MAJLIS PERNIKAHAN IZADATEN

by - January 03, 2015

Assalamualaikum ♥

10 Oktober adalah tarikh paling bersejarah bagi aku. Enam tahun bercinta bagai nak rak dengan suami, akhirnya kitorang disatukan dengan ikatan sah. Alhamdulillah. Betul kata pepatah, kalau jodoh tak kemana. Cakap je dugaan apa yang kitorang tak pernah tempuh, semua ada. Tapi dek kerana jodoh kuat, semuanya dipermudahkan. Semoga jodoh nie kekal kuat hingga ke akhir hayat. Aminnnn..... :')


Family belah suami datang awal, dalam pukul 12 lebih camtu. Nak gerak sekali sebab tak tahu lokasi masjid. Pukul 2.15 petang baru kitorang semua gerak ke masjid. Ikut perancangan, aku akan bernikah dalam pukul 3 petang. Aku nikah di Masjid Al-Azim, Pandan Indah lepas solat Jumaat. Aku dinikahkan sendiri oleh Ayah. Tok kadi duduk diam-diam sebelah Ayah.


Perasaan masa nak keluar rumah boleh kawal lagi. Cuma sedih sebab adik aku tak dapat join sekali. Dia masih terlantar. Aku tahan je air mata masa cium dia. Takpe Ami, akak ada ambik gambar kenangan dengan Ami. Dah sihat nanti akak tunjuk ye. :')


Sampai masjid, baru aku start berdebar. Ternampak pulak bakal suami, terus berpeluh. Gedik, hihi. Tok kadi yang incharge majlis nikah kitorang ialah Ustaz Zakaria. Nasib ustaz nie okay. Sebelum bacakan khutbah nikah, sempat lagi dia interview aku pasal kerja. Suami aku la best sebab ustaz tak tanya soalan langsung. Nasib badannnn.





Selesai khutbah nikah, ustaz tanya nak teruskan akad atau rehearsal dulu. Ayah nak terus, suami nak rehearsal. Ustaz kasi chance kat suami. Ya Allah, aku nampak suami nervous sangat masa tu. Banyak kali jugak dia cuba tak lepas. Hati aku dah risau tapi buat-buat cool. Hehe.


Bila dah okay, ayah terus akadkan kitorang. Alhamdulillah, dengan sekali lafaz sahaja aku sah bergelar isteri kepada insan yang aku sayangi, Muhammad Idzat Syazwan. Aku dan suami pakat berjemaah nangis sesama lepas dah sah jadi suami isteri. Syukurrrrrr, dipermudahkan segala urusan... T_T









Selesai suami solat sunat 2 rakaat, masa untuk upacara pembatalan air sembahyang. Aku terima seutas rantai emas. Aku balas balik dengan cincin. Banyak sangat kamera time nie, feeling artis gitu. Tak tau nak pandang mana satu. Aku lebih fokus kat official photographer dan videographer je. Sorry ye semua. Terima kasih sebab buat aku rasa divaaaaaa sangat. Mihmihmih... :p









Lepas sesi bergambar bersama family, ada makan-makan kat dewan makan masjid. Aku dan suami tak join makan sebab abang photographer ajak pergi outdoor. Ikutkan jela kan sebab dah bayar mahal. Nanti aku buat entry khas untuk outdoor tu okay. Balik outdoor, suami balik rumah dia dulu. Rindu giler kot padahal selama nie boleh je kalau tak jumpa. Bila dah kahwin, gedik lebih pulak. Hehe.










So, itu jelah kisah majlis pernikahan aku. Simple je kan. Cepat, senang dan bahagiaaaaaaaa. Hahaha. Alhamdulillah, sampai sekarang kadang-kadang tu rasa tak percaya je dah kahwin. Tengok suami yang dulunya pakwe/tunang depan mata hari-hari rasa awkward jugak memula. Yelah, kitorang kan jenis couple yang jarang jumpa. Sekarang dah okay. Best rupanya kahwin nie kan. Bertambah tambah rasa sayang kat suami. ♥ ♥


Okay la, ada masa nanti aku update apa-apa review. Mood nak menaip ada tapi kena limitkan. Maklum la dah ada suami. Tak boleh bagi perhatian sangat kat laptop, nanti ada orang cemburu..... Kikiki. Bye. :)



Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments