facebook instagram google
  • Travel
  • Recipes
  • Do It Yourself
  • Engagement
  • Wedding
  • Pregnancy
  • Breastfeed Journey

. F A T I N .


Event Details

1. Tarikh
Nikah : 10 Oktober 2014
Resepsi : 12 Oktober 2014

2. Tempat
Nikah : Masjid Al-Azim
Resepsi : Dewan Utusan Melayu

3. Warna Tema
Nikah : Off White
Resepsi : Kuning Diraja

4. Tetamu
Nikah : 50++ orang
Resepsi : 1500++ orang


Very Important Thing (Legal Documents)

1. Kursus Kahwin : Medan Mara - DONE
2. HIV Test : DONE
3. Borang Permohonan Nikah (Lelaki) : DONE
4. Borang Permohonan Nikah (Perempuan) : DONE


Very Important Thing Too

1. Mas Kahwin : DONE
2. Duit Hantaran : DONE
3. Barang Kemas (bride) : DONE
4. Cincin Nikah (for groom) : DONE


Others Preparation

1. Kad Kahwin
Resepsi : Kad Kahwin Creative Hand - DONE

2. Pelamin
Nikah : No need
Resepsi : Liz Butik Andaman - DONE

3. Make-up
Pre Wedding / Post Wedding : Sendirian Berhad - DONE
Nikah : Liz Butik Andaman- DONE
Resepsi : Liz Butik Andaman - DONE
Malam Berinai : Sham Hanna Makeup - DONE

4. Outfit
Nikah
Bride : Sendirian Berhad - DONE
Groom : Sendirian Berhad - DONE

Resepsi
Bride : Liz Butik Andaman- DONE
Groom : Liz Butik Andaman - DONE
Pengapit : Sendirian Berhad - DONE

Malam Berinai
Bride : Liz Butik Andaman - DONE
Groom : Liz Butik Andaman - DONE
 
5. Official Photographer
Pre Wedding / Post Wedding : Eyfa - DONE
Nikah : Akieeko Akie - DONE
Resepsi : Akieeko Akie - DONE
Malam Berinai : Akieeko Akie - DONE

6. Official Videographer
Nikah : Eternity Production - DONE
Resepsi : Eternity Production - DONE

7. Katering
Nikah : Bini Tok Kadi - DONE
Resepsi : Seri Mempelai Catering - DONE
Kek Kahwin : Seri Mempelai Catering - DONE

8. Doorgift
Resepsi : DONE

9. Handbouquet
Nikah : Sendirian Berhad - DONE
Resepsi : Sendirian Berhad - DONE
Malam Berinai - Liz Butik Andaman - DONE

10. Hiburan
PA Sistem & DJ : DONE
Kompang : DONE
Silat : DONE

11.  Lain-lain
Inai : DONE
Guestbook : DONE
Photobooth : DONE


Semoga semuanya berjalan lancar & mendapat keredhaan Allah. Doakan kami, doakan jodoh kami hingga akhir hayat. (^_^)


#UPDATED : 09 OCTOBER 2014#


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Ehehehehemmmm , nie last review untuk majlis pertunangan aku. Janji, hewhew. Untuk majlis nie, aku takde upah professional photographer. Aku cuma mintak tolong Along & Eyfa (adik sepupu aku) je ambikkan gambar. Banyak jugak diorang ambik gambar, dekat 1000++ ada rasanya. Jenuh laa aku nak pilih gambar untuk cuci haritu. Anyway, thanks a lot Along & Eyfa! Really appreciate that. (^_^)


Takde apa sangat nak cerita kat part nie. Dah nama pun entry pasal photographer, kita layan gambar jela. Tak ke itu yang lebih afdal? Hehehehehe.





















*Along (baju hitam), my first photographer.*

*Eyfa, budak comeyyy baju peach tu. My second photographer.*

Hmmm, rasanya nie jela kot dulu. Tak larat nak pilih gambar & upload dalam nie. So, boleh agak tak betapa banyaknya gambar yang aku ada? Hewhew. Pengsannnnnnnnn.... Okay lah, bye semua ~ 


p/s : tarikh dah tetap semalam. Semoga dipermudahkan segala urusan Ya Allah, amin.........


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Cerita pasal mekap, ada sedihhh sikit laaaa..... Huhu. Mekap tunang tak menepati citarasa aku. Request mekap natural & fresh tapi yang aku dapat heavy mekap. Smokey eyes buat mata aku nampak gelap. Tambah pulak dengan eyeliner bawah mata yang sedikit over, aku macam ............ Dah lah mata aku nie jenis tenggelam. Bila kena mekap camtu. Hmmmmm, tak tahu nak cakap.


Sebulan before majlis, aku ada test mekap. Masa test, aku rasa okay je. Mekap nampak fresh, mata tak nampak gelap mana. Misr pun kata okay. Cuma dia tak berkenan tang bulu mata palsu time tu. Kata dia, nampak pelik. Aku pun sependapat dengan Misr. Ada ke bulu mata panjang pendek panjang pendek? Nonsense giler, hehehe.


Bila test okay, aku proceed jelah. Ingatkan masa majlis pun okay. Tapi entah macam mana, gatal tangan gamaknya tukang mekap aku tu. Beria dia touch up muka aku. Bila dah 90% siap, tinggal nak pakai lipstick, dia suruh aku tengok cermin. First thing aku cakap, "tak gelap sangat ke mata nie?". Nak repair pun dah tak sempat. Pihak lelaki dah nak sampai time tu, huhu.


Feedback yang aku dapat, ada kata cantik. Ada kata mata gelap sangat. Misr punya feedback la paling sadis sekali. Dia kata, "mekap failed". Perghhhhhhh!!! Sampai ke tulang hitam rasa sedih. Kalau Misr dah cakap camtu, macam mana lah penilaian orang lain kan? :'(
*Tak mekap. Nampak kan mata tenggelam aku tu? Memang tak boleh buat apa.*

*Haaaa, hambik kau. Hehe.*

*Overnyeeee mata dik non, huhu.*

Apa-apa pun, benda dah jadi. Walaupun mekap agak disaster, aku dah selamat pun jadi tunangan orang. Jadikan nie satu pengajaran. Next time, kena buat research lebih sikit la ye Fatin.


Aku takdelah salahkan tukang mekap aku tu 100%. Salah aku jugak sebab tak tengok dari awal. Kalau dari awal perasan, boleh mintak dia alter kan? Nak kata teruk sangat pun tak jugak. Tang mata je yang disaster. Yang lain okay. Paling penting, Miss Jerawat aku tu dia cover baik punyerrr, hehe.


Anyway, thanks la ye tukang mekap aku tu. Taknak mention nama, kesian kat dia. Kang dikata tabur pasir kat periuk nasi orang pulak. Maybe dia geram tengok mata aku CANTIK sangattt kot, tu yang dia buat eksperimen lebih. Hehehehe.


Byebye ~


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Okay, ketemu lagi dalam segmen review bersama Cik Fatin. Gasak lahhh, selagi tak habis review, selagi tu la aku tak berhenti update. Hikhik. Kali nie nak story pasal doorgift. Doorgift aku terhad. Just untuk rombongan Misr je. Aku bajet dalam 50 pieces untuk doorgift. Alhamdulillah, nasib baik cukup. :)

*Isi dalam doorgift aku.*

Barang-barang doorgift nie aku beli kat Mydin. Seriously, tolonglah pergi beli barang kat Mydin. Walaupun penuh dengan foreigner kat situ tapi barang dia okay. Maksud aku, okay dari segi harga. Kalau nak compare dengan tempat lain, memang jauh beza. Boleh jimat habis kalau beli kat Mydin. *ini bukan segmen berbayar ye, hehe.


Buku Surah Yassin tu aku beli dengan harga RM 8 untuk 10 buku. Satu buku jatuh RM 0.80, me like!!! Mini sejadah pulak aku beli dengan harga RM 2.50 sehelai. Harga asal mini sejadah tu RM 3.90. Kalau nak harga borong, kena beli lebih dari 10 helai tau. Always remember okay!


Tang tasbih pulak free sebab mak belikan masa dia pergi umrah bulan Mac tahun lepas. Kebetulan banyak pulak dia beli. So, aku mintak la kat dia. Nasib baik mak kasi. Hehehehehe. Thank you mak.


Ingatkan belah aku je ada doorgift. Rupanya mama Misr pun ada sediakan doorgift untuk kitorang. Doorgift belah Misr lagi gempak kot rasanya. Sebab diorang tempah. Siap ada tulis 'Majlis Pertunangan Muhammad Idzat Syazwan & Nor Fatin Nadhirah' lagi tu. Entah berapa ringgit la mama & abah tempah. Sweet jeeeeeeee.... (^_^)


Sesetengah orang kata, "alaaaa, baru tunang tak payah la beria nak berdoorgift bagai". Bagi aku tak salah asalkan tak over bajet giler kaw-kaw punyerrrr kan. Lagipun bukan tiap-tiap tahun kita nak buat. Sekali seumur hidup, takpelah..... Pejam mata je, huihuihui.

*Customize Surah Yassin & chocolate. Dalam Surah Yassin tu siap ada mini calendar 
sempena majlis kitorang lagi tau. Kau ada buat camtu Fatin? Hehe.*

 *Typo. Idzat jadi Izad, Nor jadi Nur. Hihi.*


Aku? Macam biasa, sentiasa happy dengan semua benda. Alhamdulillah. That's all for this entry. See you again guys! Bye. :)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Aku DIY sendiri mini pelamin aku. Bukan taknak tempah cuma saja gedik nak menyusahkan diri sendiri. Hehehe. Tapi best tau DIY nie. Bila dah siap lepas tu kau tengok sendiri outcome hasil kerja kau tu, memang perghhhh la perasaan dia. Jadi takbur kejap dalam sesaat, hikhik.... :p


Okay, panjang lagi nak ceritanya nie. Senarai barang yang aku gunakan untuk DIY mini pelamin nie ialah :

1) Kain jersey
2) Crepe paper
3) Pasu
4) Bunga plastik
5) Karpet bulu-bulu
6) Manik juntai-juntai

Kain jersey & karpet bulu-bulu aku beli kat Kamdar. Harga cuma RM 2.80 semeter untuk kain jersey & RM 17.90 semeter untuk karpet bulu-bulu jenis rabbit hair (nie harga masa ada sale okay). Memang banyak pilihan kain jersey & karpet bulu-bulu kat sini. Kau cakap je nak kaler apa, in shaa Allah mesti ada. Aku beli 5 meter kain jersey & 3 meter karpet bulu.


Crepe paper & pasu pulak aku beli kat Sin Yin, Semua House. Crepe paper tu aku beli bundle. Satu bundle ada 50 pieces, aku beli dua bundle. Different colour. Pink + kuning. Harga baru RM 20 untuk satu bundle. Jimat kan, hehe. Berbulan jugak aku nak siapkan bunga crepe nie. Nak tengok tutorial, tekan sini. Pasu pulak aku beli RM 8 untuk satu unit. Memang murah......


Bunga plastik aku beli kat Mydin. Harga baru RM 2.80 setangkai. Murah memang murah cuma kualiti kurengggg sikit. Standard, nak yang elok, modal pun kena la "elok". Betul? Walaupun kualiti bunga tu kurenggg tapi kalau pandai gubah, boleh je jadi cantik. Bab mengubah bunga, aku pass kat mak. Tangan kayu sangat nak menggubah, hekhek. Mak gubah cantik jeeeee. :)


Lastly, manik juntai-juntai. Aku beli kat kedai Lovely Place Wedding, tempat aku tempah hantaran aku tu. 1 roll manik juntai-juntai tu baru RM 18. Berbaloi la aku beli sebab memang banyak boleh dapat dalam 1 roll. Hehehe.


Hasil dari segala usaha keras aku selama berbulan-bulan tu macam nie laaaaaaaaa.....

*Okay la... Cantik jugak cuma tak boleh lawan la butik pengantin punya mini pelamin. Hihi.*

 *Aku gantung bunga nie guna pin & double tape. Harap maklum.*

Kalau korang perasan, mini pelamin aku nampak tinggi sikit dari lantai kan? Memula aku plan nak pasang stage. Stage yang diperbuat dari blok kayu yang orang kat supermarket selalu buang-buang tu. Alaaaaa, mesti korang pernah tengok la. Kejap lagi aku kasi upload gambar. Tapi bila fikir balik, takut buatnya kayu tu terjongket sebelah ke apa sebab tak balance, aku terus tukar plan. Letak je toto sebagai ganti. Tu yang nampak stage aku berombak-ombak, hahaha. Yang penting, takdewww la sakit montot mak mertua kitewww time nak sarung cincin kat kitewww okayyy, hehe.

 *Nie contohnya. Hari-hari aku ushar stage camni kat 1 Shamelin tu haaa. Nasib baik tak ambik.
Gambar dari blog sapa entah, pinjam. Hehe.*

Sepatutnya aku ada letak spotlight pelamin yang aku DIY jugak. Sini entry dia, Spotlight Pelamin. Tapi disebabkan plug sebelah mini pelamin tu ayah dah conquer awal-awal, aku redha jelah. Simpan je spotlight tu buat kenangan. Hehe. Whatever it is, aku puas hati 200% dengan mini pelamin aku. Tiga hari tau nak siapkan. Sampai sakit urat belikat aku nak gantung bunga crepe tu semua. Menjadi jugak akhirnyaaaa. Happy sangat.


So guys, jom la DIY. Memang best bak hangggggg!!! (^_^)V


 Love,
Nor Fatin Nadhirah
Baju tunang aku nie baju ready-made. Beli-beli je, dah siap ada beadings bagai. Senang kerja! Tak payah aku nak touch up lebih-lebih, hehe. Kerja aku just tambahkan batu swarovski untuk kasi baju nampak bling bling. Baru la boleh feeling pwincessssss...... Hewhew. :p


Seingat aku, baju nie dibeli lima bulan sebelum majlis. Awal kan? Mana taknya, masa aku beli tu bulan puasa. Baju raya kat Tesco punyalah cantik-cantik. Rambang mata aku tengok. Last-last aku terpengaruh beli baju nie haaa. Takpelah, nasib baik harga dia okay. RM 200 je tau. Aku puas hati bila compare harga dengan detailings baju tu. Berbaloi......

 *Tak sangka dapat pakai saiz 36. Dulu saiz 40 tau, hukhuk.*

Baju tunang aku nie kaler mint green (maybe). Sebab dari mata aku, itulah kaler yang nampak ada rupa kaler tu. Hahhh, tak faham apa aku cakap? Aku pun tak faham, hihi. Tapi kalau ikutkan apa yang ditulis kat label baju nie, dia tulis "sky blue". Entah, lantak la kaler apa pun. Janji homeeeyyy homeeyyyy di mata encik tunang aku. Kuikuikui.... (^_^)

 *Over tak baju mak? Hekhek.*

Aku tak serabut mana pasal baju. Aku serabut pasal tudung. Mula-mula sekali, hajat kat hati nak DIY veil. Tapi kannnnn entah kenapa kannnn kita rasa kannnnnn veil tu kannnnnn macam over je. Teruk betul perangai aku nie padahal aku tengok orang lain elek je pakai veil. Cantik je. Huhu. Sudahnya, aku DIY shawl je. Bukan shawl biasa-biasa okay, ini shawl ala pwincesssss punya. Kakakakaka... :D


Nak DIY shawl, aku beli kain silk georgette kat Jakel then mintak tolong mak gunting dan jahit tepi shawl tu. Pastu, aku cari border lace kat Syarikat Reben di Jalan TAR. Alhamdulillah, aku jumpa border lace yang 99% exactly sama dengan lace baju aku. What a beautiful life! Hehe. Beli jugak pearl yang sama kaler dengan baju pastu jom la kita main jahit-jahit. Sebulan lebih jugak kot baru nak siap shawl pwincesss nie. Maklum la, busyyyyyyyy!!!

*Aku tiru jahit manik kat shawl sebijik macam kat baju.*

Dan hasilnyaaaaaaaaaaaaaaa......

*Full version of the outfit.*

Alhamdulillah, rasa puas hati dengan semua nie. Ramai puji cantik. Hekhek. Oh ya, aku dah nekad nak DIY sendiri veil time nikah nanti. Time tu, ada veil okay. Akan ku buang jauh-jauh perasaan konon over tu. Hihihihi. Bye! (^_^)


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Aku & Misr decide nak buat sekali hantaran je. Taknak dah pening-pening kepala fikir pasal hantaran masa nikah nanti. Konsep kitorang, beli barang sendiri then switch. Senang! Aku confirm suka barang hantaran aku, dia pun confirm suka barang hantaran dia. Takde nak masam-masam muka. Hehe.


Planning asal kitorang nak buat 7 berbalas 9. Entah macam mana, boleh ter'up' pulak jumlah hantaran. Last discussion, kitorang setuju buat 9 berbalas 11. Sampai hari kejadian, terus jadi 11 berbalas 11 sebab ada saudara Misr yang baik hati nak sponsor hantaran belah dia. Rezeki, kita ambik jelah. Alhamdulillah.... (^_^)


Jom check it out hantaran kitorang.


Hantaran Idzat to Fatin

Sirih junjung

Cincin hadiah & cincin tunang

Hangbag & purse

Kasut

 Jam

Perfume

Kain nikah

Telekung

Kek fondant

Chocolate

Buah-buahan


Hantaran Fatin to Idzat

Sirih junjung

Jam

Clutch bag, wallet, card holder & belt

Perfume

Baju & seluar kerja

Sejadah & Al-Quran digital

Kasut

Kain nikah, sampin & songkok

 
Chocolate

Cupcake

Buah-buahan


Hopefully apa yang direview nie dapat bagi sikit idea pada sesiapa yang tengah blur nak listkan barang hantaran. Hehe. Adios!


Love,
Nor Fatin Nadhirah
Newer Posts
Older Posts

LET’S BE FRIENDS

ASSALAMUALAIKUM


Hello, There!

Wife to Muhammad Idzat Syazwan.

Ibu to Eidzara Azzalea & Eliyara Addalea.


Find More



Blog Archives

  • ▼  2020 (14)
    • ▼  June (1)
      • COV-EID 2020
    • ►  April (4)
    • ►  March (5)
    • ►  February (1)
    • ►  January (3)
  • ►  2019 (43)
    • ►  December (4)
    • ►  November (4)
    • ►  October (2)
    • ►  September (3)
    • ►  August (5)
    • ►  July (11)
    • ►  June (3)
    • ►  May (4)
    • ►  April (4)
    • ►  March (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2018 (42)
    • ►  December (3)
    • ►  November (5)
    • ►  October (9)
    • ►  September (4)
    • ►  August (4)
    • ►  July (7)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (36)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
    • ►  September (6)
    • ►  August (10)
    • ►  July (6)
    • ►  June (1)
    • ►  May (2)
    • ►  April (2)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (4)
  • ►  2016 (42)
    • ►  December (4)
    • ►  November (6)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (2)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (6)
    • ►  February (3)
  • ►  2015 (47)
    • ►  October (3)
    • ►  September (3)
    • ►  August (6)
    • ►  July (6)
    • ►  June (3)
    • ►  May (2)
    • ►  April (5)
    • ►  March (3)
    • ►  February (7)
    • ►  January (9)
  • ►  2014 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (2)
    • ►  October (5)
    • ►  September (4)
    • ►  August (5)
    • ►  July (5)
    • ►  June (4)
    • ►  May (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
    • ►  February (3)
    • ►  January (8)
  • ►  2013 (44)
    • ►  December (4)
    • ►  November (5)
    • ►  October (3)
    • ►  September (2)
    • ►  August (5)
    • ►  July (10)
    • ►  June (7)
    • ►  May (1)
    • ►  April (3)
    • ►  March (1)
    • ►  February (1)
    • ►  January (2)
  • ►  2012 (29)
    • ►  December (3)
    • ►  November (1)
    • ►  October (1)
    • ►  September (2)
    • ►  August (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
    • ►  May (6)
    • ►  April (7)
    • ►  March (3)

Labels

  • #BFJourney
  • #Checklist
  • #DIY
  • #Izadaten
  • #Majlis
  • #Malaysia
  • #Others
  • #Pregnancy
  • #Raya
  • #Recipes
  • #World
  • #Yara
  • #Zara
  • #ZaraYara

Created with by BeautyTemplates | Distributed by blogger templates