PENGALAMAN BERSALINKAN ELIYARA ADDALEA

by - October 01, 2019


Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah selamat melahirkan anak kedua pada 10 September 2019. Instict aku kuat kata adik lahir 9 September (walaupun due date 16 September) tapi terdelay sehari pulak. Mak cakap selalunya anak lahir kapit-kapit je harinya. Zara lahir hari Isnin. So antara hari Ahad, Isnin & Selasa memang aku standby kot-kot bersalin. Betul ke tak teori tu, Wallahualam. Tapi macam betul sebab Yara lahir hari Selasa. :p


10 SEPTEMBER 2019 / 10 MUHARRAM 1441H
SELASA


12.30 AM
Adik mengeras 10 minit non-stop. Hari-hari lain mengeras jugak tapi malam tu rasa pelik. Mengeras sampai sengal pinggang macam senggugut. Selalu area perut je. Takde turun tanda e.g air ketuban or darah. Aku dalam dilema. Dah nak bersalin ke apa nie? Patut ke kejut mertua ajak gi hospital? Haihhhh. Tak payah dulu la. Lagipun baru rasa sekali. Simpan dulu hasrat nak kejut diorang. Dalam pukul 1 pagi, dah tak rasa apa. Sambung tidur balik.


2.30 AM
Perut mengeras balik. Gi toilet tengok keluar brownish spotting. Hmmmm... Still dilema nak kejut mertua ke tak. Aku whatsapp suami tapi dia tak reply. Selalu tak tidur lagi waktu camtu. 15 minit tunggu. Hmmm... Dah tidur la tu. Terus aku call. Suami cakap pergi la hospital sebab dah ada tanda. Okayyyy. Aku pun kejut mak mertua. Kecoh kejap rumah, aku boleh bantai nangis masa kejutkan dia sebab sedih. Hahaha. Entah pape ntah. :p


3 AM
Sampai PPUM. Keluar rumah tak peluk cium Zara pun. Taknak dia terjaga. Sampai emergency, doktor pelatih yang tengah lepak kat kaunter nurse teruja tengok aku. Ehhhh korang nie. Seronok kot ada patient nak admit. Tukar baju then bermulalah sesi soal menyoal & pasang CTG. Aku syak malam tu takde orang nak bersalin. Ramai nau doktor pelatih & nurse dalam bilik aku. Masa Zara dulu tunggu dekat 2 jam baru cek laluan. Kalini cepat pulak diorang cek.

Bukaan 3 cm tapi contraction dah start rasa. 3 in 10 minutes - strong contraction kata doktor. Lepas sorang-sorang dok pegang perut aku. Semua excited nak rasa contraction tu. Sakit tapi boleh tahan. Bukaan baru 3 cm, kena naik wad prenatal dulu. Call suami bagitahu kena masuk wad so boleh la dia standby datang KL.


8.30 AM
Doktor datang tapi tak cek laluan. Dia kata baru cek so tak payah cek dulu. Hmmmm... Aku okay jelah memandangkan rasa sakit sama je macam memula sampai tadi. Suami kata dia dah on the way. Darah + lendir dah start keluar. Aku tanya nurse bila lagi doktor datang cek? Dia kata petang tapi kalau dah kerap rasa memulas kena inform. Nanti diorang panggilkan doktor. Okayyy nurse!


12 PM
Aku mintak nurse panggil doktor. Nak request doktor cek laluan. Sakit boleh tahan cuma contraction makin kerap. Doktor cek dah buka 4 cm. Aikkk, dari pukul 3 pagi ke 12 tengahari baru bukak 1 cm je? Lama betul. Siap-siap nak turun ke labor room. Call nak inform suami, dia kata dah ada kat lobi hospital. Sampai labor room, pasang branula & CTG. Kalini takde nurse teman aku all the time. Ada sorang doktor pelatih keluar masuk tengok keadaan aku. Aku tanya dia berapa cm suami boleh masuk? Dia kata 5 cm.


1 PM
Doktor stop CTG sebab bacaan cantik. Pukul 3 pm pasang balik. Doktor suruh jalan-jalan biar laluan cepat buka. Puas jalan dari hujung sana ke hujung sini. Dengar doktor nurse bagi semangat kat patient lain, dengar suara baby. Alahaiii bila turn anak aku nak keluar? Saja tanya nurse, boleh tak nak jumpa anak suami kat lobi labor room nie? Nurse kata boleh pastu dia tolong callkan. Dapat habiskan masa dalam 20 minit jumpa suami & Zara. Zara taknak dekat bila tengok tangan aku bercucuk bagai. Haha. Muka sedih je.


2.30 PM
Contraction makin kuat. Dah bukak besar kot. Request doktor cek laluan. 5 cm. Actually suami dah boleh masuk teman tapi boleh lupa pulak nak suruh nurse panggil dia. Sambung pakai alat CTG. Nurse suruh sedut gas kalau tak tahan. Aku taknak konon nak try la layan contraction tanpa sedut gas. Bajet kuat! Hihi.


3 PM
Terpaksa sedut gas sebab makin sakit. Masalahnya lagi aku sedut lagi bertambah sakit. Apeni, kata boleh kurangkan sakit? Nurse cakap salah sedut. Patutnya masa contraction baru nak datang terus sedut, bukan time contraction. Hahahadoiii... Aku request lagi doktor cek laluan. Itu jelah kerja aku dalam labor room. Doktor cek dah 7 cm. Woww, cepat. Terus aku mintak nurse panggilkan suami.

Suami masuk. Berdua la kami dalam labor room. Sembang macam-macam, sempat lagi konon next year no 3 la apa la. Yang dalam perut pun belum keluar. Time contraction stop sembang. Suami cakap Zara taknak jumpa ibu, nak jumpa adik je. Dia sedih sebenarnya tu. Dia taknak jumpa ibu sebab ibu tengah sakit. Masa nie contraction makin sakit tapi aku cuba lawan. Merasa kalini contraction genggam tangan suami. Dulu genggam tangan nurse. Doktor cakap pukul 5 pm baru cek laluan lagi. Tak boleh cek selalu, takut infection.


4 PM
Adoiiiii... dah tak boleh tahan. Dah start rasa nak meneran. Aku paksa doktor cek laluan. Dah 8 cm. Jangan teran dulu kata doktor. Tapi aku peduli apa. Time rasa nak meneran, aku teran je tapi cuba kawal supaya tak terlalu teran. Nurse prepare alatan untuk sambut kelahiran. Masa nie takde dah sembang-sembang. Gas pun tak membantu. Suami letak benda alah tu kat hidung, laju aku tepis. Layan contraction sambil berzikir dalam hati. Sabar Fatin. Tak lama dah nie.


4.30 PM
Aku tanya doktor bila nak pecahkan ketuban? FYI, aku tak pecah ketuban lagi. Doktor kata pukul 5. Haihhhh apa lambat sangat. Aku tak tahan sangat dah nie. Request lagi doktor cek laluan tapi dia buat tak tahu je. Malas nak layan kot. Hahaha. Sudahnya time sakit nak meneran, pecah air ketuban aku. Banjirrrrr... Tak sempat diorang nak pecahkan.


5 PM
Aku merayu kat doktor tolong la cek laluan, saya tak tahan sangat dah nie. Doktor cek 10 cm. Okayyy, perjuangan bermula. Time to meneran. Memandangkan dah pernah lalui dan tahu bila masa patut teran atau tak, aku boleh dikata agak bersedia untuk proses bersalin kalini. Alhamdulillah tak lama pun meneran. 15 minit meneran baby dah keluar.


5.15 PM
Lahirlah adik ke dunia. Suara dia bukan main nyaring lagi. Doktor tunjuk baby pastu terus bawak keluar. Leganya Ya Allah semuanya dah selamat. Sempat aku cakap kat suami, taknak dah no 3. Kahkahkah.... Janji labor room camtu lah. :p

Lepas baby keluar, kena cucuk kat paha untuk kecutkan rahim. Dan proses keluarkan uri. Berat uri adik 550 gram.


5.30 PM
Proses menjahit bermula. Setengah jam kena jahit. Time Zara dulu nurse pelatih yang jahit, kalini doktor pakar. Sambil kena jahit, dengar la dia marah doktor in-charge (tak sure doktor pelatih or doktor baru). Sebabnya lepas aku bersalin, dia boleh blah camtu je tinggalkan nurse pelatih yang join masa deliver tadi. Misunderstanding. Hadoiii. Terpaksa dengar bebelan dia. Suami tak disuruh keluar. So dia teman jelah masa proses menjahit. Dah nama pun pakar, kejap je dia jahit. Siap pakai 2 benang & jarum kata suami. Patut lerrr sakit lagi-lagi part kulit luar. Laju je dia main tarik benang. Huhuhuhu. Serammmm. T__T


6 PM
Settle dijahit. Adik still belum skin to skin. Aku rehat kejap sementara tunggu nurse serah adik. Siap dapat makan lagi. Suami tolong suapkan. Sweet sangatttt. Hahahahaha. Maklum la, baru lepas bertarung nyawa lahirkan anak dia. Kikiki. :p


6.20 PM
Nurse datang serah adik. Sebelum skin to skin, suami azankan dulu. Lepas sejam nurse amik adik untuk mandikan & suami pun kena keluar. Tinggal la aku sorang-sorang sementara tunggu nurse setelkan kemasukan ke wad postnatal. Jadiiii kita tidur dulu. Penatttttt ~


8 PM
Baru dapat naik wad. Waktu melawat dah habis. Kesian mertua & Zara tak dapat tengok adik. Send gambar je dalam whatsapp group.

Esoknya baru diorang datang melawat. Zara boleh naik tapi tak boleh masuk sampai wad. Kena tunggu di kaunter nurse kat lobi wad je. Ibu & adik kena ke depan kalau nak jumpa dia.


Pengalaman yang berbeza. Sakitnya lama tapi meneran kejap je. Cuma bersalin kalini rasa sakit sikit time dijahit. Terasa-rasa lagi jarum tu kat kulit nie. Adoiiii.... Taubat rasanya. Apapun, alhamdulillah semuanya dah selamat. Pengorbanan seorang ibu, tak boleh dinafikan lagi. Dah lalui moment nie baru tahu macam mana susahnya mak-mak kita bersalinkan kita. So jangan la derhaka.


Selamat datang puteri kedua ibu ayah. Semoga kehadiran adik menambah kebahagiaan kita sekeluarga dan membawa 1001 rezeki. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik Yara. (^_^)

*My sweet girl.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments