Sambungan Part 1
Next destination shopping di Munira (Location : Bursa). Kedai nie ada jual Turkish Delight, madu, saffron, minyak wangi, macam-macam lagi. Turkish Delight kat sini sedap.... Kurang manis. Dibuat daripada madu. Harga 110 Lira/kg. Mahal kan? Tak beli pun. Kitewww mampu beli chocolate inti cotton candy je.
Turkish Delight yang mahal dibuat daripada madu dan yang murah dibuat dari gula. Yang mahal, manis-manis buah gitu tapi yang murah, pengsannn kau nak telan. Manis sangat! So noted la ye. Bagi aku, sedap lagi Turkish Delight yang mahal... Harga pun sedap. Huahuahua. :p
*Maafkan tuan badan yang dah berisi. Bahagia la katakannnnnn...*
*Turkish Delight version mahal punya.*
Nak cerita sikit pasal saffron. Tahu tak saffron tu apa? Herba paling mahal. Baru aku tahu kenapa mahal. Kata Mr. Ahmet (tour guide), bunga saffron cuma boleh hasilkan maksimum 3 stick je. Untuk 100 gram saffron memerlukan more than 3500 kuntum bunga. Hahhhhhh.. Patut punnn. Khasiatnya tak pasti pulak. Malas nak google. Yang aku tahu, selalu orang masak nasi mandy (nasi Arab) ada bubuh saffron nie.
*Bunga saffron. Source : Google.*
Next aku ke Green Mosque (Location : Bursa). Dibina oleh Sultan Mehmed I antara tahun 1419 - 1420. Masjid nie dapat nama Green Mosque sebab senibina dalamnya mostly gunakan tile warna hijau. Cantik je walaupun kecik. Oh yaa, untuk perempuan yang nak solat, kena gi ambik wuduk kat toilet. Bayar 1 Lira. Kat sini ada tempat wuduk untuk lelaki je.
Green Mausoleum (Location : Bursa) pulak betul-betul berdepan dengan Green Mosque. Tak dapat masuk sebab time nak masuk tu, pekerja tengah bersihkan kawasan makam. Hmmm... Lepaskan hajat bergambar depan pintu jelah. Takpe, next time singgah kalau datang lagi. Hihihi... Setahu aku kat Green Mausoleum nie ada makam sultan semasa empayar Ottoman dulu. Kalau salah, betulkan ye. (^_^)
Sebabkan frust tak masuk Green Mausoleum, aku sempat shopping kat Silk Bazaar (Location : Bursa). Macam-macam ada. Aku beli t-shirt je. Mahal sikit harganya tapi kualiti kain best. Harga 16 Lira/sehelai. Sourvenir lain tak tengok pulak berapa harganya. (^_^)
Kemudian, aku ke Grand Mosque (Location : Bursa). Grand Mosque atau orang tempatan panggil Ulu Cami nie memang cantik. Terpegun tengok senibina dalaman masjid. Kaligrafi dia besar gabak kau!! Masjid nie ada 20 buah dome. Menurut cerita, ada sorang hamba Allah (tour guide ada sebut nama tapi lupa) bernazar, kalau menang peperangan dia akan bina 20 buah masjid tapi sebabkan ada masalah kewangan, terbinalah Grand Mosque dengan 20 buah dome simbolik kepada 20 buah masjid. Mr. Ahmet yang bagitahu. Kalau dia tipu aku, aku tipu korang la, hehe. InsyaAllah, cerita nie betul.
Selesai lawatan di Bursa, perjalanan diteruskan ke Izmir selama 6 jam. Sakit satu badan bertapa dalam bas. Pengsannnn lagi sekali...... T_T
To be continued......
Love,
Nor Fatin Nadhirah















