facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥

InsyaAllah kalau takde apa-apa halangan, Jumaat nie dah raya. Tengah mendobi baju melayu suami tadi, baru teringat takde tudung nak pakai raya. Hwaaaaaaa T__T  Godek koleksi tudung yang ada, rembat jelah mana sesuai. Tambah sikit lace kasi nampak lain. Nasib memang ada stok lace kat rumah. Warna sedondon dengan baju pulak tu. Alhamdulillahhhhh.... (^_^)


Takmo detailings manik bagai sebab rasa macam over. Bukan ada event penting, nak beraya je pun. Hehe. Sepantas kilat aku jahit lace kat shawl. Sejam lebih dah settled! Hahaha. Puas hati. Selesai masalah.


Tak sabar nak merasa pengalaman beraya dengan family mertua. Semoga semuanya baik-baik aje. Aminnnnnn..... 


UPDATED [25 JULAI 2015] : Gambar hari raya pertama. Bergaya dengan shawl last minute. Hikhik.



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Start bulan nie, tiap-tiap bulan family aku sambut birthday. Gasak laaaa. Hari nie hari lahir mak yang ke-53 tahun. Alhamdulillah, mak sihat-sihat aje. Gorgeous always, macam anak dia. Kikikiki.....


Mak, takde sapa boleh ganti tempat dia. Takkan ada! Mak tetap no.1 dalam hati. Pernah sekali mimpi mak meninggal dunia, punya la teruk aku nangis. Rupanya bukan dalam mimpi je, kat luar mimpi pun nangis. Dah laki aku kejut suruh bangun, pelik kot tengok airmata bini meleleh tak tentu pasal. Tengah tidur pulak tu. Huhuhuhu T____T


Untuk mak ku yang tercinta, selamat hari lahir. Semoga hidup mak sentiasa dilimpahi kebahagiaan. Sentiasa diberi kesihatan yang baik. Sentiasa tersenyum. Sentiasa cool. Sentiasa sayangkan kami semua. Sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT. Akak sayanggg mak sangat-sangat. Takde sapa boleh ganti tempat mak, even suami sendiri. Sorry ye suamiiiiii.......


I love you Mak. Muahhhhhh... ♥



Anak perempuan tunggal mak,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Tajuk kat atas dah jelas dan nyata kan? Okay. Aku baru guna produk nie dari hujung bulan Mei hari tu. Semua sebab Pelamin Fantasia. Dnars kan penaja utama program tu. Perempuannnnnnn... Cepat nauuu terpengaruhnya. Nasib produk nie sesuai dengan kulit aku. Kalau tak, mau mengamuk setahun. Hehe. :p


Ada dua set untuk Dnars Skincare. Set normal & set jerawat. Aku guna set normal sebab rasa-rasa kulit aku normal je. Haaaaaa, main hentam kauuu. Korang kalau nak beli nanti, make sure tahu jenis kulit dulu okay. Sebab ramuan bahan-bahan dalam dua set berbeza.


Dalam set normal ada sabun beras, sabun collagen, day cream dan nar cream (night cream). Dan aku tambah dua loose item iaitu toner collagen dan tumeric cream. Kita review satu-satu okay. Sebelum tu nak cerita kondisi kulit dulu. Alhamdulillah, kulit aku kurang bermasalah. Setakat naik jerawat masa miss P nak datang, tu biasa. Ada whitehead sikit kat hidung. Paling ketara, kulit kusam. T_T


Sabun Beras
Aku suka sabun beras nie. Tak mengeringkan kulit. Muka bersih je bila cuci. Bau dan tekstur lebih kurang macam sabun susu beras siam tapi Dnars punya lagi super best. Tak mudah lembik. Kalau susu beras biasa, terendam sikit je dah kembang. Sesetengah orang kata, kulit diorang akan pedih kat certain area masa 2-3 hari awal pengunaan. Alhamdulillah, kulit aku takde masalah pulak. Okay la kannnnn....


Sabun Collagen
Aku tak berapa suka sabun nie. Rasa macam tak deep cleansing kalau guna. Tak setanding sabun beras. Kadang-kadang je guna sabun collagen. Seminggu ada la 3-4 kali je kot. Selebihnya, hari-hari guna sabun beras.


Day Cream
Tekstur tak melekit. Bau sedap je bagi aku. Kalau pakai nie, tak payah pakai foundation pun takpe. Muka jadi licin je. Jangan tonyoh banyak pulak cream tu tau. Nanti putih melepak kulit! Nampak tak neutral pulak karang.


Nar Cream
Tekstur agak melekit. Bau pun tak best sangat. Nak kata bau macam tangan baru lepas potong bawang pun ada. Hehe. Entah la... Selalu aku pakai bila betul-betul time nak tidur. Walaupun muka agak melekit tapi hasil esok pagi bila bangun......... Kulit anjal gitu. :)


Tumeric Cream
Kunyit. Tu je boleh cakap. Kulit jadi kuning bila pakai. Bau pun bau kunyit. Tapi besttttt!! Apply sikit je tau. Selang seli dengan nar cream. Contoh hari Isnin guna nar cream, Selasa guna tumeric cream. Macam tu la berterusan sampai abang jamil mampos. Hehe. Tumeric nie pun pakai sebelum tidur. Esok pagi bangun, lembut je.


Toner Collagen
Aku apply toner nie sebelum pakai cream. Tak kisah la day cream ke apa cream ke. Lepas cuci muka, wajib pakai toner dulu. Bau bunga rose. Wangi dan agak berangin. Memula pakai dulu ada la rasa pedih kat area dagu. Tak lama, dalam 2-3 hari je pastu dah okay. Sekarang dah masuk botol kedua. Alhamdulillahhhh...... Best.

 
Memula nak beli tu, ada jugak perasaan was-was sebab pernah dengar cerita yang produk nie ada bahan kimia berbahaya. Bila buat research balik, rupanya yang tu tiruan punya laaaa. Walaupun terpengaruh dengan Pelamin Fantasia, aku takdelah terus bantai beli. Takut jugak sebab melibatkan kulit muka. So, google-google la dulu apa patut. Bila dah yakin, baru beli.


Aku beli produk nie kat website ----> DnarsCantik. Confirm original. Oh yaaaa, kalau nak beli, pastikan nama company yang ada kat botol or bekas tu ialah Rohban Trade Sdn. Bhd. Kalau nama company lain, sah tiruan. Jangan beli.


Alhamdulilah. Selama guna produk nie, kulit aku nampak okay. Kulit jadi glowing (kononnya la) dan pinky-pinky gitu kat pipi. Kulit jadi lembut. Jerawat pun taknak naik sangat dah. Kalau keluar pun pakai bedak & lipstick je. Kalau gi kenduri ke apa baru mekap beria sikit, hehe. Overall, aku puas hati dengan produk nie. Atennnnnn kasi 4 bintangggggggg (per 5 bintang).


*Gambar 100% no edit & mekap. Tambah watermark je.

*Seminggu lepas pengunaan Dnars Skincare.*

*Dua minggu lepas pengunaan Dnars Skincare.*

Gambar latest, raya nanti upload. Hikhik. Sorry review terpanjang lebar pulak kali nie. Penat iolss menaip tau. Apa pun, jangan ikut orang. Tepuk dada tanya selera. Kalau rasa kulit tu sesuai untuk jadi bahan eksprimen, aku rekemenkan produk nie. Bye.


p/s : malas nak cerita ingredient dia apa semua sebab benda tu boleh google. hehe.


UPDATED : DAH TAK PAKAI PRODUK NIE LAGI. KENAPA? BIARLAH RAHSIA :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Untuk suami yang berada di airport sekarang, atas tuntutan kerja (12 tengah malam). Luahan dari isteri yang ada kat rumah nie haaaaa...


First time sambut birthday suami sebagai seorang isteri. Sama je macam tahun-tahun lepas. Bezanya kali nie boleh ekspresikan rasa sayang tanpa batasan sebab dah halal. Opsss! Huahua... 


Terima kasih suami untuk 9 bulan yang bahagia nie. Masih panjang lagi perjalanan kita. Semoga jodoh kita kuat. Biar tua sama-sama. Gaduh-gaduh tu biasa la. Tadi pun sempat je gaduh kejap sebelum suami pergi airport. Tapi dah baik pun.... Hehe. Gaduh la selagi kita mampu. Asalkan hati tetap sama-sama sayang.


Maaf sebab masih belum kurniakan zuriat. Bukan taknak bagi. Rezeki belum ada untuk kita. InsyaAllah, satu hari nanti. Semoga dipermudahkan. Yakin pada qada' dan qadar. Apapun jangan lupa. Kita pernah ada anak yang tak sempat membesar dalam rahim sayang. Buah cinta kita. :')


Semoga suamiku, Muhammad Idzat Syazwan dikurniakan kesihatan yang baik. Disayangi semua orang disekelilingnya. Sentiasa dibawah rahmat Allah SWT. Dipanjangkan umurnya. Dipermudahkan segala urusan. Dilimpahi kebahagiaan hingga akhir hayatnya. Semoga semuanya baik-baik saja untuk suamiku.


Selamat hari lahir ke-27 tahun B. Sayang sayangggggg B. Sampai mati. Suami dunia akhiratku..... InsyaAllah.



Your beloved wife,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Hari nie nak share resepi lagi. Sejak jadi bini orang, suka benorrrr memasak. Tapi.... semua nak kena search google dulu. Dah jenis tak reti masak, nak buat macam mana. Sabar jelah. Sob sob T_T


Tapi kannnnnn, resepi kali nie takde pakai khidmat google tau. Aku inovasikan sikit resepi asal. Begedil biasa tak crunchy. Kali nie nak kasi ada bunyi kriuk kriuk sikit. Hehe. :p


Bahan-bahan

Kulit popia
Kentang
Sosej *
Daun ketumbar *
Cili merah *
Bawang merah *
Bawang goreng
Kiub ayam
Telur

NOTA : Bahan bertanda * dicincang halus.


Cara memasak

Rebus ubi kentang hingga empuk kemudian lenyekkan. Ketepikan dulu. Tumis bawang merah dan bila dah naik bau, masukkan sosej dan kiub ayam. Bila dah masak, angkat dan ketepikan. Dalam satu bekas, campurkan kesemua bahan kecuali kulit popia dan telur kemudian gaul sebati.


Lepas tu dah boleh la gulungkan bahan tadi dalam kulit popia dan gam popia tu menggunakan telur. Goreng dalam minyak yang dah confirm panas. Jangan goreng lama sangat. Nanti hangit. Begedil kriuk kriuk dah siap untuk dimakan..... Yummy! :)


Oh yaaa, sapa tak suka sosej tu boleh je gantikan dengan daging kisar or whatever. Aku guna sosej sebab tu je stok yang ada kat rumah. Hehe. 



p/s : aku tak guna garam kali nie. healthy katakoooo.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Dah lebih 9 bulan Ami terlantar sakit. Ya ALLAH, lamanya rasa. Ami excident motor sebulan sebelum aku kahwin. 5 September 2014. Tarikh pahit.


Aku orang pertama antara ahli keluarga yang dapat tahu Ami excident. Kawan dia datang rumah bagitahu. Memula tak percaya, takut budak tu menipu. Tapi sebabkan ada Wawa, aku berani ikut dia. Sampai tempat kejadian, ramai sangat orang. Nampak motor kat tepi jalan. Sah, motor Ami. Aku nangis tak ingat dunia. Call ayah & mak tak dapat-dapat. Lastly, call Along. Ami masa tu terlantar lagi atas jalanraya. Muntah. Tak sedarkan diri.


Orang ramai call ambulans. Waktu ambulans sampai sama dengan waktu mak ayah sampai. Ayah lari dapatkan Ami. Kebetulan cina yang langgar Ami ada kat situ. Orang ramai tahan dia dari larikan diri. Hampir ayah nak bergaduh dengan cina tu. Mak dah menangis. Ami dibawa ke Hospital Ampang. Emergency. Zon Merah. T_T


Dari Zon Merah, Ami ditukar ke Wad ICU. Lapan hari Ami dalam ICU. Masa tu dia takde respond. Bergantung pada mesin jangka hayat. Sesekali je badan dia bergetar macam kena kejutan elektrik. Bila kita bercakap dengan dia, airmata dia meleleh.

*6 September 2014, Wad ICU Hospital Ampang.*

*11 September 2014. Wad ICU Hospital Ampang.*

Ami ditukar ke wad biasa. Keadaan dia masih tak okay lagi. Mungkin kapasiti katil kat wad ICU tak mencukupi, Ami terpaksa keluar awal. Hospital kerajaan kan, ramai orang queue. Kita kena la faham. Masa nie dia dah boleh bukak mata. Bukak separuh je. Tu pun dah cukup buat kitorang happy sebab nampak perubahan. Masa nie, hari-hari aku singgah hospital.

 *22 September 2014. Wad biasa Hospital Ampang.*

Seminggu sebelum Raya Haji, Ami dah boleh balik rumah. Kat rumah nampak dia banyak perkembangan. Mungkin dia happy kot. Andaian aku je. Walaupun dia okay, tapi kami sekeluarga tak tahu macam mana nak buat. Maksudnya dari segi fisioterapi atau apa jela. Akhirnya Ami dibawa ke Columbia Extended Care, Shah Alam untuk rawatan susulan. Sampai saat entry nie ditulis, Ami still kat sana lagi. Alhamdulillah, terlalu banyak perkembangan positif. :')

*9 November 2014. Rumah.*

Dalam masa sama, Ami still kena follow up kat Hospital Ampang dan Hospital Klang. Follow up kat Hospital Klang sebab dia ada buat botox di kedua-dua tangan. Tujuan untuk lembutkan urat. Kan dah lama tak bergerak. Alhamdulillah, tangan dia dah lembut sikit. Mata dah celik besar, kaki dah boleh tendang, kepala dah boleh angkat, dah boleh duduk kat wheelchair. Cuma masih tak boleh cakap dan makan je lagi.... InsyaAllah, satu hari nanti mesti Ami sembuh. Boleh jalan. Boleh makan.

*7 Februari 2015. Columbia Extended Care.*

*11 April 2015. Columbia Extended Care.*

Sekarang nie, hari-hari dia buat fisio. Mak ayah tak pernah miss tengok dia kat sana. Hari biasa diorang pergi sekejap dalam sejam dua. Weekend, mak duduk situ dari pagi sampai malam. Rutin harian diorang. Sedih aku tengok keadaan mak ayah. Kena berulang jauh. Berikan kesihatan kepada mereka Ya ALLAH..... T_T



Untuk adik akak, akak sayang Ami. Walaupun masa Ami sihat kita selalu sangat gaduh tapi akak tetap sayang Ami. Rindunyaaa akak kat Ami. Semoga adik akak cepat sembuh dan kembali sihat macam biasa. Akak tahu bukan senang Ami nak harungi semua nie. Semoga Ami sentiasa dibawah rahmat Allah SWT. Kami semua sayang Ami. Selama-lamanya............. Cepat sembuh ye. :'(


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Siapa sini nama Fatin? Sep sikit. (^_^) Aku ingat lagi zaman sekolah rendah dulu. Pernah aku terjumpa satu buku nie. Tajuk dia "Fatin Si Beruk". Kuranggggg asammmmm betul. Takde nama lain ke nak letak? Sorok buku tu dalam-dalam, taknak bagi kawan nampak. Pastu merajuk sorang-sorang. Terus taknak pergi library. Hehe. Emosi sangat. Macam-macam. Masa tu darjah 6.


Pastu bila kawan-kawan sekolah ejek "ikan patin" la "tin kosong" la, sedih sangat. Padahal takde apa pun. Tacing je lebih. Hehe. Sampai pernah terasa nak tukar nama Christina Aguilera ke Britney Spears ke, amboiii. Demand sangat kauuuuu! Budak-budak, otak pun letak kat lutut lagi. Jangan kecam okay. (^_*)


Sejak dah berakal, mula suka dengan nama sendiri. Lupa terus planning nak tukar nama. Eh.... Kau ingat kalau jadi pun, kisah pulak mak ayah aku nak buang masa pergi tukar nama anak? Kehidupan diteruskan. Tak kisah dah dengan ejekan. Nak ejek, dipersilakannnnnn.... Akan aku persetannnnnnkan (buat bodoh).


Sampai la baru-baru nie. Tengah sembang dengan suami pastu dia cakap, "Dulu orang nama Fatin yang b kenal semua gemuk-gemuk. Sekarang semua kurus-kurus." Haaaaaaaa, nak jawab apa? Kembang semangkuk dengar perkataan kurus walaupun bukan niat si suami nak memuji pun. Nampak nauuu ramai perempuan nama Fatin laki aku kenal. Wakaka... :p


Dah tertulis hidup mati nanti aku akan bawak nama nie. Sedap jugak apa. Choiii, puji nama sendiri. Hikhik. Bye.... ♥


Fatin = Menawan, memikat, mempersona

 *Menawan sangat kannn? Hehe.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah
(Cahaya Menawan Berseri-seri)
Assalamualaikum ♥

Weekend lepas balik kampung then TERpopular kejap kena soal siasat dengan saudara mara. Soalan famous, "Macam mana boleh gugur? Jatuh ke?" Hmmmm, sabar jelah. Aku tak jatuh okay. Tetiba bleeding. Dah takde rezeki, nak buat macam mana? :'(


Yang tak tahu tu, sibuk la pegang-pegang perut pastu tanya, "Dah ada isi ke?". Hmmm, penat nak jawab dah ada hari tu tapi gugur. Bila dah bagitahu gugur, mula la perbualan jadi panjang. Cerita A sampai Z. Lebih 10 kali cerita benda sama. Hehehe, sabauuuuu jelah dik non.


Tengah berborak dengan opah saudara, dia syorkan pergi berurut. Memang dah lama pun teringin. Lepas gugur tak berkesempatan langsung. Lagipun tak tahu nak cari mana tukang urut tradisional kat KL nie. Hmm.. Dipendekkan cerita, esok harinya pergi la rumah makcik urut tu (Cik Misah) kat Kg. Poh. Kena booking awal, kalau tak kirim salam laaa. Aku pun hari tu ambik slot mak saudara aku. :p


Lama Cik Misah nie mengurut, dekat dua jam. Sedapnyaaa lahaiiii tuhan je yang tahu. Sedap-sedap sakit gitu. Tak rasa nak tertidur. Baru nak layan perasaan, tetiba terkejut sebab sakit. Hihi. Sambil urut sambil tergelak dengar dia borak dengan mak saudara aku. Kelakar makcik nie. Loghat Perak pekat nauuu.


Sampai tang naik peranakan @ sengkak rahim. Memula dia sentuh bahagian tu, sakit kot. Peranakan aku belah kanan bengkak sikit katanya. Maybe kesan cuci. Patut la asyik berdenyut je belah kanan tu. Ingatkan pregnant balik ke apa. Hehe. -.-'


Bila dah lama urut bahagian situ, baru start okay. Masa Cik Misah nak naikkan peranakan, dia suruh tarik nafas. Tiga kali dia buat. Dia tanya, ada tak rasa macam telur bergerak naik ke atas? Entah, tak tahu nak rasa. Hehe. Yang pasti, segar je lepas dah settle. Rasa kurus sikit tang perut. Wakaka.... :p


InsyaAllah, doakan ada rezeki kami suami isteri. Kot 2016 nanti bergelar ibu ayah ke, siapa tahu kan? Semoga dimurahkan rezeki kami Ya ALLAH ~


Sesetengah orang mungkin tak percaya bab peranakan boleh naik turun nie. Aku okay je. Ada masa percaya jugak kata orang tua. Mana la tahu apa yang kita buat mendatangkan hasil. Tak salah mencuba. Ikut hati sendiri. 


"Nak anak, mintak dengan suami bukan makcik. Makcik tolong mana patut je." Tu paling WIN kot!! Hahahahaha. Mintak dengan suami ye? Kikikikiki... Baiklah. :p


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Tutorial DIY kali nie gampang (gampang versi Indonesia, bukan Malaysia) betul. Kebetulan pulak aku memang suka buat kerja seni macam nie. Aku share mana termampu jelah ye. Bukan pandai sangat pun, buat-buat pandai je. Hehe.


Bahan yang diperlukan cuma elastic lace, jarum, benang dan bunga. Okay, tang bunga ada banyak version. Samada korang nak buat sendiri (boleh google tutorial) atau beli ready-made. Aku pakai ready-made punya. Baru RM 1.20 untuk dua kuntum bunga. :)


Mula sekali, aku potong dua elastic lace. Bukan apa, nak matchkan bunga dengan lace nampak tak kena sebab saiz lace lagi besar. Then jahitkan hujung lace supaya bersambung. Panjang lace dah siap jahit ialah 20 cm.


Lepas tu, boleh la jahit bunga. Tindih bunga pada penghujung lace yang kita jahit memula tadi tu. Ikut kreativiti masing-masing. Nak penuhkan dengan bunga boleh, nak simple macam nie pun boleh. Aku suka yang simple. Less is more la katakannnn.


Siap dah headband kita. Amacam? Mudah sangat kan? Bagi aku, setakat nak pakai sendiri, baik buat je. Kos pun tak sampai RM 5. Nak beli tu kadang-kadang tak rasional harganya. Plus kadang tu benda yang dipamer tak sama dengan hasil yang kita dapat. Nie bila buat sendiri, lagi puas hati. Suka hati kau nak buat design apa.


Tunggu ada anak perempuan nanti, aku hias habis-habis kepala dia. Hehe. Selamat men-DIY ye ibu-ibu sekalian. Bye. ♥


p/s : Boleh tengok tutorial bunga kat sini, Poodle Flower.

Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Hal katering, parents suami aku yang settlekan semua. Aku tak tahu menahu langsung. Food testing pun tak pergi. Yang aku tahu, dapat makan sedap masa sanding. Huahua... :p


Sebelum decide nak pilih katering nie, parents aku dan suami ada buat perbincangan. Ada dua-tiga katering dah dishortlistkan. Tinggal nak pilih mana yang sedap dan murah je. Wakakaka... Last sekali, diorang sepakat pilih Seri Mempelai Katering.


Pakej yang kitorang ambik ialah Pakej VIP A. Harga RM 11.80/pax.

1) MENU UTAMA
  • Nasi Minyak - 90%
  • Nasi Putih - 10%
  • Ayam Masak Merah
  • Daging Dendeng
  • Dalca Sayur
  • Gulai Nanas Ikan Masin
  • Sambal Sotong (Mama masak sendiri, buat back-up lauk)

MENU SAMPINGAN
  • Acar Jelatah
  • Ulam-ulaman
  • Sambal Belacan
  • Papadom
  • Mini Muffin

DESSERT
  • Buah Oren
  • Air Kordial - Sirap
  • Air Mineral 1.5L - setiap meja
  • Teh Tarik (300 pax)
  • Dua jenis kuih - Karipap & Koci
  • Bubur - Kacang Hijau (300 pax) 

2) HIDANGAN PENGANTIN
  •  Ayam Golek 2 Set
  • Ikan Siakap 2 Set
  • Udang Goreng Berhias 2 Set
  • Sotong Masala
  • Buah-buahan

3B) KELENGKAPAN (Pakej Dewan)
  • 27 set meja tetamu beralas labuh dan table top - meja tak ambik
  • 270 set kerusi dengan sarung dan riben - kerusi pun tak ambik
  • 2 set meja buffet
  • 1 set meja kek
*Semua meja dihiasi bunga segar (fresh flower)


4) MEJA PENGANTIN DAN VIP
  • 1 set meja pengantin dengan hiasan bunga segar (fresh flower)
  • Semua set meja pengantin dan VIP bersarung dan riben
  • Kerusi khas pengantin
  • 2 set dome VIP 

5) PERALATAN DAN PRAMUSAJI
  • Pramusaji beruniform
  • Peralatan dibersih di tempat majlis

PERCUMA
  • Pintu Gerbang (Arch)
  • Kek 2 Tingkat - Aku dapat 3 Tingkat

Sebabkan dewan yang kitorang sewa tu dah providekan meja dan kerusi, so harga dapat kurang plus kek upgrade jadi tiga tingkat. Harga RM 11.30/pax. Kitorang ambik untuk 1500++ pax. Dapat extra untuk 200 pax. Ramai tetamu puji makanan sedap. Sedap sangat kot sampai makanan ngam-ngam je untuk semua. Takde langsung balance nak tapau bawak balik. Kebulur pengantin perempuan yang bajet ayu taknak makan banyak masa makan beradap tu lepas habis majlis. Hehe. Sabar jelah.

 *Dekorasi dewan.*

*Deko fresh flower kat setiap meja.*

*Deko kat meja pengantin.*

*Deko meja kek dan kek tiga tingkat.*

*Arch.*


Kalau berminat nak survey, boleh bukak link nie Seri Mempelai Katering. Diorang ada jugak provide untuk andaman dan macam-macam lagi.


Alhamdulillah....... Seronok sangat. (^_~)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates