dalam gambar-gambar nie walaupun tembun. Hahahahaha. Pregnancy glowing kot. Perasan!!! :p



















Jangan ditanya kenapa si princess masam. Dia moody teruk petang tu. Tak boleh kompromi langsung. Ayah dia pun naik gerammmm. Haha. Kitorang shoot weekdays so lengang je kurang orang. Takde malu sangat nak posing. Shoot kali nie nampak senonoh sikit pose nya sebab ada orang guide. Dulu main hentam je pose sendiri. Hihi. Cuma takde gambar 3D adik sebab esoknya dari photoshoot nie baru buat scan 3D. Prop pun malas nak sediakan. Oh ya, photographer nya perempuan. So rasa selesa nak pose. (^_^)


Aku booking masa ada promo. RM 100 - shoot & burn only, 1 hour unlimited, outdoor photoshoot. Lokasi diorang tentukan tapi area Putrajaya je sebab diorang based sana. Gambar nanti send via email after 2 weeks. Banyak jugak gambar yang diedit. Yang penting gambar superb! Puas hati betul. Berbaloi sangat. Thanks Nadia! InsyaAllah ada rezeki lain, nak book lagi dengan diorang.


Thanks jugak untuk suami tercinta sebab layankan kehendak mak buyung. I love you so much! Muahhhhh... ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah


Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah... Harini genap umur Eidzara Azzalea 3 tahun. Anak sulung. Cinta hati ibu ayah. Tahun terakhir Zara sambut birthday sebagai anak tunggal. Pasni dah ada adik. Kena kongsi kasih sayang dan perhatian ibu ayah. Agaknya macam mana la penerimaan Zara kat adik nanti eh. Ibu harap yang baik-baik jelah.


Harapan dan doa ibu untuk Zara biarlah semuanya baik dan sentiasa dibawah lindungan Allah S.W.T. Jauhkanlah Zara dari segala malapetaka. Permudahkanlah segala urusan Zara. Semoga Zara jadi seorang kakak yang sentiasa melindungi dan menjaga adik-adik. Semoga bijak dalam pelajaran dan kehidupan. Banyak cabaran membesarkan anak pada zaman sekarang. Harapnya Zara terhindar dari segala yang tak baik.


Puteri kekal abadi ibu ayah, semoga sentiasa bahagia. Semua sayangkan Zara. Jadilah insan yang berguna. Zara cinta hati pertama ibu ayah. Dan akan sentiasa jadi cinta pertama kami. Ibu sayang Zara selamanya walaupun Zara selalu menguji kesabaran ibu kebelakangan nie. Hahahahaha.


Happy birthday puteri sulung ibu ayah. Muahhhhhh.... ♥



Ibu,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

8 weeks to go! Excited. Nervous. Semua ada. Okayyy, taknak citer panjang. Alhamdulillah macam biasa semuanya okay. HB naik elok. Selalu dalam range 11 je. Harini 12.1, hihi. Tekanan darah, urine, result darah, tinggi rahim (33 cm), degupan jantung adik (140). Berat pun helokkkkkkk. Naik 1 kg je dari previous check-up. Nampaknya strategi aku makan nasi sehari sekali menjadi. Terpaksa kawal makan tapi dalam makan sehari sekali nasi tu, aku makan jugak benda lain sebagai pengganti. Kesian pulak adik lapar nanti. So berat harini 64.8 kg. Dah naik 13.8 kg sepanjang pregnancy. Omaigoddddd. :p


Nurse puji senang jaga katanya. Hekhek. Kembang jap tetiba kat situ. Hopefully senang la sampai ke sudah. Persiapan barang adik Alhamdulillah dah complete. Beg hospital belum kemas lagi. Tengah cari mood. Sekarang kerap rasa sakit pinggang, lagi-lagi belah kanan. Adik pun bukan main aktif lagi. Berombak-ombak perut ibu especially time malam. Moment yang akan dirindukan nanti, for sure.


Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. Kami dah tak sabar nak peluk cium gomol adik. Kalau boleh keluar la awal sikit ye dik, 38 weeks ke macam kakak dulu. Hihihi. ♥

*Muka ibu dah bengkak.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah


WARNING : INI HANYA PERKONGSIAN SEORANG AMATUR. BUKAN PAKAR MASAKAN. HARAP MAKLUM.


Assalamualaikum ♥

Sebelum apa-apa, aku nak bagitahu nie bukan resepi original sambal hitam pahang tau. Orang-orang Pahang jangan marah pulak. Karang tak pasal kena kecam! Nie versi derhaka dan nak cepat siap punya pasal. Enjoyyyyy.... :p


BAHAN-BAHAN :

Belimbing Buluh
Cili Padi
Bawang Merah
Ikan Bilis
Kicap
Garam (optional)

*Blend 3 bahan nie.*


CARA MEMASAK :

1) Panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing. Tumbuk kasar ikan bilis.

2) Minyak lebihan goreng ikan bilis guna untuk tumis bahan yang diblend (gambar atas). Masak guna api kecik sampai berubah warna dan pecah minyak (anggaran 30 minit). 

3) Bila dah pecah minyak, masukkan kicap. Masak lagi dalam 5 minit.

4) Masukkan ikan bilis yang ditumbuk tadi. Masak lagi dalam 15-20 minit. Sentiasa kacau supaya tak hangit. Rasa dulu cukup rasa ke tak. Kalau tak cukup masin boleh letak garam. 


Siapppp!! Biar sejuk baru simpan dalam bekas kedap udara. (^_^)


PENTING : PANTANG BESAR SEBENARNYA MASAK SAMBAL HITAM PAHANG LETAK KICAP. DAN KALAU TAK SILAP AKU, IKAN BILIS PUN TAK DIGORENG. BELIMBING BULUH PUN SEPATUTNYA REBUS TANPA AIR SAMPAI KERING. TAPI SEBAB AKU DAH KATA DARI AWAL NIE VERSI DERHAKA PUNYA, SILALAH TERIMA DENGAN HATI TERBUKA YA! HAHAHA.


Total masak dalam sejam jugak. Boleh simpan dalam 1-2 minggu (kalau betul cara penyimpanan, better simpan dalam fridge) tapi kat rumah aku tak sampai 2-3 hari dah habis. Suami suka! Boleh laaaaa, sedap jugak. Ada rasa masam, masin, pedas. Tak boleh lawan yang original. Sapa nak buat versi cepat macam aku (a.k.a malas), boleh la tiru resepi nie. Selamat mencuba. Bye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, berjaya set-up birthday party anak walaupun tahap kerajinan tak berapa nak ada. First time Zara celebrate birthday secara "agak" besar-besaran. Selalu sambut dengan family terdekat je. Sebab dia dah besar dan dah faham, boleh la buat. Biar dia merasa. (^_^)


Tema birthday party Zara ialah Unicorn. Permintaan birthday girl. Entah apa dia suka sangat dengan Unicorn pun tak tahu laaa. Sebulan jugak buat preparation. Gigih ke sana sini cari prop berunsurkan Unicorn. Tak jumpa kat kedai (kebanyakkan prop beli kat kedai RM 2 & Mr. DIY), dalam Shopee aku cari. Alhamdulillah, hasil kerja keras selama sebulan, terhasillah deco kat bawah. Okayyy la kan. Cantik apa. Hahaha. Puji diri sendiri. :p





Actually birthday party nie dah sambut lama, masa raya kedua haritu. Celebrate awal sebulan. Nak buat exactly date birthday dia belum tentu semua orang dapat datang. Dah kalau takde orang, sia-sia je deco lawa tahap gaban pun. So memandangkan time raya ramai saudara-mara balik kampung, kira on la. Lagipun dah lama tak gathering ramai-ramai. Abang aku je tak balik sebab beraya rumah mertua.





*Bukan main lagi biras-biras nie berselfie, hehe.*


Bab makanan semua masak sendiri atas bantuan makcik aku. Thanks Cik Ila banyak tolong. Muahhhh!!! Kek birthday dan pizza je beli. Menu ala-ala menu raya sebab memang musim raya pun kan. Hehe. Makan-makan dulu baru upacara potong kek. Birthday girl malu uolsss!! First experience la katakan. Tak pernah-pernah tiup lilin depan ramai orang. Jenuh berpeluk dengan ayah dia, nak cover malu sampai nangis-nangis. Takde satu pun gambar senyum time potong kek. Mood kelaut habis malam tu. Hahahadoiiiiii. Sabar jelah!


*Paling laku keras. Aku buat 4 perisa : asam boi, milo, jagung & choki-choki susu.*

Total hangus untuk birthday party nie dalam RM 300 (dah include semua termasuk makanan). Pada aku jimat la sebab jemputan ramai jugak dalam 30++ orang. Maybe sebab masak sendiri dan deco pun guna barangan buat pelamin. Setakat beli belon dan prop Unicorn. Memang seronok dapat buat semua sendiri tapi tengok keadaan. Kalau semua benda baru nak beli, nasihat aku better upah orang jelah. Lain la sapa yang memang dah ada peralatan.

*Nie je gambar yang nampak Zara TERsenyum kambing sikit.*


*Cantiknyeeeee muka tu.*

*Suami kata simpan gambar nie. Tunjuk kat Zara nanti yang dia budak kuat nangis. Hahaha.*



Harap-harap anak ibu happy la dengan sambutan birthday dia. Penat ibu perah idea dan tenaga tau nak merealisasikan impian anak dara ibu nie. Besar nanti ingat jasa ibu ayah okay. We love you kakak. ♥

*Senyum jugak akhirnya. Tu pun lepas habis party. Hmmmm.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates