BIRTHDAY PARTY CELEBRATION 3-IN-1

by - July 22, 2017

Assalamualaikum ♥

Sabtu lepas (15 Julai) kitorang adakan birthday party for July babies. Suami (3 Julai), Mak (10 Julai) dan Zara (25 Julai). Lokasi Ayer 8, Putrajaya. Memula nak buat kat restoran Mamat Khalid Tanjung Malim tapi cancel. Jauh pulak nak pergi. Last-last decide Putrajaya  je. Senang, semua boleh datang. Tak gituuuu? Birthday girl & boy pakai baju purple, yang lain warna putih. Acah-acah suci giteww. Hihi. 







Ayah sponsor makan, aku sponsor kek. Takde sesi tiup lilin, pakai lilin bunga api. Ikut trend. Hahaha. Biasa-biasa je sambutan malam tu. Just makan-makan, borak-borak, ambik gambar pastu main beca (lagi afdal panggil kereta kot) berlampu kat situ. Mahal kau! Sewa RM 35 sekali pusing. Pejam mata jelah. Bukan selalu. Huhu.



Sebenarnya haritu Zara baru nak baik demam tapi dah galak gi sana sini, esoknya demam balik. Sampai kena pergi hospital la sebab nafas laju & neb dua kali. Kesian anak ibu. Huhu. Pengajaran kitorang laki bini dapat, kalau anak demam janganlah bawak keluar. Suami dah pesan dah pasni kita jangan buat camtu lagi. Sorry Zara.



Walaupun simple, we had so much fun! Thank you semua yang datang. Tahun depan InsyaAllah kita buat lagi. Eh, perasan tak kek Eidzara ada gambar dia? Haaaaa.... Aku DIY sendiri tu. Gigih tak ibu si Eidzara Azzalea nie? Hehe. Nantilah kalau rajin, aku share kat entry lain okay. Bye. ♥


HAPPY BIRTHDAY TO MY KESAYANGAN. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments