RESEPI : PAVLOVA CINTATEN

by - July 01, 2013

Assalamualaikum semua..... :)

Hari nie aku nak share resepi dengan korang semua. And the recipe is PAVLOVA...!!!!! Yeayyyyy. Aku tahu, bila korang taip "resepi pavlova" kat pakcik Google, berderet link yang boleh korang bukak kan? Well, resepi dan bahan-bahan diorang dengan aku tetap sama cuma ini versi Cik Fatin okkkk. Hehe.



Bahan-bahan yang diperlukan beserta dengan harga sekali, kelas tak aku? hihi.
- Tepung jagung (Tesco - RM 1.19)
- Gula Icing (Tesco - RM 1.99)
- Gula Kastor (Tesco - RM 1.59)
- Cuka Masakan (Tesco - RM 1.85)
- Telur (Rumah - Free of charge)
- Whipping Cream (Tesco - RM 7.39)
- Strawberry (Tesco - RM 2.49)
- Kiwi (Fresher - RM 2.00)
- Baking Paper (Tesco - RM 4.90)

*Harga depends pada tempat yang korang beli ye. Aku cuma bagitahu harga yang aku beli.
 
Yeeeee, aku tau korang mesti tak percaya tengok harga strawberry aku kan? Bukan korang je, aku pun terkejut beruk ok! Masa kakak cashier tu punch harga, aku terdiam kejap. Dalam hati kata, "apasal murah sangat strawberry aku nie?". Tengok resit, dia punch strawberry tu jadi TOMATO CHERRY. Hello akak, takkan tak tau beza antara tomato cherry dengan strawberry? Tapi aku buat bodoh je. Orang nak kasi murah, kita bedal jela kan. Hahaha. Thank you akak Tesco. (^_^)

Sorry sebab banyak celoteh. Jom tengok step-step nak buat pavlova cintaten.

Pecahkan 5 biji telur. Make sure telur putih saja ye, taknak kuning telur walaupun secoet. Bagi aku, part asingkan telur putih dan kuning nie paling mencabar. Tapi berkat kesabaran yang tinggi, berhasil jugak. Alhamdulillah. :)

Putar putih telur dengan mixer dan menggunakan kelajuan sederhana sampai tekstur putih telur tu jadi macam.............

Sampai jadi macam nie ye kawan-kawan. Nampak tak buih dia macam mana? Macam buih shower gel. Best kan? Hikhik. Ok, bila dah jadi bentuk macam nie, korang masukkan gula sikit demi sikit. Kuantiti gula yang aku guna tak sampai setengah cawan. Tu pun dah manis tau. Huhu.

Dah jadi meringue. Tips nak buat meringue, korang kena putar dengan kelajuan maksimum. Aku hampir tak berjaya nak buat meringue nie sebab aku putar dengan kelajuan sederhana. Punya la lama aku putar, tak jadi-jadi. Aku pulak yang berputar tengok mixer tu. Geram punya pasal, aku saja naikkan speed dia. Eh, jadi la pulak. Tetiba rasa macam ada miracle kat situ, hehe. Aku try tonggengkan atas kepala selama 10 saat (feeling-feeling macam peserta Masterchef) and berjayaaaaa!! Yeayyy!!

Next step, aku masukkan 1 setengah sudu besar cuka masakan, 1 sudu besar esen vanilla (nak kasi 
hilang bau hanyir telur) dan 1 setengah sudu tepung jagung. Kacau la semua tu sampai sebati.


Oh ya, dalam aku tengah putar meringue tadi, aku panaskan oven dengan suhu 150 darjah celcius. Ada la dalam 15 minit sebelum aku bakar pavlova. Nanti bila nak masak, korang turunkan suhu kepada 140 darjah celsius dan guna api atas bawah ok. :)

Aku bakar pavlova aku atas penutup periuk je. Kesian kan? Hihi. Aku ambik baking paper then lukis bulatan kat baking paper. Contoh bulatan aku ialah penutup periuk yang kecik tu.

Kemudian, letak la meringue atas baking paper. Dan jangan lebih dari bulatan tu ye. Masukkan dalam oven then bakar around 1 ke 1 suku jam. Aku bakar terlebih masa, aku bakar sampai sejam setengah sebab pavlova aku taknak merekah. Sabar jela banyak-banyak.


Sejam setengah kemudian.
Jeng... Jeng... Jeng....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

Terciptalah pavlova bogel dari Cik Fatin. Coklat giler kau. Yela, dah terlebih masak katakan. Hihi. Sebelum aku keluarkan pavlova nie, aku biarkan dulu pavlova dalam oven dengan pintu sedikit terbukak. Tapi yang sedihnya, pavlova aku jadi kempis lepas tu permukaan dia tak merekah. Apa step yang aku derhaka nie? Sob sob.
T___T

 Nampak tak perbezaan sebelum dan selepas bakar? Sob sob. T___T


Takpe, abaikan dulu pavlova yang sedikit tak menjadi tu. Jom move on ke toppingnya pulak ye.

Putarkan whipping cream dengan kelajuan sederhana. Masukkan satu setengah sudu gula icing dan dua titik esen vanilla. Dah siap, sejukkan dulu dalam peti ais. Whipping cream aku sedikit cair dan nampak berketul-ketul kan? Apa step yang aku derhaka lagi nie? Sob sob sob.. Y___Y

Potong buah ikut kreativiti masing-masing.

Dan ini la hasilnyaaaaaaa.... Sapu whipping cream atas pavlova then susun la buah-buahan sekali. Nampak tak whipping cream aku cair kat tepi-tepi tu? Aku tawakal jela. Nama pun baru first time buat. Ok la, ada jugak rupa pavlova kat situ kan? Hihihi.


Aku tunjuk pavlova nie kat Wawa then cakap la, "tengok pavlova akak, tak cantik.." Wawa jawab, "alaaa, nak bagi Abang Bob makan, bukan Papa Joe." Hahahahahaha, lawak betul jawapan budak kecik tu. Terus dapat semangat baru lepas dengar jawapan Wawa. Hikhik.

 *Nasib baik la aku serve kat Misr, bukan diorang bertiga. Hehehe.*

So, itu jela dulu resepi "apa yang aku derhaka nie" dari Cik Fatin. Alhamdulillah, walaupun presentation agak hancur tapi rasa dia sedap. Itu Misr yang cakap tau, bukan aku syok sendiri. Hehehe. Siapa-siapa yang tahu pasal apa pavlova aku jadi bermasalah macam tu, meh la share tips sikit..... Pleaseee..

Till then, byebye. (^_^)


p/s : Lepas sejukkan pavlova tu kat rumah Misr, whipping cream dia jadi keras elok pulak. Miracle lagi sekali uolsss. Kuasa cintaten "Cinta Aten" la katakan, hahahahaha. :D


With Love,
Nor Fatin Nadhirah

You May Also Like

1 comments

  1. Actually utk whipping cream tu guna non dairy whip cream (ex: jenama value pride) yg dibeli di tempat jual brg buat kek. Baru dia tak berketul dan rasanya lebih manis dan sedap.and jrg dijual di pasaraya. :)

    ReplyDelete