MEMORIES : KOLEJ KOMUNITI KUALA LANGAT
Sebabkan mata nie tak ngantuk, I'm back!!!
Sambil tengah layan cerita Dayang Senandong, aku nak cerita pasal kenangan kat kolej dulu.
Aku belajar kat Kolej Komuniti Kuala Langat dari tahun 2008 - 2010.
Aku ambik kos Pelancongan & Pengembaraan.
By the way, aku just ambik Sijil je, tak sampai Diploma pun, hehe.
Ok la,
Takde mood nak menaip panjang-panjang, aku upload gambar then letak caption k..??
Layankan ~~~~~~~ (^_~)
♥ SEMESTER SATU ♥
*Kitorang pergi KLCC untuk tengok teater. Yang paling aku tak boleh lupa, aku dapat bersalam dengan Tun Mahathir uollsss!! Rasa macam taknak basuh tangan je, hikhik. Tak payah tanya kenapa muka aku macam tu. Umur baru 19 tahun maaaaa.. Hehehehe.*
*Masa nie pulak ada Kursus Fotografi. Masing-masing tersengih bagai nak rak sebab Mimie punya perangai. Hahaha. Atleast kursus nie ada jugak mengajar aku pasal teknik dan jenis-jenis fotografi. Tapi tak praktikkan pun, hehe.*
*Kem Darat di Janda Baik. Best jugak sebab first time dapat merasa Night Walk dalam hutan, Abseiling kat air terjun, Jungle Trekking. Paling best time mandi ramai-ramai dalam satu tempat (girls only) then time tu baru aku perasan ada pacat tengah seronok hisap darah aku kat ........... (isi tempat kosong) Hahahahaha..*
♥ SEMESTER DUA ♥
*Semester yang paling mencabar sebab banyak aktiviti outdoor. Tengok la muka sorang-sorang, berkilat! Hihi. Time nie tengah bersiap untuk Majlis Raya & BBQ. Dan masa ini jugak la aku kenal encik Misr, hikhik.*
*Kitorang ada kat Pulau Pangkor untuk Kem Marin. Best giler kot kem nie, lagi best dari Kem Darat. Sebab time nie dapat berkayak, mandi laut, snorkeling, memancing dan macam-macam lagi. Tu pasal muka aku sunburn tahap kronik. Time nie baru seminggu couple dengan Misr, hihihi..*
♥ SEMESTER TIGA ♥
*Practical semester. Masa nie aku praktikal kat tempat aku kerja sekarang, hehe. Enam bulan ye uollss. Markah praktikal, bos bagi 98%, hebat tak? Hahahahaha..*
♥ SEMESTER EMPAT ♥
*Semester yang paling banyak berjalan, duit pun banyak jalan. Time nie kitorang nak ke KL untuk naik bas Hop On Hop Off. Team aku yang organize, best!! Hehe..*
*Yang nie pulak ke Zoo Negara. Team mana organize pun aku dah lupa, hikhik. Trip nie best sebab dapat bergambar dengan Pierre Andre. Kebetulan dia ada shooting kat zoo, hihi..*
*Melancong sambil belajar ke Kuching. Kitorang pergi melawat Tempat Pemeliharaan Orang Utan, Kampung Budaya Sarawak, Pasar Satok, Serikin dan macam-macam lagi. Best sangat..*
*Trip ke Melaka. Semua trip aku rasa best sebab aku kan suka berjalan, hahahahaha..*
♥ KONVOKESYEN ♥
*Dah habis belajar, yeaaayyyy!!!*
So, itu jela kenangan aku kat kolej dulu.
Ada kenangan manis, kenangan pahit, macam-macam kenangan.
Rindu jugak nak jumpa kawan-kawan kolej aku.
Kebanyakannya dah lost contact through fon/mesej, banyak dalam Facebook je.
Hmmmm, ok la.
See you, bye! :)
With Love,
Nor Fatin Nadhirah










19 comments
Kolej komuniti ni wajib pakai tudung ke?
ReplyDeleteWasalam. Wajib. Dan kena pakai baju kurung. Tak boleh berpakaian bebas.
DeleteTerima kasih!
DeleteLagi satu nak tnya psl penginapan. Takda hostel eh? Masa tnya dia ckp duduk rumah sewa. Mcm mana ye? Jauh ke dgn kampus?
Lupa juga nak tnya, program sijil ni kan lepas tu kita akan sambung diploma mmg start drpd first sem balik ke?
DeletePasal penginapan, aah. Takde hostel. Kena duduk rumah sewa. Btw, awak mmg nak sambung study kat Kolej Komuniti Kuala Langat ke? Kalau ye, tak jauh pun rumah sewa. Jalan kaki dalam 15 minit dah sampai kolej.
ReplyDeleteBab diploma tu tak pasti la sbb sy tak sambung diploma. Hehehehe. :p
Aah. Course pun sama haha
DeleteThank you for the infos!
salam,ramai ke yg msuk kolej komuniti ni?
ReplyDeletesalam,ramai ke yg msuk kolej komuniti ni?
ReplyDeleteWasalam.. Masa zaman saya study dulu, ramai je.
ReplyDeleteNak tnye klau pgi kelas mmg kne pkai bju krung ke?
ReplyDeleteYup sis.
DeleteAssalamualaikum,nak tanya pasal rumah sewa tuh pihak kolej tolong carikan ke atau kita yg kena cari sendiri
ReplyDeletewaalaikumsalam. masa sy dulu, kena cari sendiri. sekarang tak pasti
DeleteOuh kalau mcm tu boleh saya tahu apa nama kawasan rumah yg akak sewa tu
DeleteOuh kalau mcm tu boleh saya tahu apa nama kawasan rumah yg akak sewa tu
DeleteTeres kat taman banting baru.
DeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDeleteMacam best je .
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
ReplyDelete