DATING @ FLORIA PUTRAJAYA

by - July 03, 2013

Assalamualaikum, salam 1 Malaysia.....

*Gambar intro ye ibuk ibuk sekalian.*

Sebelum apa-apa, aku nak kasi rumusan dulu untuk entry yang bakal diupdate nanti. Kelas kau Fatin, entry belum start tapi dah ada rumusan. Haha. So, rumusan yang bakal korang dapat dari entry nie ialah........

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

PUTRAJAYA DAN IZADATEN MEMANG TAK BOLEH DIPISAHKAN LAGI.
BOLEH DIIBARATKAN SEPERTI AUR DENGAN TEBING.
Huhuhu. Y__Y


Ok, jom start layan cerita aku. Sempena nak menyambut birthday Misr, aku berhajat la nak keluar dating dengan dia. Eh, dah lama tau kitorang tak keluar dating. Sadissss. Sebab dah tak tau nak pergi mana sangat, kitorang pun pergi la ke PUTRAJAYA.


P.U.T.R.A.J.A.Y.A ok! Ye, Putrajaya. Tak tipu, memang Putrajaya. Aah, Putrajaya. Alaaaaa, Putrajaya tu. Takkan tak tau Putrajaya. Putrajaya oh Putrajaya. Kenapa mesti Putrajaya? Takde tempat lain ke selain Putrajaya Cik Fatinnnnnnn oi? Why always Putrajaya? Sikit sikit Putrajaya. Putrajaya memanjang. Putrajaya je ke yang ada kat Malaysia nie? Putraaaaaajaaaayyyyaaaaaaaaa!!!!!!! Sob sob.


Actually, aku memang dah bosan dengan Putrajaya. Aku tau, Misr pun mesti dah bosan jugak. Tapi apakan daya, Putrajaya jela tempat paling dekat dan familiar dengan kitorang. Kebetulan pulak time tu ada karnival Floria. So, layankannn jela. Dari zaman baru bercinta sampai dah nak masuk 5 tahun bercinta nie, itu jela tempat kitorang dok pergi. Sampai Misr pun dah komplen, "cuba la pergi jalan jauh sikit". Next time, kita pergi tempat lain ye sayangku Idzat? Sorry. Y___Y

 *My boyfriend, Muhammad Idzat Syazwan.*

Sebelum kitorang pergi Floria, aku ajak Misr pergi Taman Putra Perdana dulu. Taman Putra Perdana nie kat atas bukit area roundabout (betul ke aku eja nie?) bangunan kerajaan tu. Berdekatan dengan Istana Melawati kalau tak silap. Tengok, tempat kat Putrajaya pun aku dah hafal, huhu. Cakap je taman-taman yang ada kat Putrajaya nie, pejam mata pun aku boleh jawab. T___T

Aktiviti di Taman Putra Perdana cuma.............

ini..


ini....


dan ini...


ini lagi..


sekali lagi ini boleh?


ini pulak..


yang ini pun nak jugak..


tetiba ini pun ada..


eh, apasal ini pun ada?


Tu jela aktiviti kitorang, BERGAMBAR SAMPAI LEBAM mata sebelah. Yang jadi mangsanya Misr la sebab aku suruh dia ambik gambar aku banyak-banyak. Nak pose macam model la apa la. Sayang punya pasal, dia ikutkan je. (kan b?) Hahahahahahaha. Tapi kira fair and square la sebab aku pulak jadi driver tercomel untuk Misr sepanjang hari. Misr rehat kat sebelah macam big boss, hikhik. (^_^)


AMARAN : ENTRY NIE TERLALU BANYAK GAMBAR SEORANG PEREMPUAN BERBAJU HIJAU MAROON DAN BUNGA. SILA AMBIL PERHATIAN. SEBARANG INSIDEN SEPERTI TERMUNTAH, TERPENGSAN ATAU TERJELES TIDAK AKAN DILAYAN. TERIMA KASIH.


*Kejam kau Fatin, dah pertengahan entry baru nak bagi amaran bagai.


Lepas dah puas bergambar kat Taman Putra Perdana, kitorang gerak ke lokasi sebenar yang patut dilawati. Ayat macam karangan pulak tetiba, hehe. Sampai sana, punya la banyak kereta. Nak cari parking pun susah. Mula-mula tu dah give-up dah lepas tu Misr kata, "haaa, tau pun perasaan bila susah nak cari parking.." Y___Y  Tapi demi cinta yang menebal kepada bunga-bunga, aku patah balik dan cari parking sampai dapat. Bila dah dapat parking, muka manyak happy wooo. Hihi.

Aktiviti di Floria pulak........

hanya ini..





 *Terang nauuu flash kamera nie. Nampak macam cucuk botox pulak, hihi.*

*Bercahayanya muka aku, haha.*


*Walaupun haus, posing tetap jadi keutamaan. Hekhek.*






Ok, cukup dulu tang gambar. Aku dah penat nak pilih gambar, korang pulak mesti dah penat tengok. Kan? Hihi. Kesian Misr, keluar dating sebab nak celebrate birthday dia tapi nampak gaya macam birthday aku pulak yang tengah kitorang celebrate. Sebab bukan aku happykan dia. Dia pulak happykan aku sebab dapat pergi Floria. Hikhik. Ampun ~~~~


Macam tiap-tiap tahun, takde hadiah untuk Misr. Dia pun takde kisah mana, maklum la, nama pun lelaki. Kena la macho selalu. Apa baranggg dapat hadiah kan? Hihi. Walau bagaimanapun, dia ada satu hadiah yang special dan takde kat lelaki lain iaitu CINTA aku..... Wahhh, jiwang habis nie. Hahahahahaha. Dan Alhamdulillah, aku berjaya merealisasikan impian Misr untuk rasa pavlova yang aku buat sendiri. 100% handmade from my water hand (air tangan). Hehehe. Big clapppp to me! *clap* (^_~)


Dah puas berjalan kat Floria, kitorang pun balik. Belum sempat sampai kereta lagi, aku dah kata kat Misr, "tahun depan kita pergi Floria lagi eh b?". Misr iyelakan je. Terpaksa atau rela, aku tak tau. Mesti dia bosannnnn. Hihihihi.


Oh ya, kita pergi jalan-jalan tu hari Ahad lepas. Terpaksa advancekan celebrate birthday Misr sebab kitorang tak boleh jumpa time weekdays. Birthday Misr yang betul-betul hari nie, 3 Julai. Pukul 12.30 tengah malam tadi aku dah wish kat dia. Terlewat setengah jam. Dah kunci jam pukul 12 tengah malam tapi entah macam mana boleh tak bangun pulak. Hehehehe.


Ucapan birthday untuk Misr........... Semoga panjang umur, dimurahkan rezeki. (ucapan klise semua orang time wish birthday) Semoga kehidupan dia diberkati Allah S.W.T, hidup bahagia selalu, dan segala ucapan yang baik-baik. Semoga semua yang kita planning berjalan lancar dan dipermudahkan oleh Allah S.W.T.  Paling penting, macam yang ditaip dalam mesej semalam, "Insyallah, syg sentiasa ada disisi b. Syg sayangggggggg b.." Jiwang.... Biar la, bukan selalu. Hehehe.

*Comelnyeeeeee dia posing. Hehe.*


HAPPY BIRTHDAY MY LOVE.
I LOVE YOU SO MUCH.

Byebye. (^_^)

 *Ok, noted. Panjang umur, jumpa lagi ye Floria.*


p/s : Sempena birthday Misr, aku start bayar pinjaman masa aku belajar dulu. Hahahahaha. Takde kaitan langsung. 


With Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

0 comments