facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .



Assalamualaikum.

Aku sediakan 30 pcs goodies bag untuk kumpulan marhaban dan tetamu rapat. Malas nak buat banyak, taknak episod “doorgift banyak balance” terjadi lagi. Hmmm. Tu pun ada lebih sebab makcik marhaban tak ramai. Bajet 15 ke 20 orang tapi yang datang cuma 8 orang.


Antara barangnya ialah kain batik viral, surah Yassin (recycle doorgift Zara 3 tahun lepas) dan air kotak. Kain batik beli dari Shopee. Memula nak beli design sama tapi susah pulak nak dapat kuantiti banyak. So terpaksa beli 2 design berbeza. Aku pilih corak ala Sarawak. Harga RM 6.50/pcs. 


 Gift bag beli kat kedai RM 2. Satu pek ada 4 pcs. Aku beli 6 pek. Memandangkan ada 2 jenis kain batik, aku pun beli 2 design berbeza. Senang nak agihkan nanti. Total gift bag cuma RM 12. Jimat kan... Nak kasi nampak “mahal”, aku DIY goodies tag. Pastu tambah air kotak (last minute plan). Tak sempat snap gambar. :p


Pastu mak mertua sponsor 100 pcs kek coklat. Alhamdulillah. Boleh bagi kat tetamu lain tapi konsep dia sapa cepat dia dapat la. Laku keras sampai aku dapat makan 1 bekas je, tu pun kena share dengan Zara. Haduyaiiii. Aku order sticker mintak tolong dia tampalkan. Beli kat Shopee. Eh, sekarang memang shopping kat Shopee je. Mudah, murah dan jimat tenaga, tak payah keluar cari barang. Harga RM 5.50/55 pcs (1 set). Aku order 2 set. 


Itu jelah idea doorgift untuk majlis aqiqah adik. Hopefully membantu pada sapa yang ketandusan idea. Dalam berbelanja kena berpada jugak. Bagi doorgift tak wajib pun, lebih kepada nak seronokkan hati tuan rumah dan tetamu yang terima je. Jangan sebab nak impress kan orang dengan doorgift mahal umpama kau tu anak raja, poket sendiri menangis kemudian hari. Berbelanja ikut kemampuan. Bye.


Boleh rujuk link dibawah untuk vendor (mungkin ada perubahan harga) :

KAIN BATIK VIRAL 
 http://shopee.com.my/batikfashionclassic

STICKER DOORGIFT 
 http://shopee.com.my/nursham381


Written by :




Assalamualaikum.

Selesai sudah majlis aqiqah puteri kedua ibu ayah pada 29 Februari lepas. Sengaja pilih tarikh "rare" 4 tahun sekali. Happy sangat sebab dapat deco sendiri semua benda. Penat tapi puas. Terasa diri wowwww sangat! Haha.



Belajar dari pengalaman lepas, kali nie aku siapkan adik awal pastu bagi dia tidur. Dengan harapan janganlahhhhh meragam time majlis. Tapi kita hanya mampu merancang ye saudara saudari cikebum cikebum. Adik still moody WALAUPUN DAH TIDUR. Tahu sapa hero of the day? Puting dia. Haha. Sumbat puting senyap, terlepas puting waaaaa waaaaa waaaaaa!! Haihhhh, sabar jelah. Mood kakak pulak A+. Jarang tau Zara nak senyum all the time depan orang yang dia tak kenal. Good job kakak! ♥


Majlis start pukul 10 pagi. Dimulai dengan bacaan Yassin, tahlil baru sesi gunting rambut & nyanyian berendoi. Adik boleh nangis time makcik marhaban nak gunting rambut dia sampai diorang tak berani dah nak sentuh. Cium-cium je sebab nangis kuat sangat! Aduhai anak bertuah nie. Dia dah kenal orang, tu yang nangis bila orang tak kenal pegang-pegang. Oh ya, makcik marhaban datang dari Kg Bikam. Tahu tak diorang taknak bayaran, hmmm. Sediakan goodies bag pun dah cukup kata ketua marhaban. Adoiiii, serba salah betul. Dah la datang kita jemput. Aku selit sikit sumbangan dalam goodies bag supaya tak rasa ralat.







Bab makanan, kitorang order katering. Satu kepala RM 6.50 (tak termasuk kambing aqiqah & upah masak). Menu haritu nasi beriani & nasi putih + ayam masak merah + nenas masak lemak + ulam-ulaman + sambal belacan + air siren (sirap + oren) + teh tarik + buah tembikai + kuih muih. Kambing aqiqah RM 1000, upah masak RM 150, request masak kari. Haral-harap tetamu kenyang. Alhamdulillah, nasib baik makanan cukup.


Kitorang ambik 1 khemah untuk keselesaan tetamu. RM 230 siap scallop + meja 4 unit + kerusi 40 unit + meja buffet & alas meja. Atas meja khemah, aku letak table centerpiece yang aku DIY sendiri (boleh baca sini - DIY TABLE CENTERPIECE) dan hired sorang photographer. Aku tak suka susahkan orang nak kena tolong amikkan gambar. Lagipun aku cerewet. So better hired professional. Settle masalah. Orang pun tak meluat layan kerenah aku. :p


Majlis habis sebelum waktu Zohor. Penat ibu. Adik apatah lagi, moody saja sebab mengantuk. Lama dia tidur lepas settle majlis. Penat sangat la tu. Kesiannnnn. Lega hati bila semua dah selesai dan berjalan lancar. Dua bulan punya planning. Thank you mak ayah & family, family mertua, makcik marhaban, photographer, para tetamu dan semua yang terlibat. Thank you suami sebab banyakkkkkk sangat tolong dari segi tenaga dan duit, hihi. Nanti aku share review berkenaan majlis ye. Jumpa lagi di majlis aqiqah anak ke-3, ooopssss! Bye. :p

My everything. Idzat, Zara dan Yara.





Assalamualaikum.

Alhamdulillah, harini genap si kupu-kupu kecil 6 bulan. Penuh dugaan ye breastfeed journey dengan anak bertuah sorang nie. Everything was okay sampai la seminggu lepas dia lahir. Entah kenapa asyik nangis nangis nangissssss je start haritu. Tak tahu apa tak kena. Stress tak payah cakap. Dah la tengah pantang, anak pulak meragam. Sumpahhhh stresssss!!! Urghhh.


Masuk minggu ke-3, suami bagi cadangan apa kata pam susu pastu cuba bagi guna botol? Takut adik tak puas menyusu. Dia minum kejap-kejap pastu nangis. Hmmmm, baiklah. First time pam, hasil cuma 1 oz. Sedih giler. Betul la anak aku tak puas menyusu. Kesian dia. Ibu pulak stress memanjang, itu pasal susu drop. TERPAKSA top-up susu formula sementara usaha nak buat stok. Aku bagi susu NAN-PRO. Sehari sekali je, takut bagi berlebihan dia reject susu ibu pulak nanti.


Dipendekkan cerita, habis pantang adik makin okay. I think betul la tak puas menyusu buat dia asyik nangis + dugaan berpantang (kata mak). Berjaya buat stok kais pagi makan pagi kais petang makan petang. Pam saja sampai breast pun penat nak layan. Bila stok makin banyak, adik stop susu formula. Ada la dalam 2-3 minggu je dia minum.


Selesai masalah stok, masalah lain pulak. Adik taknak direct feeding! Dah sedap guna botol. Oh noooo.... Demand taknak susu frozen. Setiap kali served susu frozen mesti dia tolak! Aduhai anakkkkkk. Bukan senang ibu nak buat stok sayang oi. Dia nak susu chiller atau fresh je. Yang fresh lagi suka sebab suam-suam gitu. Huhu. Terus tak buat stok susu frozen.

Expired. Siram kat pokok mak biar jadi baja.

Alhamdulillah. Berbekalkan susu chiller & fresh, aku dapat supply demand adik. She’s grow up as a happy baby (yet sangat manja, taknak berenggang langsung). Jadual pam 3 kali sehari. Everyday, takde istilah cuti. 9 pagi, 2 petang dan 7 malam. Setiap sesi boleh dapat 7-8 oz. Kalau mood terlajak happy, boleh cecah 12 oz. Kalau dapat 12 oz memang senyum sampai telinga. Gilir-gilir bagi susu chiller & fresh. Lucky me, malam adik nak direct feeding tapi dengan syarat dia dah betul-betul tidur lena. Mamai agaknya. Kalau tak kena jadi EPMOM (Exclusive Pumping Mother). Itu lagi letihhhhh. Salute habis mak-mak EPMOM. Bukan senang tau. Pagi petang siang malam kena pam.


Pejam celik pejam celik dah 5 bulan lebih best friend dengan breastpump. Walaupun sepatutnya boleh bagi direct tapi nak buat macam mana, ini jalan yang aku kena hadap. Just go with the flow. Kuatkan semangat. InsyaAllah Fatin boleh....!!! Yes!


So far cabaran utama bila nak keluar jalan. Fikir 2-3 kali kalau nak keluar. Tak pernah lagi jalan jauh a.k.a holiday. Setakat jalan-jalan mall boleh la sebab dah pam siap-siap kat rumah tapi make sure keluar tak lama, risau susu habis. Aku tak yakin nak pam kat luar walaupun banyak kemudahan. Dengan nak layan kerenah anak-anak lagi. Takpelahhh, kang elok lawa-lawa terus jadi bibik. Huhu.


Nak kata tak penat tipu la. Aku positifkan diri, ini pengorbanan seorang ibu. Semoga aku dapat susukan adik sama macam Zara dulu. 2 tahun dan lebihhhhh lagi. Pada aku tak kisah la direct feeding ke botol ke, asalkan minum susu ibu dah syukur Alhamdulillah (ayat sedapkan hati sendiri). Semoga dengan susu ibu buat anak-anak ibu menjadi insan yang berakhlak, cerdik, kuat, solehah. Aminnnnnnn.....


Doakan aku kuat dalam perjuangan nie guys. Atas rasa kasih sayang dan tanggungjawab untuk kupu-kupu kecil tersayang, Eliyara Addalea binti Muhammad Idzat Syazwan. ♥

Clingy baby.


Written by :

Assalamualaikum ♥

Segmen DIY lagi. Mentang-mentang majlis anak nak dekat, makin rajin pulak ibu buat projek DIY. Kali nie nak share cara DIY table centerpiece. Versi bajet tapi cantik. Okayyy, jom start.


Potong glitter paper foam ikut saiz tepi polistren. Glitter paper foam boleh beli kat kedai RM 2. Aku guna jarum peniti untuk lekatkan paper foam ke polistren. Nak guna hot glue pun boleh. Pastu double tape tapak frame dan lekat atas polistren, letak kat tengah polistren. Motif double tape frame sebab taknak bagi jatuh. Kemudian baru gubah bunga ikut kreativiti sendiri, nak penuh ke separuh ke terpulang. Aku buat penuh keliling, guna jarum peniti jugak untuk lekatkan ke polistren. Malas guna gam. Nanti nak bukak jugak, simpan. So takdelah rosak bunga-bunga. Polistren beli kat kedai craft. Tak mahal, dalam RM 2/pcs.





Cara nak buat ayat dalam frame aku ada share kat previous entry. Siap bagi sample kosong lagi kalau korang nak edit. Rajin-rajinkan la jari tu klik previous entry okay. Aku buat 4 pcs je untuk 4 buah meja kat khemah. Selain table centerpiece, boleh jugak dibuat sebagai dulang hantaran. Beli polistren saiz besar.

KOS BARANG:

Glitter paper foam : RM 2
Polistren : RM 2 x 4 pcs = RM 8
Frame IKEA : RM 4.90 x 4 pcs = RM 19.60
Bunga : FREE

Senang kannnnn. “Sentimental value” tu yang mahal sebenarnya. Perasaan bila berjaya buat sesuatu dari hasil titik peluh sendiri..... fuhhhh, tak boleh nak describe. Apa-apa pun, selamat mencuba. Bye. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah


Assalamualaikum ♥

Nak cerita masa pantang Yara last year. Pengalaman yang buat aku rasa loser giler sebagai seorang ibu. Bila ingat balik, hmmmm. Dipanjangkan cerita, masa pregnant aku tak amik kisah pun macam mana penjagaan baby masa pantang sebab aku assume sama je macam Zara dulu. Senang. So relaks sudah. Silap besar fikir camtu. Lain anak lain ragamnya ye. 


Yara seorang baby yang SANGAT kuat nangis masa pantang! Bukan biasa-biasa punya nangis. Semua benda tak kena. Tukar pampers - bagi susu - tidur buai - bagi puting pun still nangis. Dah macam Ahmad Albab pulak aku tengok. Huhu. Perasaan aku sangat negatif. Rasa geram + marah bila tengok muka dia. Ya Allahhhhh..... Baru faham perasaan mak-mak yang anak kuat meragam.


3 minggu berlalu - situasi adik masih sama, suami kata try bagi susu guna botol (nasib baik suami sangat supportive bab-bab camni). Maybe adik tak puas menyusu. Aku pam tapi susu drop giler. Mau tak drop kalau dah hari-hari stress. Terpaksa top-up susu formula sementara buat stok. Lepas bagi susu guna botol, nampak la okay sikit. Masih nangis tapi tak kerap. Mak kata dalam pantang je nie dia buat perangai. Hmmmm, aku asyik cakap cepatlahhhh adik besar. Ibu stress camni. Hidup dia dalam buai je sepanjang berpantang. Aku tak enjoy moment berpantang. Tungku ke apa semua tak buat. Berurut je 3 kali. Penutup pantang pun tak berurut. Takde mood!


Habis pantang adik jadi okay. Makin hari makin okay. Jarang dengar dia nangis. Ya Allah, betul cakap mak! Sikit-sikit perasaan negatif hilang. Nauzubillah!!! Apa la anak kecik aku tu tahu. Kesian Yara. Bila mood dah stabil, production susu makin okay dan adik stop susu formula. Sekarang minum susu ibu je tapi dalam botol. Aku pam sebab dia taknak menyusu direct kecuali malam. Takpelahhh, ini pengorbanan ibu untuk hilangkan rasa bersalah yang masih tebal.


Tak tahu nak kata meroyan ke apa. Mungkin mild meroyan kot, entah la. Nasib la tak pernah rasa nak campak anak ke apa. Nauzubillah!! Ikutkan sangat aura negatif. Sampai terbawak-bawak emosi jahat tu. Hmmmm. Ibu minta maaf dik. Tengok muka adik yang asyik senyum pandang ibu sekarang buat ibu rasa sedih sangat!


Sekarang adik dah 4 bulan lebih. Tengah belajar angkat bontot, reverse je kerja dia. Umur 3 bulan dah pandai meniarap. Kejap je dah besar. Membesar dengan sihat dan kuat sayang. Ibu sayang adik. I’m sorry. T__T

Anak bertuah ibu.

Apa yang aku belajar, jangan samakan setiap anak. Ready for the worst! Yang sulung senang dijaga, belum tentu seterusnya sama. Camtu jugak sebaliknya. Peranan orang sekeliling sangat penting especially suami. Macam kes aku, mak ayah asyik menekan tanya kenapa anak nangis, kena sawan tangis la apa la sampai aku jadi serabut teruk. Nasib baik suami selalu bagi aura positif (plus kadang marah jugak sebab aku asyik layankan perasaan negatif). I learned a lot! Bak kata suami, nie baru betul rasa jaga baby. Aduhaiiii... Nak pecah jantung mak. Hahaha.



Assalamualaikum.

Dah penghujung Januari baru dapat update orientasi sekolah Zara. Boleh la asalkan update. Ibu simpan sini sebagai kenangan ye sayang. Zara besar nanti boleh baca. (^_^) 


Lepas daftar sekolah, hari-hari risau mengenangkan reaksi Zara kat sekolah nanti. Nangis ke anak aku? Boleh ke dia berkawan? Macam mana kalau dia nak buang air? Hmmmm. Overthinking sangat tau! Anak relaks je, ibu yang lebih. Tiba hari kejadian, pagi-pagi lagi aku dah buat drama depan pintu gate sekolah. Tetiba rasa sebak masa melangkah masuk kawasan sekolah. Berkaca-kaca mata tengok anak dah sekolah. Alahaiiii emosinyaaaaa. T__T


Alhamdulillah.... Everything went well walaupun Zara malu-malu kucing. Paling obvious masa hari pertama, waktu memula masuk kelas. Tak nangis tapi mata jeling-jeling tengok kawan pastu jeling tengok ibu ayah ada ke tak. Lepas sejam baru nampak okay sikit. Slow-slow kitorang laki bini jauh - jauh - jauh sampai ke luar kelas.






Hari kedua much better. Kitorang saja taknak tunggu dalam kelas. Ayah cakap, "ibu ayah nak gi toilet jap. nanti ibu ayah datang", pastu kitorang menyorok. Suami intai, nampak dia keluar cari-cari pastu bila tak nampak ibu ayah, dia masuk kelas balik. Nak dekat time balik baru kitorang pergi kelas. Ewahhhh, tengah sembang dengan teacher sambil makan biskut. Kawan kasi kata dia, hihi.





Masa nie kawan dah ramai balik. Kitorang saja tunggu sampai betul-betul habis waktu sekolah. Nak biasakan dia. Kesian pulak tengok dia tinggal sorang-sorang kat situ.


Sampai saat entry nie ditaip, Zara takde buat drama nangis-nangis taknak sekolah. Lagi excited ada. "Seronok la sekolah ibu", "nak tidur awal, esok sekolah", "teacher baik". Alhamdulillah.... Pagi suami hantar, bila dah letak beg dia suruh ayah gi dobi. Suami cakap dia dah berani say “good morning teacher” kat cikgu yang jaga pintu gate. Kuat pulak tu. Balik ibu ambik. Nampak je muka ibu depan kelas, terus sengih-sengih kerang busuk. Alahaiiii anak manja sorang nie.


Semoga Zara sentiasa rasa seronok dan bersemangat ke sekolah. Belajar pandai-pandai. Ibu sayang Kakak Zara. Pejam celik pejam celik dah 4 tahun umur kakak. Anak dah besar, ibu ayah pun makin tua. How time flies ~



Assalamualaikum ♥

Kotak banyak kat rumah. So apa lagi? Jom DIY!! Hasil berganding bahu kami suami isteri menyiapkan dapur mainan untuk Zara & Yara. Tengokkkk! Zara bagi thumbs-up tu. Haha.


BARANG YANG DIPERLUKAN

Kotak (pelbagai saiz)
Wallpaper Sticker
Sellotape Besar
Gam Pistol
Pisau Lipat
Mangkuk
Kepala Paip


Susun kotak ikut kesesuaian. Ibu ayah tak rajin nak buat kabinet kecik bagai. Apa ada jelah ye anak-anak. Guna gam pistol untuk lekat bahagian kotak yang nak dicantumkan. Pastu sellotape banyak-banyak biar lekat kuat. Potong tempat sinki & kepala paip (boleh refer gambar bawah). Bab cantum, potong semua nie tugas suami.


Tadaaa!! Dah siap cantumkan, tugas si isteri pulak mendeko. Lekatkan wallpaper sticker (beli kat kedai RM 2). Letak mangkuk sebagai sinki dan kepala paip. Patutnya belah kiri yang kosong tu nak buat gas stove tapi hmmmm, ibu tak rajin la. Biar je jadi tempat sediakan makanan. Untuk oven, print gambar ayam panggang then lekat je kat kotak. Nampak menyelerakan betul. :p



Pastu terajin pulak buat mesin basuh. Bakul dalam tu beli kat kedai RM 2 jugak. Semua barang beli kat kedai RM 2. Bolehhhh la asalkan boleh main. Yang kelakarnya sepanjang nak siapkan dapur mainan nie, si Zara tak habis-habis puji “hebat la ibu ayah nie”. Hahaha. Budak-budak jujur kannnn. :p


Tunggu dapur mainan nie roboh baru ibu ayah belikan set dapur mainan IKEA okay. Sekarang nie kita berjimat cermat dulu. Korang boleh Google DIY dapur mainan, banyak idea boleh dapat. Yang aku & suami buat nie versi bermalas-malasan mengisi masa lapang je. Janji anak happy cukup la. (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates