facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum ♥


Selasa lepas (9 Julai) ada appointment kat PPUM. Sampai kaunter pendaftaran, tekan button A (Obstetrik) dan tunggu nombor dipanggil. Orang tak ramai pagi tu, so kejap je dah sampai turn aku. Serah dokumen yang diorang perlukan (boleh baca sini - BOOKING BERSALIN DI PPUM). Buku pink pun sama. Staff kaunter akan bagi satu kertas list bayaran dan kita kena buat bayaran (deposit tempahan bersalin dan ujian saringan bayi) di kaunter pembayaran kat lobi hospital.

*Ruangan menunggu kaunter pendaftaran.*

Settle buat bayaran, pergi semula ke kaunter pendaftaran dan tunggu nombor dipanggil untuk kali kedua. Tak payah ambik nombor baru. Bila nombor dipanggil, serah resit bayaran dan kena buat bayaran pendaftaran dan scan pulak. Pastu staff akan bagi kad temujanji dan boleh la ke klinik Ante-natal.

*Kaunter pembayaran kat lobi.*

Di klinik Ante-natal, serah kad temujanji tadi kat kaunter jururawat. Then kena check urine dan timbang berat. Berat aku 63.5 kg. Check tekanan darah dan tunggu nurse panggil untuk bukak file. Masa bukak file nurse akan tanya serba sikit pasal pregnancy dan banyak rujuk maklumat dari buku pink. Nurse bagitahu kena buat test darah tapi sebelum tu pergi scan dulu kat tingkat 1.

*Klinik Ante-natal.*

Sebab dah 30 minggu, sono tak dapat buat details scan, buat growth scan je. Tapi growth scan kat sini bukan biasa-biasa. Hampir detail jugak la. Alhamdulillah, semuanya okay. Jangkaan bersalin pun ikut due date. Uri dah naik sikit tapi still low lying. Takde masalah kata sono. So far okay lagi. Kedudukan adik dah melintang, kepala nak ke bawah. Aku tanya la usia berapa minggu kepala baby kat bawah? Sono kata 34 minggu. Anggaran berat 1.4 kg. Wowww. Sesihat ibunya. Hihi. Saja request nak re-confirm gender. Jeng jeng jeng.... Surprise!! Nanti aku share gender dalam entry 3D/4D. Hikhik.... :p

*Kaunter kat bahagian scan. Nak set appointment untuk scan kena ke sini.*


Selesai scan, naik balik ke klinik Ante-natal pastu pergi bilik 12 untuk ambik darah. Sebelum tu kena buat bayaran dulu. Bayar kat kaunter pendaftaran memula tadi. Tak payah ambik nombor. Just pergi mana-mana kaunter 2 - 6 yang kosong dan serah borang ujian darah. Ujian darah yang diorang buat ialah Hepatitis B dan GSH. Nurse kata wajib buat test Hepatitis B kalau nak bersalin sini. Tujuannya untuk pastikan ibu takde Hepatitis B. Kalau positif, sebelum nak menyusukan baby lepas deliver, pihak hospital akan buat suntikan dulu kat baby supaya tak berjangkit. GSH pulak untuk tahu jenis darah or whatsoever. Walaupun dalam buku pink dah tulis jenis darah, diorang nak betul-betul confirmkan supaya takde jadi masalah if ada complication masa bersalin.

*Bilik 12. Untuk ambik darah or minum air gula.*

Tunggu pulak nombor dipanggil untuk jumpa doktor. Doktor in-charge haritu ya ampunnnnn berhemahnya lahaiii. Very soft-spoken. Nak tanya soalan sensitif contoh merokok ke tak pun nak mintak-mintak maaf. Haha. Doktor nanti tanya macam-macam soalan + refer buku pink dan check perut. Oh ya, aku still dalam Team C. Sama macam masa Zara dulu. Since takde apa-apa masalah, next appointment lagi 6 minggu. So masa tu dah 36 minggu. Check-up + scan. Sepatutnya first check-up nie kena attend ceramah tapi sebab aku ada kat tempat scan masa ceramah start, nurse kata next appointment la join.

*Bilik doktor.*

Last sekali pergi balik ke kaunter pendaftaran untuk set tarikh next appointment. Appointment untuk scan kena turun ke tingkat 1 (bahagian scan). Nasib baik dapat tarikh sama. So, my next appointment is 20 August. Suami kata terus duduk rumah mama dia jelah, tak payah balik Bidor. Lagipun 36 minggu dah full-term. So anytime je boleh bersalin. Baiklahhhh suamiku.


Itu jelah serba sikit (sikit ke? hahaha) yang aku boleh share. Harga untuk setiap bayaran boleh rujuk kat bawah. Hopefully entry nie membantu pada yang tengah blur-blur tu. Oh ya, aku ada tanya kalau kata la tak dapat bersalin kat PPUM, deposit tempahan tadi macam mana? Staff kata boleh refund tapi kena tunjuk resit original dan surat bersalin dari hospital yang korang bersalin. So nasihat aku, semua resit original better simpan dalam satu file supaya tak hilang. Okay lahhh, tu je. Bye. (^_^)

*Kegemukan melanda. Hahaha.*


SENARAI HARGA SERVIS YANG PERLU DIBAYAR (setakat Julai 2019)

Deposit tempahan bersalin : RM 500
Ujian saringan bayi : RM 80 (Optional, nak buat atau tak. Aku buat)
Pendaftaran : RM 31
Scan : RM 20
Ujian Hepatitis B dan GSH : RM 48


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Minggu nie banyak benda nak story. Kita mula dengan check-up kat KK. Memandangkan dah start check-up 2 minggu sekali, harini tak payah ambik darah or check HB. Just check urine, tekanan darah, tinggi rahim dan degupan jantung adik. Berat dah 63.8 kg. Naik 2 kg. Extra 1 kg. Nurse kata tengok balik next check-up macam mana. Kalau still terlebih naik, maybe kena minum air gula kali ketiga. Ohhhh noooo!!! Stress aku bila fikir bab berat nie. Nak kata makan lewat malam ke, takdelah pulak. Maybe sebab duduk rumah je pastu tak banyak aktiviti nak dibuat. Huhu. Sabar jelah. Nurse pesan jangan diet. Hmmmm, yelahhhhhhh.


Tinggi rahim pun terlebihhhhhh. Sepatutnya 30 cm tapi nie 32 cm. Nurse kata anak awak besar ke nie? Hahaha. Entah la nurse. No komen. Tapi memang aku rasa pregnant kali nie perut cepat besar. Pregnant 3 bulan dah nampak. Sekarang 7 bulan lebih tak payah cakap la. Macam dah nak bersalin dah aku tengok. Zara dulu masuk 5 bulan baru nampak perut. Hadoiiii. Ibu makan sedap sangat ke nie dik oii? Nervous ibu tau. Tapi takpelahhhh, asalkan adik sihat. (^_^)


Hopefully takdelah kena repeat minum air gula. Kena kawal sikit pemakanan nampak gayanya. Sekarang kuat minum air manis. Tekak asyik nak air manis je. Apapun, membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. Muahhhhhhh. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Alhamdulillah, genap 31 tahun umur suamiku. Dah tua pun. Sepanjang kahwin tak pernah bagi hadiah birthday kat dia. Kesiannnnnn. Hehe. Tahun nie saja buat surprise. Masa dia mandi, aku letak hadiah atas meja solek. Kebetulan pulak Zara bangun awal. Dia keluar toilet, "ehhh ehhh ada hadiah la" pastu malu nak bukak. Dia suruh Zara yang koyakkan pembalut hadiah. Zara apa lagi... Hopefully suka la ye dengan hadiah tak seberapa tu. (^_^)


Tak ada apa aku mintak selain kasih sayang, tanggungjawab dan kesetiaan dia pada aku dan anak-anak. Tak lama lagi nak jadi bapak kepada dua orang anak dah. Semoga suamiku sentiasa dilindungi Allah SWT, berjaya dalam apa saja yang dia usahakan untuk menyara kami sekeluarga, sihat selalu, dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur dan menjadi suami & ayah yang boleh membimbing kami anak beranak ke jalan Allah. Selamat hari lahir suamiku. Sayang & anak-anak love you. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Check-up paling lama harini. Setengah hari kat KK sampai Zara naik bosan. Memula macam biasa, daftar and tunggu kena panggil ambik darah. Hantar sampel darah ke makmal & buat urine test. Alhamdulillah, semuanya baik-baik je. HB (11.7), tekanan darah, urine, degupan jantung adik (136), dan tinggi rahim (29 cm). Berat 61.8 kg. Naik 3.8 kg, extra 1.8 kg. Hahahahaha. Ya ampunnnnnn, berapa kilo lagi berat nak naik nie? Huhu. Seram iolss. Nafsu makan macam kuda. :p


Kena suntikan kancing gigi. Second pregnancy ke atas, kena cucuk sekali je. Nasib baik tangan tak kebas. Just bengkak je area tempat cucuk tu. Buat pertama kali Zara tak nangis tengok ibu kena cucuk. Dia pun dah jemu kot tengok.


Settle cucuk, tunggu jumpa doktor untuk scan. Lama weyy tunggu. Dari penuh orang sampai tinggal berapa kerat je baru nama kena panggil. Alhamdulillah, result scan semuanya okay. Berat adik dah 1.1 kg. Wahhh, dah besar dah dia ehhh. Tak sabar ibu nak scan 3D/4D. Nak tengok ikut muka sapa. Dah kena kira pergerakan adik. Dan bermulalah check-up selang 2 minggu. Kejap je rasa masa berlalu. Tak lama lagi nak bersalinkan adik pulak. Ibu serammmmm + excited. (^_^)


Okaylah, sampai sini dulu. Sorry la sekarang asyik cerita pasal pregnancy je. Iolss kan surirumah, takde benda best nak cerita selain pregnancy story. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥

*Peneman setia ibu.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah


Assalamualaikum ♥

Dari awal mengandung aku pasang niat nak bersalin lagi kat PPUM walaupun dah pindah Perak. Entah kenapa rasa seronok bersalin situ. Tapi memikirkan jauh, pendam jelah hajat tu. Suami pun syorkan bersalin kat Teluk Intan sebab senang nak pantau anak bini & kedai. Takpelahhhhh, kita #redha sajoooooo. Pastu bagaikan bulan jatuh ke riba, masa kandungan 5 bulan lebih suami tanya, “Sayang cakap betul-betul nak bersalin mana? Sini ke PPUM?”. Helloooo, mesti la aku pilih PPUM. Suami kata boleh tapi dengan syarat aku & Zara kena duduk rumah parents dia 2 minggu sebelum due date. Bila nak bersalin baru dia datang KL. Amacam, okay ke? Hahhhhh, nak bersalin PPUM punya pasal, tak setuju pun jadi setuju. Hihi... Thank you suamiku. ♥


So 28 May haritu kitorang pun turun KL. Sampai klinik O&G, tekan button B (Tempahan Bersalin) dan tunggu nombor dipanggil. Untuk booking nie tak perlu bayar papepun. Just bawa IC dan buku pink. Nanti staff kaunter akan bagi satu tarikh untuk first appointment (first check-up). Haaa, masa first appointment tu nanti baru bayar. Senarai bayaran boleh rujuk gambar kat bawah.


Staff yang terima booking kata dah agak lewat aku datang (24 minggu). Tarikh appointment dapat 9 Julai. Sepatutnya tak lebih 4 minggu dari tarikh booking (untuk usia kandungan aku) tapi nak buat camne. Bulan Jun dah full. Tu pun dia cari date paling awal untuk Julai. Dia pesan next pregnancy datang booking awal, 3 bulan pregnant dah datang. Aku okay kan je. Haihhhh, yang no 2 pun belum keluar, dah cakap no 3. Kahkahkah... Then turun bahagian scan untuk set tarikh. Lucky me, dapat tarikh sama. Cuma kali nie tak dapat details scan sebab kandungan dah besar. It’s okay, aku kan dah buat details scan masa 20 minggu haritu. (^_^)


Settle bahagian scan, dah boleh balik. Oh ya. Sebelum datang PPUM, aku ada call dulu tanya masih boleh booking lagi atau tak. Yelah, buatnya aku datang jauh-jauh pastu tak boleh booking, buat penat je. Google sana sini & tanya dalam group FB, macam tak membantu jawapannya. Nak senang aku tanya direct pada PPUM. Menurut kata staff yang jawab call aku, boleh booking lagi sebelum kandungan 30 minggu. Tapi aku syorkan better korang datang booking awal, atleast before 5 months pregnant.


Nanti aku share story masa first check-up pulak ye. Hopefully this entry dapat membantu. Thanks for reading. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum ♥

Salam 10 Syawal. Raya tahun nie sepatutnya #teamrayarumahmertua tapi kitorang anak beranak beraya dulu kat rumah mak ayah aku. Suami risau nak tinggal kedai, dia malas nak susahkan ayah aku gi jenguk kedai. Nasib family mertua memahami. Nie pun tak balik lagi beraya kat sana. Next week kot.


Tema baju raya tahun - mustard untuk aku & Zara dan cream untuk suami. First time tak sedondon sebab buat persiapan last minute. Tu pun ala kadar je. Makin tua makin malas pulak nak buat persiapan raya. Lagi pulak tengah mengandung nie. Bertambah malas kuasa lima jawabnya.


Macam tahun lepas aku semangat pasang pelamin raya untuk bergambar. Tahun nie buat photobooth je. Tu pun simple. Senang cerita tahun nie mood beraya memang tak berapa nak ada. Zara jelah happy sebab dapat banyak duit raya. :p


Okay la. Tu je dulu nak update. Malas pulak nak menaip. Haihhhhh banyaknya malas. Asyik malas je kebelakangan nie. Huhuhuhuuuuuuuuu....


*Selamat hari raya acik-acik semua.*


Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Baru selesai check-up. Prosedur yang sama setiap bulan. Cek tekanan darah, urine, HB (11.7) dan berat. Alhamdulillah semuanya normal. Berat dari 56 kg to 58 kg. Nurse kata okay je. Dah boleh naik 2 kg sebulan. Harini kena minum air gula untuk kali kedua. Sedap sikit kali nie, ada rasa masam-masam limau. 4 kali teguk, settle!! Result air gula dapat tahu next check-up. Adik bukan main aktif lepas minum air gula. Hihi.


Then nurse cek degupan jantung adik for the first time! Ingatkan KK sini takde check guna Doppler. Rupanya 6 bulan ke atas baru diorang cek. Alhamdulillah, degupan jantung (148) dan tinggi rahim (24 cm) normal. Lama jugak nak dapatkan bacaan sebab adik main lari-lari. Nurse kata dah boleh buat persediaan from now. Okayyyy, dah boleh la selongkar balik barang-barang Zara dulu. Mana yang masih elok, pakai jelah. Nanti topup je mana tak cukup.


Oh ya, aku ada tanya nurse. Andai kata berat naik terlebih lagi lepas ni macam mana? Just cek tekanan darah + urine macam haritu ke? Nurse kata NO. Kalau berat naik mendadak, boleh kena repeat minum air gula lagi. Ada tu sampai 4 kali kena minum. Omaigooodddd. Hopefully result kali kedua nie normal dan berat pun tak naik melampau sampai waktu nak bersalin nanti. 


Okay la, tu je dulu nak bebel. Harini agak tenang sebab Zara tinggal kat rumah. Malas nak kejutkan dia. Next check-up kena cucuk kancing gigi dan growth scan. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥


UPDATED 26 JUN 2019

Result ujian MGTT kali kedua
Sebelum : 4.7 mmol/L
Selepas : 6.9 mmol/L

Alhamdulillah. Normal tapi bacaan agak tinggi kali nie.
Bahana kuat minum air manis. Huhu.


Love,
Nor Fatin Nadhirah


Tema : Unicorn
Jemputan : 30++ paxs

MAKANAN
Pizza Hut
Kek birthday
Bihun goreng *
Fishball *
Aiskrim malaysia *
Buah-buahan *
Air kordial *
Muffin *
Nasi hujan panas *
Ayam masak merah *
Nasi impit *
Lontong *

- Menu bertanda * buat sendiri -


DECO
Birthday banner : Kedai RM 2 - DONE
Birthday flag : Kedai RM 2 - DONE
Birthday girl name : DIY sendiri - DONE
Topper cake : Shopee - DONE
Topper muffin : Shopee - DONE
Aksesori atas meja kek : Guna barang-barang pelamin - DONE
Birthday party aksesori : MR DIY - DONE
Pinggan, cawan, sudu, garfu plastik : Kedai RM 2 - DONE


BAJU
Unicorn dress : Shopee - DONE


UPDATED 05 JUNE 2019

Assalamualaikum ♥

Akibat nafsu makan yang menjadi-jadi sejak masuk 2nd trimester, nie la padahnya. Harini pergi KK untuk review result BP & urine. Naik muak agaknya orang makmal tengok muka aku. Selang dua hari, menempek kat makmal dia mintak test urine. Haha. Sabar jelah.


Alhamdulillah, bacaan BP sepanjang 2 minggu normal. Cantekkkk kata nurse, pen hitam je semuanya. Hihi. Nurse yang jaga aku cuti so nurse lain take over. Result urine pun normal. Berat naik 600 gram. So far berat dah naik 5.6 kg. Omaigodddd!! Perut pun cepat besar. Baru 22 weeks dah macam mengandung 7 bulan. :p


Patutnya kena review dengan doktor pulak tapi sebab result okay, nurse cakap tak payah la. Biar dia tunjuk je result tu kat doktor & doktor sign. Settle! 20 minit je kat KK, efisien pulak dorang buat kerja bulan puasa nie.


30hb Mei nie kena minum air gula. Tak puasa la jawabnya. Huhu. Hopefully semuanya baik-baik je. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥



Love,
Nor Fatin Nadhirah

Assalamualaikum ♥

Khamis haritu (2 Mei) buat details scan. Pada aku, details scan wajib dibuat untuk kita check perkembangan baby secara menyeluruh. Dalam masa sama boleh detect sebarang masalah pada kandungan. Zara dulu buat masa 24 weeks (boleh baca sini - DETAILS SCAN ZARA).


Aku set appointment kat Klinik Anda Slim River. Booking by Whatsapp. Bilik scan tak besar mana tapi selesa. Ada disediakan sofa & TV untuk suami/peneman tengok baby. Gambar clear. Keadaan dalam klinik selesa sangat. Bersih. Cantik. Wangi.

*Picture source : FB Klinik Anda. Lupa nak snap gambar sendiri.*

Sono letak je benda alah tu kat perut, tahu tak apa benda pertama yang keluar kat skrin TV? Gender. Hahaha. Takde kepit-kepit malu punya. Terang-terang dia tunjuk. Adoiii, bijak betul anak ibu nie. Macam tahu-tahu je ibu nak sangat tahu jantina dia. Sono kata confirm tettttt. :p


Adik aktif betul. Sampai sono kena pujuk dia duduk diam kejap sebab susah nak capture part yang sono nak check. Yang kelakarnya adik dengar cakap pulak tu, hehe. Penerangan pun jelas. Alhamdulillah, semuanya normal. Organ lengkap dan sempurna. So far berat adik 356 gram. Cuma uri je ke bawah sikit, dekat dengan laluan tapi tak tutup laluan. Dia pesan tak perlu risau sebab adik kecik lagi. Uri boleh naik. Adik tolong ibu naikkan uri tu ye. Adik sayanggg ibu kannn....

*Agak-agak boy ke girl? Kasi surprise duluuuuuu.*

Suami seronok tengok anak dia. Nie first time dia tengok adik live. Selalu tunjuk gambar scan je. Zara pulak faham tak faham. Dia tengok skrin TV tapi dia lebih risaukan ibu. Takut sono nak sakitkan ibu. Kejap-kejap dia jenguk apa sono buat. Masa sono tolong lap gel, dia buat sedih kat situ. Hahahaha. Silap hari bulan nanti, adik buli kakak tau sebab kakak hati tisu sangat.


Total details scan RM 165. Dapat beberapa keping gambar dan full report scan. Bila tengok adik, rasa excited nak buat persiapan barang-barang dia pulak. InsyaAllah apa ibu buat kat Kakak Zara dulu, ibu buat kat adik jugak. Biar sama-sama adil. Suami cakap adik macam ikut muka aku. Pandai-pandai je dia buat andaian. Tak kisah la muka ayah ke muka ibu ke, janji selamat semuanya. Membesar dengan sihat dan sempurna anakku. Ibu, Ayah, Kakak Zara sayang adik. ♥


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates