FAMILY PORTRAIT PHOTOSHOOT BY LILGRAFIE

by - September 07, 2017

Assalamualaikum ♥

First time try white studio photoshoot. Best jugak ek. Privacy. Tak panas. Sesuai sangat untuk puteri lilin iolss. Hehe. Actually photoshoot nie khas untuk Zara. Haritu celebrate birthday dia, gambar haukk! Huhu. Ibu is geram, nak jugak gambar cantik. Tak kira! Tak kira!


Asal dulu nak shoot newborn Zara dengan Lilgrafie nie tapi atas beberapa sebab (Zara kuning lama & gi Putrajaya masa dalam pantang), lupakan jelah. After a year, nampak diorang buat promo sempena merdeka. So alang-alang nak hilangkan rasa tak puas hati & kempunan nak shoot dengan diorang dulu, aku grab promo nie. Sponsor sekali adik sepupu aku, Eyfa pre-wedding. Rezeki kita share sesama. (^_^)


Location photoshoot kat rumah diorang, Precint 9 Putrajaya. Diorang tu actually laki bini. Si isteri yang amik gambar, Nadia. Suami dia tak tanya pulak nama. Details address tak boleh la reveal kat sini, privacy orang. Okay tau shoot dengan Nadia. Pose kitorang dia yang guide. Lembut je orangnya. Zara pun tak takut. Yang penting, gambar omaigoddddd cantik giler!


Harga masa promo haritu RM 60 for 30 minutes. Shoot & burn. Gambar cuci sendirian berhad. Takde prop, kalau nak bawak sendiri. Aku just bawak toys untuk jadi prop Zara. Baju pun takde bawak extra. Nasib baik Nadia kasi pinjam tutu kembang. Comeyyy gilerrr haihhh... Geram!!!! Softcopy gambar aku dapat by email after 2 weeks.


Kalau la gambar nie semua boleh bersuara, korang dengar la riuhnya kat belakang tu semua dok agah Zara. Tu yang mata asyik pandang atas je tu, pandang kitorang sebenarnya. Hahaha. Nasib baik Eyfa bawak si Dira. Tukang agah first class! Hehe. Dah, jom layan gambar. ♥



























Eyfa bengkek je bila aku kata tujuan shoot nie nak gambar official Zara turns 1. "kau nie kak dari bujang membawak ke ada anak, nak photoshoot je keje". Hahaha. Bertabahlah sayang oii akak tak mintak tolong kau. Dulu dia la yang amik gambar pre-wedding & maternity shoot aku. Thanks Eyfa! Thanks jugak untuk suami tercinta yang sentiasa layan kerenah isterimu. Nanti pregnant adik Zara, kita photoshoot lagi tau! Janji. Hehehehe. :p


Tunggu apa lagi, korang gi la terjah facebook Lilgrafie. Newborn shoot RM 450 siap album semua kalau tak silap aku. Murah kannnnn. Tapi dengan syarat, kena datang tempat diorang. Sapa dekat area Putrajaya tu, okay la.

FACEBOOK ----> Lilgrafie


p/s : member aku tak caya masa aku bagitahu harga RM 60 je. Dia ingat pakej ribu riban punya. Hahaha.


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments