WEEKEND WITH FAMILY
Assalamualaikum semua. :)
Aktiviti weekend lepas dihabiskan dengan bersama FAMILY.
First of all, aku nak cakap terima kasih banyak-banyak kat mak & ayah sebab merealisasikan impian aku.. THANK YOU SO MUCH..!! ♥
Aku tak mintak semua tu, aku cuma pernah bercerita dengan mak pasal impian aku.
Impian untuk beli sebuah kamera DSLR.
Aku cakap dengan mak, aku nak kumpul duit sampai aku dapat beli kamera tu satu hari nanti.
Tup tup, impian aku tertunai tanpa aku sangka.
Mungkin akan ada orang kata aku nie anak manja, atau menghabiskan duit je.
But, if u don't know the truth story, please stop talking about me!
Itu dah rezeki aku, dah bahagian aku.
ALHAMDULILLAH......
The next day (ahad), aku kerja.
Balik dari kerja, aku dok melepak jela tengok tv, takde pape planning.
Patutnya plan hari Ahad nak jumpa Misr, tapi dah dia kata taknak jumpa, it's ok la.
I guess dia kesian kat aku sebab kena kerja.
Nak dijadikan cerita, entah macam mana aku & family terpergi Istana Negara Lama.
Sekarang dah dikenali sebagai Muzium Diraja.
Dah pergi muzium, mesti la tengok pameran kan? Hihi.
Kitorang TERpergi ye, T.E.R.P.E.R.G.I...
Planning mengejut! Dua hari berturut-turut semua benda tak dirancang jadi.
Aku? Bila dengar bab berjalan, memang hobi la kan?
Pantang ajak, laju je, hikhik.
Ayah ada ajar aku jalan nak ke Istana Negara Lama.
Senang giler kau! Sekejap je dah sampai.
Nasib baik la tak ramai mana yang pergi pameran hari tu.
Tak payah berasak-asak dalam istana nanti, hikhik.
For me, pameran tu ok sangat.
Aku teruja giler tengok senibina, struktur, perabot & semua benda yang ada dalam istana.
Cantik sangat, mewah pulak tu. Besar? Tak payah cakap la, nama pun istana kan? Hehe.
Yang tak bestnya, tak boleh ambik gambar dalam istana.
Setiap checkpoint & penjuru, ada je orang bertugas. Kacau daun betul, huhu.
So, nak taknak, bergambar kat luar istana jela jawabnya.
Nak tengok? Jom!! (pakai kamera baru uollssss! hehehehehehehe)
0 comments