MAMA & ABAH MENGERJAKAN HAJI (1439H)

by - August 03, 2018

Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, tahun nie mak & bapa mertua aku berpeluang menunaikan haji. 1 Ogos haritu kitorang pergi menghantar Mama & Abah di Sepang. Tahun nie kali pertama para jemaah haji berkumpul kat sana. Tempat memang selesa dan besar kalau nak dibandingkan kat Kelana Jaya. Teringat zaman bekerja dulu, tiap tahun mesti ke Kelana Jaya uruskan passport jemaah. Memang sesak dengan manusia. Kelam kabut. Sekarang more teratur. Good job!

*Sedara mara belah suami ingat aku pregnant masa tengok gambar nie. Tu namanya salah angle tahu tak. Hahaha.*

Mama dan Abah akan berada di Tanah Suci selama 50 hari. Perjalanan diorang masuk ke Makkah dulu. Sebelum lapor diri, sempat la kami semua bermaaf-maafan. Sedihnyaaaa. Semua nangis kecuali Zara sebab dia tak faham apa-apa. Huhu. Bila lambai diorang sebelum masuk, tambah sedih. Semoga Mama dan Abah dapat menunaikan haji dengan lancar dan dipermudahkan segala urusan di sana.




Aku bawak Mak sekali sebab dia teringin nak menghantar orang haji. Mak dah 8 tahun hantar surat rayuan tapi masih belum ada rezeki. Semoga giliran Mak nak mengerjakan haji akan tercapai juga. Malam tu kitorang tidur kat Movenpick Hotel. Mama booking kan. Merasa la duduk hotel harga RM 500 semalam. Huhu, mahal. Maybe musim haji kot, tu yang mahal. Tapi hotel memang first class la. Semuanya touch screen. Kita yang jakun dalam tu. Hahahaha.




*Zara sabotaj gambar ibu.*

Kat bawah nie gambar yang Abah sempat share dalam whatsapp group family. Seronoknya tengok. Semoga ada kesempatan untuk aku dan semua yang belum pernah ke sana satu hari nanti. Aminnnn.....






Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments