IZADATEN WEDDING REVIEW : SESI BERINAI
Assalamualaikum ♥
Rasanya dah boleh start review sikit-sikit dah kisah perkahwinan aku dan suami. Ya Allah. Serius, banyak sangatttt cerita yang tak sempat nak update, dah cerita kahwin pulak beratur mintak diupdate. Takpelah, aku cuba update setakat mana aku mampu okay. But I need so much much much time, hikhik. (^_^)
Entry pertama nie baik aku cerita pasal berinai la ye. Sebab apa-apa pun kena berinai dulu. Memang tak wajib tapi dah jadi kemestian untuk semua bakal pengantin berinai sebelum kahwin. Aku pakai inai simple je. Takde ukir-ukir bentuk flora ke fauna ke spider web ke apa ke benda ke, semua takde. Aku pakai inai macam orang dulu-dulu. Tradisional uolsss. Iolsss kan jiwa tradisional, so inai pun kena la tradisional. Kaki je ada ukir sikit, tu pun simple. Mihmihmih... :p
Actually, aku teringin jugak sebenarnya nak inai ukir-ukir tu. Perasaan remaja mana boleh dibendung, hehe. Search la dalam Facebook pe bagai, harga mahal giler kau! Ada yang aku tanya tu charge sampai RM 180 untuk inaikan dua tapak tangan dan dua tapak kaki SAHAJA. Cekik darah betul. Tahannya bukan lama, paling koman pun dalam dua minggu. So, lupakan jelah hasrat mengarut tu. Banyak lagi nak pakai duit.... Ambik langkah mudah, aku mintak tolong makcik aku. Free of charge! Jimat duit. Inai pun dia sponsor. Jimat lagi duit aku.... Hahaha.
Bermulalah sesi berinai sehari sebelum nikah. Makcik aku beli inai tiub kat Mydin. Harga baru RM 2.50, tak payah nak membazir bagai. Beli yang mahal pun sama je, bukan orang tahu inai kau tu harga berapa. Inai tetap inai. Tapi dah aku bagitahu nie, so maknanya korang dah tahu la harga inai aku. Hahahaha. Lantakkannnnn, janji dah selamat bernikah. Kuikui. :p
Dah nama inai tiub, mana boleh pakai lama sangat. Macam aku hari tu, beria nak merah kononnya, aku hentam pakai sampai setengah jam. Sekali cuci, hambekkk kau! Hitam jari aku. Masa tu memang down giler. Apa ke buruk sangat inai aku nie, nak nangis betul rasanya. Dah terbayang-bayang muka encik tunang (masa tu la) pandang slack kat tangan aku masa nikah nanti. Huwaaaaa... Sabar jelah. T_T
Fikir alternatif lain, aku try cuci tangan dengan sabun pencuci tangan. Nahhhh, hambek kau. Merah nau nau kau, comel pulak. Hehe. Lega terus hati aku. Tetiba rasa dah boleh bernikah dengan jayanya, hahaha.
Lepas dah settle berinai, aku tak main air sangat. Jaga betul inai tu daripada terkena air sampai sanggup sapu minyak zaitun kat tangan dan kaki. Obses giler nak inai maintain merah, hikhik. Dah dua minggu kahwin nie, inai dah jadi pudar. Biasalah, nak kekal lama kena la pakai inai pokok. Nie dah inai tiub, harapannnn la nak dia kekal lama. Dengan aku bantai mandi laut (story untuk entry honeymoon nanti k), basuh pinggan segala bagai, mana la tak cepat pudar kan.... Apa-apa pun, aku puas hati dengan inai aku walaupun simple. Mak mertua kitewww pun suka yang simple-simple camni je. Nampak tak macam mana nak pikat hati mak mertua? Hihihi, gurau je. (^_^)
Suami kitewww pun berinai jugak, tiga jari kanan dan kiri dia. Siapa yang pakaikan, Allahualam... Tak tanya pulak kat dia. Hehehe.
Next entry aku cerita lagi okay. Nak review takde gambar macam tak best pulak. Gambar kahwin ada je tapi aku nak tunggu gambar dari official photographer jugak. Gediksssss, hihi. Okay lah, suami dah menjeling, kena stop dulu. Byebye. ♥

*Selesai berinai malam 9 Oktober.*
*Gambar latest, 23 Oktober.*
Next entry aku cerita lagi okay. Nak review takde gambar macam tak best pulak. Gambar kahwin ada je tapi aku nak tunggu gambar dari official photographer jugak. Gediksssss, hihi. Okay lah, suami dah menjeling, kena stop dulu. Byebye. ♥
Love,
Nor Fatin Nadhirah
0 comments