facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

Assalamualaikum...
Actually, aku tengah penat sangat-sangat sekarang nie.
Penat sebab hari nie kitorang satu family mengecat rumah.

Lama jugak kitorang dah tak cat, makan tahun rasanya.
Idea nak mengecat nie datang dari mak.
Dia kata raya nanti, cantik la sikit rumah.
Plus nak ada something pulak bulan ******* nanti, lagi la mak beria nak cat rumah.
Hehehe. (^_^)

Balik dari kerja tengahari tadi, diorang dah start mengecat.
Aku apa lagi, tukar baju then tolong la mengecat sekali.
Excited sikit sebab dah lama tak main cat, hikhik.

*behind the scene..*

 *dua orang kuat dan sorang budak menyibuk, hihi..*

Tiga jam mengecat (tu masa untuk aku la, ayah & ami mengecat dari pagi, hehe),
baru settle cat bahagian ruang tamu & dapur separuh jalan.
Penat tak payah cakap la, mandi peluh aku tau.
Rasa macam lari padang dua ratus round kau!
Tak payah aku diet setahun, hahaha.
Gurauuuuuu.... :p

 *senyum paksa sebab dah penat, huk huk..*

*nampak tak tangan aku ada empat? tu la ciri-ciri orang tak berlakon. 
aku memang tengah cat betul-betul ok! hehehehe..*

 *haaaaa.... yang nie berlakon, wiwiwi..*

Ayah kata esok nak sambung lagi.
Nak settlekan cat kat bahagian dapur tu then nak cat bilik.
Esok pulak aku kena kerja untuk duty ahad, huhuhu.
Tak dapek den nak nolong......

So far, itu jela kot aku nak share buat masa nie.
Idea nak menaip tak berapa nak datang sebab badan penat.
Mata pun dah ngantuk nie, tidur lagi sodap!

Till then, take care guys.
Good night everyone! Good night Malaysia!
Byebye. (~_~')


p/s : jauhkanlah benda-benda yang tak baik terjadi between me and misr. 



With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum....
Pernah tak korang rasa tak best sangat hari tu sebab sakit perut..?
Pernah tak korang beria tahan cerry berry sebab toilet full..?
Pernah tak korang naik kereta/teksi/motor/anything then korang rasa nak berhenti je sebab sakit perut..?

Aku pernah, tiga-tiga situasi tu aku pernah rasa.
Paling tak best bila kita naik kenderaan awam lepas tu perut meragam.
Pergghhh!! Mintak penyepak je orang sebelah menyebelah kalau diorang cari pasal.
Betul tak..?? Hehe.

Oleh sebab aku terlalu prihatin kat pembaca bloggie nie,
aku berbesar hati nak share petua yang aku belajar dari arwah opah.
Sesetengah orang power sebab dapat telan ubat tapi aku tak power.
Ubat takut tengok aku, aku lagi la takut tengok ubat.
So, solutionnya....................


MINUM AIR TEPUNG GANDUM.

Ye, aku tak tipu.
Tu petua yang arwah opah aku ajar.
Masa arwah ada dulu, setiap kali dia nampak aku sakit perut, laju je dia pergi dapur.
Lepas tu dia paksa aku minum air tu sampai habis.
Nangis-nangis aku tau, sob sob... Y___Y

Tapi kesan dia memang terbaeeekkk.
Cuma kena tahan la dengan rasa dia, macam g*mp*ng sikit.
Hahahaha.

Cara-cara nak buat air tepung gandum tu senang je.
Bancuh 1-2 sudu tepung gandum dalam air panas/suam.
Make sure air tak banyak, dalam suku cawan je.
Lepas tu, kacau kacau kacau kacau kacau sampai sebati.
Tutup hidung, tutup mata, tenangkan hati, minum la sampai korang muntah angin.

Sob sob, aku tak suka sebenarnya.
Tapi tu je yang aku mampu, nak telan ubat payah nau....
Nyampah aku. Y___Y

Pada sesiapa yang sakit perut, selamat mencuba ye.
Tak rugi pun.
Byebye.


p/s : entry nie tetiba aku rasa nak update sebab pagi tadi aku sakit perut kat ofis, huuuuuu ~ 


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum....
Hari nie adalah hari yang paling bermakna untuk rakyat Malaysia.
Nak tau sebab apa..?? Sebab hari nie Pilihan Raya Umum ke-13.
And me..?? Of course aku excited giler sebab nie kali pertama aku pergi mengundi.




Tempat mengundi kitorang tak jauh, dekat Sekolah Kebangsaan Pandan Perdana.
Pukul 10 pagi camtu, aku gerak pergi sekolah dengan mak & ayah.
Kitorang pergi jalan kaki je.

*on the way ke sekolah.. hehehe..*

*kenapa aku rasa aku nampak macam budak bawah umur je? hikhik..*


*ayah semangat cerita pasal dakwat kekal, kikiki..*

Sampai kat sekolah, ramai giler kot orang.
Sebelum tu, kitorang singgah kejap kat khemah SPR untuk semakan daftar pemilih.
Saja jela kitorang pergi semak padahal dah tau kat saluran mana kena beratur sebenarnya, hehe.



Aku kena beratur kat saluran 6, mak & ayah pulak kat saluran 2.
Dah tak pasal-pasal aku layan perasaan sorang-sorang sebab takde teman.
Kesiannnnnnn....

Dekat sejam setengah jugak aku beratur sebelum sampai giliran aku mengundi.
Ada jugak orang memekak & membebel sebab lama kena beratur.
Ala......... Standard la kan..?? Dah ramai orang, sabar jela.
Lagipun bukan selalu kena beratur, 5 tahun sekali je.
Tu pun nak berkira, hishhhhh...

Tengah aku beratur, MISR ada call.
Sempat lagi dia pesan kat aku, '"undi biru tau", hahahahaha.
Comel je. (^_^)

Dalam pukul 12, aku dah settle mengundi.
Rasa best sebab dah diberi tanggungjawab untuk memilih kerajaan, hehe.

Takde apa sangat aku nak cerita untuk entry kali nie.
Aku semangat update nie pun sebab excited punya pasal.
Taknak lepas peluang untuk update cerita pasal PRU 13.

Ok la,
Jom layan gambar yang sempat aku tangkap sementara tengah beratur tu.







So far, aku puas hati dengan proses pengundian tadi.
Alhamdulillah, doakan kesejahteraan Malaysia ye.
Tak sabar nak tau keputusan PRU 13 malam karang. :)



Haaaa, jangan tak tau.
Nie posing paling trending untuk hari nie.
Tangkap gambar sambil tunjuk jari telunjuk.

Meh layan posing tu sekali dua lagi nak?
Hahahahaha.


*bukti aku dah mengundi, yeayyy..*

Ok la, sampai sini dulu la ye.
Ada masa nanti, aku update lagi. ♥


p/s : PRU 14 nanti, agaknya dah ada anak sorang kot, hikhik.


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum semua. :)
Aktiviti weekend lepas dihabiskan dengan bersama FAMILY.
First of all, aku nak cakap terima kasih banyak-banyak kat mak & ayah sebab merealisasikan impian aku.. THANK YOU SO MUCH..!! ♥

Aku tak mintak semua tu, aku cuma pernah bercerita dengan mak pasal impian aku.
Impian untuk beli sebuah kamera DSLR.
Aku cakap dengan mak, aku nak kumpul duit sampai aku dapat beli kamera tu satu hari nanti.
Tup tup, impian aku tertunai tanpa aku sangka.

Mungkin akan ada orang kata aku nie anak manja, atau menghabiskan duit je.
But, if u don't know the truth story, please stop talking about me!
Itu dah rezeki aku, dah bahagian aku.
ALHAMDULILLAH......

The next day (ahad), aku kerja.
Balik dari kerja, aku dok melepak jela tengok tv, takde pape planning.
Patutnya plan hari Ahad nak jumpa Misr, tapi dah dia kata taknak jumpa, it's ok la.
I guess dia kesian kat aku sebab kena kerja.

Nak dijadikan cerita, entah macam mana aku & family terpergi Istana Negara Lama.
Sekarang dah dikenali sebagai Muzium Diraja.
Dah pergi muzium, mesti la tengok pameran kan? Hihi.

Kitorang TERpergi ye, T.E.R.P.E.R.G.I...
Planning mengejut! Dua hari berturut-turut semua benda tak dirancang jadi.
Aku? Bila dengar bab berjalan, memang hobi la kan?
Pantang ajak, laju je, hikhik.

Ayah ada ajar aku jalan nak ke Istana Negara Lama.
Senang giler kau! Sekejap je dah sampai.
Nasib baik la tak ramai mana yang pergi pameran hari tu.
Tak payah berasak-asak dalam istana nanti, hikhik.

For me, pameran tu ok sangat.
Aku teruja giler tengok senibina, struktur, perabot & semua benda yang ada dalam istana.
Cantik sangat, mewah pulak tu. Besar? Tak payah cakap la, nama pun istana kan? Hehe.
Yang tak bestnya, tak boleh ambik gambar dalam istana.
Setiap checkpoint & penjuru, ada je orang bertugas. Kacau daun betul, huhu.

So, nak taknak, bergambar kat luar istana jela jawabnya.
Nak tengok? Jom!! (pakai kamera baru uollssss! hehehehehehehe)















Tu baru gambar pemandangan kat luar istana.
Sekarang, layan pulak gambar keluarga comel aku, kihkih. (^_^)




*Gemuknyaaaaa..*

*Gemuk lagi..*

*Percubaan terbaik.... menyorok kat belakang, hihi..*
 
Balik dari muzium, kitorang singgah kejap kat Taman Orkid.
Lama dah tak pergi sana, environment pun dah lain.
Cantik-cantik bunga orkid, aku rasa macam baru berbunga.

Oh ya, ada cerita best kat sini.
Ada pelancong Jepun beria-ria nak tangkap gambar aku.
Dia kata camni, "u....u.. beautiful.. model.. take picture..", hahahahahahahahaha.

Kembang semangkuk aku tau.
Model apa ke benda gemuk macam nie.
Jangan perasan Fatin..!!! Sadisnyaaaaaa. T___T

*Lepas posing angkat kaki nie la, peminat aku datang, hihi..*

*Sorry... I terpandang kamera peminat, wiwiwiwi..*

*My manager with my fans! Jangan jeles, kekekeke..*

 
Seriously,
I had so much fun on that day. ♥ ♥


p/s : Terjumpa Imelda Masterchef Malaysia Musim Pertama kat dalam istana. Hehehe.


With Love,
Nor Fatin Nadhirah



aku & misr dah lama daftar untuk jadi pengundi..
and weoullsss layak dah untuk mengundi pada PRU ke-13 nanti..

tak sabar nyaaaaa nak rasa pengalaman pergi mengundi..
excited tu excited jugak, jangan lupa pangkah parti politik yang berwibawa ok!!
korang rasa-rasa, aku & misr pangkah parti mana..?? :)

jom ramai-ramai pergi mengundi 5 Mei nanti..
undi kita menentukan masa depan negara.. yeahhhh!! 1 MALAYSIA.. ♥


p/s : perang poster @ bendera makin menjadi-jadi..


lots of love,
fatin
JUMPA LAGI SEKALI.. update kedua dalam masa sehari..
lama dah tak buat perangai macam nie kan..??
dulu rajin je update sampai tiga empat lima ratus kali sehari..
hehehehe, tipu.. :P

entry kali nie mencabar sikit..
korang kena bersabar baca satu persatu apa yang aku tulis..
korang kena tajamkan minda untuk faham setiap gambar yang bakal diupload..
dan yang paling penting, korang kena ada minat setinggi Gunung Everest untuk buat benda nie..

dah faham..??
setuju dengan syarat-syarat yang aku bagitahu..??
kalau setuju, teruskan membaca entry nie dengan perasaan yang ikhlas, tenang & buat sikit muka cute..
kalau tak setuju, scroll ke bawah sampai habis tapi tak payah baca apa-apa..
tengok je k, hehehe.. ♥

jom DIY (do it yourself) crepe flower..

bahan-bahan :

crepe paper
dawai bunga (aku ambik no. 26 sebab tengok tutorial, ramai yang guna dawai no. 26)
gunting

*semudah A B C.. kan?? haha..*

dawai bunga tu korang kena potong dua.. (untuk jimat)
satu plastik tu ada 50 pieces.. bila dah potong dua, mesti la jadi 100 pieces kan..??
aku beli dawai nie kat Sin Yin, Semua House dengan harga RM 0.60 seplastik..
jimattttttt.. *clap*

*gini hasilnya ye kawan-kawan..*

STEP 1
bentangkan crepe paper tu seluas-luasnya.. kemudian, lipat ikut arrow.. jadikan dua bahagian..


STEP 2
dah lipat jadi dua bahagian, lipat lagi sampai jadi empat bahagian..


STEP 3
lipat lagi jadi enam bahagian.. jangan penat ye semua.. lipat tu biar center & kemas..


STEP 4
lipat kali penghabisan.. jadikan lapan bahagian pulak ye.. lepas tu, lipat pulak ke kiri..


STEP 5
gunting lipatan tadi..


STEP 6
bila dah settle gunting, mesti jadi dua bahagian kan..?? lipat lagi ikut arrow..


STEP 7
bila dah lipat tu, macam nie hasil dia..


STEP 8
gunting pulak lipatan tu ye..


STEP 9
lepas dah gunting tu, korang make sure kan supaya setiap helaian crepe paper tu pun digunting.. sampai jadi macam gambar bawah nie.. helaian crepe tu depends pada korang nak guna 4 helai ke, 6 helai ke.. aku guna 8 helai sebab nak kasi bunga jadi gebu..


STEP 10
lipat lapan helaian crepe paper tu macam bentuk kipas.. make sure hujung kiri & kanan sama arus.. i mean, kalau kiri tu lipatan ke bawah, kanan pun kena lipatan ke bawah jugak.. kalau tak sama, bunga still jadi cuma kelopak dia tak berapa nak cun.. (faham ke tak apa aku tulis nie sebab aku pun macam blur, hahahaha)


STEP 11
ikat dawai bunga pada tengah-tengah kipas tu.. T.E.N.G.A.H tau, make sure tengah..


STEP 12
gunting separa bulat pada setiap hujung kipas tu.. tajam atau bentuk V pun boleh, aku gunting bulat sebab muka aku kan bulat.. (motif sangat kan..?? wiwiwi)


STEP 13
kembangkan kipas lipas tu.. biar jadi bentuk rama-rama yang comel, hikhik..


STEP 14
tarik pelan-pelan setiap helaian crepe tu ke atas.. seimbangkan dengan tarik sebelah kiri & kanan secara selang seli.. tarik tu jangan kuat sebab takut koyak.. pandai-pandai la adjust kalau nampak macam tak kena.. masa aku tarik, ada jugak yang terkoyak sikit.. maklum la, i kan ganas, hehehehe..


STEP 15
dah separuh jalan.. nampak macam tak comel kan..?? takpe, teruskan usaha.. belum siap, memang nampak tak comel..


STEP 16 (LAST STEP)
tadaaaa..!! bunga dah siap.. comel tak..?? hehehe..


nampak macam susah giler step dia kan..??
jangan risau, senang je.. mula-mula nak buat tu, maybe la terkial-kial..
tapi bila dah ok, sekuntum bunga just ambik masa 5 minit je..

sebab aku guna 8 helai crepe untuk setiap bunga, aku just dapat 4 kuntum je dari satu crepe paper tu..
ok la kan..?? aku beli satu bundle kat Sin Yin hari tu..
ada 50 pieces semua sekali.. kalau aku dapat buat 4 kuntum untuk 1 pieces..
dah siap nanti, mesti aku dapat 200 kuntum kan..?? kos cuma RM 20 je, berbaloi sangattt..!!!

 *not bad right..?? yang first try tu just guna 4 helai kertas.. tak gebu kan..??*

happy sebenarnya bila DIY nie..
lagi-lagi bila tengok hasil benda yang kita buat tu jadi macam yang diimpikan..
tambah lagi bila buat untuk tujuan masa depan kita sendiri..
alamak aiii, happy sangat tau tak!!

 *bunga dah banyak.. kembang sama macam hati aku yang tengah kembang sebab berjaya DIY sendiri..
lappp u bunga comel..*

thank you pada blog sesiapa je yang keluar masa aku google "diy bunga paper crepe"..
tutorial korang memang banyak membantu..

special dedicate to my beloved boyfriend..
"happy tak bila sayang happy..??" (^_^)V

ok la, jumpa lagi..
byebye.. *big heart*


p/s : rindu kat misr sebab tak jumpa weekend hari tu..


lots of love,
fatin
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates