KEGUGURAN : BUKAN REZEKI KAMI KALI NIE

by - March 26, 2015

Assalamualaikum.

Kita cuma merancang, ALLAH yang menentukan segalanya. Keguguran. Sebut pun takut nak dengar apatah lagi kalau kita alami sendiri. Betul aku tak sangka. Dalam keterujaan kami nak dapat zuriat, kami suami isteri diuji kala kandungan aku masuk minggu ke-8. Peritnya nak cerita... Payahnya nak teruskan... ALLAH je tahu perasaan nie.


19 March 2015 - petang.
Sejak pregnant, aku kerap buang air kecil. Petang tu masa gi toilet, aku perasan ada spotting kat panties. Banyak... Tapi tak rasa apa-apa. Buang air kecil, darah keluar. Warna coklat, macam darah baru nak datang period. Hati risau sangat. Terus sms suami, ajak dia gi check balik kerja nanti. Balik kerja, kami pergi Klinik Kita kat Desa Pandan. Klinik yang kami scan baby buat kali pertama masa usia dia baru 5 minggu. Kali nie dapat doktor lain. Perempuan. Muda lagi. Entah apa nama dia. Lupa. Aku cerita apa masalah then proses scan dimulakan. Suami tak ikut masuk. Masa scan, doktor kata tak nampak kantung. Perasaan? Takut, tak pasal mengalir air mata. Aku rasa doktor perempuan nie buat kerja sambil lewa. Aku mintak dia cari sampai jumpa tapi dia still tak dapat kesan mana kantung baby aku. Dengan senangnya dia buat conclusion, AWAK GUGUR. Semudah tu dia cakap. Tak fikir langsung agaknya perasaan aku. Cakap tak berlapik. Sambil tu dia explain apa entah tapi aku dengar tak dengar. Naik menyampah tengok muka dia. Keluar dari klinik dengan perasaan hampa. Aku tak puas hati. Ajak suami pergi check kat klinik lain.

*First time scan. Baby baru 5 minggu.*

Kami pergi pulak ke Klinik Kita di Pandan Jaya. Sementara nak sampai sana, aku tak tenang. Menangis tak payah disuruh. Bengkak mata aku masa tu. Masuk jumpa doktor, kali nie suami teman masuk. Cerita apa patut dan proses scan dijalankan sekali lagi. Doktor dapat detect kantung. Cuma ada masalah. Saiz kantung tak selari dengan usia dia. Sepatutnya kandungan aku dah 8 minggu tapi saiz kantung hanya berusia 5 minggu 3 hari. Doktor cakap benda yang sama. Bezanya penyampaian dia berbeza betul dengan doktor perempuan tadi. Lebih berhati-hati dan jaga perasaan. Doktor kata mungkin ada hikmah semua nie jadi. Datang lagi lepas 2 minggu dan dia akan check balik samada kandungan aku ada perkembangan atau tak. Naluri ibu agaknya. Walaupun doktor kata mungkin ada harapan, hati aku kata tak. Entah la..... Doktor kasi MC 2 hari untuk bed rest.

*Scan kali kedua. 8 minggu tapi saiz kecik macam 5 minggu.*

20 March 2015.
Bangun pagi, bleeding makin banyak. Dah jadi warna merah cair bercampur lendir. Aku cerita kat Mak. Terus mak suruh pergi check kat doktor pakar. Memula mak suruh pergi sendiri. Aku taknak sebab takut nak hadap sorang-sorang. Mak dan suami kerja hari tu. So mak decide, kita pergi esoknya (Sabtu). Sepanjang hari duduk kat rumah, rehat je. Baring. Nak tidur tak lena. Emosi celaru. Adalah terlelap kejap pastu terjaga balik. Suami suruh bagitahu Mama sekali pasal nie. Mama pesan, fikir yang baik-baik. Semua kerja ALLAH. Rasa takut nak hadap hari esok.


21 March 2015.
Kami sepakat pergi check kat Hospital Pusrawi. Hospital yang mak nak sangat aku lahirkan anak aku nanti. Tanpa appointment, kami redah je. Jumpa dulu bahagian kecemasan kat tingkat bawah pastu diorang terus refer ke bahagian O&G. Dapat la jumpa doktor pakar. Nasib kami baik. Selalunya diorang tak berapa layan patient yang walk-in. Aku jumpa Doktor Salleh. Mak kata, doktor nie la yang sambut kelahiran aku dulu. Tak sangka dapat jumpa dia balik after 26 tahun. Dah warga emas pun. Masuk jumpa dia, mak teman. Aku cerita la masalah dari A - Z. Doktor kata kita buat scan dulu. Dia tanya suami datang tak? Aku kata ada kat luar. Dia mintak suami masuk. Mak pun keluar.


Bila suami masuk, baru doktor jalankan proses scan. Canggih mesin scan kat sini. Boleh zoom sampai nampak janin dalam kantung baby aku. Doktor check heartbeat baby tapi senyap sunyi. Tak berdegup langsung. Aku nampak doktor ukur saiz janin. 3mm je saiz dia. Memang terlalu kecil kalau dibandingkan dengan usia dia. Doktor kata, takde harapan. Sepatutnya dah boleh dengar heartbeat baby. Baby aku senyap..... Sekali pun aku tak dengar bunyi degupan jantung dia. Ya ALLAH. :'(

*Kenangan takkan mati sayang.*

Doktor panggil mak masuk. Doktor minta maaf. Aku disahkan missed abortion. Mak menangis. Suami aku tak tahu. Tak sanggup nak tengok muka dia. Aku tak nangis langsung. Mungkin sebab aku dah jangka semua nie jadi. Doktor suggest buat D&C. Nak tunggu keluar sendiri boleh tapi takut tak keluar habis. Nanti jadi masalah lain pulak. Aku setuju. Sign borang apa semua, doktor kata kita buat D&C hari Isnin. Redha jelah walaupun sedih hati nie tak siapa yang tahu. Balik dari hospital, singgah rumah Puchong. Cerita kat Mama. And mintak mama cerita sekali kat Abah sebab masa tu dia takde kat rumah.


22 March 2015.
Hari nie bleeding teruk sangat. Darah dah jadi fresh blood. Sebijik darah period. Berketul-ketul dia keluar. Perut kejap-kejap memulas. Sakit lagi dari sengugut. Tangkap habis satu perut ke belakang pinggang. Berdenyut-denyut je rasanya. Agaknya baby dah mula nak keluar. Dah masa dia kot. Seharian tahan sakit. Malas nak gi hospital sebab esoknya kan dah nak buat D&C. Petang tu keluar kejap beli barang sikit untuk berpantang nanti. Makan banyak hari nie sebab start 12 tengah malam dah kena puasa. Takut sangat nak D&C. Pengalaman pertama kali. Lagi-lagi bila tahu, lepas proses cuci tu, aku officially tak mengandung dah. Kuatkan semangatku Ya ALLAH.......


23 March 2015.
Bangun pagi, usap perut. Cakap dengan baby yang memang dah tak bernyawa, sampai sini je baby ada dalam perut ibu. Lepas nie kita dah tak sama-sama lagi dah. Aku tak pasti samada jantung baby pernah berdegup atau tak selama dia ada dalam rahim aku. Yang aku tahu, aku sayang sangat kat dia walaupun baru 2 bulan kami berkongsi hidup. Semoga Syurga tempatmu anakku. Cerita pasal D&C sambung lain entry. Tak sanggup dah nak menaip......


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

2 comments

  1. sama pengalaman yang saya lalui 25.12.2014...
    hanya Allah swt. yang tau perasaan tu...
    tp sy tak D&c~ rahim bersih... gugur sendiri...
    sy namakan dia balqis.. anak syurga... :)

    ReplyDelete