facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .

I love my engagement ring!! Definitely. Hehe. Cincin tunang nie aku pergi beli dengan mak kat Poh Kong, Sogo. Masa nak pilih tu, punyalah rambang mata. Fuhhhh!! Semua cantik-cantik. Last sekali, kita pilih yang mampu milik jelah. Hehehehe.


Lepas beli, terus bagi kat Misr. Siap bagi dengan resit, sebab nak claim balik duit dari dia. Hehe. Alhamdulillah, parents dia pun tak cakap apa. Okay la tu kot cincin nie. Risau jugak. Apa-apa pun, hati happy sangat sebab dapat pilih sendiri cincin pertunangan. Yeayyyy... (^_^)


 Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum.... Janggal rasanya nak story pasal benda nie tapi bila kata nak semua nie jadi kenangan, kena la update kan? Hehe. Semalam adalah hari paling bermakna bagi aku sebab itulah titik permulaan segala-galanya. After 5 tahun lebih mengenal hati budi, akhirnya aku & Misr selamat ditunangkan. Ehem ehem... Malu nyeeee nak cerita. :p
 

Okay, aku start cerita dari hari Sabtu.


Hari Sabtu tu takdelah buat preparation apa sangat. Cuma busy pergi sana sini ambik apa yang patut diambil, hehe. Memula pergi beli bahan untuk rojak buah mak. Pastu busybody pulak tengok orang pasang khemah. Malamnya pulak pergi ambik sirih junjung kat Lovely Place Wedding. Cerita pasal hantaran, coming soon.....

*My lovely mint green + pink khemah. Sweet kan?*

 *Sudut makanan.*


*Sudut minuman. Ayah semangat tuang ais, hehe.*

Dipendekkan cerita, pihak lelaki datang seperti yang dirancang. Selepas Zohor. Aku sempat mengintai dari tingkap bilik, ramai jugak yang datang. Paling best, aku steady je. Sikit pun tak berdebar. Perasaan excited yang melebihi segala-galanya. Hikhik. Dila & Kak Mun temankan aku dalam bilik. Diorang pulak yang stress tengok aku relaks, macam takde perasaan katanya. Apa pun tak boleh....... Hewhew.

 *Rombongan meminang sudah sampai, hikhik.*

*Mak ayah sambut rombongan dengan semangat.*

*Ayah bersalam dengan abah Misr.*

Masuk rumah, diorang pun berbincang la ikut adat melayu. Entah apa dua-dua pihak bincang, tetiba Ifarina (adik sepupu aku) ketuk pintu bilik. "kak..... keluar", aku macam #@$^&*. Bukan mencarut tapi terkejut beruk. Aku kata "biar betul", dia kata "betul lah kak. keluar cepat". Seriously, aku rasa kejap sangat diorang berbincang. Haaaaaa, time nie la satu badan aku mengigil. ON THE SPOT gigil. Gigil sebijik time merisik dulu. Dan dan tu jugak la peluh bergiat aktif, huhu. Malu tak tahu nak cakap masa keluar dari bilik. Semua orang pandang. Rasa macam artis.......... Artis sendu Pandan Perdana. (^_~)

 *Abah (baju hitam), bff abah (baju pink) & ayah (baju kuning)*

*Mama Misr yang duduk tengah tu. Sebelah kiri awek Haikal (adik Misr) & 
sebelah kanan makcik Misr.*

*Perbincangan antara dua keluarga.*

Masa mama nak sarung cincin, tangan aku mengeletar habis. Orang parkinson pun confirm kalah punya, hehe. Mama & semua yang ada kat situ gelakkan aku. Ada ke patut? Kesian la kat saya yang maha malu depan semua orang nie. Hehehehe. Ada suprise masa sesi menyarung cincin. Aku dapat dua cincin uolssss. Aku rasa cincin kedua tu cincin hadiah la kot, hikhik. Bestnya dapat dua cincin. Baru boleh feeling mami jarum versi Key Ell, hehe.


Cincin tunang mama yang sarungkan. Cincin hadiah, nenek saudara Misr sarungkan. Ada satu insiden kelakar masa nenek saudara Misr sarung cincin kat aku. Nenek nak sarung kat jari hantu kanan aku tapi tak muat. Boleh pulak aku cakap, "eh, tak muat". Reaksi spontan aku, terus hulur dua-dua tangan aku. Nenek pilih pastu dia sarung kat jari manis kiri aku, hehehehehe. Semua gelak. Dah macam tonton Maharajalawak Mega pulak diorang semua. Huahuahua. Tak dapat digambarkan perasaan aku time tu. Alhamdulillah, selamat pun. (^_^)V

*Selamat disarungkan cincin tunang.*

*Ambik hati sangat, hehehehehe.*

*Turn nenek saudara Misr pulak sarung cincin.*

*Masa nie la segmen 'jom pilih jari yang mana satu', hewhew.*

Selesai sarung cincin, tangkap gambar sikit lepas tu ayah pelawa pihak lelaki untuk makan. Makanan ayah order katering je. Takde orang nak tolong kalau rewang pun. Biasa lah, nama pun KL. Memang susah la kan? Ayah order kat Mak Engku Katering. Specialist dalam resepi Nasi Beriyani Gam Batu Pahat. Menu lain, ada laksa (opah bawak dari Perak), kuih muih, rojak buah (mak buat) dan air Limau Asamboi & Twister campur oren. Sedap tau.


Entah macam mana, datang idea gila Cik Ila aku suruh ajak Misr masuk rumah. Tangkap gambar sesama dengan aku. Heh. Aku malu tapi Cik Ila beria-ria la nak Misr masuk. Siap call lagi. Bila tengok Misr ada depan mata, alahai. Aku malu pulak tengok dia. Gedik tahap cimpanzi betul aku semalam. Hahaha. Padahal sebelum hari kejadian, punya lah berangan nak bajet romantik dengan Misr. Nak tangkap sesama konon. Bila kena hari kejadian, lain pulak perasaannya. Huihui.

*Dia buat muka comel pulakkk. Stress tengok, hehe.*

Dan akhirnya..... Selamat sudah aku bergelar tunangan kepada Muhammad Idzat Syazwan. Sampai sekarang rasa macam tak percaya je. Dah jadi tunang orang rupanya Cik Fatin, hikhik. Semoga aku & Misr dapat menempuh segala rintangan. Sama-sama kuat ye b. Semoga jodoh kami dipanjangkan hingga akhir hayat. Amin........


Lastly, aku nak mengucapkan jutaan terima kasih pada semua yang terlibat. Family, saudara mara, jiran tetangga, kawan-kawan & keluarga pihak Misr. Terima kasih atas segala-galanya. Walaupun majlis nie takdelah perfect 100% tapi aku puas hati. Terima kasih. Sayanggggggg semua.


Adoiii, panjangnya cerita aku nie haa. Okay lah, next time aku buat review ye. Teringin nak cerita semua benda yang jadi semalam walaupun sekecil zarah. Kalau sambung semua dalam entry nie, boleh karang jadi satu novel rasanya, hehe. Tunggu sambungan kisah My Lovely Engagement okay. (^_^)

*Alhamdulillah.*


p/s : Esok confirm kena usik kat ofis, huhu.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum....

Dah selamat jadi tunangan orang pukul 3 lebih tadi. Lain cerita, sembang next entry okay. Makcik penat sangat dah nie haaaa... Nak tidur kroh kroh dulu.


Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah.


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Assalamualaikum.... Weekend nie sesi menempah hantaran bersama family. Plan asal nak buat sendiri tapi mak tak kasi. Mak kata takut tak sempat nak buat sebab aku busy kerja. Lagipun mak kata, takut aku buat tak kemas macam kedai buat. Sob sob, tak merasa den nak curah idea kat hantaran sendiri.


Kitorang start survey dari awal bulan 12 lagi. Pergi kedai dekat-dekat dengan rumah je pun. Hajat hati nak pergi Fah Lean kat Balakong tu haaa. Tapi disebabkan ayah malas nak pergi jauh-jauh, kitorang sepakat tempah hantaran di Lovely Place Wedding kat area Tesco Ampang. Tak banyak pilihan macam Fah Lean tapi okay lah. Nasib baik ada jugak yang berkenan kat hati aku. (^_^)


Banyak dugaan masa nak tempah hantaran nie. Mula-mula, aku dah setuju nak kaler biru. Akak kedai tu dah siap simpankan bunga yang aku nak. Tapi ada perubahan dari pihak Misr. Dia nak tambah jumlah hantaran so memang tak cukup la bunga yang akak tu reserved untuk aku. Dah aku terpaksa tukar bunga. Aku ambik la kaler purple pulak sebab banyak stok. Macam aku cakap tadi, pilihan tak banyak kat sini.

