SEMOGA MAK CEPAT SEMBUH
Minggu nie memang minggu yang menyedihkan. Mak jalani pembedahan kedua-dua lutut dia Khamis hari tu (6 Feb 2014). Doktor kata lutut mak dah teruk sangat. Gap antara dua tulang kat lutut tu dah rapat sangat. Cecair dalam lutut pun dah habis. Sebab tu mak cepat sakit kaki kalau dia jalan jauh sikit. Actually, pembedahan nie jadi pun secara mengejut. Hari Selasa mak pergi check dengan doktor pakar, Khamis dah kena operate.
Alhamdulillah, mak dah selamat jalani pembedahan. Dah boleh balik rumah pun tengahari tadi. Cuma kena pakai wheelchair la. Kaki dia tak kuat lagi nak jalan. Lepas dah fisioterapi semua nanti, In shaa Allah okay la tu. Mungkin ambik masa dalam 2-3 bulan kot baru nak beransur sembuh.
Apapun, semoga mak kuat semangat & cepat sembuh. Akak sayang mak. Akak jaga mak...
*Terima kasih Dr. Khairul Faizi, Pantai Hospital Cheras sebab rawat mak saya.*
Love,
Nor Fatin Nadhirah

0 comments