FIRST TIME DAPAT HADIAH DARI JEMAAH

by - May 09, 2014

Assalamualaikum ♥


Rabu lepas, balik dari collect passport dari embassy, bebudak ofis tetiba menyanyi lagu Happy Birthday. Terperanjat jugak time tu, ingatkan diorang buat suprise party untuk Jep ke apa. Rupanya diorang nyanyi untuk aku. Semua sebab diorang salah faham dengan hadiah yang ada atas meja aku. Diorang ingatkan hari tu hari jadi aku. Hehe.


Rupanya, ada jemaah hadiahkan something kat aku. Sempena nak melahirkan rasa gembira dia sebab aku tolong dapatkan visa untuk anak saudara dia. Padahal benda dah memang kerja aku tapi aku akui la, banyak dugaan untuk dapatkan visa budak tu. Takpelah, mungkin dia terlalu teruja. (^_^)


First time dapat hadiah dari jemaah. Ada kata rasuah tapi takpelah. Bukan aku mintak, dia yang nak bagi. Kita ambik jelah, hikhik.

*Siap belon bagai.*

 *Muka lemau, dah malam masa nie.*

Rezeki. Thank you Kak Fatimah Alina. Really appreciate that! :)


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments