facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

JUMPA LAGI SEKALI.. update kedua dalam masa sehari..
lama dah tak buat perangai macam nie kan..??
dulu rajin je update sampai tiga empat lima ratus kali sehari..
hehehehe, tipu.. :P

entry kali nie mencabar sikit..
korang kena bersabar baca satu persatu apa yang aku tulis..
korang kena tajamkan minda untuk faham setiap gambar yang bakal diupload..
dan yang paling penting, korang kena ada minat setinggi Gunung Everest untuk buat benda nie..

dah faham..??
setuju dengan syarat-syarat yang aku bagitahu..??
kalau setuju, teruskan membaca entry nie dengan perasaan yang ikhlas, tenang & buat sikit muka cute..
kalau tak setuju, scroll ke bawah sampai habis tapi tak payah baca apa-apa..
tengok je k, hehehe.. ♥

jom DIY (do it yourself) crepe flower..

bahan-bahan :

crepe paper
dawai bunga (aku ambik no. 26 sebab tengok tutorial, ramai yang guna dawai no. 26)
gunting

*semudah A B C.. kan?? haha..*

dawai bunga tu korang kena potong dua.. (untuk jimat)
satu plastik tu ada 50 pieces.. bila dah potong dua, mesti la jadi 100 pieces kan..??
aku beli dawai nie kat Sin Yin, Semua House dengan harga RM 0.60 seplastik..
jimattttttt.. *clap*

*gini hasilnya ye kawan-kawan..*

STEP 1
bentangkan crepe paper tu seluas-luasnya.. kemudian, lipat ikut arrow.. jadikan dua bahagian..


STEP 2
dah lipat jadi dua bahagian, lipat lagi sampai jadi empat bahagian..


STEP 3
lipat lagi jadi enam bahagian.. jangan penat ye semua.. lipat tu biar center & kemas..


STEP 4
lipat kali penghabisan.. jadikan lapan bahagian pulak ye.. lepas tu, lipat pulak ke kiri..


STEP 5
gunting lipatan tadi..


STEP 6
bila dah settle gunting, mesti jadi dua bahagian kan..?? lipat lagi ikut arrow..


STEP 7
bila dah lipat tu, macam nie hasil dia..


STEP 8
gunting pulak lipatan tu ye..


STEP 9
lepas dah gunting tu, korang make sure kan supaya setiap helaian crepe paper tu pun digunting.. sampai jadi macam gambar bawah nie.. helaian crepe tu depends pada korang nak guna 4 helai ke, 6 helai ke.. aku guna 8 helai sebab nak kasi bunga jadi gebu..


STEP 10
lipat lapan helaian crepe paper tu macam bentuk kipas.. make sure hujung kiri & kanan sama arus.. i mean, kalau kiri tu lipatan ke bawah, kanan pun kena lipatan ke bawah jugak.. kalau tak sama, bunga still jadi cuma kelopak dia tak berapa nak cun.. (faham ke tak apa aku tulis nie sebab aku pun macam blur, hahahaha)


STEP 11
ikat dawai bunga pada tengah-tengah kipas tu.. T.E.N.G.A.H tau, make sure tengah..


STEP 12
gunting separa bulat pada setiap hujung kipas tu.. tajam atau bentuk V pun boleh, aku gunting bulat sebab muka aku kan bulat.. (motif sangat kan..?? wiwiwi)


STEP 13
kembangkan kipas lipas tu.. biar jadi bentuk rama-rama yang comel, hikhik..


STEP 14
tarik pelan-pelan setiap helaian crepe tu ke atas.. seimbangkan dengan tarik sebelah kiri & kanan secara selang seli.. tarik tu jangan kuat sebab takut koyak.. pandai-pandai la adjust kalau nampak macam tak kena.. masa aku tarik, ada jugak yang terkoyak sikit.. maklum la, i kan ganas, hehehehe..


STEP 15
dah separuh jalan.. nampak macam tak comel kan..?? takpe, teruskan usaha.. belum siap, memang nampak tak comel..


STEP 16 (LAST STEP)
tadaaaa..!! bunga dah siap.. comel tak..?? hehehe..


nampak macam susah giler step dia kan..??
jangan risau, senang je.. mula-mula nak buat tu, maybe la terkial-kial..
tapi bila dah ok, sekuntum bunga just ambik masa 5 minit je..

sebab aku guna 8 helai crepe untuk setiap bunga, aku just dapat 4 kuntum je dari satu crepe paper tu..
ok la kan..?? aku beli satu bundle kat Sin Yin hari tu..
ada 50 pieces semua sekali.. kalau aku dapat buat 4 kuntum untuk 1 pieces..
dah siap nanti, mesti aku dapat 200 kuntum kan..?? kos cuma RM 20 je, berbaloi sangattt..!!!

 *not bad right..?? yang first try tu just guna 4 helai kertas.. tak gebu kan..??*

happy sebenarnya bila DIY nie..
lagi-lagi bila tengok hasil benda yang kita buat tu jadi macam yang diimpikan..
tambah lagi bila buat untuk tujuan masa depan kita sendiri..
alamak aiii, happy sangat tau tak!!

 *bunga dah banyak.. kembang sama macam hati aku yang tengah kembang sebab berjaya DIY sendiri..
lappp u bunga comel..*

thank you pada blog sesiapa je yang keluar masa aku google "diy bunga paper crepe"..
tutorial korang memang banyak membantu..

special dedicate to my beloved boyfriend..
"happy tak bila sayang happy..??" (^_^)V

ok la, jumpa lagi..
byebye.. *big heart*


p/s : rindu kat misr sebab tak jumpa weekend hari tu..


lots of love,
fatin
ASSALAMUALAIKUM..
entry kali nie ditulis dengan rasa sedih yang masih ada since pergi hantar mak semalam..
mak dah selamat berlepas ke tanah suci semalam..
walaupun mak baru je pergi sehari, tapi aku dah rasa rindu kat mak.. Y___Y

kitorang gerak ke KLIA pukul 3 pagi..
sebelum sampai sana, kitorang semua singgah makan kat R&R Dengkil dulu..





*hmmmm, entah la.. idea nak menaip jadi kurang sebab asyik teringatkan mak*

sampai KLIA dalam pukul 4 lebih..
lepas check-in beg & taklimat, kitorang semua bersalam-salam dengan mak & opah..
aku cuba taknak nangis tapi tak boleh..

*time menaip nie pun mata dah berair, sabar jela.. Y__Y

pukul 7.50 pagi, mak dah boarding..
kitorang lambai dari atas, aku sebak je time tu..
mak senyum-senyum tapi aku tau hati dia..
aku tau mak pun sedih sebab aku nampak mak lap mata dia dengan tudung..

mak naik pesawat Oman Air..
so, mak akan transit di Muscat semasa pergi & balik..
group mak akan masuk ke Madinah dulu sebelum ke Makkah..

dah la, aku memang takde idea nak menaip..
tengok jela gambar kat bawah nie ye..
maybe gambar-gambar nie boleh ceritakan apa yang aku tak boleh cerita..










mak dijangka balik ke Malaysia 21 Mac nanti..
semoga mak, opah, cik pah, cik nik & semua jemaah dapat umrah yang maqbullah..

 *akak sayang mak..*
byebye..



lots of love,
fatin
"TERIMA KASIH PERDANA MENTERI"

ASSALAMUALAIKUM..
hari nie nak update cerita pasal br1m..
apa tu br1m..?? br1m tu shortform kepada bantuan rakyat 1 malaysia..
mana-mana rakyat malaysia yang masih bujang dan berpendapatan RM 2000 ke bawah sebulan,
layak dapat bantuan RM 250..
rakyat malaysia yang dah bekeluarga dan berpendapatan RM 3000 ke bawah sebulan pulak,
layak dapat bantuan RM 500..
dah faham..?? ok, good.. :)

balik kerja hari isnin hari tu, wawa dah tercongok depan pintu..
bila dia nampak je muka penat aku nie ada depan mata dia,
terus dia cakap, "akakkkkk.. adik ada supriseeeeee.."
tak sempat aku cakap apa, dia tunjuk surat br1m kat aku..
aku senyum lebar je bila tengok surat tu..
yang si wawa pulak dah tersengih-sengih..
sebab dia tau aku nak bagi RM 10 kat dia kalau aku dapat br1m, hihihihi..

*surat yang ditunggu-tunggu..*

esok nya, lepas submit passport kat embassy,
aku & kak dil pergi la survey tempat nak collect br1m tu..
tempat collect kitorang sama, dekat dewan SMK Pandan Mewah..
masa kitorang sampai, punya la panjang orang beratur, dah sampai ke luar kawasan sekolah dah..
nak taknak kena ambik cuti jugak kalau nak pergi collect br1m nie..
bincang punya bincang, aku & kak dil decide, rabu aku cuti, khamis kak dil pulak cuti..

 *pemandangan dari jejantas.. masa nie hari selasa pukul 10.30 pagi..
ramai kan..?? huhu..*

nak dijadikan cerita, pagi semalam dengan rajin nya (sebab tau nak dapat duit) aku bangun awal..
selalu pukul 7.50 pagi baru aku terhegeh-hegeh mengeliat nak bangun..
semalam, pukul 7.50 pagi aku dah keluar rumah.. hehe..

*matahari & aku sama-sama keluar.. matahari keluar nak terangkan bumi,
aku pulak keluar nak ambik duit.. hewhew..*

*line clear maaa, very good..*

sampai kat dewan tu lebih kurang pukul 8.15 pagi..
dah ramai orang beratur time tu..
aku pun borak la dengan hati sendiri, "pukul berapa la diorang nie semua datang ek..??"
tapi aku tak kisah sangat la sebab aku lambat sikitttttttt je, hikhik..
still boleh nampak pintu masuk dewan time beratur, ok la tu kan..?? :)

*tak ramai lagi masa aku sampai, hehe..*

kalau nak cerita pasal perangai manusia kat situ, sampai besok pun tak habis..
yang sakit hati ada, kelakar ada.. macam-macam ragam, hehehe..
ganas-ganas betul diorang semalam..
pantang pintu bukak, semua serbu nak masuk..
aku pun apa lagi, dah kau tolak aku, aku tolak la balik..
padan muka.. :P

aku dapat masuk dalam dewan masa pintu dibukak untuk kali ketiga..
dengan kuasa superbonsai yang aku ada, aku main mencelah je..
tup-tup dah selamat ada dalam dewan.. hebat tak..?? hahahahahahaha..

suasana dalam dewan berbeza sangat dengan keadaan kat luar..
kat dalam tu, mendamaikan..... menenangkan.... menyelesakan........
dewan dia besar, so orang tak la crowded sangat..
servis pun cepat sangat.. pukul 9.45 pagi, aku dah settle dapat voucher..
so, it's time to redeem the voucher..!! yeayyyy..!! (^_^)

jom layan gambar-gambar yang sempat aku ambik masa tengah tunggu turn, hehe..





*tak perasan tudung senget sebelah sebab semangat nak ambik duit..
auntie belakang tu elok je menguap kan..?? kuikuikui..*

settle urusan voucher, aku gerak pulak ke bank..
servis kat sini pun cepat sangat..
belum sempat kerusi nak panas, dah settle semua urusan..
serius, aku puas hati sangat dengan servis semua orang semalam..
nie bukan tahap double thumbs tapi million-million thumbs up, wiwiwiwi..

 *semua orang jadi ganas sebab sehelai kertas nie..
hebat penangan kau kan kertas.. syabas inspector shahab..*

*fotogedik dengan voucher kejap..
sebelum dia kena serah dekat bank, hehehe..*

*cool sangat BSN nie.. cepat & mesra pelanggan..*

so, itu jela aktiviti aku semalam..
duit br1m tu pun dah selamat aku agih kat mak ayah, ami, wawa, tabung & sikit kat jusco, hihihi..
boring ke entry nie..?? siapa suruh korang baca, kikiki..

apa pun, thanks again untuk kerajaan malaysia atas program nie..
dengar cerita, br1m nie akan go on jugak untuk tahun-tahun depan..
takpe, kalau dapat lagi tahun depan, kita pergi breakfast dulu sebelum beratur k..
nanti takde la orang sebelah dengar anak cacing dalam perut nie merengek lapar..
hehehehehe..

byebye.. ♥


lots of love,
fatin
ASSALAMUALAIKUM..
hari nie cuti umum, tapi kenapa aku ada kat ofis nie..??
argggghhhh!! kalau tak fikir esok nak submit passport, lama dah aku membuta kat rumah..

takpe, takpe..
sabar fatin.. fikir hari nie triple pay, hahahahahaha..
masyukkkkkk.. :)

entry nie khas untuk pasangan paling ideal + sesuai + secocok + bagai pinang dibelah dua..
nak tau siapa..??



JENG... JENG... JENG...








i'm presenting..........................




















 *amboi... bukan main baring atas riba lagi ek..?? hikhik..*

*peluk-peluk pulak dah..*

*cicah sos sama-sama.. sweet sangat kan..?? hehe..*

haaa, tu la dia pasangan secocok yang aku cakap tadi..
my misr & my dira.. ♥ ♥
bukan main lagi dira manja-manja dengan abang bob dia..
tau la dah lama tak jumpa, hehe..

aku..??  tak jeles pun..
sebab dira kecik lagi.. boleh camtu..?? hewhewhew.. :P

k la, byebye..
see you around.. :)



lots of love,
fatin
ASSALAMUALAIKUM..
permulaan tahun baru yang sedih..
12 januari 2013 lepas, pak lang telah pergi mengadap Ilahi..
pergi yang takkan kembali.. Y__Y

aku tersedar dalam pukul 3.30 pagi malam sabtu hari tu..
sebab aku dengar bunyi orang mandi..
aku tengok, mak ayah tengah siap, nak pergi mana pun tak tau..
aku tanya mak, "mak nak gi mana?"
mak kata nak pergi tengok pak lang..

aku kata aku nak ikut sekali..
mula-mula ayah tak bagi aku ikut sebab aku kerja hari sabtu..
tapi entah kenapa, hati aku lagi kuat nak pergi tengok pak lang..
lepas tu, aku terus cakap dengan ayah, "takpe la, akak ambik EL.."

dengan tak mandi (sebab nak cepat) tapi sempat basuh muka & gosok gigi,
kitorang semua gerak ke hospital seremban..
sampai sana dalam pukul 4 lebih, kebetulan sampai sekali dengan pakcik & family..

masa tu, pak lang dalam wad ICU..
kitorang dibenarkan masuk tapi tak boleh ramai-ramai..
sampai turn aku masuk, aku sedih sangat..
tak boleh nak cerita macam mana sedih hati aku time tu..

aku terus peluk mak lang..
mak lang nangis..... aku pun nangis..
pak lang koma time tu, aku takde peluang nak dengar suara dia..

badan pak lang penuh dengan wayar..
hidung dia penuh dengan tiub..
nurse sellotape mata pak lang sebab mata dia asyik terbukak..
ya Allah.. T___T

pukul 7.25 pagi, pak lang disahkan meninggal dunia..
pergi nya salah seorang daripada wali aku..
pergi nya seorang bapa saudara yang sangat aku sayang..

lepas nie, dah takde orang nak panggil aku "fatin nadibaaaa" lagi..
dah takde orang akan kata, "cun melecun anak dara pak lang nie.."
dah takde orang nak usik-usik aku lagi.. Y__Y

*kenangan bersama pak lang.. gambar nie masa tahun 2010..*

aku sempat cium pak lang sebelum dia dibawa ke tanah perkuburan..
muka pak lang bersih sangat, macam orang tidur je..
semoga arwah pak lang ditempatkan di kalangan orang beriman..
pak lang sentiasa di hati akak selama-lama nya..
akak sayang pak lang.. T___T

AL-FATIHAH..


 *semoga mak lang tabah..*



p/s : sebelum balik hari tu, mak lang sempat bisik kat aku, "jangan lupa mak lang.." tak..!!!! akak takkan lupa mak lang..




lots of love,
fatin
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates