facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .



Tema : Unicorn
Jemputan : 30++ paxs

MAKANAN
Pizza Hut
Kek birthday
Bihun goreng *
Fishball *
Aiskrim malaysia *
Buah-buahan *
Air kordial *
Muffin *
Nasi hujan panas *
Ayam masak merah *
Nasi impit *
Lontong *

- Menu bertanda * buat sendiri -


DECO
Birthday banner : Kedai RM 2 - DONE
Birthday flag : Kedai RM 2 - DONE
Birthday girl name : DIY sendiri - DONE
Topper cake : Shopee - DONE
Topper muffin : Shopee - DONE
Aksesori atas meja kek : Guna barang-barang pelamin - DONE
Birthday party aksesori : MR DIY - DONE
Pinggan, cawan, sudu, garfu plastik : Kedai RM 2 - DONE


BAJU
Unicorn dress : Shopee - DONE


UPDATED 05 JUNE 2019

Assalamualaikum ♥

Akibat nafsu makan yang menjadi-jadi sejak masuk 2nd trimester, nie la padahnya. Harini pergi KK untuk review result BP & urine. Naik muak agaknya orang makmal tengok muka aku. Selang dua hari, menempek kat makmal dia mintak test urine. Haha. Sabar jelah.


Alhamdulillah, bacaan BP sepanjang 2 minggu normal. Cantekkkk kata nurse, pen hitam je semuanya. Hihi. Nurse yang jaga aku cuti so nurse lain take over. Result urine pun normal. Berat naik 600 gram. So far berat dah naik 5.6 kg. Omaigodddd!! Perut pun cepat besar. Baru 22 weeks dah macam mengandung 7 bulan. :p


Patutnya kena review dengan doktor pulak tapi sebab result okay, nurse cakap tak payah la. Biar dia tunjuk je result tu kat doktor & doktor sign. Settle! 20 minit je kat KK, efisien pulak dorang buat kerja bulan puasa nie.


30hb Mei nie kena minum air gula. Tak puasa la jawabnya. Huhu. Hopefully semuanya baik-baik je. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Khamis haritu (2 Mei) buat details scan. Pada aku, details scan wajib dibuat untuk kita check perkembangan baby secara menyeluruh. Dalam masa sama boleh detect sebarang masalah pada kandungan. Zara dulu buat masa 24 weeks (boleh baca sini - DETAILS SCAN ZARA).


Aku set appointment kat Klinik Anda Slim River. Booking by Whatsapp. Bilik scan tak besar mana tapi selesa. Ada disediakan sofa & TV untuk suami/peneman tengok baby. Gambar clear. Keadaan dalam klinik selesa sangat. Bersih. Cantik. Wangi.

*Picture source : FB Klinik Anda. Lupa nak snap gambar sendiri.*

Sono letak je benda alah tu kat perut, tahu tak apa benda pertama yang keluar kat skrin TV? Gender. Hahaha. Takde kepit-kepit malu punya. Terang-terang dia tunjuk. Adoiii, bijak betul anak ibu nie. Macam tahu-tahu je ibu nak sangat tahu jantina dia. Sono kata confirm tettttt. :p


Adik aktif betul. Sampai sono kena pujuk dia duduk diam kejap sebab susah nak capture part yang sono nak check. Yang kelakarnya adik dengar cakap pulak tu, hehe. Penerangan pun jelas. Alhamdulillah, semuanya normal. Organ lengkap dan sempurna. So far berat adik 356 gram. Cuma uri je ke bawah sikit, dekat dengan laluan tapi tak tutup laluan. Dia pesan tak perlu risau sebab adik kecik lagi. Uri boleh naik. Adik tolong ibu naikkan uri tu ye. Adik sayanggg ibu kannn....

*Agak-agak boy ke girl? Kasi surprise duluuuuuu.*

Suami seronok tengok anak dia. Nie first time dia tengok adik live. Selalu tunjuk gambar scan je. Zara pulak faham tak faham. Dia tengok skrin TV tapi dia lebih risaukan ibu. Takut sono nak sakitkan ibu. Kejap-kejap dia jenguk apa sono buat. Masa sono tolong lap gel, dia buat sedih kat situ. Hahahaha. Silap hari bulan nanti, adik buli kakak tau sebab kakak hati tisu sangat.


Total details scan RM 165. Dapat beberapa keping gambar dan full report scan. Bila tengok adik, rasa excited nak buat persiapan barang-barang dia pulak. InsyaAllah apa ibu buat kat Kakak Zara dulu, ibu buat kat adik jugak. Biar sama-sama adil. Suami cakap adik macam ikut muka aku. Pandai-pandai je dia buat andaian. Tak kisah la muka ayah ke muka ibu ke, janji selamat semuanya. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Berat terlebih 2 kg uolss. Dari 53.3 kg ke 56 kg. Itulahhhh happy sangat berat naik sikit bulan lepas, sekali hambekkk kau! Tak pasal kena check BP 2 kali seminggu. Nurse tak bagi check kat farmasi sebab diorang nak check BP + urine. Zara dulu takde pulak check urine, tu pasal boleh check kat farmasi. Ingatkan pregnancy kali nie terlepas tapi kena jugak. Hmmmm, apa boleh buat. Terpaksalah #redha sekali lagi. Adoii.


Walaupun berat sangkut, yang lain semua okay. HB (11.8), tekanan darah, check perut, result darah semuanya normal. Nurse takde check degupan jantung baby. Nurse tanya dah rasa baby gerak ke? Alhamdulillah, dah rasa. Adik agak aktif dan cepat rasa berbanding Zara. Zara dulu 20 weeks sikit-sikit je rasa dia gerak. Adik kerap sangat rasa. Kuat pulak tu. Baby boy kotttttt?? Hahaha. Entah la. Tak check gender lagi. Of course mengharapkan baby boy lepas dah ada anak perempuan tapi kalau girl lagi, ibu okay je. Asalkan sihat dan sempurna.


Oh ya, result air gula pun dah tahu. Alhamdulillah, normal. Patutnya repeat masa 28 weeks tapi sebab isu terlebih berat nie, doktor bagitahu nurse kena minum awal, masa 24 weeks. So next check-up la kena minum. Huhu. Aku on je, dengan harapan semuanya berjalan lancar. Aminnnnn.....


Harini bawak Kakak Zara sekali ke KK. Dan sudah semestinya drama air mata masa ibu kena cucuk amik darah berlaku. Hati tisu betul Zara nie tau! Tak boleh ibu sakit sikit. Dia pulak yang over. Okay la, sampai sini dulu. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Saat entry nie ditulis, dah 2 minggu Zara wean-off. Perasaannya alahaiiii.... Sedih. Tapi ada bagusnya untuk kebaikan adik dia dalam rahim nie. Sebelum pregnant lagi dah plan nak wean-off kan si manja sorang nie. Dari umur dia 2 tahun. Macam-macam cara buat tapi tak berjaya. Dapat tahu pregnant, lagi aku usaha nak wean-off sebab risaukan kandungan. Kalau ikut kata nurse selagi takde rasa sakit perut or pendarahan, takde masalah nak continue breastfeed. Okay lahhhh. Dalam hati doa jelah supaya kedua-dua anak aku (Zara & adik) terpelihara.


Cuma aku perasan sejak mengandung Zara dah kurang menyusu. Boleh kira dalam sehari tu. Siang ada la 1-2 kali. Malam memang kena bagi, supaya dia boleh tidur. Selalu terfikir macam mana la nak tinggal dia time deliver nanti? Huhu. Allah Maha Kuasa. Masuk usia kandungan 4 bulan, tetiba Zara taknak menyusu. On the spot! Takde bagi hint. Padahal malam sebelum elok je dia menyusu. Aku pulak naik risau. Kita bagi dia tolak. Eh ibu nie!!! Tadi dia beria nak wean-off, pastu dia yang tak boleh terima hakikat.


2 tahun 8 bulan menyusukan Zara. Bila fikir balik takpelahhhh. Dah lebih dari usia sepatutnya pun dia menyusu badan. Mak kata maybe rasa susu dah lain. Or kata lain, susu nie bukan susu dia dah tapi susu adik. Susu tepung dia taknak. Harapkan susu HL je.


Entry nie ibu dedikasikan khas untuk puteri kesayangan ibu, Eidzara Azzalea. Terima kasih sebab jadi partner yang best. Macam-macam kita lalui sepanjang journey nie. Of course ibu akan rindu moment kita. Ibu halalkan setiap titik susu ibu yang Zara minum. Semoga jadi anak solehah dan yang baik-baik saja untuk Zara. Ibu sayang Zara. Sayang hingga akhir nyawa.



Love,
Nor Fatin Nadhirah


Assalamualaikum ♥


Harini kena minum air gula. Start 10 malam semalam dah puasa. Appointment pukul 8 pagi. Ambik darah, pastu kat situ jugak nurse bancuh air gula pastu terus kena minum. Minum secara individu depan nurse okayyy.. Manisnya air gula kat sini. Rasanya ada 6 kali teguk baru habis. Nasib baik takde rasa loya ke apa, cuma asyik sendawa je. Haha. Settle minum, kena bawak sampel darah tadi ke makmal then tunggu 2 jam untuk cucuk lagi sekali.




After 2 jam yang sendu, ambik darah lagi sekali. Then hantar sampel darah kedua ke makmal then boleh balik. Oh ya, harini tak bawak Zara. Dia tidur, malas nak kejut. So takdelah drama airmata untuk episod kali nie. Result dapat tahu next check-up. Hopefully okay dan normal. Nurse kata kalau normal, kena repeat minum air gula masa kandungan 28 minggu. Ohhhh, biarlah minum kali kedua pun janji result cantekkkkk.




Semoga membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥




UPDATED 29 APRIL 2019



Result ujian MGTT
Sebelum : 4.1 mmol/L
Selepas : 5.4 mmol/L



Normal, Alhamdulillah. (^_^)




Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Check-up time!! Memula ambik darah. 2 kali kena cucuk. Sama macam haritu, darah taknak keluar. Haihhhhh. Zara dah meleleh airmata tengok ibu kena cucuk. Drama airmata lagi. Banyak jugak nurse sini ambik darah. Seingat aku masa check-up pregnantkan Zara, nurse cucuk kat hujung jari dan letak sampel darah kat mesin apa ntah then keluar result HB. Kat sini lain pulak. Result darah bukan setakat HB je. Macam-macam result lagi, siap graf bagai. Lebih details. Faham tak faham je nak baca.


Result HB (11.5), urine, darah, tekanan darah semuanya okay. Alhamdulillah. Nurse check perut, katanya dah rasa ketulan. Aku tanya ketulan apa. Dia kata ketulan baby. Nurse tanya dah rasa baby gerak ke? Belum. Awal lagi kot. Zara dulu 18-19 weeks baru rasa, tu pun sikit-sikit. Nurse takde pulak check degupan jantung baby. Next check-up kot.


Berat? Dari 51 kg ke 53.3 kg. Naik 2.3 kg. Haha. Nurse tak bising. Dia kata setakat extra 1 kg takpe lagi. Eh, camtu pulak ek? Apa pun kena kawal jugak. 18hb April nie kena minum air gula. Hopefully semuanya okay.


Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Pregnancy kali nie check-up kat KK Bidor. Memula kena ambik darah untuk HIV test, HB dan apa benda entah nama satu ujian tu. Lupa. 4 kali kena cucuk sebab darah tak keluar. Adoiiii. 2 orang nurse kerjakan tangan aku. Cucuk kat pelipat kiri kanan, dua-dua darah tak keluar. Sudahnya aku suggest kat nurse, “cucuk la kat atas tapak tangan saya nie sebab urat timbul”. Hahaha. Itu pun 2 kali cucuk baru dapat. Entah apa yang susah pun tak tahu la. Zara pulak boleh nangis kat situ tengok ibu kena cucuk banyak kali. Adoiii... Macam-macam hal.


Pastu bawak sampel darah ke bahagian makmal. Check urine sekali. Dapat result, pergi semula ke bahagian ibu & anak. Jumpa nurse. Dia bukakan buku. Yang bestnya kat sini, kita akan dijaga oleh nurse yang sama je sepanjang pregnancy. Nurse aku namanya Nurse Arifah. Kat KK Cheras Baru dulu, ikut je mana-mana nurse yang free. Maybe sebab ramai.


Berat permulaan 51 kg. Hopefully tak naik mendadak. Cek tekanan darah, HB (13), perut semuanya okay. Result HIV Test negatif. Nurse check breast, kaki, leher pun okay. Settle jumpa nurse, tunggu turn jumpa doktor pulak untuk scan. Alhamdulillah, adik baby membesar dengan jayanya. Ikut due date. Pastu kena pergi bahagian pergigian untuk check gigi. Nervous weyyy. Dah la takut jumpa doktor gigi. Haha. Nasib baik check je. Doktor gigi pun baik. Hilang nervous iolss.


Last sekali ke bahagian farmasi untuk ambil ubat. Banyak perjalanannya nak buka buku. Kejap sini kejap sana. Bukak buku kali nie tak payah bayar pulak. Maybe monthly check-up nanti kot baru bayar. Nurse Arifah bagitahu sepanjang pregnancy dia akan datang melawat kat rumah atleast 4 kali. Nak tengok emosi ibu kat rumah macam mana. :p


Adik baby, let’s start our journey together. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. (^_^)



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah. Syukur kepada-Mu Ya Allah. Aku tengah mengandungkan anak kedua. Usia kandungan dah 13 weeks. Due date InsyaAllah pertengahan September. Dapat tahu pregnant masa 4 weeks. Kandungan 8 weeks baru buat confirmation + scan kat klinik. Alhamdulillah, adik baby membesar dengan sihat. Selari dengan usia dia. Syukurrrrr. (^_^)


Lama jugak aku & suami tunggu kandungan kedua nie. Bila Zara masuk setahun, kitorang plan nak dapatkan adik untuk dia tapi tiap bulan failed. Awal 2018 pregnant tapi keguguran. Mesti ada hikmah kenapa semua tu jadi. Mungkin kitorang belum ready dari segi ekonomi or tanggungjawab. Wallahualam. Dan awal 2019, pregnant lagi. Alhamdulillah. Allah sebaik-baik perancang. Usaha, doa dan tawakal. InsyaAllah.


Semoga kandungan nie berjalan lancar dan dipermudahkan segalanya. Lagi-lagi masa proses kelahiran nanti. Nervous bila teringatkan moment bersalin tapi tetap kena kuatkan semangat. Hehe. Terima kasih Ya Allah untuk peluang kedua nie. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. (^_^)



Love,
Nor Fatin Nadhirah

Sambungan HATYAI PART 1

Aktiviti hari kedua, jalan jalan cari pasal makan angin kat Songkhla. Skip breakfast sebab semua terlajak tidur. Penat kauuuuu. Tempat pertama kitorang singgah di Pulau Ko-Yo. Just bergambar di jeti kayu tepi sungai. Panas tapi angin kuat giler. Layannnnnnnn.....





Tak jauh dari jeti kayu tu, boleh tengok patung sleeping Buddha. Nama tempatnya Wat Laem Pho. Besar betul patungnya. Apa aku perasan, kebanyakkan patung kat Hat Yai nie mesti kaler gold. Kenapa eh? Hmmm....



*Layan aiskrim time panas memang terbaikkkkkk.*

Next ke Songkhla Oldtown. Kawasan bangunan lama. Macam kat Ipoh. Sesuai la untuk kaki Instagram. Ada street art tapi kitorang tak cari pun. Kesian adik aku nanti kena duduk lama dalam kereta. Bergambar kat dataran oldtown tu je.


*Tiang elektrik nie asyik bunyi zettt zettt zettt. Seram aku weiii. Haha.*

Pastu singgah satu tempat nie. Aku pun tak tahu apa nama tempat tapi banyak giler burung merpati & monyet. Siap ada stall jual makanan haiwan. Monyet kat situ agresif giler. Pantang nampak bakul makanan, laju je kejar. Kakak ipar aku kena terkam. Siap panjat badan dia. Hahaha. Kesian tapi kelakar. Tergelak-gelak kitorang.


Lunch di Subaidah Restaurant. Makanan dia sedap tapi tak boleh lawan Kai Tod Decha. Selesai lunch terus ke Samila Beach. Bergambar di Cat & Rat Statue dan Mermaid Statue. Port wajib bergambar kalau sampai sini. Baru-baru nie keluar news katanya dua-dua statue nie kena bom. Sapa laaaa punya kerja tu ye. 

*Budak takut laut.*



Kat sini boleh naik kuda. 150 THB/person. Kalau nak bergambar atas kuda, 50 THB/person. Nak naik dengan Zara tapi tak boleh naik dua orang. Pastu terus queue kat patung mermaid. Ramai nauu orang. Ada manusia tak reti adab main panjat je padahal orang lain beratur. Dah tak pasal kena sound. Nasib faham sebab dia orang Malaysia. Memalukan betul. Haihhhh....


Last destination di Songkhla, The Serpent Nag. Actually naga nie ada 3 bahagian. Ekor, badan dan kepala. Semua kat tempat berbeza. Kitorang ke kepala naga je. Serupa macam Merlion kat Singapore. Settle bergambar, balik hotel rehat-rehat dulu sebelum keluar lagi. Hahaha.


Naik tuk-tuk (again, haha) ke Lee Garden Walking Street. Woww meriah betul kat sini. Pelbagai jenis makanan, cover passport (nie yang aku aim dari awal) dan ehhh segala macam benda la. Ramai orang Malaysia je kat sini. Sebenarnya kat semua tempat pun sama. Rasa macam bercuti dalam negara. Ada sembang dengan sorang local people nie. Kata dia kalau takde orang Malaysia, bandar Hat Yai mati. Sebab tu polis Thai jaga orang Malaysia...... Ohhhh, gituuuuu.

*Seronok Zara naik tuk-tuk.*


*Pulut mangga.*


*100 THB/pcs. Free name & 1 charm. Additional charm 20 THB/pcs.*

Esoknya last day di Thailand. Breakfast di Chabura Dimsum. Okay la, tak kenyang sangat tapi teringin nak makan tempat viral. Bedal jelah, hehe. Pastu shopping di 7-Eleven. Tak tahu la berapa belas kali kitorang keluar masuk 7-E. Pantang nampak mesti singgah. Betul la orang cakap 7-E kat Hat Yai best. Memang best! Dapat masuk 7-E yang rajin restock barang lagi best. Rasanya duit banyak habis kat 7-E je. Haha.


*WAJIB singgah.*

*Hati-hati tau, jangan terbeli yang takde logo halal. Yang halal harganya mahal sikit.*



*Try beli. Memang sedap, pekat, likat. Adoiii. Teringin pulak teh ais dia. Huhu.*

Last sebelum balik Malaysia, singgah pekan Dannok (or nama lain Sadao) untuk habiskan duit Baht yang ada. Sejujurnya percutian ke Hat Yai lebih kepada food hunting. Makanan memang best dan sedap. Kalau tempat lawatan biasa-biasa je. Apapun, thanks Hat Yai for the memories.


*Pulut ayam.*


InsyaAllah nanti boleh repeat lagi untuk food hunting. Pergi dengan suami pulak. Banyak tak sempat makan sebab kenyang yakmat. Haha. Hat Yai, checked! Bye. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates