TEAM BUILDING KE-2
Weekend lepas, company aku buat team building lagi. Tapi seriously, kali nie punya team building 100% different dengan tahun lepas punya. Tahun nie punya memang gempak, best, terbaekkkk dan ada kenangan pahit. Nanti aku story, hehe.
*Dalam bas, on the way ke team building. Sempat bercamwhore, hihi.*
Team building kali nie buat kat Hulu Langat je. Takde la jauh mana. 2 hari 1 malam. Sampai-sampai sana je, kena masuk kelas dulu. Nasib baik la tak lama. Kelas tu pun seronok sangat. Tak bosan. Kalau bosan, mau tersenguk-senguk aku dalam dewan tu. Hehehehehe. :p
Kitorang semua dibahagikan kepada 16 kumpulan. Aku kumpulan 14. Team aku best sangat. Semua friendly, supportive and sporting. Aktiviti petang Sabtu, kena pergi jungle trekking. Dah lama kau tak pergi jungle trekking. Seingat aku, last aku join masa camping kem marin kat kolej dulu. Tahun 2008. Hikhik... Pengalaman pergi trekking kali nie, okay. Penat semput tu biasa lah. Nama pun jarang exercise, huhu. Trekking kali nie dalam hujan lebat. Actually, masa nak start trekking, tak hujan pun. Dah separuh jalan, baru hujan turun. So, tawakal jela. Paling best, badan aku bebas dari cik pacat. Happpyyyyy :)
Malamnya pulak, ada BBQ lepas tu ada la kelas apa entah. Okay lah. Settle je semua, naik bilik pastu tidur sampai subuh. Tak sedar apa. Penat punya pasal. Hehe.
Pagi Ahad, kitorang ada Explorace. Memang best! Merasa jugak la aku pegang senapang paintball walaupun team aku tak tinggal peluru kat aku. Sob sob... Mentang-mentang la aku orang last nak main tembak-tembak tu, diorang tinggalkan asap je kat aku. Kurang asam! Hehe. Tapi aku takde la salahkan diorang sebab diorang pun tak tau berapa banyak lagi peluru yang tinggal. Satu team dibekalkan 30 bijik peluru je. Well Fatin, dah depan kau semua jantan-jantan, apa kau harap bila kau tengok diorang macam naik gila main benda alah tu. Kan? Redhaaaaaaa jela jawabnya. Hihi.
*Cik Fatin makan asap.*
Settle Explorace, budak-budak perempuan semua tak sabar nak terjun sungai. Haaaaa, time nie la ada kenangan pahit tu. Aku & 5 lagi kawan aku hanyut kena bawak arus. Giler kau! Aku rasa nak mati je time tu. Dah la aku terlepas sekali dengan kawan aku yang big size. Bila dah panik, cuba bayang reaksi dia? Kawan aku yang jadi saksi kata, dia tak nampak dah kepala aku time tu. Nampak kaki je ke atas. Huhuhu. Memang takut giler la. Habis luka + lebam kaki dengan tangan aku. Sabar jelah. Apapun, nasib baik la aku selamat. Alhamdulillah....... (^_^)
*Sebelum tragedi. Spot me!*
Petang sebelum balik, kitorang belajar karate. Hehehe. Even tangan aku sakit sebab luka, aku semangat jugak nak karate board tu. Mula-mula nak buat, terfikir jugak boleh patah ke tak benda alah tu. Tapi berjaya!!! Rasa puas hati sangat dapat patahkan board. Rasa ganas je tetiba. Kihkih.
So, tu jelah dulu. Aku takde idea nak menaip tapi aku taip jugak sebab aku rasa dah lama aku abaikan bloggie. Cerita memang banyak nak mampus aku nak share, tapi tu la. Kadang-kadang tu takde mood. Time ada mood, line internet pulak slow. Macam-macam dugaan. Hehe.
Lastly, aku memang enjoy giler dengan team building kali nie. Rasa macam nak pergi je lagi. Nak tenangkan kepala otak dan rasa lagi semangat setiakawan masa ada kat sana.
Love,
Nor Fatin Nadhirah











0 comments