 *Orang kuat tengah bincang.*

Entah macam mana, mak suruh aku mesej kat mama Misr. Tanya pihak dia buat kaler apa, takut tersama kaler pulak nanti. Mak kata dia tak sedap hati. Balik dari kedai tu, aku pun mesej mama. Memang betul perasaan mak. Mama kata, belah Misr pun nak buat kaler purple. Dah aku kena call immediately akak kedai tu, mintak KIV dulu hantaran aku. Sebab nak tukar kaler lagi. Confirm stress akak tu, hahaha. Sorry kak, tak sengaja! :p


Tengahari tadi, aku & mak ayah pergi balik kedai LPW. Pilih punya pilih, kitorang sepakat buat kaler putih + hot pink. Hopefully semuanya okay & cantik, hehe. Minggu depan baru boleh collect hantaran tu semua. Diorang ambik masa seminggu untuk gubah hantaran aku. Tak sabar nak tengok result hantaran aku nanti, hikhik.


14 days more to gooooo guys! Stay cool. :)



With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Okay, just make it simple. Entry nie pendek je. So, please la baca sampai habis. Hehehe. Ehem ehem, tak tahu apa perasaan aku time menaip benda alah nie. Nak kata tak patut cerita pun ada tapi hati rasa nak cerita. Yang penting, takmo expose terlebih sebab benda belum jadi. Haaaaaaaa...... (^_^)


Sticker nie aku DIY sendiri untuk goodies masa bertunang nanti. Takde la cantik mana tapi manis tu ada, hahaha. Aku guna template hitam putih sebab malas nak pergi print kaler. Guna duit lagi. Kekdahnya, print kat ofis jelah. Hehehehe. Maaf ye bos, saya pakai tak sampai 10 helai pun. Tak membazir kan? Kihkih.


Untuk border, aku pakcik google je. Taip "border" then view image, belambak-lambak jenis border keluar. Kau pilih la nak bulat ke lonjong ke empat segi ke semua ada. Aku pilih yang simple je sebab taknak nampak serabut.


Selesai pilih border, save la image tu. Better cari yang pixel besar sikit, so takde lah gambar border nampak pecah masa korang nak edit text. Pastu, korang boleh bukak website nie untuk edit text. Bukan setakat edit text, macam-macam korang boleh edit tau.


PicMonkey

or

Pixlr


Aku lagi suka PicMonkey sebab font dia cantik-cantik. Pastu, pandai-pandai la korang add text. Tulis la apa patut macam happy anniversary ke happy birthday ke fatin cantik ke, hehehe. Settle add text, dah boleh save gambar. Boleh belajar sendiri masa edit tu, tak susah pun. Aku malas nak buat tutorial.


Lepas dah save, aku copy gambar tu kat Microsoft Word then aku adjust la saiz sticker tu ikut suka aku. Print, tampal pakai gam then siapppppp!!! Kerja DIY yang senang lagi menggembirakan dah siap.

*Hehehe. Simple tapi aku suka.*


So, sampai sini jelah dulu ye. Jumpa next time. Doakan semuanya berjalan lancar. Oh ya, nak tahu apa goodies yang aku bagi? Tungguuuuuuuu. Byebye semua. (^_^)


p/s : 22 days more to goooooooo....


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Haip, jangan jemu! Nak menulis pasal Korea lagi nie, hehe. Okay next destination, E-Land Cruise.


E-Land Cruise

Cruise nie sama je macam River Cruise kat Putrajaya tu. Aku pergi sini malam terakhir sebelum balik Malaysia. Tak ramai pun orang naik cruise nie. Maybe sebab weekdays kot. Masa tu group Andalusia jela yang ada, hikhik. So far, okay lah. Dapat tengok keindahan bandar Seoul waktu malam. Paling best, suhu time tu -1 darjah Celsius. Paling sejuk selama aku ada kat Korea. Memang kejap jela aku kat luar. Pastu terus masuk dalam cruise sebab tak tahan sejuk. Tak tahu la macam mana kawan-kawan aku boleh survive duduk luar dari mula sampai habis. Hehe.


Dah, jom layan gambar sebab tak tahu dah nak tulis apa, kikikiki. :p








Kalau perasan, muka aku pucat je. Kan? Haaaa, tu tandanya aku memang tak tahan dengan cuaca time nie. Serius sejuk nak mampus. Dah pakai winter coat pun still rasa sejuk. T__T


Tempat Shopping Di Korea

Tempat shopping yang aku pergi banyak. Dongwha Duty Free, Charm & Charm Duty Free, Ginseng, Amethyst, Myeong-dong dan Namdaemun Market. Aku cerita one by one okay, don't worry. Hehehe.


Dongwha Duty Free nie lebih kurang macam Sogo. Cuma bebas cukai, hehe. Cakap je, semua benda ada. Perfume, Branded Handbag, Kosmetik. Cerita pasal kosmetik, macam-macam ada. Ada Skin Food, Etude Shop and banyak lagi la kosmetik keluaran Korea. Harga not bad. Affordable. Pastu kata tour guide aku, kamera pun murah kat sini. So, siapa nak beli kamera, boleh la cari kat Dongwha Duty Free. Okay? Hehe.



Next, Charm & Charm Duty Free. Kat sini just ada barangan kosmetik & penjagaan kulit je. Harga boleh tahan murah, for certain items la. Tak semua murah. Paling laku macam goreng pisang panas, Aloe Vera Gel dengan Collagen Mask. Aloe Vera Gel tu just 4,900 Won bersamaan around RM 15. Collagen Mask pulak cuma 5,000 Won untuk 10 sheet.



Next, Ginseng & Amethyst. Aku lupa nama penuh tempat tu, so aku taip ikut suka aku jela. Hehe. Masa kat Ginseng, orang yang bagi penerangan kat kitorang tu orang Malaysia. Best. Dia bagitahu macam-macam info pasal Ginseng. And aku dah tahu macam mana nak bezakan Ginseng umur 1 sampai 6 tahun, so jangan la cuba tipu aku lepas nie okay, hikhik. Ginseng paling berkualiti ialah masa usia dia menjangkau 6 tahun. Take note tau. Barang kat sini mahal. So, pesan aku, bawak duit banyak kalau nak beli barang kat sini. Credit card pun bolehhhhhh. Haaaa, kat sini tak dibenarkan tangkap gambar tau tapi aku tertangkap pulak satu gambar. Sengaja tangkap, hahahahaha.

*Maksud nama Ginseng ialah akar manusia. Sebab menyerupai manusia.*

Amethyst pulak tempat batu kristal. Memang cantik-cantik barang kat sini. Ada cincin, gelang, rantai, banyak la. Aku ada minat satu cincin nie. Serius cantik. Emas putih yang diikat batu Amethyst. Harga okay, tak mahal. Convert duit Malaysia, ada la dalam RM 350. Murah kan? Rasa nak beli je, hehe. Pesan aku, bawak duit banyak-banyak jugak kalau datang sini sebab kebanyakkan barang agak mahal. Yelah, kau ingat senang batu tu nak jadi Amethyst? Batu tu ambik masa almost beratus atau beribu tahun tau untuk dapat hasil yang cantik. Pesannn je, bukan marah. Kikikiki.. (^_^)

*Semakin gelap batu Amethyst, semakin mahal harga dia.
Macam hipotesis sains pulak, hihihi.*


Kita move ke Myeong-dong & Namdaemun Market pulak. Haaaa, kat sini la duit aku banyak habis, hehehe. Dua tempat nie macam Jalan TAR atau Petaling Street. Harga memang murah. Kalau pandai bargain, lagi la murah. Tapi kalau bagi aku, lagi best kat Namdaemun. Sebab Namdaemun banyak jual sourvenir untuk tourist. For example, baju t-shirt, keychain, fridge magnet, kerongsang Korea, dan segala macam sourvenir. Myeong-dong more to baju fashion macam K-Pop. Siapa minat baju-baju K-Pop, boleh la pergi Myeong-dong. Sebelah-sebelah je pun. Jalan raya sebagai pemisah Myeong-dong & Namdaemun. 


Ada jugak kedai sourvenir kat jejantas bawah tanah. Murah jugak. Oh ya, nak menyeberang jalan, kena ikut jejantas bawah tanah tau. Bukan main redah je. Disiplin orang Korea memang terbaikkkkk. Aku suka cara diorang. Hehe. Please, korang wajib pergi sini untuk beli sourvenir. Tapi diingatkan, majoriti orang kat sini tak berapa pandai cakap omputih.

*Banyak pose style sama sebab takde idea, kihkih. By the way, nie la Myeong-dong.*

*Belakang jalan lampu cantik tu la Namdaemun Market. Tengok beg aku tu sudeyyy. 
Dah tau aku shopping macam mana. Hihihihi.*


Last but not least, aku nak share jugak pasal masjid kat Seoul. The only one mosque yang ada kat Seoul. Jauh jugak nak menapak ke masjid nie. And kat area masjid nie kawasan orang Pakistan, Arab and seangkatan dengannya.

*Main entrance masjid Seoul.*

*Cantik kan?*

Settle pun entry kali nie. Rasa macam nak buat satu lagi entry. Last entry pasal Korea. Entry tu nanti nak story mory pasal tips & apa yang patut la untuk orang nak travel ke Korea. Hopefully membantu walaupun sekecil zarah. Okay lah, stay tuned guysss!! Adios.


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Hello!!! I'm back!! Hehe. Okay, jom sambung cerita. (^_^)


Everland

Everland nie lebih kurang je macam USS, Legoland or whatsoever theme park yang ada. Nak kata terlalu best, takde la. Nak kata tak best sangat pun, tak jugak. Tapi Everland nie more kepada budak-budak la. Maksud aku, suasana dia. Macam dalam dunia fantasi jeee. Faham? Hehe.


Kat sini ada macam-macam permainan. Ada 3D show, roller coaster, spin apa kejadah entah, banyak laaa. Tak reti nak sebut. Hihi. Roller coaster dia bukan main seram lagi tau. Tinggi. Pastu nampak macam tak kukuh je. Aku nak naik tapi roller coaster tu ditutup sementara sebab angin kuat. So, takde la aku sempat nak main satu benda pun kat situ sebab masa terhad. Dua jam je untuk explore tempat sebesar Everland, mana cukup weyyyyyy!! T__T

 *Best. Nak naikkkkkkkkk.*

Selain games, safari pun ada tau kat sini. Safari nie jela yang aku sempat masuk. Nak beratur pun ambik masa dekat sejam lebih tau tak. Huhu. Konsep safari nie, diorang lepaskan haiwan-haiwan tu semua then kita pusing la tengok haiwan tu naik bas. Cuma diorang asingkan la haiwan-haiwan tu. Contoh, satu kandang besar nie khas untuk singa & harimau je. Next kandang pulak beruang. Tapi kandang yang sangat besar la sampai bas pun boleh masuk kan? Haaa, camtu lah ye kengkawan. Hehehe.

*Sempat bergambar dengan family Korea nie time beratur. Uncle tu suka bebenor borak dengan aku. Dah terkeluar broken grammar aku bila cakap dengan dia. Well, atleast I try.. hehe.*

*Pakcik singa & awek tengah gaduh, hikhik.*

*Abang beruang mintak makanan, huihui.*

Lain-lain tu takde lah menarik mana. Biasa-biasa je. Aku rasa, best lagi USS Singapore. Maybe aku rasa macam tu sebab tak cukup masa kot. Think positive, hikhik. Dah, jom layan gambar dulu okay.........











Nanta Theater

Okay.... Seriously, aku recommend korang tengok Nanta Theather nie kalau korang datang Korea. Serius beb! Serius. Best giler kot theater dia. Memang tak bosan langsung. Lawak. Pastu korang confirm terpegun dengan diorang punya show. Buat bunyi (muzik) dari pisau, periuk dan segala macam perkakas dapur. Macam tengok cooking show pun ada tapi memang best la. Wajib pergi.


Actually, Nanta Theather nie lawatan optional. Siapa yang nak pergi tengok, kena bayar USD 35. Tapi sebabkan pihak travel kat Korea tu baik hati, diorang bagi kitorang tengok secara percumaaaaaaa! Yeayyy!! Mula-mula rasa macam apa benda la "benda alah" nie. Tapi bila dah tengok, terpegun kau! Nasib baik tak meleleh air liur, hehe.


Part paling best bila Andalusia diberi penghormatan pleh pihak Nanta. Kecoh kejap dalam auditorium tu, hehe. Memang best! :)


*Masa nie la kecoh kejap tu, hikhik. Semua tepuk tangan.*



Ada 7 team yang jadi pelakon teater nie. Diorang ada rotation. Time aku pergi tengok, Team Biru punya turn. Best la lakonan diorang. Comel lote je pelakon tu semua. Apapun, wajib singgah sini tau. Highly recommended. Berbaloi bayar USD 35. Tapi lagi berbaloi kalau freeeeee, hakhak. :D

*Aku suka Sexy Guy & Female tu. Secocok je, hehe.*


Sampai sini dulu. Next part, E-Land Cruise & Tempat Shopping di Korea. Entah bila nak habis semua part nie pun aku tak tau. Sabar jela yek? Hikhik. (^_^)


With Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates