WEDDING PROCEDURE : HIV TEST

by - August 08, 2014

Assalamualaikum.


Okay, let's straight to the point. Aku ambik HIV test kat Klinik Kesihatan Kampung Pandan. Betul-betul depan ofis aku. Jalan kaki tak sampai 5 minit. Mintak pelepasan keluar kejap, jimat cuti tahunan aku. Boleh simpan buat cuti kahwin nanti. Hikhik.


Setiap KK lain prosedurnya. Kat KK Kampung Pandan, hari yang available untuk HIV test ialah hari Isnin sampai Khamis. Macam KK area Selayang (hari tu call kan untuk encik tunang) pulak, diorang just available dari hari Selasa sampai Khamis je. So, better call sebelum terjah mana-mana KK okay.


Kat KKKP, pendaftaran pukul 12.50 tengahari and limited untuk 10 orang terawal. Kalau kau lambat, kau tunggu jelah esok lusa. Hehe. Pukul 2 petang baru start check segala bagai. Jawab soalan ketua nurse, pastu isi nama dalam buku besar (rupa buku tu dah macam guestbook versi gergasi) hehehe then baru la dia check darah. Sekejap sangatttt ambik darah sampai aku tak sempat nak feel macam mana rasa sakit kena cucuk kat jari tu. Hihihi. :p


Selesai check darah, belum habis lagi okayyyyy. Kena tunggu pulak untuk ukur tinggi, timbang berat dan check tekanan darah. Pastu kena tunggu pulak doktor yang bertugas cop & sign borang hasil keputusan then dah siapppppp. Nanti pihak klinik kasi satu salinan keputusan untuk simpanan kita dan satu sampul yang dah siap lekat. Sampul tu la nanti yang kita kena submit kat pejabat agama. Jangan gatal nak bukak pulak, karang tak pasal permohonan nikah kena reject.


Masa aku pergi test tu, aku sorang je independent. Yang lain semua berteman, kikiki. Tapi tak kisah la, janji benda dah settle. Alhamdulillah, keputusan HIV test aku negative. Dah boleh kahwin dengan suka hatinyaaaaa. Yeayyyy!! (^_^)

*Caption gambar nie, "semasa aku bosan menunggu" hehe.*


p/s : Dua bulan dua hari lagi. Permudahkan segala-galanya Ya Allah.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments