MAJLIS MERISIK IZADATEN
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Aku dah selamat dirisik pagi tadi. Dirisik oleh parents Misr, bukan FBI okay! Hikhik. Majlis merisik aku simple je. Gambar masa perbincangan pun takde untuk aku simpan buat kenangan. Takpe lah, walaupun takde gambar, Insyallah otak aku kuat untuk ingat semua benda yang jadi tadi. (^_^)
Parents Misr datang pukul 11 lebih. Masa aku tengah salam mama (mak kepada Misr), ada ke dia tanya aku, "nak gi mana nie pakai baju kurung?" sambil senyum-senyum. Mama bergurau la pulak. I is so malu-malu okayyyyy. Hehe.
Pastu, masa diorang tengah sembang-sembang, aku angkat makanan, minuman, macam-macam la. Kebetulan, time aku bawak air basuh tangan, mangkuk tu macam bergegar-gegar bunyi dia. Dah tak pasal diorang semua gelakkan aku sebab diorang ingat aku nervous. Hello!!!! Memang aku nervous pun. Mengigil tangan aku, macam Sudin dalam cerita Seniman Bujang Lapok tu. Hahaha. Muka berpeluh je. Macam apa entah aku tadi. Baru merisik je kot Fatin......Over! Hehe.
Ada satu lagi insiden yang lawak bagi aku. Masa abah (bapak kepada Misr) dah habis makan, mak aku suruh aku tuang air kat abah. Lepas tu boleh mak cakap, "bagi kat abah tu. Abah akak jugak nanti". Alahaiiiii, semua orang senyum-senyum. I is sooooo malu tau! Hekhek. Tapi layankan jela. Dah nama pun watak penting untuk majlis tu, kena redha jela. Hihihi.
Alhamdulillah. Nampaknya hubungan aku dengan Misr dah maju selangkah ke depan. Insyallah, dengan izin Allah, 29 Disember 2013 nanti tarikh pertunangan aku & Misr. Abah dia yang pilih tarikh tu. Lama lagi. Boleh la buat persediaan pelan-pelan kan? Hihi. Mudah-mudahan semuanya berjalan dengan lancar. Aminnnnnnnnn..........
3 November 2013 tetap istimewa di hati aku walaupun baru majlis merisik. Alhamdulillah. :)
p/s : Jari aku tengah dalam proses membiasakan diri dengan si cincin. Maklum la, aku dah lama tinggal 'kegiatan' pakai cincin nie, hehehe.
Love,
Nor Fatin Nadhirah

0 comments